PENGENALAN:
Perancangan ini bertujuan sebagai garis panduan kepada unit disiplin dan pengawas sekolah bagi memastikan segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan seperti yang dirancang pada tahun ini.
OBJEKTIF:
1. Memastikan setiap murid dapat melaksanakan tanggungjawab dan mematuhi setiap arahan peraturan yang telah ditetapkan.
2. Kecemerlangan disiplin menjurus kearah kecemerlangan akademik.
3. Pengurusan unit disiplin akan lebih teratur dan efektif.
4. Segala urusan disiplin dan badan pengawas tercatat dan direkodkan.
5. Melahirkan murid yang mempunyai sifat kepimpinan yang terlatih.
SASARAN:
1. Semua warga akademik dan bukan akademik sekolah.
2. Semua pengawas sekolah.
3. Semua murid sekolah.
4. Semua ibubapa dan penjaga murid Sekolah Kebangsaan Perpaduan
JANGKAMASA:
1. Sepanjang tahun berdasarkan program yang dilaksanakan dalam takwim.
STRATEGI:
1. Mengenal pasti, menemuduga dan memilih murid sebagai pengawas.
2. Orientasi dan pelantikan pengawas.
3. Ceramah disiplin dan kempen bagi mematuhi disiplin dan peraturan sekolah.
4. Operasi pemeriksaan disiplin murid.
5. Penerangan dan peringatan mengenai peraturan sekolah.
6. Mengadakan mesyuarat bagi memastikan tugasan dibuat dengan terancang.
7. Mengadakan mesyuarat bulanan diantara pengawas dan guru pengawas untuk
membincangkan masalah disiplin.