PENGENALAN:
Program keselamatan yang dilancarkan di peringkat sekolah merupakan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan.Program ini telah berjaya memberikan impak yang positif terhadap sahsiah, persekitaran sekolah, prestasi akademik dan kehadiran murid ke sekolah. Bagi mencapai matlamat murid yang berketrampilan unggul, Kementerian Pelajaran Malaysia menubuhkan jawatankuasa keselamatan di setiap peringkat sekolah di Malaysia.
OBJEKTIF:
1. Membina kesedaran diri dan persekitaran sekolah yang selamat.
2. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul dan berkekalan dengan aspek keselamatan.
3. Menjalani gaya hidup yang sihat sebagai budaya yang berterusan.
SASARAN:
Semua warga sekolah.
JANGKA MASA:
Sepanjang tahun.
STRATEGI:
Program Keselamatan memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan di samping
mewujudkan budaya hidup yang lebih selamat dan selesa.