KURIKULUM

TRANSFORMASI SEKOLAH 25 (TS25)

  Salah satu aktiviti kurikulum yang terdapat di SK Chetok yang berjaya saya cari gali maklumat berkaitan dengannya adalah program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Projek yang dijalankan dibawah TS25 diberi nama "Sebisa Keli Sebuah Impiana". Sebisa Keli Sebuah Impiana merupakan hasil inovasi Kefahaman Melalui Reka Bentuk -  Pembelajaran Berasaskan Projek (KmR – PBL) SK Chetok ke atas pembuatan ikan masin (pekasam ikan keli). Inovasi murid-murid SK Chetok menjadikan ikan keli masin mempunyai rasa yang berbeza iaitu tidak masin, tekstur ikan keli yang tidak akan menjadi hancur selepas digoreng dan tidak berbau hanyir. Pelaksanaan projek ini juga merupakan usaha yang berterusan bagi meningkatkan penglibatan dan sumbangan komuniti terutamanya daripada pihak PIBG dan pemimpin setempat iaitu Yang Berhormat Chetok, Imam dan ketua kampung. Agensi yang turut serta dalam projek ini ialah RISDA, PELADANG dan agensi swasta. SK Chetok dipilih sebagai Sekolah Transformasi 25 Kohort 4 pada tahun 2019 oleh PPD Pasir Mas. 

  Usaha ini  telah meningkatkan penglibatan murid-murid dan guru terhadap penguasaan mata pelajaran sains, matematik, Reka Bentuk dan Teknologi, pembelajaran abad ke-21,  dan pembelajaran kefahaman melalui reka bentuk (KmR). Projek Sebisa Keli Sebuah Impiana merupakan hasil inovasi Kefahaman Melalui Reka Bentuk - Pembelajaran Berasaskan Projek (KmR-PBL) SK Chetok ke atas pembuatan ikan masin. Inovasi murid-murid SK Chetok menjadikan ikan keli masin mempunyai rasa yang berbeza iaitu tidak masin, tekstur ikan keli yang tidak akan menjadi hancur selepas digoreng dan tidak berbau hanyir. 

Perbincangan dengan Tn.Hj Abd Harith bin Abd Hamid (SIP+), En.Elias bin Ibrahim (SISC+) dan En.Wan Roslee bin Wan Abd Aziz (SISC+) dari PPD Pasir Mas

BANNER PROJEK SEBISA KELI SEBUAH IMPIANA

LANGKAH-LANGKAH YANG DILALUI UNTUK MENGHASILKAN IMPIANA (PEKASAM IKAN KELI)

LANGKAH 1

PROSES PEMILIHAN DAN MEMOTONG IKAN KELI

LANGKAH 2

PROSES MEMBERSIHKAN IKAN KELI








LANGKAH 3

PROSES PENGGARAMAN IKAN KELI SELAMA 3 HARI

LANGKAH 4

PROSES NYAHMASIN IKAN KELI SELAMA 3 HARI

LANGKAH 5

PROSES MELUMUR BERAS GORENG PADA IKAN KELI

LANGKAH 6

IKAN DIMASUKKAN KE DALAM BEKAS KEDAP UDARA SELAMA 3 HARI DAN AKAN DIPASARKAN