APRESIASI SENI VISUAL: PERKONGSIAN SOCIAL CONTRACTOR

Guru PSV Digital sebagai Kontraktor Sosial

Salah satu kemestian dalam amalan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Pendidikan Seni Visual adalah proses APRESIASI. Proses apresiasi ini boleh direka bentuk dengan lebih berkesan melalui perkongsian dalam kelas fizikal dan juga dalam media sosial.  

TAJUK 5 : Melaksanakan sesi apresiasi bagi bidang Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional.

ARAHAN AKTIVITI PB 2

Pelajar merakam video membuat apresiasi seni terhadap karya bagi bidang Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional.

Salah satu cara adalah untuk anda hasilkan video Tiktok.  Rujuk video di atas untuk pelajari bagaimana untuk hasilkan video tersebut.  Jangan lupa untuk gunakan kamera anda dalam studio PSV anda!