Prinsip-prinsip asas kemoralan

Prinsip Altruisme

Penerokaan maklumat

Arahan: Baca keterangan berikut.

Altruisme bermaksud simpati, belas kasihan, kepedulian, menghormati orang lain, mengutamakan orang lain, mengambil berat tentang keselesaan dan kebajikan orang lain. Maksudnya, sebelum melakukan sesuatu kita perlu melihat sama ada perbuatan tersebut memberi kesan buruk kepada orang lain atau tidak.

Sebenarnya apa juga perkara yang hendak kita lakukan biasanya akan melibatkan orang lain. Amalan prinsip ini akan menimbulkan perasaan simpati, belas kasihan, berperikemanusiaan, serta mengambil berat kebajikan orang lain.

Prinsip kepedulian juga akan menghilangkan sifat individualistik, sikap mementingkan diri sendiri, perasaan ego, prasangka, kebencian dan tamak haloba.

Misalnya ketika individu ingin bebas berhibur, dia perlu memastikan perbuatannya tidak mengganggu ketenteraman jiran atau rakan. Contoh lain pula ialah ketika seorang pemandu ingin meletakkan kenderaannya di bandar, beberapa persoalan perlu difikirkan dahulu seperti kemungkinan kenderaannya menghalang laluan, parkir yang betul dan sebagainya. Semua pertanyaan tersebut menggambarkan individu itu memiliki sifat altruisme iaitu memikirkan kepentingan orang ramai berbanding peribadi.

Perbincangan seterusnya adalah tentang Orientasi moral keadilan dan kepedulian.