LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS
MINGGU PERTAMA PBS (11/6 HINGGA 15/6)
11 Jun 2023 (Ahad)
Melapor diri di Sekolah Kebangsaan Chetok
Berbual bersama guru besar, Encik Sapian bin Zakaria dan berkenalan antara satu sama lain
Menyerahkan dokumen dan mendengar penjelasan guru besar berkenaan dengan sekolah yang saya pilih
Guru besar memberi maklumat berkaitan dengan guru pembimbing
Berjumpa dengan guru pembimbing untuk sesi suai kenal
Mengikuti sesi pembelajaran di kelas
12 Jun 2023 (Isnin)
Membantu guru menguruskan murid-murid semasa perhimpunan harian di dewan sekolah
Membuat pemerhatian terhadap pembelajaran murid-murid di sekolah
Melawat prasekolah dan berkenalan dengan murid-murid prasekolah
Membantu para guru dan staf sekolah untuk menyiapkan dewan untuk majlis watikah pelantikan pemimpin muda
Membantu guru mengendalikan program Doktor Muda di dewan sekolah
13 Jun 2023 (Selasa)
Mengikuti guru melaksanakan PdP bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan membantu guru melaksanakan beberapa aktiviti mudah
Membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru disamping menimba ilmu baharu
Menghadiri raptai atau ‘rehearsal’ watikah pelantikan pemimpin muda SK Chetok
14 Jun 2023 (Rabu)
Menghadiri majlis watikah pelantikan pemimpin muda SK Chetok yang turut dihadiri tetamu ‘VIP’
Menjadi kakitangan bagi melancarkan majlis watikah
Menghadiri ceramah dan program antidadah yang dianjurkan oleh pihak sekolah sempena Bulan Disiplin sejerus selesai majlis watikah pelantikan
Membantu guru memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar
Akhri sekali, guru mengagihkan susu kotak dalam rancangan “Susu 1 Malaysia” kepada semua murid sebelum tamat sesi persekolahan
15 Jun 2023 (Khamis)
Ditugaskan untuk mengisi kekosongan guru yang tidak hadir di kelas 3 Elite
Menemu bual PK Pentadbiran, Encik Ramzu Nazri bin Yahuda untuk bertanyakan tentang pengurusan akademik sekolah
Menjalankan sesi perbincangan dan temu bual dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu, Puan Hajah Hasnah binti Ahmad untuk bertanyakan tentang pemerkasaan bahasa Melayu
Menjadi guru ganti bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan di kelas 4 Elite
MINGGU KEDUA PBS (18/6 HINGGA 22/6)
18 Jun 2023 (Ahad)
Menghadiri perhimpunan rasmi di SK Chetok pada minggu kedua PBS
Perbincangan bersama guru berkaitan dengan pengurusan sekolah
Menggantikan guru yang tidak dapat mengadiri kelas jagaannya
Menemu bual guru untuk mendapatkan maklumat yang ditugaskan dalam Pentaksiran Berterusan
Mengambil gambar persekitaran sekolah
19 Jun 2023 (Isnin)
Melapor diri kepada guru besar
Menemu bual Guru Besar berkenaan pengurusan di sekolah tersebut secara atas talian
Menemu bual warga sekolah
Melakukan interaksi dengan murid darjah 6 Bestari
Melakukan peninjauan dan mengambil gambar suasana sekolah
20 Jun 2023 (Selasa)
Menggantikan guru Bahasa Inggeris Tahun 4 Bestari yang bercuti
Membuat pemerhatian terhadap pembelajaran murid-murid prasekolah
Bertemu ramah dengan guru untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan borang kolaboratif
Berjumpa dengan guru besar untuk mendapatkan pengesahan berkaitan dengan borang kehadiran dan borang laporan perkembangan pelajar
Membuat pemerhatian persekitran sekolah dan mengambil gambar
21 Jun 2023 (Rabu)
Ditugaskan untuk mengendali aktiviti senam robik sebagai hari latihan lintas desa
Membantu guru memantau murid-murid melakukan latihan larian rentas desa di padang
Setelah selesai latihan tersebut, membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Chetok Kali Ke-53
22 Jun 2023 (Khamis)
Mengendali aktiviti senam robik sebagai hari latihan lintas desa pada hari kedua
Ditugaskan untuk menjadi penjaga “Check Point” sepanjang latihan rentas desa dijalankan
Menyemak semula senarai maklumat yang diperlukan untuk Pentaksiran Berterusan sepanjang PBS ini
Menjadi guru ganti kepada beberapa buah kelas
Mengambil gambar persekitaran sekolah
Berjumpa dengan pentadbir sekolah sebagai hari terakhir sebelum perpisahan