PENGENALAN:
Program Susu 1Malaysia (PS1M) adalah kesinambungan program bantuan susu sekolah (Program Susu Sekolah) yang telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1983. Ia merupakan program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid sekolah rendah terutama di sekolah-sekolah luar bandar. Di bawah PS1M, murid-murid sekolah akan diberi susu UHT sepanjang pelaksanaan program.
MATLAMAT:
1.Meningkatkan taraf kesihatan murid-murid dari segi kesihatan fizikal dan mental.
2.Membantu murid yang kurang mampu mendapatkan makanan yang seimbang setiap harI
sebelum mengikuti aktiviti pembelajaran.
OBJEKTIF:
1. Memastikan semua murid mendapat makanan seimbang setiap hari.
2. Membolehkan murid cergas dan sihat untuk belajar.
3. Melatih dan membentuk murid yang tahu menghargai pemberian dan berterima kasih.
4. Melatih murid memahami pentingnya mendapatkan makanan yang berkualiti untuk kesihatan.
SASARAN:
Murid yang layak / mendapat kebenaran ibu bapa.
JANGKA MASA:
190 hari persekolahan.