PENGURUSAN MURID (APDM)
PENGURUSAN MURID (APDM)
PENGENALAN
APDM telah disediakan oleh pihak KPM untuk menguruskan segala maklumat dan latar belakang murid. Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem maklumat murid berkomputer kerana dengan cara itu carian maklumat murid begitu pantas sekali dengan cara memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Ini menjadikan pengurusan sekolah lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan.
Sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara dengan hanya mendapat maklumat yang minimum seperti nama sekolah baru dan alamat baru, kerana maklumat-maklumat lain sudah tersedia dalam komputer.
Selain itu sistem ini juga menyediakan kemudahan mencatat kehadiran harian murid dan menghantar surat-surat amaran sekiranya murid-murid tidak hadir berturut-turut selama tiga hari melalui SSDM (Sistem Salahlaku Disiplin Murid)
Maklumat berkenaan dengan urusan bantuan juga dapat diakses melalui sistem ini. Segala maklumat pendapatan ibu bapa yang telah dikemaskini oleh guru kelas akan digunakan untuk menentukan kelayakan seseorang murid mendapat bantuan seperti RMT, KWAMP, PSS dan pelbagai lagi.
SENARAI TUGAS
§ Menubuhkan jawatankuasa dan mengadakan mesyuarat
§ Memastikan semua butiran maklumat murid dimasukkan ke dalam sistem oleh guru kelas
§Menghantar maklumat APDM yang lengkap ke Jabatan Pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan
§ Menyemak dan mengemaskini rekod maklumat murid dari semasa ke semasa dengan bantuan guru kelas
§ Mengemaskini data e-kehadiran murid setiap hari
§ Mengemaskini fail kemasukan dan pertukaran murid
§ Menyediakan data enrolmen murid
KETETAPAN PEKELILING DASAR PENGURUSAN MURID
SPI 1/2009 : Kemasukan Kanak-Kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen Ke Sekolah
SPI 4/2018 : Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir Di Sekolah Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia 11/2016 :Garis Panduan PengurusanTingkatan Enam
SPI 3/2001 : Pindaan Bagi Para 2 SPI 10/1998 : Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Umur Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan,Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta
SPI 1/2019 : Panduan pengurusan rekod sitem kehadiran murid di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
SPI 4/2019 :Pelaksanaan Program Transisi ke Kerjaya Murid Berkeperluan Khas (MBK) Di Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia