TEMU BUAL

  Kaedah temu bual yang dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara menyeluruh berkenaan tajuk tugasan PBS. Pada pendapat saya, untuk mendapatkan maklumat secara menyeluruh, saya juga akan menggunakan kaedah temu bual selain daripada kaedah pemerhatian. Sesi temu bual ini melibatkan guru besar, guru penolong kanan pentdbiran, ketua panitia bahasa melayu, wakil guru dan wakil komuniti. 

  Semasa menjalankan temu bual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat baik dan saya mendapat jawapan yang saya inginkan. Akhirnya maklumat yang diperlukan oleh saya untuk menyiapkan kehendak tugasan Pentaksiran Berterusan sepanjang PBS ini berjaya saya dapati menerusi kaedah temu bual ini.