Aktviti 1:

Arkitek Pembelajaran Kontemporari

Bersediakah anda untuk menjadi Arkitek Pembelajaran Kontemporari?

Apakah yang dimaksudkan Pembelajaran Kontemporari?

Pelajar sebagaimanakah yang kita ingin hasilkan melalui Pembelajaran Kontemporari?

Apakah fungsi kita sebagai guru digital untuk mereka bentuk Persekitaran Pembelajaran yang berbentuk Kontemporari?

Dalam ruangan ini anda akan belajar tentang maksud Pedagogi Kontemporari.

Anda akan pelajari tentang ciri-ciri pelajar kontemporari.

Anda juga akan pelajari bagaimana seorang guru boleh menjadi guru yang menghasilkan pelajar kontemporari.

Anda juga akan fahami keperluan untuk menggunakan media dan teknologi digital bagi mencapai persekitaran Pembelajaran Kontemporari.

Rujuk kepada buku berikut "Bold Moves for Schools: How We Create Remarkable Learning Environments".

Sebagai bakal Arkitek Pembelajaran mulakan perjalanan anda dengan bertanyakan soalan kepada diri sendiri:


"Tahun berapakah anda sedang sediakan pelajar anda ?"

Anda boleh ke laman ini untuk baca tentang The Future of Education 2030.

Anda akan sedari bahawa sebagai Arkitek Pembelajaran Kontemporari atau guru sekolah, anda akan mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang murid sekolah Tahun 4 pada 2022 akan mula bekerja pada tahun 2030.  Adakah kita tahu apa yang perlu direka bentuk?

Kongsi bersama rakan-rakan anda tentang pemahaman ada terhadap Arkitek Pembelajaran