ILMU/PENGETAHUAN BARU

PEMERHATIAN

  Menerusi pemerhatian, saya dapat mempelajari bahawa suasana sekolah yang baik dan selesa dapat memberikan keselesaan kepada murid untuk belajar. Sebagai contoh, mempunyai taman yang indah, kawasan prasekolah yang bersih, padang yang luas dan laluan masuk murid juga terdapat dua laluan. Oleh itu, hal tersebut memberikan keselesaan kepada murid untuk menuntut ilmu. Selain itu, saya juga membuat pemerhatian terhadap guru ketika mengajar iaitu bagaimana guru mengaplikasikan teknik, pendekatan, kaedah dan strategi dalam pengajaran mereka. Maka, saya berpendapat bahawa guru perlu memandang serius terhadap keempat-empat aspek dalam mengajar sesuatu topik supaya murid dapat memahami topik pembelajaran dengan mudah. Bukan itu sahaja, pemerhatian saya juga berfokuskan kepada kemudahan yang disediakan disekolah tersebut. Pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti makmal komputer, kelas yang luas, perpustakaan yang dilengkapi pendingin hawa, surau untuk solat, kantin yang luas dan banyak lagi. Kemudahan yang tersedia ini dapat dijadikan sebagai kelas kedua jika guru-guru ingin membawa murid-murid belajar luar dari bilik darjah. Dari segi disiplin murid, saya dapat perhatikan bahawa penerapan ilmu dan nilai yang baik dalam diri murid-murid sehingga melahirkan murid yang begitu berdisiplin dan berbudi bahasa. Oleh itu, kita dapat perhatikan sikap disiplin yang dipraktikkan oleh murid. Disiplin dari segi kehadiran ke sekolah, kes buli, etika pemakaian dan kes berat dalam kalangan murid di SK Chetok sangatlah berada aras yang rendah dan tidak membimbangkan.

SENARAI SEMAK

  Semasa menjalani PBS, saya baru mengetahui bahawa peri pentingnya penggunaan senarai semak. Senarai semak sangat penting kerana berfungsi sebagai mekanisme untuk mengkaji semula pembelajaran yang diperolehi di biilik darjah, pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana, maklumat murid dan berkenaan dengan kokurikulum sekolah, kelengkapan yang tersedia di sekolah, serta kemudahan yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid. Ketika mencari maklumat berhubung dengan tugasan ini, senarai semak digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian. Dalam membuat penilaian terhadap murid, senarai semak antara salah satu cara untuk menilai setiap murid terhadap pembelajaran harian. Malah, penggunaan senarai semak ini turut saya adaptasikan dalam membuat tugasan ini untuk mengumpul setiap maklumat yang diperlukan. Saya akan menyemak senarai yang telah saya sediakan adakah prasarana di sekolah tersebut lengkap atau tidak. Maka, saya dapat mengetahui bahawa sekolah tersebut dilengkapi pelbagai prasarana yang dapat membantu meningkatkan prestasi murid dan sekolah tersebut. Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat maklumat ini, banyak pengetahuan mengenai pendidikan , pengurusan pentadbiran telah saya pelajari dan perolehi. Sebagai contoh mengenai bilangan murid dan guru yag terdapat di sekolah tersebut.

TEMU BUAL

  Temu bual ini telah dijalankan semasa PBS tempoh hari untuk mengumpulkan maklumat tentang sekolah dan apa apa yang berkaitan dengan kerja khusus. Temu bual yang dilaksanakan telah melibatkan beberapa pihak guru sekolah iaitu terdiri daripada guru besar, ketua panitia Bahasa Melayu, penyelaras kelab persatuan, serta banyak lagi. Menerusi temu bual, saya dapat menambahkan keyakinan dalam diri saya dan melatih saya untuk bersikap berani serta mempunyai kemahiran interpersonal dalam berkomunikasi dengan orang disekeliling saya. Contohnya, saya menjalankan temu bual dengan pihak pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Temu bual ini banyak membantu saya untuk mengumpul maklumat sebanyak yang boleh bermula dengan pentadbiran sekolah sehinggalah pembelajaran murid-murid di dalam kelas. Sepanjang proses temu bual, semua responden memberikan kerjasama yang baik dengan menjawab setiap persoalan dengan ringkas dan padat tanpa membuat saya kekeliruan.