Penaakulan Moral

Penaakulan Moral / Pemikiran / Kognitif

Penerokaan Maklumat

Arahan: Baca keterangan berikut.

Penaakulan moral melibatkan pertimbangan dan pemikiran secara rasional dan bebas atau berautonomi. Keupayaan pemikiran ini adalah berkenaan membuat pertimbangan dan keputusan moral yang matang dan bebas dalam situasi moral tanpa dipengaruhi paksaan atau ketaatan membuta tuli.

Penaakulan moral tanpa perlakuan yang wajar dapat diibaratkan seperti 'cakap tak serupa bikin' atau 'berilmu tapi tak diamalkan'. Insan bermoral mesti melakukan sesuatu berasaskan alasan munasabah.

Individu yang bertingkah laku kerana kebiasaan, takut atau mengikut keadaan tanpa berfikir tidak dikira sebagai insan yang memiliki kematangan moral. Dalam perkataan lain, individu tersebut dianggap tidak melakukan sesuatu secara bermoral.

Sebagai contoh, jika kita mendidik anak-anak kita supaya menjauhi prasangka perkauman tanpa memberikan sebab, alasan atau justifikasi untuknya, kita sebenarnya belum lagi mendidik mereka dengan tingkah laku bermoral. Hanya individu yang melakukan tindakan yang betul beserta sebab atau alasan yang betul dan meyakinkan sahaja adalah dikira sebagai insan bermoral.

Konsep penaakulan moral amat penting diketahui oleh individu kerana perlakuan yang berlandaskan pertimbangan moral yang rasional akan mewujudkan keadilan dalam tingkah laku seseorang.

Perbincangan seterusnya adalah tentang Perasaan moral.

>> 1 2 3 4 5 6 7 kembali