LAPORAN AKHIR

  Sebelum saya memulakan laporan secara lebih terperinci , disini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Sekolah Kebangsaan Chetok. Sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 273 orang. Semua murid di sekolah ini semuanya berbangsa Melayu. Sekolah ini mempunyai jumlah guru seramai 28 orang iaitu 25 orang siswazah dan 13 orang bukan siswazah. 

  Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini, saya dapati bahawa saya dapat membina sikap positif dalam diri saya. Antara sikap positif yang saya dapat ialah keyakinan diri. Ianya memupuk sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru, pekerja pembersihan, peniaga kantin dan sebagainya. Ketika berhadapan dengan murid, saya belajar untuk memahami diri murid-murid dari segi sikap, karenah, emosi, adegan dan perwatakan mereka serta saya berusaha untuk memperbaiki interaksi dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan belajar cara untuk menarik perhatian mereka.

  Sepanjang tempoh saya menjalani program PBS di SK Chetok, menerusi pemerhatian yang saya jalani adalah saya melihat prasarana sekolah tersebut. Sekolah ini mempunyai banyak prasarana dan kemudahan yang disediakan tidak lain tidak bukan adalah untuk murid-muridnya sendiri. Tamsilnya, dewan, bilik ict, maklmal komputer yang lengkap dan sebagainya. Oleh itu, perkara ini boleh menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif serta menyeronokkan dek kerana  adanya insfrastruktur yang menarik dan lengkap. Dengan ini, saya membuat kesimpulan bahawa persekitaran yang selesa dapat meningkatkan mutu pembelajaran murid di sekolah serta murid menjadi lebih fokus untuk belajar 

  Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa tugasan PBS amat berguna kepada siswa guru seperti saya memandangkan tugasan ini memerlukan saya menjalankan tugasan di sekolah rendah. Oleh kerana PBS ini merupakan kali pertama bagi saya, maka saya telah memilih sekolah berdekatan dengan kawasan rumah saya iaitu SK Chetok. Setelah menjalani PBS selama seminggu ini, saya mendapati bahawa dalam jiwa seorang pendidik perlu mempunyai sikap positif seperti mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai sifat penyabar dalam diri. 

  Saya juga dapat belajar cara untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat yang wujud di sekolah ini seperti pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan, murid-murid, pengawal keselamatan, dan staf pembersihan di sekolah tersebut. Melalui PBS ini juga saya, dapat belajar banyak perkara daripada guru-guru yang berada disana berkenaan dengan teknik dan kaedah pengajaran yang betul dan berkesan, gaya belajar, cara mengajar dan lain-lain. Saya juga mendapat petua-petua dan nasihat yang bagi saya sangat penting dalam pendidikan untuk mengaplikasikan strategi, pendekatan, teknik dan kaedah yang dapat menarik perhatian murid untuk kekal fokus dan mampu memahami isi pelajaran dengan mudah. 

  PBS ini boleh dikatakan perkara yang baik yang perlu diteruskan dalam melahirkan guru-guru yang berkualiti. Berdasarkan tugasan ini, saya dapat belajar banyak perkara mengenai persekitaran sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Justeru itu, PBS ini perlulah dikekalkan kerana dari situlah siswa guru dapat menimba pengalaman tentang alam persekolah dari perspektif seorang bakal pendidik.