PENGENALAN:
Program ini merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa/ komuniti dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara. Ia dikenali sebagai Sarana Sarana terdiri dari dua (2) iaitu Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. Perancangan ini lebih menjurus kepada Sarana Ibu Bapa.
MATLAMAT:
1. Sarana penglibatan sekolah dengan ibu bapa dan komuniti bertujuan memperkenalkan sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong sistem pembelajaran.
2. 6 Elemen itu ialah:
2.1 iklim sekolah;
2.2 komunikasi berkesan;
2.3 sokongan terhadap kejayaan murid;
2.4 tanggungjawab bersama;
2.5 keputusan bersama; dan
2.6 kerjasama dengan komuniti.
3. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan sempurna akan meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.
OBJEKTIF:
1. Meningkatkan keyakinan guru mengajar.
2. Meningkatkan pencapaian pembelajaran murid.
3. Meningkatkan peranan ibu bapa dalam penyokong program sekolah.
4. Mengurangkan kes disiplin di kalangan murid.
5. Menjaga hubungan baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa.
SASARAN:
1. Semua ibu bapa kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Perpaduan
2. Komuniti setempat
3. Sektor swasta
JANGKA MASA:
Sepanjang tahun.
SENARAI TUGAS
§Merancang dan melaksana program yang melibatkan ibubapa, komuniti dan pihak swasta
§Mendapatkan sumbangan/sokongan/ khidmat kepakaran
§Mewujudkan rangkaian komuniti
KETETAPAN PEKELILING DASAR PEMUAFAKATAN STRATEGIK
SPI 5/2001 : Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Di Sekolah
SPI 15/2000 : Peraturan Secara Pentadbiran Supaya lbu/Bapa/Penjaga Dibenar Menandatangani Borang Rasmi