PENGENALAN:
RMT adalah projek yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk murid-murid yang mempunyai kriteria berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pendapatan keluarga RM 580.00 dan ke bawah.
3. Pendapatan perkapita RM 140.00 dan ke bawah.
MATLAMAT:
1. Meningkatkan taraf kesihatan murid-murid dari segi kesihatan fizikal dan mental.
2. Membantu murid yang kurang mampu mendapatkan makanan yang seimbang setiap hari
sebelum mengikuti aktiviti pembelajaran.
OBJEKTIF:
1. Memastikan semua murid miskin yang layak, mendapat makanan seimbang setiap hari.
2. Membolehkan murid cergas dan sihat untuk belajar.
3. Melatih dan membentuk murid yang tahu menghargai pemberian dan berterima kasih.
4. Melatih murid berdisiplin semasa mendapatkan makanan dan semasa makan.
SASARAN:
Murid yang layak.
JANGKA MASA:
Sepanjang hari persekolahan.