PENGENALAN

PENGENALAN AWAL

  Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Oleh itu, saya, Alif Iskandar bin Zamzuri, selaku pelajar PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) telah menjalankan PBS selama 2 minggu bermula 11 Jun hingga 22 Jun 2023 di Sekolah Kebangsaan Chetok.

   Sekolah ini merupakan sekolah di kawasan luar bandar dan sedang dalam proses ke arah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Berdasarkan pelaksanaan program PBS ini, saya telah mendapat gambaran awal serta pengalaman yang berharga untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dalam pembinaan modal insan. Oleh hal demikian, saya telah merancang pelaksanaan PBS dengan teliti, menetapkan objektif, hala tuju, strategi PBS sebagai panduan kepada saya termasuklah penyediaan laporan sistem sapaan dan panggilan di sekolah penempatan PBS ini. 

  Bukan itu sahaja, melalui PBS ini dapat mempersiapkan guru baharu untuk berkolaborasi dan berinteraksi bersama seluruh warga sekolah iaitu golongan pentadbir dan golongan pelaksana. Data-data yang telah dikumpulkan dan direkodkan oleh saya akan dianalisis sebagai satu e-portfolio lengkap bagi PBS. 

  Melalui pelaksanaan PBS ini, saya telah dapat mencapai matlamat serta pencapaian yang sangat bermakna dalam meningkatkan profesionalisme keguruan bagi seorang guru yang baharu. Antaranya pencapaian yang telah diperoleh adalah :- 

a) Penghayatan kerjaya profesional sebagai seorang guru 

b) Memahami dan menyesuaikan diri dengan pengurusan dan budaya sekolah

c) Mengumpulkan dan merekodkan maklumat mengenai pengurusan sekolah, pentadbir, guru, murid serta kakitangan sekolah 

d) Pembinaan nilai positif terhadap profesion keguruan 

e) Refleksi berkenaan tugas dan tanggungjawab sepanjang PBS