PENGENALAN

Jawatankuasa organisasi kelas ini diperkenalkan bertujuan untuk melatih, memantau dan menerapkan ketua-ketua kelas dan penolong-penolong ketua kelas dengan kemahiran komunikasi agar penyampaian komunikasi berkesan dengan murid lain di kelas dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Peranan ketua kelas amat penting di dalam membantu guru-guru dalam pengurusan kelas. Mereka merupakan perantara antara guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Perkara utama yang menjadi kriteria untuk dilantik menjadi ketua kelas berdasarkan kepada penampilan dan ketrampilan iaitu sikap kebertanggungjawaban yang ada pada murid tersebut. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti untuk diberikan latihan khusus membantu guru dalam pengurusan kelas. Ketua kelas bertanggungjawab untuk kawalan disiplin rakan-rakan mereka di dalam kelas.

Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam kalangan murid agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna memandangkan mereka adalah diiktiraf sebagai pemimpin sekolah.


OBJEKTIF

Melahirkan ketua dan penolong tingkatan yang berkemampuan membantu guru dan rakan sekelas agar kelas teratur dan terurus dengan berkesan serta mampu melonjak peningkatan bukan sahaja akademik malah turut memberi impak terhadap sahsiah dan disiplin.


SASARAN

Semua ketua dan penolong kelas bagi sesi pagi dan petang di SK Perpaduan.


SENARAI TUGAS

§ Menguruskan Majlis Watikah Pelantikan KetuaTingkatan (MKT)

§ Mengadakan mesyuarat jawatankuasa

§ Memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh Ketua dan Penolong Ketua Kelas

§ Menasihatkan dan membimbing Ketua dan Penolong Ketua Kelas

§ Menjalankan kursus dan aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan Ketua dan Penolong Ketua Kelas

§ Menerima laporan Guru Kelas, Ketua dan Penolong Ketua Kelas berkaitan dengan aduan disiplin dan kerosakan peralatan kelas untuk tindakan

§ Menyelia Buku Disiplin Kelas dan Kad Kebenaran Keluar Kelas


KETETAPAN PEKELILING DASAR ORGANISASI KELAS

SPI 8/2006 : Garis Panduan Pelaksanaan Borang Maklumat Murid Bagi Tujuan Agihan Bantuan Kepada Murid Warganegara Malaysia di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

SPI 3/2001 : Pindaan Bagi Para 2 SPI 10/1998 : Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Umur Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan