A Samad Ahmad (ASA) version : Source = "Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu" - at MyManuSkrip (Pustaka Digital Manuskrip Melayu) Online Repository - transliterated into roman by Abdul Samad Ahmad for Dewan Bahasa & Pustaka from 1979.
JL version - "Malay Annals: translated from the Malay language" - Dr. John Leyden, 1821 [a] [b] [c]
Below is ASA version ("Sejarah Melayu" in Malay language) and, beside it, JL version ("Malay Annals" in English). Both versions are NOT from the same root manuscript and, as such, one does not translate exactly into the other.
A'lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya; sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai pada suatu bi'at, negeri Hindi. Maka ada seorang raja di tanah Hindi, terlalu besar kerajaannya, setengah negeri Hindi itu dalam tangannya; namanya Raja Kida Hindi. Setelah ia mendengar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan Perdana Menteri mengumpulkan segala rakyat dan raja-raja yang takluk kepadanya. Setelah sudah kampung semuanya, maka dikeluarinyalah oleh Raja Kida Hindi akan Raja Iskandar; maka setelah bertemulah segala rakyat antara kedua pihak itu, lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu. Maka alahlah Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar, ditangkap baginda dengan hidupnya Raja Kida Hindi itu; maka disuruhlah oleh Raja Iskandar membawa iman, maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah dan jadi Islam, dalam agama Nabi Ibrahim Khalilu 'llah 'alaihi s-salam. Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya; maka dititihkan oleh Raja Iskandar kembali ke negerinya.
Maka adapun akan Raja Kida Hindi itu ada beranak seorang perempuan, terlalu baik parasnya, tiada berbagai lagi dan tiada taranya masa itu, cahaya mukanya gilang-gemilang seperti cahaya matahari, dan amat bijaksananya dan sempuma budinya; Puteri Syahrul-Bariyah namanya. Maka Raja Kida Hindi pun memanggil Perdana Menteri pada tempat yang sunyi, maka titah Raja Kida Hindi kepada Perdana Menteri, "Ketahui olehmu, bahawa aku memanggil engkau ini, aku hendak bertanyakan bicara kepadamu; bahawa anakku yang tiada ada taranya seorang pun anak raja-raja pada zaman ini, itulah hendak aku persembahkan kepada Raja Iskandar; apa nasihatmu akan daku?" Maka sembah Perdana Menteri, "Sahaja sebenamyalah pekerjaan yang seperti titah tuan Hamba itu." Maka sabda Raja Kida Hindi pada Perdana Menteri, "Insya-Allah Taala, esok hari pergilah tuan Hamba kepada Nabi Khidir, katakanlah oleh tuan Hamba segala perihal ini."
Maka esok harinya, pergilah Perdana Menteri itu kepada Nabi Khidir. Setelah sudah Perdana Menteri itu pergi, maka disuruh Raja Kida Hindi suratkan nama Raja Iskandar atas segala dirHarunya, dan atas segala panji-panjinya. Adapun setelah Menteri itu sampai kepada Nabi Khidir maka ia pun memberi salam, maka disahut oleh Nabi Khidir salam Menteri itu, lalu disuruhnya duduk. Arakian maka berkatalah Perdana Menteri itu kepada Nabi Khidir alaihi s-salam, "Ketahui oleh tuan Hamba, ya nabi Allah, bahawa raja Hamba terlalu amat kasihnya akan Raja Iskandar, tiada dapat Hamba sifatkan; dan ada ia beranak seorang perempuan, tak dapatlah dikatakan, tiada ada bagainya anak raja-raja dalam alam ini dari masyrik lalu ke maghrib pada rupanya dan budi pekertinya, tiada ada taranya pada masa ini. Adalah raja Hamba akan hendak dipersembahkan dia akan isteri Raja Iskandar."
Kata sahibul-hikayat, maka pada ketika itu juga pergilah Nabi Khidir kepada Raja Iskandar, maka diceriterakannyalah perihal itu. Maka kabullah pada Raja Iskandar. Kemudian daripada itu maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang baginda segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya. Maka adalah pada ketika itu Raja Kida Hindi pun ada mengadap Raja Iskandar, duduk di atas kerusi yang berpermata. Maka ada seketika duduk itu, maka Nabi Khidir alaihi s-salam bangkit berdiri serta menyebut nama, Allah subha nahu wa taala, dan mengucap selamat akan Nabi Ibrahim Khalilu 'llah dan segala nabi yang dahulu-dahulu; syahadan maka membaca khutbah nikah akan Raja Iskandar, dan diisyaratkannya perkataan itu kepada Raja Kida Hindi. Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina. Adapun sekarang, bahawa tuan Hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan Hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berpu tusan kiranya hingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"
Kata sahibil-hikayat, tatkala didengarlah oleh Raja Kida Hindi kata Nabi Khidir demikian itu, maka ia pun segera turun dari atas kerusi, lalu berdiri di tanah, seraya ia menyembah pada Raja Iskandar, dan berkata ia: "Bahawa ketahui oleh tuanku, ya nabi Allah, dan segala tuan-tuan yang ada hadir; bahawa Hamba ini dengan sesungguhnya Hamba kepada Raja Iskandar, dan anak Hamba sekalian pun Hambajuga ke bawah duli baginda itu, seperti sahaya yang mengerjakan dia seorang, dua orang itu. Ketahui olehmu hei segala tuan-tuan sekalian yang ada ini, bahawa Nabi Khidir akan wali hamba dan wali anak hamba yang bernama Tuan Puteri Syahrul-Bariyah itu." Apabila didengar oleh Nabir Khidir kata Raja Kida Hindi demikian itu, maka berpalinglah ia mengadap kepada Raja Iskandar, dan berkata ia kepada Raja Iskandar, "Bahawa sudahlah hamba kahwinkan anak Raja Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah dengan Raja Iskandar. Adapun isi kahwinnya tiga ratus ribu dinar emas, redakah tuan Hamba?" Maka sahut Raja Iskandar, "Redalah Hamba."
Maka dikahwinkan Nabi Khidirlah anak Raja Kida Hindi dengan Raja Iskandar atas syariat Nabi Ibrahim Khalilu 'llah, di hadapan segala mereka yang tersebut itu. Maka bangkit berdirilah segala raja-raja dan segala Orang Besar-besar dan para menteri dan hulubalang dan segala pendita dan ulama dan segala hukama menabur akan emas dan perak , dan permata ratna mutu manikam kepada kaki Raja Iskandar, hingga tertimbunlah segala emas dan perak dan ratna mutu manikam itu di hadapan Raja Iskandar, seperti busut dua tiga timbunannya. Maka sekalian harta itu disedekahkan pada segala fakir dan miskin.
Setelah hari malam, maka datanglah Raja Kida Hindi membawa anaknya kepada Raja Iskandar dengan barang kuasanya, dengan pelbagai permata yang ditinggalkan oleh datuk neneknya; sekaliannya itu dikenakannya akan pakaian anaknya. Maka pada malam itu naik mempelailah Raja Iskandar. Syahadan. maka hairanlah hati Raja Iskandar melihat rupa Puteri Syahrul-Bariyah itu, tiadalah tersifatkan lagi, dan pada keesokan harinya maka dipersalin Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah itu dengan selengkap pakaian kerajaan, tiada terperi lagi banyaknya; dan Raja Iskandar pun menganugerahi pula persalin akan segala raja-raja daripada pakaian yang mulia-mulia, sekaliannya emas bertatahkan ratna mutu manikam, tiga buah perbendaharaan yang terbuka. Maka Raja Kida Hindi pun dianugerahi persalin, dan dianugerahi seratus cembul emas berisi permata, dan ratna mutu manikam dan harta benda yang mulia-mulia, sekaliannya emas bertatahkan ratna mutu manikam, dan dianugerahi seratus ekor kuda yang hadir dengan segala alatnya daripada emas bertatahkan ratna mutu manikam; maka hairanlah hati segala yang memandang dia.
Kemudian dari itu maka berhentilah Raja Iskandar di kenaikan sepuluh hari, setelah datang kepada sebelas harinya, maka berangkatlah Raja Iskandar seperti adat dahulukala, dan tuan puteri anak Raja Kida Hindi pun dibawa baginda; maka baginda pun berjalanlah, lalu ke matahari hidup, seperti yang tersebut dalam hikayatnya yang masyhur itu. Hatta berapa lamanya, telah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit, maka baginda pun kembalilah, lalu dari negeri Kida Hindi. Maka Raja Kida Hindi pun keluarlah mengadap Raja Iskandar dengan segala persembahannya, daripada khatifah yang mulia-mulia, dan daripada harta benda yang ajaib-ajaib. Maka Raja Kida Hindi pun berdatang sembah pada Raja Iskandar akan peri dendamnya dan berahinya akan tapak hadrat Raja Iskandar, tiada dapat kita katakan lagi. Syahadan peri rindu . dendamnya akan anaknya Tuan Puteri Syahrul-Bariyah dan dipohonkannyalah anaknya ke bawali duli Raja Iskandar.
Arakian maka dianugerahkan Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah kembali pada ayahnya, Raja Kida Hindi; maka dianugerahi Raja Iskandar akan Puteri Syahrul-Bariyah persalinan seratus kali, dan dianugerahi harta dar ipada emas dan perak, dan ratna mutu manikam, dan daripada permata dan harta benda yang indah-indah, tiada terhisabkan banyaknya lagi, Maka Raja Kida Hindi pun menjunjung duli Raja Iskandar, maka dipersalin baginda pula seratus kali daripada pakaian baginda Sendiri.
Setelah itu maka dipalu oranglah gendang berangkat dan ditiup oranglah nafiri alamat Raja Iskandar berangkat. Maka baginda pun berangkatlah dari istana, seperti adat dahulukala, kasadnya hendak menaklukkan segala raja-raja yang belum takluk kepadanya, seperti yang termazkur itu. Wallahu a'lamu bis-satuab wa ilaihil-marji'u uial-ma'ab.
Adapun diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera, bahawa Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi, telah hamillah ia dengan Raja Iskandar; tetapi Raja Iskandar tiada tahu akan isterinya hamil itu, dan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun tiada tahu akan dirinya bunting itu. Tatkala Tuan Puteri Syahrul-Bariyah kembali kepada ayahnya, Raja Kida Hindi, maka baharulah ia tahu akan dirinya bunting itu; dirasanya dirinya tiada haid. Maka Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun memberi tahu kepada ayahnya, Raja Kida Hindi, katanya, "Ketahuilah ayahanda, bahawa Hamba ini dua bulanlah sekarang tiada haid. Setelah Raja Kida Hindi mendengar kata anaknya itu, maka Raja Kida Hindi pun terlalu sukacita oleh anaknya itu bunting dengan Raja Iskandar; maka dipeliharakannya dengan sepertinya. Setelah genaplah bulannya, maka Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun beranaklah seorang lelaki, Maka oleh Raja Kida Hindi akan cunda itu pun dinamai Aristun Syah uialadul-malihul-mukarram, terlalu sangat dikasihi oleh Raja Kida Hindi.
Hatta berapa lamanya Raja Aristun Syah pun besarlah, terlalu baik rupanya,seperti rupa ayahanda baginda, Raja Iskandar Zul-Karnain. Maka oleh Raja Kida Hindi dipinangkannya anak raja Turkistan. Maka Raja Aristun Syah. beranak seorang lelaki, maka dinamainya Raja Aftus. Setelah empat puluh lima tahun lamanya Raja Iskandar kembali ke negeri Makaduniah, maka Raja Kida Hindi pun kembali ke rahmat Allah; maka cunda baginda, Raja Aristunlah kerajaan dalam negeri Hindi mengangkatkan kerajaan ninda baginda. Adalah umur baginda di atas kerajaan tiga ratus lima puluh lima tahun; maka Raja Aristun Syah pun berpindahlah dari negeri yang fana ke negeri yang baka. Maka anakanda baginda Raja Aftuslah naik kerajaan dalam "negeri Hindi; adalah umur baginda di atas kerajaan seratus dua puluh tahun, maka baginda pun hilang; maka Raja Aska'inat naik raja, umur baginda di atas kerajaan tiga tahun. Setelah sudah hilang maka Raja Kasdas namanya naik raja pula; adalah umur baginda di atas kerajaan dua belas tahun. Setelah sudah baginda hilang, maka Raja Amtabus namanya naik raja pula di atas takhta kerajaan; adalah umur baginda di atas kerajaan tiga belas tahun. Setelah sudah baginda hilang, maka Raja Zaman Yus namanya naik raja pula; adalah umur baginda itu di atas kerajaan tujuh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Kharu Seka'inat namanya naik raja pula; adalah umur baginda itu di atas kerajaan tiga puluh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Raja Arkhad Seka'inat namanya naik raja pula, adalah umur baginda di atas kerajaan sembilan tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Raja Kudar Zakuhun, anak Raja Amtabus pula naik raja, adalah umur baginda itu di atas kerajaan tujuh puluh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Nabtayusar namanya naik raja; adalah umur baginda itu di atas kerajaan empat puluh tahun.
Maka Raja Ardis Mikan naik kerajaan; adalah baginda beristerikan anak Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, maka beranaklah baginda dengan tuan puteri anak Raja Nusyirwan Adil seorang lelaki bernama Raja Darmanus. Maka anak cucu bagindalah kerajaan turun-temurun sampailah kepada anak cucu baginda yang bernama Tersi Berderas naik raja. Akan baginda itu anak Raja Zaman, cucu Syah Tersi, cicit Raja Dermanus, piut Raja Ardis Mikan anak Raja Kudar Zakuhun, cucu Raja Amtabus, cicit Raja Sabur, piut Raja Aftus, anak Raja Aristun Syah, anak Raja Iskandar ZulKarnain. Maka Tersi Berderas beristerikan anak Raja Sulan, raja di negeri Amdan Negara; kata setengah riwayat, Raja Sulan itu daripada anak cucu Raja Nusyirwan Adil, anak Kobat Syahriar, raja masyrik dan maghrib; melainkan Allah subha nahu wa taala juga yang mengetahuinya Tetapi akan Raja Sulan itu raja besar sekali, segala raja-raja Hindi dan Sindi, sekalian dalam tangannya, dan segala raja-raja yang di bawah angin ini sekaliannya takluk kepada baginda itu. Maka Raja Tersi Berderas beranak dengan puteri anak Raja Sulan itu tiga orang lelaki, Raja Hiran seorang namanya, ialah kerajaan di benua Hindi dan seorang namanya Raja Suran, diambil ninda baginda Raja Sulan; seorang lagi Raja Fandin namanya, ialah kerajaan di benua Turkistan.
Setelah berapa lamanya maka Raja Sulan pun hilanglah, maka cunda baginda, Raja Suranlah di atas kerajaan menggantikan ninda baginda di negeri Amdan Negara, terlalu besar kerajaannya, lebih besar pula daripada ninda baginda Raja Sulan. Maka adalah kerajaan baginda itu, segala raja-raja dari masyrik lalu ke maghrib sekaliannya takluk kepada baginda, melainkan negeri China juga yang tiada takluk kepada Raja Suran. Maka Raja Suran pun berkira-kira hendak menyerang negeri China. Maka baginda menyuruhlah menghimpunkan segala bala Tenteranya; maka sekalian rakyat pun berkampunglah daripada segala pihak negeri, tiada terpermanai lagi banyaknya. Maka segala raja-raja yang takluk kepada Raja Suran itu pun sekaliannya datang dengan alat senjatanya, dan dengan segala rakyatnya sekali; adalah banyaknya segala raja-raja itu seribu dua ratus. Maka telah sudah sekaliannya datang berkampung, maka Raja Suran pun berangkatlah hendak menyerang benua China.
Maka adalah daripada banyaknya rakyat berjalan itu, segala hutan belantara pun habis menjadi padang, dan bumi pun bergentar seperti gerupa, dan gunung pun bergerak, dan segala tanah yang tinggi-tinggi itu pun menjadi rata, dan batu pun habis berpelantingan, dan segala sungai pun habis kering, jadi seperti lumpur, kerana dua bulan perjalanan itu tiada berputusan lagi; jikalau pada malam yang gelap sekalipun, menjadi terang seperti bulan pumama pada ketika cuaca, daripada kebanyakan kilat cahaya Senjata; jikalau halilintar di langit sekalipun tiada kedengaran, daripada kesangatan tempik segala hulubalang dan sorak segala rakyat, bercampur dengan gajah, kuda, tiadalah sangka bunyinya lagi. Maka segala negeri yang bertemu dengan Raja Suran itu habislah dialahkannya, maka sekalian negeri itu semuanya habis takluk kepada baginda.
Setelah berapa lamanya, maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri Gangga Negara namanya, Raja Gangga Syah Johan nama rajanya. Maka adapun negeri itu di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi, dan dari belakang rendah juga; ada sekarang kotanya di darat Dinding, ke sana Perak sedikit. Setelah Raja Gangga Syah Johan mendengar khabar Raja Suran datang, maka baginda menyuruhlah menghlmpunkan segala rakyatnya, nan menyuruh menutupipintu kotanya, dan bangunan-bangunan pun disuruh tunggui, dan parit pun dipenuhi dengan air. Maka segala rakyat Raja Suran pun datanglah mengepung kota Gangga Negara itu, maka dilawan berperang oleh orang di atas kota itu. Maka segala rakyat Raja Suran pun tiada boleh tampil; kenaikan baginda gajah meta. Maka beberapa ditikam dan dipanah orang dari atas kota, tiada diendahkannya; maka tampil juga ia menghampiri pintu kota Gangga Negara, dipalunya dengan cakramnya, maka pintu Gangga Negara pun robohlah. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam kota Gangga Negara dengan segala hulu balangnya.
Setelah Raja Gangga Syah Johan melihat Raja Suran itu datang, maka Raja Gangga Syah Johan pun berdiri memegang panahnya; maka segera dipanahnya, kena gumba gajah Raja Suran, gajah itu jatuh terjerumus. Maka Raja Suran pun melorupat serta menghunus pedangnya, diparangkan kepada Raja Gangga Syah Johan, maka kenalah lehernya, putus kepalanya, terpelanting ke tanah. Maka Raja Gangga Syah Johan pun matilah. Setelah rakyat Gangga Negara melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun lari; maka ada seorang saudara raja itu perempuan, Puteri Dara Segangga namanya; terlalu baik parasnya, maka diambil bagindalah akan isteri. Setelah negeri Gangga Negara sudah alah, maka Raja Suran pun berjalanlah dari sana.
Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya perbendaharaan permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya.
Demi Raja Chulan mendengar Raja Suran datang itu, maka Raja Chulan pun menghimpunkan segala rakyat; dan segala raja-raja yang takluk kepada baginda, semuanya berkampunglah. Maka Raja Chulan pun mengeluarilah akan Raja Suran; maka rupa segala rakyat itu seperti lautan, rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya, dan tunggul panji-panji seperti hutan, dan segala Senjata pun berlapis-lapis. Sekira-kira empat gorah bumi jauhnya berjalan, setelah datanglah pada suatu sungai, maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya. Maka kata Siam, "pangkali" ertinya "sungai", maka dinamai orang sungai itu Sungai Pangkali.
Maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat Keling, lalu berperanglah, tiada sangka bunyinya lagi; segala yang bergajah berjuangkan gajahnya, dan yang berkuda bergigitkan kudanya, dan yang berpanah berpanahanlah dianya, dan yang berlembing bertikamkan lembingnya, dan yang berpedang bertetakan pedangnya. Maka rupa segala Senjata seperti hujan yang terlalu le bat, tidaklah lagi tarupak awan di langit, oleh kebanyakan kilat Senjata itu; gegak gempitalah bunyi tempik sorak orang berperang itu, maka berbangkitlah lebu duli ke udara, kelam-kabut, siang menjadi malam seperti gerhana matahari. Maka segala rakyat antara kedua belah pihak itu pun jadi campur-baurlah, tiada berkenalan lagi waktu berperang itu. Mana yang mengamuk di amuk orang pula, ada yang menikam ditikam orang pula. Maka kedua pihak itu pun banyaklah mati dan lukanya, darah pun banyaklah tum pall mengalir ke bumi seperti air sebak. Maka lebu duli itu pun hilanglah, maka kelihatanlah orang berperang itu, beramukamukan terlalu ramai; sama-sama tiada mahu undur lagi. Maka Raja Chulan pun menampilkan gajahnya menempuh ke dalam rakyat Raja Suran yang tiada terpermanai banyaknya itu, barang di mana ditempuhnya bangkai bertimbun-timbun; maka segala rakyat Keling pun banyaklah matinya, lalu undur.
Setelah dilihat oleh Raja Suran, maka baginda pun tampillah mengusir Raja Chulan itu. Maka adapun kenaikan Raja Suran, gajah tunggal lagi meta, delapan hasta tingginya; tetapi gajah Raja Chulan itu terlalu berani. Maka bertemulah kedua gajah itu, lalu berjuang, maka bunyi kedua gading gajah itu seperti bunyi petir yang tiada berputusan. Maka kedua gajah itu pun tiada beralahan; maka berdiri Raja Chulan di atas gajahnya menimang-nimang lembingnya, lalu ditikamkannya kepada Raja Suran, maka kenalah ke baluhan gajah itu, sejengkal menjunjung ke sebelah. Maka Raja Suran pun segera memanah Raja Chulan, kena dadanya terus ke belakang; maka jatuhlah ia dari atas gajahnya ke tanah, lalu mati. Maka segala rakyat Raja Chulan melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun pecah belahlah, lalu lari cerai-berai; maka diikuti oleh segala rakyat Keling mana yang dapat habislah dibunuhnya. Maka segala rakyatkeling pun· masuklah ke dalam kota Langgiu itu, lalu merampas, tiada terkira banyaknya beroleh rampasan itu. Maka ada seorang anak Raja Chulan itu perempuan, Tuan Puteri Onang Kiu namanya; terlalu baik parasnya. Maka dipersembahkan orang kepada Raja Suran, maka oleh baginda diambillah akan isteri. Setelah itu maka Raja Suran berjalanlah, maka baginda pun teruslah ke Temasik.
Maka kedengaranlah pula khabamya ke benua China, mengatakan, "Raja Suran datang hendak menyerang kita, membawa rakyat tiada terpermanai banyaknya; sekarang sudah sampai ke Temasik." Maka raja China pun terlalu hebat mendengar khabar itu; maka titah raja China pada segala menteri dan segala pegawainya, "Apa bicara kamu sekalian pada menolakkan bala ini; jikalau sampai raja benua Keling itu ke mari, nescaya binasalah benua China ini." Maka sembah seorang menteri yang tua, "Jikalau sampai raja daripada yang banyak, ya tuanku syah alam, yang diperHambalah membicarakan dia." Maka titah raja China, "Bicarakanlah olehmu." Maka Perdana Menteri pun menyuruhlah melengkapi sebuah pilau yang terbesar, diisi dengan jarum yang Serii, lagi yang karat; maka diambilnya pula pohon kesmak dan pohon segala buah-buahan yang ada buahnya, ditanamnya di atas pilau itu, dan dipilihnya orang yang tua-tua sudah tanggal giginya, disuruhnya naik pilau itu, dipesaninya oleh Perdana Menteri itu dan disuruhnya belayar ke Temasik.
Setelah datang ke Temasik, maka dipersembahkan oranglah kepada Raja Suran, "Ada sebuah perahu datang dari benua China." Maka titah Raja Suran pada orangnya, "Pergilah engkau tanya pada China itu, berapa lagi jauhnya negeri China dari sini?" Maka orang itu pun pergilah bertanya pada orang pilau itu. Maka sahut China itu, "Tatkala kami keluar dari benua China, sekalian kami-kami ini sedang muda-muda belaka, baharu dua belas tahun umur kami, dan segala buah-buahan ini bijinya kami tanam, kami pun tualah, gigi kami semua pun habis tanggal; segala buah-buahan yang kami tanam itu berbuahlah, baharulah kami sampai ke mari," Maka diambilnya jarum ada beberapa bilah itu, ditunjukkannya pada Keling itu, katanya, "Besi ini kami bawa ke marl dari benua China seperti lengan besamya, sekarang inilah tinggalnya habis haus; demikianlah peri lamanya kami di jalan, tiadalah kami tahu akan bilangan tahunnya."
Setelah Keling itu mendengar kata China itu, maka ia pun segera kembali memberi tahu Raja Suran; maka segala kata China yang didengamya itu semuanya dipersembahkannya kepada Raja Suran. Setelah Raja Suran mendengar sembah orang itu, maka titah Raja Suran, "Jikalau seperti kata China itu, terlalulah jauhnya benua China itu; manakalakah kita sampai ke sana? Baik kita kembali." Maka sembah segala hulubalang, "Benarlah seperti titah Seri Maharaja itu."
Maka Raja Suran fikir dalam hatinya, "Bahawa isi darat telah aku ketahuilah, dan segala isi laut bagaimana gerangan rupanya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut, supaya aku ketahui betapa halnya." Setelah baginda berfikir demikian, maka baginda pun menyuruh menghlmpunkan segala pandai dan utus, maka dititahkan baginda berbuat sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam. Maka diperbuatlah oleh segala utus itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu, dan diberinya berantai emas. Setelah sudah maka dibawanyalah ke hadapan Raja Suran; maka baginda pun terlalulah sukacita melihat perbuatan peti itu, maka baginda memberi anugerah akan segala hakim dan utus itu, tiada terkira-kira banyaknya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam peti itu, maka segala yang di luar semuanya habis kelihatan; maka dikuncikan baginda pintu peti itu dari dalam. Maka dihulurkan oranglah ke dalam lau t, maka peti itu pun tenggelamlah, maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam peti itu, pelbagai kekayaan Allah subhanahu wa taala dipandang baginda, moga-moga dengan takdir Yang Amat Kuasa, maka peti Raja Suran itu jatuh ke dalam bumi yang bernama Dika.
Maka Raja Suran pun keluarlah dari dalam peti itu, lalu berjalan melihat segala yang indah-indah; maka baginda bertemu dengan sebuah negeri terlalu besar, lagi dengan teguhnya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam negeri itu, maka dilihat baginda dalam negeri itu suatu kaum "Bu Sum" namanya, terlalu amat banyak, tiada siapa mengetahui bilangannya ; tetapi mereka itu setengah Islam dan setengah kafir.
Setelah mereka itu memandang rupa Raja Suran itu, maka sekalian orang itu hairan tercengang-cengang dan takjub memandang pakaian baginda itu. Maka oleh segala mereka itu akan Raja Suran dibawanya kepada rajanya. Adapun nama raja mereka itu Raja Aktabu'l-Ard. Setelah raja itu melihat rupa Raja Suran itu, maka ia bertanya pada orang yang membawa baginda itu, "Orang mana ini?" Maka sembah orang itu, "Baharu datang tuanku orang ini, dari mana-mana datangnya, kami sekalian tiada tahu." Maka Raja Aktabu'l-Ard bertanya kepada Raja Suran, "Orang mana kamu ini? Dan dari mana kamu datang ke mari ini?" Maka sahut Raja Suran, "Adalah Hamba ini datang dari dalam dunia: Hambalah raja segala manusia, nama Hamba Raja Suran." Maka Raja Aktabu'l-Ard pun terlalu hairan mendengar kata Raja Suran itu; maka katanya, "Adakah dunia lain daripada dunia kami itu?" Maka sahut Raja Suran, "Bahawa alam itu terlalulah sekali banyak, pelbagai jenis di dalamnya." Setelah Raja Aktabu'l-Ard mendengar kata Raja Suran itu, terlalu amat takjub ia, seraya mengucap subhana 'llahu'l malikul'l jabbar. Maka oleh Raja Aktabu'l-Ard akan Raja Suran dibawanya naik duduk di atas takhta kerajaannya.
Adapun Raja Aktabu'l-Ard ada beranak seorang perempuan, terlalu baik parasnya, bernama Tuan Puteri Mahtabu'l-Bahri. Maka oleh Raja Aktabu'l-Ard akan Raja Suran dikahwinkan dengan anaknya Tuan Puteri Mahtabu'l-Bahri itu; antara tiga tahun lamanya baginda duduk dengan Tuan Puteri Mahtabu'l-Bahri itu, maka baginda pun beranaklah tiga orang lelaki. Setelah baginda melihat anakanda baginda ketiga itu, maka baginda pun terlalu masyghul, fikir baginda, "Apa kesudahan anakku diam di bawah bumi ini, apa upayaku membawa dia keluar?"
Kata sahibu'l-hikayat, tengah baginda berfikir itu, dengan takdir Allah Yang Empunya Iradat, sekonyong-konyong datanglah raja jin Asmaghiah Peri mengadap baginda. Setelah Raja Suran melihat raja jin itu, lalu dikenal baginda; maka titah baginda, "Apakah kerja tuan hamba ke mari? "Maka sembahnya, "Sahaja hamba mengadap." Maka titah Raja Suran, "Jika demikian hendaklah tuan Hamba perbuatkan hamba, mahkota tiga biji akan pakaian anak hamba, supaya ada tanda Raja Iskandar Zul-Karnain kepadanya." Maka sahut raja jin Asmaghiah Peri, "Mahkota kudrat yang di dalam perbendaharaan Paduka, Mambanglah hamba ambil." Maka sahut baginda, "Sebenar-benar bicaralah kehendak tuan hamba itu." Maka raja jin pun bermohonlah, lalu ghaib dari mata baginda. Maka diambilnya mahkota tiga buah dari dalam perbendaharaan Raja Sulaiman 'alaihi s-salam, dibawanya kepada Raja Suran. Maka diambil baginda dengan sukacitanya. Maka raja jin pun bermohon lalu kembali. Maka Raja Suran pun datang kepada Raja Aktabu'l-Ard membawa mahkota itu; maka kata Raja Suran, "Jikalau anak Hamba ketiga ini sudah besar, hendaklah tuan Hamba hantar ia ke dalam dunia, supaya mahkota kerajaan Iskandar Zul-Karnain itu jangan berputusan; mahkota ini akan pakaiannya." Maka sahut Raja Aktabu'l-Ard, "Baiklah. "
Setelah itu maka Raja Suran pun bermohonlah kepada Raja Aktabu'l-Ard, dan bertangis-tangisan dengan isteri baginda, memeluk mencium anakanda baginda ketiga. Maka Raja Aktabu'l-Ard memberi kuda semberani jantan, Farasu'l-Bahri namanya; maka Raja Suran pun naiklah ke atas kuda itu, maka oleh kuda itu dibawanya Raja Suran keluar dari dalam laut, lalu berjalan ia di tengah laut itu.
Maka dilihat oleh rakyat baginda, yang di atas kuda itu Raja Suranlah; maka segera dibawanya seekor kuda betina yang baik ke pantai Baniras. Setelah kuda jantan itu melihat kuda betina itu, maka ia pun naiklah berjalan ke darat. Maka baginda pun turunlah semayam dihadap menteri, hulubalang, rakyat sekalian; maka kuda itu pun kembalilah ke dalam laut itu. Maka titah Raja Suran kepada menterinya. "Himpunkanlah segala bala Ceritera kita sekalian, kampungkan segala gajah kuda, jangan diberi berpecah-pecah, kerana hendak kembali; dan tafahus segala yang sakit dan yang kekurangan makanan; tetapi alat Senjata perbaiki barang yang tiada baik, dan panggil segala hakim dan utus. Maka segala mereka itu pun datanglah mengadap baginda dengan alat pegawainya; maka titah baginda pada segala hakim dan utus itu, "Hendaklah kamu sekalian perbuatkan aku suatu alamat, tanda kita masuk ke dalam laut ini. Adalah kehendak hatiku, biarlah perbuatannya kekal hingga hari kiamat; dan kamu suratkan segala hikayat kita masuk ke dalam laut, supaya diketahui dan didengar oleh segala anak cucu kita yang kemudian."
Setelah segala hakim dan utus mendengar titah Raja Suran itu, maka diambil oleh mereka itu suatu batu, maka disuratnyalah dengan bahasa Hindustan. Setelah sudah maka disuruh oleh Raja Suran masukkan beberapa harta daripada emas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam dan segala mata benda yang ajaib-ajaib. Maka titah Raja Suran, "Pada akhir zaman kelak ada seorang daripada anak cucuku juga, ialah beroleh harta ini, dan raja itulah yang menaklukkan segala negeri yang di bawah angin ini."
Setelah itu maka Raja Suran pun kembalilah ke benua Keling. Setelah sampai baginda ke negeri Keling, maka baginda pun berbuat sebuah negeri terlalu besar, kotanya daripada batu hitam tujuh lapis, serta dengan tebalnya, dan tingginya sembilan depa; daripada pandainya segala pandai dan utus berbuat dia itu, tiadalah kelihatan rapatannya lagi, rupanya seperti dituang, pintunya daripadabesi melela bertatahkan emas berpennata, Adapun peri luasnya kota itu, tujuh buah gunung di dalamnya; sama tengah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luas, seperti laut rupanya, jikalau gajah berdiri di seberang sana, tiada kelihatan dari sebelah sini, maka serba ikan dilepaskan di dalam tasik itu. Maka di tengah tasik itu pula ada sebuah pulau terlalu tinggi, Sentiasa berasap seperti di saput embun rupanya; maka di atas pulau itu, ditanami pelbagai kayu-kayuan daripada serba jenis buah-buahan dan bunga-bungaan yang ada di dalam dunia ini semuanya ada di sana; apabila Raja Suran hendak bermain-main ke sanalah ia pergi. Maka di tepi tasik itu diperbuatnya pula suatu hutan terlalu besar; maka dilepaskannya segala binatang liar, dan apabila Raja Suran hendak berburu atau menjerat gajah, pada hutan itulah ia pergi. Setelah sudahlah negeri itu diperbuat, maka dinamai oleh Raja Suran "Bijaya Negara", sekarang pun ada lagi negeri itu di benua Keling. Adapun kisah Raja Suran itu, jikalau dihikayatkan semuanya, seperti Hikayat Hamzahlah tebalnya.
Hatta berapa lamanya maka Raja Suran pun beranaklah dengan Tuan Puteri Onang Kiu anak Raja Chulan, seorang perempuan, terlalu baik parasnya, pada zaman itu tiadalah sebagainya seorang jua pun; malta dinamai oleh ayahanda baginda Tuan Puteri Cendani Wasis, dan beranak dengan Tuan Puteri Dara Segangga tiga orang lelaki, yangtua bernama Citram Syah, seorang bernama Paladu Tani, dan seorang bernama Nila Manam. Maka Puteri Cendani Wasis dipinang oleh raja China didudukkannya dengan anaknya yang bernama Raja Cu Lan. Maka oleh Raja Suran anakandanya Paladu Tani dirajakan di negeri Amdan Negara, dan Nila Manam dirajakannya di Bijaya Negara akan menggantikan kerajaan baginda. Maka Citram Syah dirajakannya di negeri Candu Kani.
Maka kata Citram Syah, "Aku anak yang tua, dirajakannya pada negeri kecil; baiklah aku membuang diriku." Maka Citram Syah pun pergilah membuang dirinya berkapal, dibawanya segala alat kerajaannya, dan dua puluh buah kapal lengkap dengan alat peperangan. Niat baginda hendak mengalahkan segala negeri yang di tepi laut, supaya takluk kepada baginda. Setelah beberapa puluh buah negeri dialahkan baginda, maka datanglah pada Laut Selbu; maka pada suatu malam, turun taufan terlalu besar, dengan hujan, ribut, guruh, petir, Maka segala kapal itu pun habislah pecah cerai-berai ke sana sini, setengah kembali ke negeri Candu Kani, setengah tiada ketahuan perginya. Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan semuanya, jemu orang yang mendengar dia; maka kami sirupankan juga, kerana perkataan yang amat lanjut itu tiada gemar bagi orang yang berakal adanya.
Alkisah maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang namanya; nama rajanya Demang Lebar Daun, asalnya daripada anak cucu Raja Sulan juga Adapun negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya, di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah dalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang; di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan . Maka ada dua orang perempuan balu berhuma padi, terlalu luas humanya; adalah namanya seorang Wan Empuk dan seorang namanya Wan Malini. Maka terlalulah jadi padinya. Tiada dapat terkatakan; telah Hampir akan masak padinya itu. <br>
<br>
Sebermula maka tersebutlah perkataan anak Raja Suran yang tiga bersaudara, yang dipeliharakan oleh Raja Aktabu'l-Ard. Setelah besarlah terlalu baik parasnya anak raja ketiga itu; yang tua dinamai oleh Raja Aktabu'l-Ard Nila Pahlawan, yang tengah dinamai Krisyna Pandita, dan yang bongsunya dinamai Nila Utama, Maka ketiga anak raja itu bertanyakan ayahnya kepada ninda baginda, Raja Aktabu'l-Ard. Maka sahut Raja Aktabu'l-Ard, "Adalah akan ayahmu itu anakcucu Raja Iskandar Zul-Karnain, nasab Sulaiman 'alaihi's-salam, pancar Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib. Maka adalah pesan ayahmu apabila tuan Hamba besar, disuruhnya hantarkan ke dunia. Sekarang kembalilah tuan ke dunia" <br>
<br>
Setelah ketiga anak raja itu mendengar kata ninda baginda itu terlalulah sukacitanya; seraya katanya, "Berilah kami ketiga bersaudara ini jalan ke dunia itu." Maka oleh Raja Aktabu'l-Ard ketiga cucunda baginda itu diberinyalah memakai alat kerajaan dengan selengkap pakaian anak raja-raja, yang bertatahkan ratna mutu manikam, serta dikenakannya mahkota itu ketiganya, Setelah itu maka ketiga baginda pun bermohonlah kepada ninda dan bonda baginda. Maka dipeluk dicium baginda serta ditangisinya, Maka oleh Raja Aktabu'lArd diberinya seekor lembu yang amat putih, seperti perak yang terupam warnanya; maka ketiga anak raja itu pun naiklah ke atas lembu itu lalu berjalanlah keluar. <br>
<br>
Dengan takdir Allah Subhanahu wa taalaYang Maha Kuasa, maka teruslah ke Bukit Si Guntang itu waktu malam. Maka kepada malam itu dipandang oleh Wan Empuk dan Wan Malini dari rumahnya, di at as Bukit Si Guntang itu bernyala seperti api. Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini, "Cahaya apa gerangan di Bukit Si Guntang itu? Bernyala seperti cahaya matahari terbit kelihatan. Takut pula beta melihat dia." Maka kata Wan Malini, "Janganlah kita ingar-ingar, jikalau gemala naga besar gerangan itu." Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun diamlah dengan takutnya, lalu keduanya tidur. <br>
<br>
Setelah hari siang maka keduanya pun bangunlah; maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini, "Mari kita lihati, apa yang terang bercahaya di Bukit Si Guntang semalam itu." Maka kata Wan Malini, "Marilah." Maka keduanya basuh muka dan makan sirih lalu turun berjalan. Maka dilihatnya padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Maka kata Wan Empuk, "Yang bercahaya semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa ini. " Maka sahut Wan Malini, "Beta pandang semalam diatas Bukit Si Guntang itu, bukannya padi huma kita ini." Maka keduanya naiklah ke Bukit Si Guntang itu. Maka dilihatnya tanah negara bukit itu menjadi seperti warna keemas-emasan; maka datang sekarang tanah itu diceritakan orang seperti emas juga.<br>
<br>
Maka dilihat oleh Wan Empuk dan Wan Malini di atas tanah yang menjadi emas itu ada tiga orang lelaki muda teruna, muda wangsa, duduk di atas lembu putih seperti perak, lengkap ketiganya itu memakai pakaian anak raja-raja yang bertatahkan ratna mutu manikam; memakai mahkota ketiga, terlalu sekali elok parasnya, Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun hairan tercengang-cengang melihat paras sikapnya orang muda ketiga itu; seorang memegang curik dan satu kayu yang bercap di tangannya, seorang memegang lembing dan seorang memegang pedang, sekaliannya daripada keemasan. Maka Wan Empuk pun fikir dalam hatinya, "Anak raja mana orang muda ketiga ini, sekonyong-konyong ada di Bukit Si Guntang ini, dari mana gerangan datangnya? Dan apa jua bangsanya? Baik aku bertanya kepadanya; entah sebabnya maka padiku berbuahkan emas, dan tanah negara bukit itu pun seperti emas. "
Setelah keduanya berfikir, lalu bertanya, "Siapa tuan hamba ketiga ini? Anak raja mana tuan hamba? Anak raja jinkah atau anak raja perikah, atau anak raja inderakah? Hendaklah berkata benar tuan Hamba ketiga kepada kami kedua ini; kerana lamalah kami duduk di lembah Bukit Si Guntang ini, seorang manusia pun tiada datang ke mari, baharu pada hari inilah kami melihat tuan hamba ketiga ini."
Maka sahut Nila Pahlawan, "Adapun kami ini bukan daripada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa indera; bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, pancar kami daripada Raja Sulaiman 'alaihi s-salam, dan nama kami Nila Pahlawan, dan yang seorang ini Krisyna Pendita, dan yang seorang Nila Utama; dan nama curik kami ini Si Mandang Kini, dan kayu ini Cap Kerupa namanya, dan pedang ini Badram Balawa namanya, dan lembing ini Lembuara namanya."
Maka kata Wan Empuk dan Wan Malini, "Jikalau tuan hamba daripada anak cucu Raja Iskandar apa sebab maka tuan hamba ke mari, dari mana jalan tuan hamba?" Maka Nila Pahlawan pun berceriteralah seperti ceritera ayahnya kepada Raja Aktabu'l-Ard. Segala hikayat Raja Iskandar beristerikan anak Raja Kida Hindi, dan peri Raja Suran masuk ke dalam laut, dan peri duduk dengan bondanya beranakkan baginda ketiga bersaudara itu, semuanya dihikayatkannya kepada Wan Empuk dan Wan Malini. Maka kata Wan Empuk, "Apa alamatnya seperti kata tuan hamba itu?" Maka sahut Nila Pahlawan, "Mahkota kami ketiga inilah alamatnya; serta padi habis berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa, dan tanah negara bukit inimenjadi seperti wama keemas-emasan. Jikalau embuk tiada percaya, pandanglah alamat kami, anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain; pancar Sulaiman alaihi s-salam."
Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun percayalah akan kata orang muda itu, serta dengan sukacitanya. Ketiga anak raja itu dibawanya kembali ke rumahnya. Maka ketiga baginda bersaudara pun duduklah dipeliharakan oleh Wan Empuk dan Wan Malini; padinya pun dituainyalah. Maka Wan Empuk dan Wan Malini pun kayalah dengan sebab mendapat anak raja itu.
Maka terdengarlah kepada Demang Lebar Daun bahawa Wan Empuk dan Wan Malini mendapat anak raja dari Bukit Si Guntang, daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain itu. Maka Demang Lebar Daun pun mudiklah, mendapatkan Wan Empuk dan Wan Malini mengadap anak raja itu. Maka di ambilnya ketiga anak raja itu dibawa dengan kenaikan baginda lembu putih itu ke negeri Palembang, dipeliharakannya dengan sempumanya. Maka Nila Pahlawan digelar Sang Si Perba. Dengan takdir Allah taala, maka lembu kenaikan baginda itu pun muntahkan buih, maka keluar daripada buih itu seorang manusia lelaki, hadir dengan pakaiannya, serta ia berdiri membaca ciri demikian bunyinya: <br>
* "Ahusta Paduka Seri Maharaja serta Seri Sepah Buana suran bumi boji bala pikrama nakalang kama makuta dan Menteri Buana prasama Sakritbana Tanggadarma dan busaya kuta dan singgahsana ranawikrama dan Rawanaba Palawikasad dadi prabu di kala mula mali mala ka Seri Darma Rajadiraja, Raja Permaisuri."
Maka oleh Demang Lebar Daun dinamainya "Batala", ertinya orang yang membaca ciri. Daripada anak cucu Batala itulah asal orang membaca ciri dahulukala.
Syahadan termasyhurlah pada segala negeri bahawa Demang Lebar Daun mendapat anak raja tiga bersaudara dari Bukit Si Guntang dan daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain. Maka datanglah Patih Suatang, raja Minangkabau, ke Palembang dengan segala pegawai dan rakyat sekaliannya, minta seorang anak raja itu hendak dirajakannya di alam Minangkabau. Maka oleh Demang Lebar Daun diberikannya yang bernama Sang Si Perba, serta dengan sekalian alatnya. Maka oIeh Patih Suatang dibawanya kembali ke alam Minangkabau, dirajakannya di sana. <br>
<br>
Selama baginda kerajaan di alam Minangkabau itu, maka batang jelatang-ayam pun terlalu besar, diperbuatkan tiang balai baginda; lain daripada anak cucu baginda tiada siapa dapat duduk di sana kegatalan, dan batang saluguri akan baluhan tabuh, dan batang pulut-pulut baluhan gendang, dan ruyung-kayang dapat diperbuatkan tetaran lembing menjadi pagar istana baginda itu; sebab itulah alam Minangkabau itu dinamai "Pagar Ruyung", yang tersebut datang sekarang. Syahadan Patih Suatanglah akan bendahara baginda, memerintahkan kerajaan baginda.<br>
<br>
Bermula ke Tanjung Pura pun kedengaranlah. Rajanya pun telah hilang; maka patihnya datang ke Palembang, meminta anak raja itu kepada Demang Lebar Daun akan dirajakannya di Tanjung Pura. Maka diberikannya Krisyna Pandita dengan alatnya; tinggallah Nila Utama kerajaan di Palembang, dipangku Demang Lebar Daun. Setelah berapa lamanya baginda dalam kerajaan bergelar Seri Teri Buana, maka baginda pun hendak beristeri. Maka baginda menyuruh memanggil Demang Lebar Daun. Maka Demang Lebar Daun pun datang mengadap, duduk menyembah; sembahnya: "Apa kehendak duli tuanku memanggil patik?" Adapun Demang Lebar Daunlah memulai asal berbahasa kepada raja bertuanku berpatik itu; serta meletakkan adat Melayu seTerigahnya. Maka titah Seri Teri Buana, "Adalah kita memanggil paman ini, kita hendak beristeri, carikan kita, adakah paman?" Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah tuanku, yang mana titah duli tuanku Yang Maha Mulia, patik junjung;" seraya ia menyembah, lalu kembali menyuruh mengambil anak raja-raja, barang yang baik dipersembahkan kepada Seri Teri Buana. Setelah malam dibawalah baginda beradu; setelah siang hari maka dilihat baginda anak raja itu sekonyong-konyong kedal. Maka dikembalikan baginda kepada Demang Lebar Daun, minta carikan yang lain pula. Maka dipersembahkannya pula; serta dibawa baginda beradu, kedal pula. Maka habislah anak raja-raja dalam negeri Palembang itu, serta dibawa baginda beradu kedal pula semua tubuhnya. Maka dipersembahkan oleh Demang Lebar Daun mengatakan tiada lagi anak raja-raja dalam negeri Palembang ini yang baik. <br>
<br>
Hatta maka terdengarlah kepada Seri Teri Buana akan baik paras anak Demang Lebar Daun; pada zaman itu seorang pun tiada sebagainya yang di bawah angin ini. Maka baginda pun berahilah akan anak Demang Lebar Daun itu. Hendak dipinta oleh baginda, kalau-kalau tidak diberi oleh Demang Lebar Daun. Dengan hal demikian jadi masyghullah baginda; beberapa hari baginda tiada keluar diadap oleh orang di balai. Setelah Demang Lebar Daun melihat yang demikian itu, lalu ia masuk ke penghadapan dalam, maka ia pun bertanya kepada dayang-dayang, "Apa mulanya duli Yang Dipertuan telah berapa hari tiada keluar semayam?" Maka oleh dayang-dayang itu semuanya hal kelakuan baginda itu dikhabarkannya kepada Demang Lebar Daun. <br>
<br>
Setelah Demang Lebar Daun mendengar khabar dayangdayang itu, maka ia fikir dalam hatinya, "Ada juga sesuatu yang dikuyukan oleh anak raja ini, baik aku bertanya kepadanya." Setelah ia berfikir, maka kata Demang Lebar Daun, "Pergi dayang persembahkan ke bawah duli Yang Dipertuan katakan manira hendak mengadap." Demang Lebar Daun yang permulaan berbahasa kepada raja Melayu "Yang Dipertuan" itu. Maka dayang-dayang itu pun masuklah mengadap baginda, persembahkan Demang Lebar Daun hendak mengadap baginda itu. <br>
<br>
Maka Seri Teri Buana pun keluar semayam dihadap Demang Lebar Daun; dipandangnya muka baginda pucat-pucat berseri, selaku-laku ada menaruh berahi. Maka sembah Demang Lebar Daun, "Daulat tuanku patik berdatang sembah, apa sebab maka duli tuanku tiada keluar semayam seperti sediakala? Apa juga duli tuanku kehendaki tiada akan duli tuanku peroleh itu? Kerana negeri Palembang ini duli tuanku yang empunya dia. Patik sekalian ini hamba yang khas sekadar mengembalai sahaja. Jangankan setara yang lain, yang duli tuanku kehendaki tiada akan tuanku peroleh, jikalau atas nyawa patik sekalian duli tuanku kehendaki patik persembahkan. Jikalau tiada yang demikian sembah patik ini bukanlah patik sekalian hamba Melayu." <br>
<br>
Setelah Seri Teri Buana mendengar sembah Demang Lebar Daun itu, maka baginda fikir dalam hati, “jika demikian baik lah aku katakan rahsiaku ini, mudah-mudahan kuperoleh, kerana tiada tertanggung berahiku ini. Maka titah baginda, "Adapun rahsia dalam hati Hamba ini terlalu besar, jikalau Hamba katakan pun tiada akan Hamba peroleh, maka demikianlah hal Hamba." <br>
<br>
Maka sembah Demang Lebar Daun, "Daulat tuanku, mengapa tuanku berlindung titah lagi? Kerana sembah patik ke bawah duli Yang Maha Mulia telah putus, tiada Hamba Melayu. itu dapat menyalahi kehendak tuannya. "Maka titah baginda, "Adalah Hamba mendengar khabar paman konon ada menaruh seorang anak perempuan, amat baik parasnya. Jikalau dengan ikhlas paman, inilah yang Hamba pohonkan kepada paman."
Maka sembah Demang Lebar Daun, "Sungguh tuanku seperti khabar orang itu; jikalau tuanku berkehendakkan patik itu, patik sembahkan, lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik. Maka titah baginda, "Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu? Katakan oleh paman hamba dengar." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi." <br>
<br>
Maka titah Seri Teri Buana, "Kabullah hamba akan janji paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman. "Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia." Maka titah Seri Teri Buana, "Hendaklah oleh segala anak cucu Hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala Haru ba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga. " <br>
<br>
Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku." Maka titah Seri Teri Buana, "Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka baginda pun bersumpah-sumpahanlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, "Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas." Maka sembah Demang Lebar Daun, ''Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan Hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya." Itulah dianugerahkan Allah subhanahu wa taala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala Hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib seseorang Hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. <br>
<br>
Setelah sudah Demang Lebar Daun berteguh-teguhan waad itu, maka ia menyembah lalu kem bali ke rumahnya, menghiasi anaknya yang bernama Radin Ratna Cendera Puri itu dengan selengkap perhiasan yang keemasan. Setelah sudah, lalu dibawanya masuk ke dalam, dipersembahkannya kepada Seri Teri Buana. Setelah baginda memandang rupa baik paras anak Demang Lebar Daun itu, maka baginda pun hairan serta dengan sukacitanya. Maka titah baginda, "Sepenuh kasih pamanlah, Hamba terima. "Maka sembah Demang Lebar Daun, "Barang Daulat tuanku bertambah-tambah." Seraya ia bermohon kembali. <br>
<br>
Setelah hari malam, Seri Teri Buana pun beradulah dengan Raden Ratna Cendera Puri. Setelah han siang, dengan anugerah Allah Taala dilihat baginda akan isterinya suatu pun
tiada merbahayanya; dipandang baginda bertambah amat pula indah sifat parasnya, kerana asal Demang Lebar Daun itu daripada Raja Sulan juga. Maka baginda pun terlalu sukacita, seraya baginda menyuruh memanggil Demang Lebar Daun; maka Demang Lebar Daun pun datang mengadap serta duduk menyembah. Maka titah Seri Teri Buana, "Paman, adalah anak paman suatu pun tiada merbahayanya. "Maka dipandang oleh Demang Lebar Daun, sungguh suatu pun tiada cacatnya anaknya itu. Maka sembah Demang Lebar Daun dengan sukacitanya, "Daulat Berdaulat tuanku Seri Teri Buana, Dipertuan Teritera hamba Me1ayu;" seraya menyembah lalu kembali mengampungkan segala pegawai dan rakyat sekalian memulai berjaga-jaga, mengahwinkan Seri Teri Buana dengan anaknya; membuat panca persada tujuh belas pangkat serta dengan alat perhiasannya, terlalu indah perbuatannya. Betala tukangnya. <br>
<br>
Maka terlalulah ramai orang berjaga-jaga itu, empat puluh hari empat puluh Malam dengan segala bunyi-bunyian, beratus kerbau, lembu, biri-biri, itik, ayam, angsa yang disembelih orang akan makanan segala orang yang bekerja itu; kepala kerbau menjadi tungku, kerak nasi menjadi busut dan air didih menjadi anak sungai. Setelah genap empat puluh hari empat puluh malam, maka Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri pun dihiasi oranglah dengan segala pakaian yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam yang gemerlapan. Akan Seri Teri Buana pun mengenakan mahkota baginda yang amat gilang-gemilang, cahaya manikamnya gemerlapan memberi hairan yang melihat dia; maka baginda naiklah ke atas perarakan emas berpermata di bawah payung empat terkembang. Maka diarak oranglah tujuh kali berkeliling negeri Palembang itu dengan serba bunyi-bunyian, lalu ke istana; maka baginda pun dikahwinkan dengan Raden Ratna Cendera Puri. Maka rupa baginda dua laki isteri itu seperti matahari berkembar dengan bulan dipandang. <br>
<br>
Setelah sampai tiga hari, maka dimandi-mandikan oleh Demang Lebar Daun, diarak pula ke panca persada dengan sepertinya, betapa adat raja yang besar-besar mandi, demikianlah dikerjakan oleh Demang Lebar Daun. Setelah selesailah daripada itu maka Seri Teri Buana pun kararlah kerajaan di dalam negeri Palembang, amat berkasih-kasihan dua laki isteri; menjadi makmurlah negeri Palembang Darul Salam selama baginda naik kerajaan itu. <br>
<br>
Sebermula pada suatu hari, hanyut buih dari hulu terlalu besar, maka dilihat orang dalam buih itu ada seorang budak perempuan, terlalu baik rupanya. Maka dipersembahkan oranglah kepada Seri Teri Buana, maka disuruh baginda ambil; maka dinamai baginda akan budak itu Puteri Tanjung Buih, diangkat baginda anak terlalulah baginda dua laki isteri akan Puteri Tanjung Buih itu. <br>
Alkisah maka tersebutlah Sang Si Perba kerajaan di Minangkabau itu; pada suatu hari berhimpun segala Orang Besar-besar dan orang tua-tua, yang memegang anak negeri kepada Patih Suatang. Maka kata mereka itu, "Adapun raja kita ini dikatakan anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, pancar Sulaiman 'alaihi s-salam; mari kita cuba dahulu jikalau dapat baginda membunuh ular 'Sakti Mona' yang membinasakan perhumaan kita itu. Jika dapat bagindamembunuh dia, kararlah baginda kita pertuan, dan jika tiada dapat, baiklah tuan hamba juga jadi raja kami." Maka Patih Suatang pun pergilah mengadap Sang Si Perba bersama-sama dengan sekalian mereka itu. Maka sembah Patih Suatang, "Terlalulah bahagia kami sekalian merajakan tuanku di tanah Minangkabau ini; tetapi tuanku, ada seekor ular besar membinasakan perhumaan kami itu. Jikalau ada derma kumia tuanku, kami minta bunuhkan ular itu, kerana kami tiada dapat membunuh dia; berapa 'pun kami tetak dan kami tikam, tiada juga ia luka, jangankan matinya. Itulah kami minta bunuhkan kepada tuanku." Maka titah Sang Si Perba, "Baiklah, kamu tunjukkanlah aku tempatnya." Maka dibawa oranglah baginda kepada tempat ular itu. <br>
<br>
Maka ada seorang hulubalang baginda, Permasku Mambang namanya, maka ia dititahkan oleh Sang Si Perba membunuh ular itu. Maka curik Si Mandang Kini itu dikumiakan baginda kepadanya. Maka titah baginda, "Pergilah engkau bunuh ular itu dengan curikku ini, matilah olehnya." Maka ia pun pergilah bersama-sama mereka itu kepada temp at ular itu, Setelah ular itu mencium bau manusia, maka ular itu pun keluarlah hingga kepalanya dari dalam rongganya. Dilihatnya ular Sakti Mona itu berlingkar seperti busut yang besar rupanya. Setelah ular itu melihat Permasku Mambang, ia pun menggerakkan dirinya, maka diparang oleh Permasku Mambang, penggal tiga lalu mati. Maka Permasku Mambang pun kembalilah bersama-sama dengan sekalian mereka itu, mengadap Sang Si Perba, persembahkan ular itu sudah mati, tetapi curik Si Mandang Kini sumbing seratus sembilan puluh. Maka Sang Si Perba pun terlalu sukacita, beberapa puji baginda akan Permasku Mambang serta dianugerahi baginda persalinan dengan sepertinya. Maka kerajaanlah baginda dalam Minangkabau, kararlah dengan Seritosa datang kepada anak cucu baginda, Sebermula maka tersebutlah perkataan Tajitram Syah rosak di Laut Selbu, terdarupar ke pantai dengan beberapa orang lasykar baginda. Hatta sampai kepada sebuah kuala sungai bernama Belambang Majut, dahulunya sebuah negeri; Belambang Majutlah nama negeri itu, rajanya bernama Demang Kebayunan; dan ada anaknya seorang perempuan, terlalu baik rupanya bernama Raden Suwata Caratu, pancar Demang Lebar Daun juga. Pada masa itu Demang Kebayunan hilir bermain ke kuala dengan segala hulubalang, berjalan di pasir. Maka Demang Kebayunan pun bertemulah dengan Tajitram Syah duduk di bawah pohon ru, dihadap oleh lasykamya. <br>
<br>
Maka tanya Demang Kebayunan, "Dari mana tuan Hamba datang yang serupa ini? Apa sebabnya maka duduk di sini?" Maka sahut Tajitram Syah, "Adalah Hamba ini orang rosak, kena taufan!" Maka diceriterakannyalah daripada mulanya sampai ia rosak itu, habis diceriterakannya. Setelah Demang Kabayunan mendengar baginda itu anak raja besar, maka dibawanya kembali ke negerinya, didudukkan dengan anaknya yang bernama Raden Seridari itu. Maka beranaklah ia empat orang, dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Seorang Ratna Dewi namanya, dan yang seorang lagi namanya Seri Dewi; yang lelaki itu yang seorang bernama Maniaka, dan seorang Nila Karna. <br>
<br>
Syahadan tatkala telah termasyhurlah raja turun ke Bukit Si Guntang itu daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, maka kata sahibul hikayat, datanglah suruhan raja China meminang. Maka didengamya Tajitram Syah itulah raja benua Keling, daripada anak cucu Iskandar Zul-Karnain ada di negeri Belambang Majut. Maka suruhan raja China itu pun. datanglah ke negeri itu meminang. Maka oleh Tajitram Syah diberikannya anakanda baginda yang bernama Seri Dewi itu, kerana ia yang tua,. ke benua China; dan seorang dipinang raja benua Jawa, Ratu Majapahit, diberikan baginda anakanda baginda yang bernama Ratna Dewi itu. Maka titah baginda "Berhubunglah benua China dan benua Jawa dengan benua Keling." <br>
<br>
Hatta, maka terdengarlah ke benua Keling Tajitram Syah rosak, ada duduk di dalam tanah Andalas, sebelah Laut Selbu; maka segala menteri baginda dalam Canda Kani datanglah beberapa puluh buah kapal menjemput baginda. Adalah kata yang empunya ceritera, maka Tajitram Syahpun kembali membawa anakanda baginda kedua ke benua Keling. Demikianlah dalam hikayat, perkataannya yang sempuma. Maka adapun negeri Belambang Majut itu sekarang dinamai orang Bangkahulu, dahulukala negeri besar adanya.
Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Teri Buana kerajaan di Palembang itu, ada pada suatu han baginda berfikir hendak mencari tempat berbuat negeri, kerana Palembang baginda tiada berkenan; lagi pula baginda hendak melihat laut. Maka baginda pun memanggil Demang Lebar Daun. Setelah Demang Lebar Daun datang, maka titah baginda, "Apa bicara paman, adalah hamba ini hendak pergi bermain-main melihat laut." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah tuanku, jikalau duli Yang Dipertuan akan berangkat patik mengiringlah, kerana patik tiada dapat bercerai dengan duli tuanku." Maka titah baginda, "Hamba pun tiada dapat bercerai dengan paman; segeralah paman berlengkap perahu." <br>
<br>
Maka Demang Lebar Daun pun menyembah, lalu keluar mengerahkan segala Orang Besar-besar yang akan dibawanya mengiring itu berlengkap perahu, membaiki alat Senjata. Maka mereka itu sekalian berlengkap; setelah sudah lengkap, maka Demang Lebar Daun pun memanggil saudaranya yang muda, katanya, "Tinggallah tuan hamba, peliharakan negeri ini baik-baik, hamba hendak mengiring duli Yang Dipertuan, barang ke mana kehendak baginda hamba iringkan." Maka kata saudaranya, "Baiklah." Maka Demang Lebar Daun pun masuklah mengadap Seri Teri Buana, persembahkan segala perahu itu sudah lengkap. Maka titah baginda, "Bermuatlah paman, tiga hari lagi kita pergi." Maka Demang Lebar Daun pun menyembah, lalu keluar mengerahkan segala orang yang akan dibawa itu bermuat; maka sekaliannya pun bermuatlah, masing-masing pada perahunya. Setelah genap tiga hari, maka Seri Teri Buana pun berangkatlah, berkenaikan telumba berdandankan emas bertatah permata, pebujangan lelayang berdandan perak bersendi tembaga suasa. Maka Demang Lebar Daun dengan segala menteri hulubalang masing-masing dengan perahunya, ada tongkang, ada ganting, ada kelulus. Maka rupa perahu mereka yang mengiring itu terialu banyak, bagai tiada dapat dibilang rupanya penuh di laut; rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; rupa payung segala raja-raja dan catria seperti mega membangun; rupa tiang seperti pohon kayu. Setelah sampai ke kuala, lalu belayar menyusur. <br>
<br>
Hatta beberapa hari di laut, maka sampailah ke kuala Inderagiri" Maka titah Seri Teri Buana, "Apa namanya suiigar ini?" Maka sembah mereka yang pelayaran, "Kuala Kuantan tuanku, namanya." Maka tarupak pula gunung Lingga dari sana. Titah baginda, "Gunung mana yang kelihatan dua itu?" Maka sembah orang itu, "Gunung Lingga tuanku." <br>
<br>
"Setelah datang ke suatu selat, maka segala kelengkapan baginda pun kekurangan air; beberapa dicari oleh sekalian mereka itu tiada bertemu dengan air tawar, maka kalutlah mereka itu sekaliannya kehausan air. Maka titah Seri Teri Buana, "Lingkarlah rotan, carupakkan ke air itu." Maka dikerjakan oranglah seperti titah baginda itu, Maka baginda pun turun ke sampan, serta baginda bercita akan Raja Iskandar Zul-Karnain dan Raja Sulaiman 'alaihi s-salam. Maka dicelupkan baginda ibu kaki ke dalam lingkaran rotan itu. Dengan anugerah Tuhan Yang Maha Kuasa, berkat pancar Nabi Sulaiman 'alaihi s-salam, air masin itu menjadi tawar. Maka segala kelengkapan baginda masing-masing mengisi air ke dalam terupayannya; maka dipanggil orang "Selat Air Tawar" datang sampai sekarang. Setelah itu maka sekalian kelengkapan baginda pun belayarlah mengiringkan baginda. Hatta sampailah ke Selat Sambu. <br>
<br>
Sebermula maka tersebutlah perkataan Raja Bintan, pada zaman dahulu baginda itu raja besar di bawah angin ini; raja itulah yang emp'unya nobat yang ada sekarang ini. Kata yang empunya ceritera, raja itu bernama Raja Ishar Syah, dan nama isterinya Iskandar Syah. Ada baginda beranak seorang perempuan bernama Wan Seri Beni Raja Ishar Syah itu pancar daripada Raja Banglung. Maka baginda kedua laki isteri sudah hilang, anakanda baginda Wan Seri Benilah kerajaan di negeri Bintan menggantikan kerajaan ayahanda bonda baginda, bernegeri di Bukit Bijana, di darat Telaga Tujuh, berbandar di Tanjung Bintan, bertimbalan Tanjung Siak Menanti; Teluk Bintan itulah labuhan dagang. Mangkubumi baginda yang bernama Aria Bupala dan Menteri Bupala telah mendengar khabar raja yang dari Bukit Si Guntang itu datang dari Palembang ada di Selat Sambu; maka keduanya pun masuklah mengadap Wan Seri Beni persembahkan khabar itu. <br>
<br>
Maka titah Wan Seri Beni, "Apa bicara tuan Hamba akan anak raja itu datang ke teluk rantau kita ini?" Maka sembah Menteri Bupala, "Mana titah Hamba junjung, adalah pada pendapat Hamba, baik juga kita alu-alukan dia, kerana baginda raja besar." Maka titah Wan Seri Beni, "Sebenamyalah bicara tuan Hamba;" seraya menyuruh mendapatkan anak raja itu, "Jikalau ia tua katakan adinda empunya sembah, danjikalau ia muda katakan bonda empunya salam." Pada maksud baginda, jika raja itu tua dari baginda hendak diambil akan suami, dan jika muda hendak diambil akan anak. <br>
<br>
Maka Aria Bupala dan Menteri Bupala pun menyembah, lalu keluar berlengkap empat buah lancaran, dua buah diisinya dengan alat senjata, hulubalang menduduki dia; dan dua buah berisi sirih pinang dan segala buah-buahan tebu pisang serta makanan. Menterilah menduduki dia; maka Aria Bupalalah pergi jadi tuanya. Maka segala perahu itu pun pergilah mengikut dari Tanjung Rengas sampai ke Selat Sambu, tiada berputusan rupa perahu. Maka Aria Bupala pun sampailah kepada kelengkapan Palembang; maka disuruh sungsung oleh Demang Lebar Daun kepada Batala. Setelah bertemu lalu dibawanya mengadap. <br>
<br>
Setelah Aria Bupala melihat rupa Seri Teri Buana itu, maka ia pun tercengang seketika. Dipandangnya lagi Terigah muda, bangun teruna. Maka katanya, "Tuanku, paduka bonda empunya salam, tuanku dipersilakan paduka bonda masuk ke negeri; itu pun jikalau ada dengan tulus ikhlas duli tuanku." Maka titah Seri Teri Buana, "Lain-lain pula titah paduka bonda; adalah kita ke mari ini tuan, sahaja hendak mengadap bondalah." Maka Aria Bupala pun terlalu suka mendengar titah baginda itu; maka segala sirih pinang dan buah-buahan dan makanan itu sekaliannya dipersembahkan oleh Aria Bupala. Maka sekaliannya itu pun disambut orang, disuruh bahagikan pada segala Orang Besar-besar dan segala mereka yang ada. Aria Bupala pun dengan segala menteri, hulubalang Teritera yang sertanya itu dipersalin baginda dengan sepertinya, maka sekaliannya menjunjung duli baginda. Setelah itu titah Seri Teri Buana, "Katakan sembah kita kepada paduka bonda itu, esoklah kita mengadap paduka bonda," Maka sembah Aria Bupala, "Baiklah tuanku," serta ia bermohon kepada baginda dengan segala menteri hulubalang yang sertanya, lalu turun kembali mengadap Wan Seri Beni. Maka segala kata-kata, peri kelakuan Seri Teri Buana itu semuanya dipersembahkannya kepada Wan Seri Beni. Maka baginda pun hairan serta dengan sukacitanya, seraya menyuruh menghiasi negeri. Maka segala kelengkapan Bintan, lancaran tiang tiga, selur, dendang dan jong diatur oranglah, semenjak dari Tanjung Rengas sampai ke Karas Besar tiada putus lagi kelengkapan Bintan, demikian ceriteranya pada zaman dahulukala; dan perahu dagang yang ada da1am labuhan Teluk Bintan, tidar, data dan banting, semuanya diundurkan orang, ada yang ke hulu ada yang ke hilir Teluk Bintan. ltulah diperbuat orang pantun. <br>
~ Teluk Bintan labuhan dagang,<br>
~ Tempat mengail parang-parang; <br>
~ Adakah hitam pinggangnya ramping,<br>
~ Bagai bunga sudah dikarang.<br>
<br>
Setelah keesokan harinya, maka segala kelengkapan Palembang pun kelihatanlah dari atas pelarian kota; maka gemparlah segala orang mengatakan Seri Teri Buana telah kelihatan kelengkapannya. Maka Aria Bupala dengan segala hulubalang Bintan pun dititahkan oleh Wan Seri Beni mengalualukan baginda itu. Maka sekaliannya pergilah mengalu-alukan. Maka bertemulah kelengkapan Palembang dengan kelengkapan Bintan, selaku-laku akan berperang lakunya; rupa tunggul, panji-panji, merawal dan ambul-ambul seperti taruk kayu dalam hutan ditiup angin; bersatu rupanya keluar dari Tanjung Rengas itu, seperti kawan semut beriring-iring rupanya. Maka gemuruhlah bunyi bahananya, tempik sorak suara rakyat antara kedua pihak itu berdayung, bercampur dengan segala bunyi-bunyian, gegak-gempita bahananya. <br>
<br>
Maka kelihatanlah kenaikan Seri Teri Buana bernyala rupanya, berseri rupa alat perhiasan, menyusup rupanya datang. Maka Menteri Bupala pun telah hadirlah di jambatan dengan segala menteri sida-sida, bentara menanti. Maka kenaikan Seri Teri Buana pun terkepillah di jambatan berkembar dengan perahu Demang Lebar Daun. Maka Menteri Bupala pun mengepilkan gajah menyambut baginda turun, maka baginda pun naiklah ke atas gajah Demang Lebar Daun mengepilkan gajah baginda. <br>
<br>
Syahadan di Bintan gajah memangku puan baginda, dan Demang Mangku Raja, saudara Demang Lebar Daun, menyandang pedang badram belawa, dengan segala penjawat baginda berjalan di hadapan gajah baginda; Menteri Bupala memegang gading kanan, Aria Bupala memegang gading kiri. Maka payung iram-iram kerajaan putih pun terkembanglah empat, serta cogan kerajaan panji-panji alam pun terdirilah. Maka diarak oranglah baginda masuk ke dalam kota Bintan dengan segala bunyi-bunyian diiringkan oleh segala menteri hulubalang kedua buah negeri itu, terlalu sabur rupanya. Mereka yang melihat bersesak bertindih-tindih sepanjang pasar itu. Maka disuruh arak oleh Wan Seri Beni langsung sekali ke dalam; maka diarak oranglah masuk ke dalam rong sekali, terkepil di atas rong dalam. <br>
<br>
Maka Demang Lebar Daun dengan Menteri Bupala segera menyambut baginda, maka baginda berjalanlah di seri balai, naik langsung semayam di atas singgahsana Raja Ishar Syah, ayahanda Wan Seri Beni. Syahadan Wan Seri Beni pun telah semayam di seri penghadapan dihadap sekalian isi istana dan segala isteri Orang Besar-besar, Maka Demang Lebar Daun pun diatur bertimbalan dengan Aria Bupala, dan yang lain daripada itu masing-masing kepada peraturannya, penuh pepak mengadap Seri Teri Buana di balairung. <br>
Maka puan daripada Wan Seri Beni pun dipersembahkan bentaralah kepada Seri Teri Buana. Maka titah Wan Seri Beni, "Ya anakku tuan, santaplah sirih bonda yang tiada dengan sepertinya. Besamya untung banda, tuan datang ke negeri ini, dan kerajaanlah tuan di sini; bonda pun tiada empunya anak, tuanlah anak banda, dan tuanIah yang empunya negeri Bintan ini dengan segala bala Teriteranya, bonda berikan kepada tuan, mana perintah tuanlah akan bala Teritera tuan;akan segala alat kerajaan banda kepada tuanlah bonda salinkan." Maka baginda pun menyuruh menghiasi istana bonda baginda, Puteri Iskandar Syah, dengan selengkap alat perhiasan yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam. Maka baginda menyuruhkan isteri Menteri Bupala dengan segala isteri Orang Besar-besar menjemput Raden Ratna Cendera Puri usungan emas berpermata, berkhemah badar sila, bertabir dewangga pirang. <br>
<br>
Maka pergilah isteri Menteri Bupala bertandu mengiringkan usungan emas itu dengan isteri Orang Besar-besar, diikut oleh segala pegawai serta dengan alat senjatanya. Setelah sampai, maka isteri Menteri Bupala dengan segala yang bersamanya itu pun turunlah kepada kenaikan Seri Teri Buana, mendapatkan Raden Ratna Cendera Puri. Setelah bertemu maka sekaliannya duduk menyembah serta dengan berkenan memandang baginda, terlalu baik parasnya, sedap Manis barang lakunya. <br>
<br>
Maka sembah Menteri Bupala, "Tuanku, paduka banda empunya salam, tuanku dipersilakan paduka banda naik ke istana. Maka ujar Raden Ratna Cendera Puri, "Titah duli paduka Suri itu Hamba junjunglah; Hamba lagi menanti raja turun mengadap duli baginda." Maka sembah isteri Menteri Bupala, "Sudah maklum tuanku, paduka kakanda, paduka bonda menitahkan patik sekalian mengadap, persilakan duli tuanku." <br>
<br>
Maka Terigah berkata-kata itu, Demang Lebar Daun pun datang dititahkan Seri Teri Buana, mengambil anakandanya, Maka Raden Ratna Cendera Puri pun naik ke atas usungan, bersama-sama isteri Bupala dan bondanya; yang lain dari itu masing-masing berjalan di tanah dengan segala inang pengasuh, dayang-dayang mendara perwara. Adalah Raden Cendera Puri terlalulah ramai berjalan mengiringkan usungan itu masuk ke dalam. Setelah sampai ke istana Wan Seri Beni, maka Raden Ratna Cendera Puri pun turunlah, naik ke istana diiringkan sekalian yang berserta dengan baginda itu. <br>
<br>
Setelah Wan Seri Beni melihat anakanda bagindaitu, maka baginda pun bangkit dari atas petarana menyambut tangan Raden Ratna Cendera Puri, dibawa semayam bersama-sama di atas peterana itu. Maka Raden Ratna Cendera Puri pun tundukmenyembah duli Wan Seri Beni maka dipeluk dicium baginda serta berkenan memandang rupa dan laku Raden Ratna Cendera Puri itu; maka jatuhlah hati baginda terlalu kasih. Maka diperjamu bagindalah dengan segala nikmat dan dipersalin dengan pakaian raja-raja yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam. Maka baginda Sendiri menghantarkan Raden Ratna Cendera Puri ke istana bonda baginda, Puteri Iskandar Syah. Setelah itu baginda pun kembali ke istana Sendiri. <br>
<br>
Maka diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera, adalah Seri Teri Buana akan kerajaan di Bintan ditabalkan oleh Wan Seri Beni dan dinobatkan; segala menteri hulubalang bala Teritera Bintan dan Palembang mengadap nobat baginda; Betalalah membaca ciri; gelar baginda Seri Teri Buana juga. Demang Lebar Daun dijadikan oleh Wan Seri Beni akan Bendaharanya. Menteri Bupala dan Aria Bupala menjadi Menteri dan Penghulu Hakim. Demang Mangku Raja dititahkan Seri Teri Buana pulang ke Palembang menjadi kerajaan di hulu. Kata sahibul hikayat ialah asal raja Palembang yang ada sekarang ini. <br>
<br>
Hatta maka tersebutlah anak cateria China yang tinggal di negeri Belambang Majud, terlalu baik rupanya. Maka ia tiada juga duduk di dalam negeri itu, lalu ia pergi ke Palembang. Maka oleh Demang Mangku Raja, dipersembahkan ke Bintan, ke bawah duli Seri Teri Buana. Maka oleh baginda didudukkan dengan Puteri Tanjung Buih; maka daripada anak cucunyalah yang lelaki dipanggil orang "awang" dan yang perempuan dipanggil "dara", dan itulah asal "perawangan" dan "perdaraan" pada zaman Melaka. Maka negeri Bintan makmurlah selama Seri Teri Buana kerajaan itu, sampailah kepada dua tahun baginda di atas kerajaan Bintan. <br>
<br>
Pada suatu hari, baginda berkira-kira hendak membawa isteri baginda bermain-main ke Bengkilau. Maka baginda menyuruhkan Aria Bupala mengadap banda baginda, Wan Seri Beni; titah baginda, "Katakan sembah Hamba kepada bonda, bahawa hamba hendak membawa perempuan bermain-main ke Bengkilau." Maka Aria Bupala pun menyembah, lalu masuk mengadap Wan Seri Beni, persembahkan seperti titah Seri Teri Buana itu, Maka titah Wan Seri Beni, "Mengapa maka anakku hendak pergi bermain-main jauh? Bukankah ada pelanduk dan kijang rusa berpuluh-puluh reban? Dan kerbau lembu berpuluh-puluh kandang? Dan ikan udang berpuluh-puluh kolam? Maka ia hendak pergi bermain-main jauh; dan bunga-bunga dan buah-buahan dengan tamannya, dan burung ada dengan sangkarannya, tiadalah kita beri anak kitapergi." <br>
<br>
Setelah Aria Bupala mendengar titah Wan Seri Beni itu, maka ia pun menyembah lalu mengadap Seri Teri Buana, persembahkan semua titah Wan Seri Beni itu habis dipersembahkannya kepada baginda. Maka titah baginda, "Baliklah tuan Hamba pula, persembahkan sembah Hamba. Jikalau Hamba tidak diberi bonda pergi pun serba mati; kematian Hamba walau ditirupa rambut yang sehelai pun Hamba mati."<br>
<br>
Maka Aria Bupala pun bermohonlah kepada baginda, mengadap Wan Seri Beni, persembahkan seperti titah Seri Teri Buana itu. Maka Wan Seri Beni pun tiadalah terkata-kata lagi seraya baginda bertitah, "Daripada anak kita mati, biarlah dia pergi. Segala kamu sekalian pun pergilah iringkan anak kita itu, jangan taksir membelakan anak kita itu," Maka Aria Bupala pun menyembah Wan Seri Beni, lalu mengadap Seri Teri Buana. Segala titah Wan Seri Beni itu semuanya dipersembahkannya kepada baginda.<br>
<br>
Maka Seri Teri Buana pun menitahkan Demang Lebar Daun berlengkap. Maka Demang Lebar Daun pun menyuruhkan segala hulubalang berhadir perahu akan mengiring itu, seraya menyuruhkan orang berhadir kenaikan, den dang panjang lima belas; pembujangan-pembujangan panjang dua belas; kayuh-kayuhan - se1ur panjang sepuluh; penanggahan-te1entam panjang tiga belas. Maka terkenalah sekalian alatnya; dan perahu gendang adap-adap.<br>
<br>
Setelah rata sudah bermuat harta dengan rakyat, maka Demang Lebar Daun pun masuk mengadap baginda, sembahnya, "Adalah yang seperti titah itu, telah sedialah tuanku patik hadirkan." Maka Seri Teri Buana pun berangkatlah turun ke kenaikan, membawa isteri baginda diiringkan segala isi istana baginda. Maka segala Orang Besar-besar yang mengiring itu pun turunlah, masing-masing pada perahunya. Sete1ah itu maka nafiri pun ditiup oranglah di haluan kenaikan; maka kenaikan pun berkayuhlah maka sekalian perahu pun bergeraklah, ada yang berdayung, ada yang berkayuh, terlalu banyaknya seperti kapar penuh rupanya lautan; gemuruh bunyi bahana rakyat yang bergolot itu, bercampur dengan bunyi rebana dan sorak suara segala biduan. Maka terlalulah sabur bunyinya, adalah rupa perahu dari Teluk Bintan ke Lobam tiadalah berputusan. <br>
<br>
Telah sampai ke Bengkilau, maka baginda pun berhenti di sana membawa Raja Perempuan turun ke padang mengambil buah kemunting, diiringkan segala dayang-dayang mendera perwara dan segala menteri hulubalang sekalian terlalu ramai. Maka titah Seri Teri Buana pada Menteri Bupala, "Tanjung mana yang di seberang itu?" Maka sembah Menteri Bupala, "Tanjung Bemban tuanku, namanya." Maka titah baginda, "Niat kita hendak ke sana;" lalu baginda berangkat turun membawa isteri baginda ke kanaikan. Maka sekaliannya pun turun ke perahu, nafiri pun berbunyilah; maka sekaliannya mengiring ke kenaikan menuju tanjung itu. Setelah sampai maka baginda pun turunlah ke pasir, membawa isteri baginda mengambil remis dan karang-karangan, diiringkan mendara perwara dan segala isteri Orang Besar-besar yang pergi berburu. <br>
<br>
Kata sahibul hikayat adalah berburu itu dari Tanjung Bemban sampai ke sebelah Tanjung Serigkuang, ke barat Terang. Kenaikan dengan sekalian perahu mengikut ke sana. Maka berburu itu sampai kepada bukit. Maka anjing baginda terjun diHambat seekor pelanduk putih. Maka titah baginda, "Baiklah temp at ini diperbuat negeri, anjing alah oleh pelanduk, jika manusia betapa lagi?" Maka titah baginda kepada Demang Lebar Daun, "Paman kerahkan orang menebas tempat ini, kita perbuat negeri;" seraya baginda berjalan naik ke atas bukit itu. Serta baginda memandang ke seberang maka kelihatanlah pasir merentang terlalu putih. Maka baginda bertanya kepada Menteri Bupala, "Tanah mana pasimya yang merentang putih di seberang itu?" Maka sembah Menteri Bupala, "Pasir di sebelah tanah besar tuanku, Temasek namanya." Maka titah baginda, "Sekarang apa bicara segala orang, kerana kita mau ke sana, terlalu sekali kita berkenan memandang dia." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Jikalau duli Yang Dipertuan hendak ke sana, baiklah tuanku memberi tahu paduka bonda." <br>
<br>
Maka baginda pun menitahkan Aria Bupala berbalik ke Bintan, mengadap Wan Seri Beni, persembahkan segala pesan Seri Teri Buana mengatakan baginda hendak ke sana. Maka Aria Bupala pun menyembah, lalu pergi berbalik ke Bintan. Setelah ia sampai lalu mengadap Wan Seri Beni, persembahkan segala pesan Seri Teri Buana itu. Maka titah Wan Seri Beni, "Yang mana kesukaan anak kitalah; bawalah oleh kamu alat anak kita sekaliannya dan segala pegawai dan rakyat; setelah sudah Teritu, kita pun ke sana." <br>
<br>
Setelah itu maka Aria Bupala pun menyembah lalu berbalik mengadap Seri Teri Buana, yang seperti titah baginda itn semuanya dikerjakannya, serta membawa segala rakyat serta pegawai Bintan itu. Maka sembah Aria Bupala, "Paduka bonda empunya salam; titah paduka bonda, yang mana kesukaan duli tuanku itu,. kesukaan bondalah. Semua rakyat dan pegawai Bintan ini akan mengiringkan duli tuanku. Paduka bonda pun akan mengikut duli tuanku juga, jikalau sudah Teritu duli tuanku bertempat." <br>
Maka Seri Teri Buana terlalu sukacita serta baginda mengerahkan segala orang akan menyeberang. Maka sekaliannya berhadirlah; setelah waktu dinihari lepas nobat, maka nafiri berangkat pun berbunyilah, maka sekaliannya menyeberanglah mengikut kenaikan, hingga penuhlah rupa lautan itu dengan perahu, menuju Temasek. <br>
<br>
Hatta dengan takdir Allah Taala, setelah mengirap pasir, maka turunlah ribut barat daya, terlalu besamya serta dengan ombaknya. Maka berpecahlah sekalian perahu itu, yang bersama dengan kenaikan itu hanya empat buah perahu juga; pertama perahu Demang Lebar Daun, dan perahu Menteri Bupala dan perahu Hatala. Empat buah perahu itulah yang tiada bercerai dengan kanaikan baginda. Maka berapa dipertimbakan kenaikan itu tidak mahu kering air ruangnya, masih hingga lutut juga. Maka titah baginda, "Buanglah segala isi perahu itu, supaya ia timbul." Maka dibuang oranglah segala muatannya, tiada juga timbul, Makin banyak pula air ruangnya. Titah baginda, "Buang pula biar habis sekali buangbarang itu." Maka segala semberib, piring, talam emas, bokor emas dan perak dan tembaga suasa sekaliannya habis dibuangkan orang. <br>
<br>
Syahadan datanglah ke Teluk Belanga, maka kenaikan itu tiadalah tertimba lagi, lalu akan Teriggelam. Maka titah baginda, "Apa yang ada 1agi di dalam perahu ini, maka tiada ia mahu timbul ini?" Maka sembah Menteri Bupala, "Pada pendapat patik, kalau sebab mahkota kudrat itu juga tuanku, maka kenaikan demikian halnya." Maka diambil mahkota itu, lalu diletakkan baginda ke air. Sekonyong-konyong teduhlah ribut itu dan ombak pun Teriang seperti air di dalam balang. Maka didayungkan oranglah ke pantai; setelah datang ke pantai maka baginda pun turunlah, membawa isteri baginda diiringkan mendara perwarasekalian, bermain di padang Temasek itu, Maka segala perahu yang banyak itu pun datanglah semuanya berkampung, dan segala Orang Besar-besar itu turun dengan isterinya mengadap baginda dua laki isteri. Maka Seri Teri Buana pun berangkat melihat tanah Temasek itu diiringkan segala Orang Besar-besar. Dipandang baginda terlalu molek perbuatan tanah itu, bukit tanahnya dan rata di atasnya, dan padang di negaranya. <br>
<br>
Maka baginda semayam di bawah pohon jambu laut, dihadap segala Orang Besar-besar, berbicara hendak membuat negeri; seraya menitahkan rakyat menebas kayu di padang itu. Maka segala rakyat pun naiklah menebas; sekonyong-konyong melintas seekor binatang maha tangkas lakunya, merah wama bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih dadanya; sikapnya terlalu perkasa, besar sedikit daripada kambing randuk. Setelah ia melihat orang banyak itu. lalu ia melorupat, ghaib daripada mereka itu. Maka titah Seri Teri Buana, "Apa nama binatang yang serupa itu?" Maka seorang pun tiada menyahut. Maka sembah Demang Lebar Daun, "Tuanku, ceritera orang patik dengar, yang demikian sifat dan kelakuan binatang itu, singa konon namanya, tuanku."
<br>
<br>
Maka titah baginda, "Patutlah kita perbuat negeri tempat ini, kerana binatang gagah ada di dalamnya; dan sebutlah Temasek ini Singapura;" sampailah sekarang disebut orang "Singapura". Setelah itu baginda pun menitahkan Aria Bupala ke Bintan. Titah baginda, "Katakan, paduka anakanda empunya sembah, tiadalah paduka anakanda berbalik ke Bintan lagi, di Temaseklah paduka anakanda berbuat negeri. Jikalau ada kasih bonda, hamba minta sekalian rakyat serta gajah, kuda dan bonda pun tuan hamba bawa sekali. " <br>
<br>
Maka Aria Bupala pun menyembah lalulah menyeberang dengan segala pegawai, dan dua tiga puluh perahu, dengan kenaikan Wan Seri Beni lancaran bertiang tiga. Setelah ke Bintan maka Aria Bupala pun naik mengadap Wan Seri Beni, persembahkan segala pesan Seri Teri Buana itu. Maka Wan Seri Beni pun menyuruh berlengkap pada segala Orang Besar-besar, mengerahkan rakyat sekalian bermuat gajah, kuda ke perahu. Setelah mustaed, maka Wan Seri Beni pun pergilah ke Singapura. Setelah sampai maka sekaliannya naiklah; maka negeri Singapura pun telah sudahlah diperbuat orang dengan kota paritnya, dan dengan segala istana dan balairung dalam dan balairung luar, serta sekalian rumah orang, kedai dan pasar; terlalu indah perbuatan negeri Singapura itu. <br>
<br>
Maka Seri Teri Buana pun semayamlah di istana sebuah seorang dengan Wan Seri Beni kerajaan dalam Singapura. Terlalulah makmumya negeri itu, adalah labuhan dagang dari Teluk Tanjung Ru, sampailah ke parit, kampung orang; dari negeri itu sampai ke Tanah Merah bertemu bumbungan rumahnya, dan Demang Lebar Daunlah memerintahkan negeri itu, Maka Seri Teri Buana pun ditabalkan pula oleh Wan Seri Beni di Singapura itu. Anak Menteri Bupala dititahkan di Bintan, bergelar Tun Telanai, zaman itu dikumiai sirihnya dan air, nasinya makan di balai bertetarupan belaka, dan sampai ke anak cucunya bergelar Telanai juga tiada lain, kerana ia asal Bendahara Bintan. Wallahu a'lamu bis-sawab wa ilaihilmaryi'u wal-ma 'ab. <br>
Alkisah maka tersebutlah perkataan raja di benua Keling, Adi Rama Raja Mudaliar namanya, asalnya daripada anak cucu Raja Suran, raja di negeri Bijaya Negara. Maka baginda beranak seorang lelaki bernama Cambutharam Mudaliar; setelah Adi Rama Mudaliar mati, maka anakanda baginda Jambuga Rama Mudaliarlah kerajaan, Maka baginda beranak seorang perempuan, Tuan Puteri Nila Pancadi namanya, terlalu baik parasnya. Maka masyhurlah pada segala negeri baik parasnya Tuan Puteri itu. Maka beberapa puluh raja-raja yang meminang dia, tiada diberikan ayahnya. <br>
<br>
Sebermula Seri Teri Buana pun beranak dua orang lelaki, terlalu baik paras rupanya anakanda baginda kedua itu; yang tua bernama Raja Kecil Besar, dan yang muda bernama Raja Kecil Muda, dipelihara baginda dengan sepertinya. Setelah besarlah kedua anakanda baginda itu, maka terdengarlah baik paras Tuan Puteri Nila Pancadi itu ke Singapura. Maka Seri Teri Buana pun memerintahkan Aria Bupala dengan Maha Indera Bijaya utusan ke benua Keling, meminang Puteri Nila Pancadi itu akananakanda baginda Raja Kecil Besar. Maka Aria Bupala dengan Maha Indera Bijaya pun belayarlah ke benua Keling. <br>
<br>
Hatta berapa lamanya di laut maka sampailah ke negeri Bijaya Negara; maka disuruh sambut oleh Raja Jambuga Rama Mudaliar surat dari Singapura itu, dengan dihormati diarak berkeliling negeri baginda. Maka disuruh baea kepada juru-bahasa. Setelah diketahui bagindalah ertinya maka Raja Jambuga Rama Mudaliar pun terlalu sukacita, maka titah Raja Jambuga Rama Mudaliar, "Berkenanlah kita akan kehendak saudara kita itu, tetapi jangan saudara kita bersusah-susah menyuruhkan anakanda baginda ke mari; biarlah kita menghantarkan anak kita ke Singapura." Sete1ah itu maka Aria Bupala dan Maha Indera Bijaya dipersalin baginda dengan sepertinya, serta diperjamunya. <br>
<br>
Setelah musim balik maka Raja Jambuga Rama Mudaliar pun membalas surat serta bingkisan. Maka Aria Bupala dan Maha Indera Bijaya pun bermohonlah kepada baginda itu lalu belayar. Antara berapa lamanya di laut maka sampailah ke Singapura. Maka Seri Teri Buana menitahkan Demang Lebar Daun menyambut surat dari benua Keling itu. Maka pergilah Demang Lebar Daun menyambut surat itu seperti adat segaIa raja-raja yang besar-besar demikianlah diperbuat. Maka lalu diarak sampai ke balai ruang luar, maka surat itu pun die sambut oleh bentara, lalu dipersembahkan kepada Seri Teri Buana. Maka disuruh baca oleh baginda. Sete1ah diketahui oleh baginda ertinya, maka baginda pun terlalu sukacita. Maka Aria Bupala dan Maha Indera Bijaya pun menjunjung duli baginda, serta dipersembahkan segala pesan Raja Jambuga Rama Mudaliar itu, makin bertambah-tambah sukacitanya baginda mendengar dia. <br>
<br>
Hatta datanglah kepada musim kapal datang, Raja Jambuga Rama Mudaliar pun menyuruh berlengkap beberapa buah kapal. Setelah sudah lengkap maka anakanda baginda Tuan Puteri Nila Pancadi disuruh baginda hantarkan kepada empat puluh orang hulubalang Keling, Andul Nina Mara Kulina nama panglimanya. Maka Puteri Nila Pancadi pun naiklah ke kapal dengan lima ratus orang dan dayang-dayang perwaranya. Maka hulubalang itu pun belayarlah membawa Tuan Puteri Nila Pancadi dengan segala kapal itu, beberapa sambuk dan batil sertanya. <br>
<br>
Setelah berapa lamanya dari benua Keling, maka sampailah ke Singapura. Maka disuruh sambut dengan hormat dan mulianya, diberi baginda sebuah istana terlalu indah-indah dengan besamya. Setelah itu maka Seri TeriBuana pun memulai pekerjaan berjaga-jaga akan mengahwinkan anakanda baginda Raja Kecil Besar dengan Tuan Puteri Nila Pancadi.<br>
<br>
Tiga bulan lamanya berjaga-jaga itu, setelah datang kepada ketika yang baik, maka anakanda baginda Raja Kecil Besar pun dikahwinkan oleh Batala dengan Puteri Nila Pancadi. Syahadan anakanda Raja Kecil Muda pun dikahwinkan dengan cucu saudara Demang Lebar Daun, terlalu baik parasnya, Raden Lasmi Puri namanya. Setelah selesailah daripada pekerjaan itu maka Andul Nina Mara Kulina dan segala hulubalang Keling pun bermohonlah kembali. Maka sekaliannya dianugerahi persalinan oleh Seri Teri Buana. Maka surat dan bingkisan pun diarak oranglah turun ke kapal, maka utusan itu pun kembalilah belayar ke benua Keling, sampai dengan sejahteranya.<br>
Hatta maka Wan Seri Beni dan Demang Lebar Daun dan Menteri Bupala dan Aria Bupala pun telah hilang. Selang dua tahun datanglah peredaran dunia, maka baginda Seri Teri Buana pun mangkat, ditanamkan orang di Bukit Singapura itu, tiada berapa jauh dengan Wan Seri Beni. Maka anakanda baginda Raja Kecil Besarlah kerajaan menggantikan kerajaan ayahanda baginda. Gelar baginda di atas kerajaan Paduka Seri Pikrama Wira; dan adinda baginda, Raja Kecil Muda dijadikan baginda Bendahara, bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar; ialah yang pertama jadi Bendahara.<br>
<br>
Syahadan apabila Paduka Seri Pikrama Wira tiada keluar, maka Tun Perpatih Permuka Berjajarlah duduk diadap orang banyak di balai, akan ganti Paduka Seri Pikrama Wira. Bermula jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar duduk di balai, jikalau anak raja-raja datang tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan juga maka dituruninya. Jika Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu dibentangi permaidani. Jika raja sudah masuk maka Bendahara pulang, segala Orang Besar-besar dan segala Orang Kaya-kaya di balai itu semuanya pergi menghantarkan Bendahara pulang ke rumahnya.<br>
<br>
Adapun akan Demang Lebar Daun ada seorang cucunya lelaki, dijadikan oleh Paduka Seri Pikrama Wira Perdana Menteri, gelamya Tun Perpatih Permuka Jegalar, duduk berseberangan dengan Bendahara,dan pada ketika menjunjung duli Bendahara dahulu; dan duduk di bawah Bendahara ialah Penghulu Bendahari, gelamya Tun Jana Buga Dendang. Sudah itu segala menteri dan segala Orang Besar-besar dan cateria, sida-sida, dan di bawahnya seorang pemegang jawatan hulubalang besar di atas segala hulubalang, gelamya Tun Tempurung; sudah itu segala Orang Besar-besar cateria, sida-sida bentara, Orang Kaya-kaya, masing-masing pada martabatnya, demikianlah adatnya pada zaman purbakala. <br>
<br>
Hatta berapa lamanya Paduka Seri Pikrama Wira duduk dengan Tuan Puteri Nila Pancadi terlalu berkasih-kasihan, maka baginda beranak seorang lelaki, disebut orang Raja Muda. Maka negeri Singapura pun makin besarlah, termasyhur terbesarannya pada segala alam.<br>
Alkisah maka tersebu tlah perkataan Betara Majapahit, baginda beranak dengan Puteri Tajitram Syah yang di negeri Belambang Majut itu dua orang lelaki, yang tuanya bernama Raden Inu Merta Wangsa dan yang mudanya bernama Raden Mas Putera Sari. Maka yang tua itudirajakan bagindadiMajapahit, dan yang muda dirajakan di Daha. Setelah itu maka Betara Majapahit pun hilanglah; maka anakanda baginda itulah kerajaan di Majapahit. Terlalu besar kerajaannya pada zaman itu, segala seluruh Jawa semuanya dalam hukumnya, segala raja-raja Nusantara pula, seTerigah takluk kepada baginda. Setelah Betara Majapahit mendengar Singapura negeri besar, rajanya tiada menyembah kepada baginda, kerana bukan orang lain kepada baginda, maka Betara Majapahit pun menyuruh utusan singapura. Bingkisannya sekeping tatal tujuh. Depa panjangnya, ditarah tiada putus; syahadan nipisnya seperti kertas, digulungnya seperti subang; maka utusan baginda itu pun belayarlah. Hatta berapa lamanya di jalan maka sampailah ke Singapura. Maka surat Betara Majapahit itu pun disuruh jemput oleh Paduka Seri Pikrama Wira dengan sepertinya diarak. Maka utusan Majapahit itu pun mengadaplah; maka surat itu pun disuruh baginda baca, demikian bunyinya: "Lihatlah oleh paduka mamanda pandainya tukang Jawa menarah. Adakah di singapura orang pandai menarah yang demikian itu?’ Maka bingkisan itu pun dibuka oleh Paduka Seri Pikrama Wira, dilihat baginda tatal bergulung seperti subang. Maka baginda pun tersenyum; tahu baginda akan ibarat kehendak Betara Majapahit itu. Fikir baginda, "Dipertidaknya lelaki kita oleh Betara Majapahit itu, kita dikirimnya subang. ".Maka titah baginda kepada utusan, "Tiada kita ajaib akan tatal ditarah diperbuat subang itu, kita terlebih pula pandai tukang, kepada kepala orang dapat ditarahnya." Maka sembah utusan itu, '']angan duli tuanku salah terupa akan paduka anakanda, kalau ada ke bawah duli tuanku pandai yang begitu."<br>
<br>
Maka baginda pun menyuruh memanggil seorang pandai, Cedun Pawang Antan namanya, anak cucu Rangga Rakna, tukang raja Bintan. Setelah ia datang, maka disuruh baginda ambil budak baharu duduk mentimun, disuruh baginda tarah kepalanya di ribaan emaknya. Titah baginda, "Tarah olehmu budak itu, biar habis rambutnya jangan diberi luka; jikalau luka atau garis, engkau aku bunuh." Maka Pawang Antan pun menyembah, lalu ditarahnya dengan beliung kalang, maka kepala budak itu liuk ke kiri, liuk ke kanan, ditarahnya juga tiada berhenti. Maka budak itu pun tidur, rambutnya habis licin; jangankan luka, garis pun tiada. <br>
<br>
Maka titah Paduka Seri Pikrama Wira kepada utusan itu, "Pakanira lihatlah pandai orang Singapura, akan kayu ditarah itu, berapa puluh depa panjangnya, dan nafasnya dapat ditaruhnya." Maka utusan Majapahit itu pun hairanlah tercengang; maka sembahnya, "Sungguhlah seperti titah duli Paduka Sangulun itu. " <br>
<br>
Hatta musim ke Jawa telah adalah, maka Paduka Seri Pikrama Wira pun menyuruhkan Bendahara mengarang surat akan dikirimkan ke Majapahit. Setelah sudah dikarang, maka beliung itu pun dibingkiskan sekali. Maka utusan itu pun bermohonlah, lalu belayar kem bali ke Jawa. Setelah beberapa hari lamanya di jalan sampailah ke Majapahit. Maka utusan itu pun mengadap Betara Majapahit persembahkan surat bingkisan itu. Maka surat itu disuruh baginda baca, dan bingkisan itu dibuka, dilihat baginda beliung kalang, dan demikian bunyinya surat itu: "Adapun paduka anakanda menunjukkan tukang Jawa menarah tatal dapat diperbuat subang, tiada hisab kepada paduka ayahanda: akan pandai tukang Singapura, kepala budak baharu tau duduk mentimun ditarahnya di hadapan utusan paduka anakanda dengan beliung kalang itu, iaitulah beliungnya yang paduka ayahanda bingkiskan kepada paduka anakanda, tanyalah utusan paduka anakanda itu." <br>
<br>
Maka Betara Majapahit pun terlalu amat murka, beliung itu dilontarkan baginda kepada utusan baginda itu, Maka titah Betara Majapahit, "Tiada berakal si keparat iki, patut engkau bawa beliung akan penarah kepalaku itu? Bukankah kepalaku hendak ditarah raja Singapura itu?" Maka baginda pun menyuruh berlengkap perahu akan menyerang Singapura, seratus delapan puluh banyaknya jong, lain daripada itu berapa ratus buah ganting, pemangkah, lelanang dan telemba, jongkong terlalu banyak bilangannya, terlalu sesak kelengkapan itu. Maka dititahkan Betara Majapahit seorang penggawanya Demang Wira Raja gelarnya; maka berlayarlah kelengkapan itu sekaliannya. <br>
<br>
Hatta berapa lamanya di jalan maka sampailah ke Bintan, terdengar ke Singapura. Maka Paduka Seri Pikrama Wira pun menitahkan orang berlengkap, adapun pada masa itu kelengkapan Singapura empat ratus yang hadir di Kalang. Maka kelengkapan Jawa pun datang lalu berperanglah terlalu sabur, berlanggar-langgaran serta dengan tempik-soraknya, tiga hari tiga malam; maka patahlah ke1engkapan Majapahit, kerana kurang tahunya berperang dengan berperahu, maka banyaklah Terigge1am oleh seligi dengan batu, lalu undur, Maka diperikut oleh kelengkapan Singapura, barang yang bertahan habislah dirarupas dan ditawan. Maka orang Singapura pun kembalilah dengan kemenangannya, maka Orang Majapahit pun barang yang lepas datanglah mengadap Betara Majapahit persembahkan alah peperangannya. <br>
<br>
Setelah selesailah daripada itu, maka Paduka Seri Pikrama Wira pun mengahwinkan anakanda baginda, Raja Muda, dengan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar, terlalu sangat berkasih-kasihan. Setelah datanglah kepada peredaran dunia, maka Paduka Seri Pikrama Wira pun mangkatlah, maka anakanda baginda, Raja Muda, kerajaan menggantikan kerajaan ayahanda baginda di atas kerajaan itu, berge1ar Rakna Wikrama. Adapun Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar pula sudah hilang, anaknya pula jadi Bendahara bergelar Tun Perpatih Tulus. <br>
Maka tersebutlah perkataan seorang perempuan duduk berhuma diam di Sayung; ada seorang budak, hambanya, bernama Badang; kerjanya berhuma akan tuannya juga. Sekali persetua, pada suatu hari Badang pergi menahan lukah ke hilir pada satu sungai. Pagi-pagi dijenguknya lukahnya itu, dilihatnya hampa, suatu pun tiada isinya; tetapi sisik ikan dan tulangnya ada di tepi sungai itu banyak; Sentiasa hari demikian juga. Maka tuannya bersungut katanya, "Si Badang ini, orang pergi menebas menebang, dia leka dengan sebab mengatakan menahan lukah, seekor ikan pun tiada kupandang, sahaja engkau suka duduk sama-sama dengan aku laku rupanya." Maka Badang pun diam disunguti oleh tuannya; di dalam hatinya berkata, "Jikalau belum kudapat yang makan ikan dalam lukah itu, belum puas hatiku." <br>
<br>
Ada pada suatu hari diintainya dari sebalik banir kayu, maka dipandangnya datang hantu terlalu besar-panjang, tubuhnya merah seperti api, matanya bagai matahari terbit, rambutnya seperti raga dan janggutnya datang pada pusatnya. Maka oleh Badang diambilnya parang dan kapaknya, serta diberaniberanikan dirinya, lalu diterpanya menangkap janggut hantu itu, serta katanya, "Engkau inilah makan ikanku dalam lukahku; sekali ini engkau matilah olehku." <br>
<br>
Maka hantu itu pun terkejut serta dengan takutnya mendengar kata Badang itu, gementar-gementar; hendak berlepas dirinya tiada dapat. Maka kata hantu itu, "Jangan aku engkau bunuh, apa kehendakmu aku beri." Maka fikir Badang, "Jika aku hendakkan kaya, jikalau aku mati, tuan aku boleh akan dia. Jika aku hendakkan ilmu halimun, dapat tiada aku mati dibunuh orang; dan jikalau hendak menjadi Orang Besar-besar, bukan asal aku. Jika demikian baik aku menuntut minta kuat dan gagah, supaya aku kuat mengerjakan tuanku." Setelah ia fikir, maka kata Badang pada hantu itu, "Berilah aku kuat dan gagah, segala kayu dan. batu yang besar-besar itu dapat aku bantun dengan umbi akamya dengan sebelah tanganku juga. " <br>
<br>
Maka kata hantu itu, "Baiklah, jikalau engkau hendakkan gagah seperti maksud itu makanlah muntahku." Maka kata Badang, "Baiklah, muntahlah engkau supaya aku makan;" maka hantu itu pun muntahlah terlalu banyak. Maka oleh Badang dimakannya muntah hantu itu habis semuanya, dan janggut hantu itu dipegangnya juga Setelah itu oleh Badang dicubanya segala pohon kayu Harupimya yang besar-besar itu, dengan sekali bantunnya habis patah-patah; maka janggut hantuc itu pun dilepaskannya, lalu ia berjalan pulang datang ke tempat huma tuannya. Maka segala kayu yang besar-besar dua riga pemeluk itu habis dibantunnya dengan umbi dan akamya, diherupaskannya ke bumi remuk-redam, setelah dibantunnya patah-patah. Dengan sebentar teranglah, saujana mata memandang luas; setelah itu Badang pun pulang tidur. <br>
<br>
Maka dipandang tuannya Badang lagi tidur, belum pergi menebas; maka ia inarah serta membangunkan Badang, katanya, "Hei Badang, mengapa engkau tiada mendengar kataku lagi? Begini han belum juga bekerja." Maka sahut Badang, "Sudah habis tanah itu tebas tebangnya sahaya kerjakan." Maka kata tuannya, "Sebanyak-banyaknya lagi kupandang kelmarin; masa mana engkau kerjakan? Sahaja sangat ia hendak menang." Maka sahut Badang, "Marilah datuk lihat, jika tiada percaya akan sahaya!" Maka tuannya pun pergilah dengan Badang; sefelah sampai dipandang oleh tuannya tanah itu terlalu luas, disangkanya tebasan orang lain. Katanya kepada Badang, "Tebasan siapa engkau bawa aku ini?" Maka kata Badang, "Inilah datuk tebasan kita." Maka dikhabarkannyalah perihal dirinya itu. Maka tuannya pun hairanlah serta dengan sukacitanya bertambahlah kasihnya akan hambanya itu; menjadi kayalah ia, dengan berkat gagah hambanya Badang itu, menjadi dua tiga puluh Hambanya, maka dipanggil "Orang Kaya Sayung"; Badang pun dimerdehakakannya. <br>
<br>
Sebermula kedengaranlah ke Singapura, maka oleh Seri Rakna Wikrama disuruh baginda panggil, maka Badang pun datang mengadap; maka dilihat baik akhlaknya; dijadikan baginda "sandim sani". Berapa lamanya Badang menjadi Hamba ke bawah duli baginda, maka ada pada suatu hari Seri Rakna Wikrama santap hendak berulam buah kuras. Dipersembahkan orang, di Sayung ada sedahan kuras berbuah. Maka dititahkan baginda Badang pergi seorang dirinya; perahunya pilang panjang delapan, galahnya batang kerupas sepemeluk besamya. Digalah mudek tujuh kali, digalahnya sampai ke terusan Tambiuh, galahnya pun patah, terhunjam di sana, datang sekarang pun ada lagi; yang sekeratnya digalahkannya riga kali sampai di hilir Tanjung Putus, di sana dibuangkan-nya. Maka ia pun ke Sayung, lalu dipanjatnya kuras itu, dipandangnya yang berbuah hanya sedahan. Maka dipautnya dahan kuras itu patah, Badang pun jatuh ke tanah dan kepalanya terherupas di batu yang besar. Maka batu itu belah dua, maka kepala Badang tiada belah; sekarang lagi ada batu itu di Sayung disebut orang "Batu Belah". Maka datanglah Badang ke Singapura dengan pilang itu, pulang serta dengan tebu, pisang, ubi keladi dan buah kuras dipersembahkannya kepada Seri Rakna Wikrama, dan pilangnya itu ada di hulu Temasek itu sekarang. <br>
<br>
Syahadan pada suatu masa raja membuat sebuah pilang panjang lima belas, di hadapan istana. Setelah sudah, maka disuruh sorong oleh baginda kepada mereka empat lima ratus orang tiada tersorong, maka dititahkan baginda kepada Badang. Maka disorong oleh Badang sama seorang, melancar lalu ke seberang. Maka oleh baginda Badang dijadikan hulubalang. <br>
Hatta, kedengaranlah ke benua Keling, ada seorang hulubalang raja Singapura, Badang namanya, terlalu gagah. Adapun kepada Raja benua Keling ada seorang pahlawan terlalu amat gagah, tiada berlawan di benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Maka oleh raja benua Keling, pahlawan itu disuruhnya bawa ke Singapura, membawa tujuh buah kapal. Maka titah raja benua Keling pada seorang hulubalangnya, "Pergilah engkau bawa pahlawan aku ini ke Singapura dengan tujuh buah kapal itu, lawan olehmu hulubalang raja Singapura itu bergusti. Jikalau pahlawan aku alah olehnya, maka isi tujuh buah kapal ini berikan akan taruhnya, dan jika ia alah, patutlah sebanyak harta yang tujuh buah kapal itu juga." Maka sembah hulubalang itu, "Baiklah tuanku," maka ia pun belayarlah. <br>
<br>
Berapa lamanya di laut datanglah ke Singapura, maka dipersembahkan orang kepada Seri Rakna Wikrama, "Ada pahlawan dari benua Keling datang, hendak melawan Badang bermain, jikalau ia alah, harta tujuh buah kapal itulah akan taruhnya." Maka baginda Seri Rakna Wikrama pun keluar diadap orang; maka hulubalang Keling itu pun mengadap membawa pahlawan itu. Maka oleh Seri Rakna Wikrama disuruh bergusti dengan Badang, maka barang main pahlawan Keling itu semuanya tewas juga. Maka ada sebuah batu di hadapan balairung itu terlalu besamya, maka kata Nadi Bija Niakra pada Badang, "Mari kita berkuat-kuatan pada mengangkat batu ini; barang siapa tiada terangkat ialah alah. Maka sahut Badang, "Baiklah, angkat oleh tuan Hamba dahulu." Maka oleh Nadi Bija Niakradiangkatnya, tiada terangkat, Maka disungguh-sungguhnya, terangkat hingga lutut, lalu diherupaskannya ke tanah. Maka katanya kepada Badang, "Sekarang berganti tuan Hambalah pula." Maka kata Badang, "Baiklah." Maka oleh Badang diangkatnya batu itu dengan sebe1ah tangannya, dilambung-lambungnya, lalu dilontarkannya di kuala. ltulah batunya tersandang yang ada sekarang di hujung tanjung Singapura itu. Maka oleh hulubalang Keling, isi ketujuh buah kapal serta dengan kapalnya sekali, diserahkan kepada Badang. Maka ia bermohon kepada duli baginda, lalu berlayar ke benua Keling. <br>
<br>
Sebermula kedengaranlah ke Perlak, "Bahawa hulubalang raja Singapura terlalu gagah, Badang namanya; tiada ada dua taranya pada zaman ini." Diceriterakan oleh yang empunya ceritera bahawa raja Perlak itu ada menaruh seorang pahlawan, Benderang namanya; terlalu gagah, lagi ke mana-mana termasyhumya. Maka tatkala orang berkhabarkan Badang itu, Benderang pun ada mengadap raja Perlak. Maka sembah Benderang kepada raja Perlak, "Tuanku, masakan Badang gagah daripada yang diperHamba. Jika dengan sabda tuanku, supaya yang diperHamba pergi ke Singapura itu me1awan Badang bermain." <br>
<br>
Maka raja Perlak memberi titah pada Mangkubumi Tun Perpatih Pandak namanya. "Hendaklah tuan Hamba pergi ke Singapura, kerana Benderang ini hendak Hamba titahkan ke Singapura me1awan Badang," Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Baiklah tuanku, dan titah patik junjung." Sete1ah hadir, maka Raja Perlak pun menyuruh mengarak surat bersama-sama Tun Perpatih Pandak dan Benderang turun ke perahu. Maka Tun Perpatih Pandak pun be1ayarlah. <br>
<br>
Hatta beberapa hari di jalan maka sampailah ke Singapura, Maka disembahkan oleh orang kepada Seri Rakna Wikrama mengatakan, "Tun Perpatih Pandak disuruhkan raja Perlak datang membawa seorang pahlawan bcmama Benderang akan 'melawan Badang." Setelah didengar baginda sembah orang itu maka baginda pun keluarlah di hadapan segala menteri, hulubalang, sida-sida bentara dan biduanda sekalian di balairung. Maka baginda menitahkan pegawai menjemput surat raja Perlak itu, diarak dengan sepertinya. <br>
<br>
Setelah datang, maka disambut bentara kiri dipersembahkannya kepada baginda; maka disuruh baginda baca kepada orang, terlalu baik bunyinya.Maka Tun Perpatih Pandak pun menjunjung duli; maka baginda suruh duduk setara dengan Tun Jana Buga Dendang, dan Benderang didudukkan setara dengan Badang. Maka titah baginda Seri Rakna Wikrama pada Tun Perpatih Pandak. "Apa lain pekerjaan tuan Hamba disuruhkan saudara kita?" Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Patik dititahkan paduka adinda membawa patik itu Benderang tuanku, disuruh mencuba kuat dengan Badang. Jikalau Benderang alah, isi sebuah gedung dipersembahkan paduka adinda ke bawah duli tuanku; jikalau Badang pula alah, demikian juga tuanku. " <br>
<br>
Maka titah Seri Rakna Wikrama, "Baiklah, esok harilah kita adu bermain." Setelah itu baginda pun berangkatlah masuk, dan segala yang mengadap masing-masing kembalilah ke rumahnya. Maka Seri Rakna Wikrama pun menyuruh memanggil Badang; maka Badang pun datang mengadap. Maka titah baginda, "Esok hari Badang kita adu bermain dengan Benderang." Maka sembah Badang, "Tuanku, adalah akan Benderang pada zaman ini pahlawan gagah bukan barang-barang perkasanya tuanku, telah masyhurlah pada segala negeri. Jikalau patik alah tiadakah duli tuanku malu? Pada fikir hati patik jikalau duli Yang Dipertuan hendak mengadu patik dengan dia, baik tuanku panggil pada malam ini Benderang itu, anugerahi ayapan supaya patik lihat kelakuannya. Jikalau patik dapat melawan dia patik lawanlah, tuanku; jikalau tidak terlawan oleh patik jangan patik diberi bermain dengan dia." Maka titah baginda, "Benarlah bicaramu itu." <br>
<br>
Setelah hari malam, baginda pun menyuruh memanggil Benderang dengan Tun Perpatih Pandak dan segala temannya. Setelah ia datang mengadap, maka dianugerahi ayapan makan minum bersuka-sukaan. Adapun akan Benderang berHampir duduk dengan Badang; maka oleh Badang disesaknya Benderang, maka oleh Benderang ditindihnya pahanya dan ditekannya sungguh-sungguh. Maka oleh Badang dibangkitnya pahanya, terangkat paha Benderang. Maka oleh Badang pula ditindihnya paha Benderang, maka oleh Benderang hendak diangkatnya pahanya, tiada terangkat. Adapun akan kelakuan Badang dengan Benderang itu, seorang pun tiada tau, melainkan dianya berdua juga yang tau. Setelah sejam lamanya, maka segala utusan itu pun mabuklah, sekaliannya bermohonlah kembali ke perahunya. <br>
<br>
Adapun Tun Perpatih Pandak, setelah sampai ke perahunya, maka Benderang berkata pada Perpatih Pandak, “Jikalau dapat dengan bicara tuan Hamba, janganlah Hamba diadu dengan Badang itu; jikalau tiada terlawan oleh Hamba, kerana pada pemandangan Hamba, ia terlalu perkasanya." Maka kata Tun Perpatih Pandak, "Baiklah, mudah juga Hamba membicarakan dia," Setelah itu maka hari pun sianglah. <br>
<br>
Setelah utusan Perlak habis balik. itu, maka titah Seri Rakna Wikrama kepada Badang, "Dapatkah engkau melawan Benderang itu?" Maka sembah Badang, "Tuanku, jikalau dengan daulat tuanku, dapat patik melawan dia, tuanku." Maka titah baginda, "Baiklah," seraya baginda berangkat masuk. Maka segala yang mengadap masing-masing kembalilah ke rumahnya. <br>
<br>
Dari pagi-pagi hari Seri Rakna Wikrama sudah keluar diadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk mengadap. Maka titah baginda pada Tun Perpatih Pandak. "Sekaranglah baik kita adu Badang dengan Benderang." Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Tuanku, pada bicara patik, janganlah ia kita adu, kerana jikalau alah salah seorang, takut menjadi mufarik tuanku dengan paduka adinda." Maka Seri Rakna Wikrama pun tersenyum mendengar sembah Tun Perpatih Pandak. Maka titah baginda, "Benarlah seperti kata Tun Perpatih itu." Maka Benderang pun dititahkan baginda merenangkan rantai terlalu besar, bersama-sama dengan Badang; disuruh bubuhkan di belakang Siram, supaya kapal tiada boleh lalu. Maka direntangkannyalah di belakang Siram; setelah itu keduanya dipersalin baginda. Maka Tun Perpatih Pandak pun bermohonlah kembali; maka Seri Rakna Wikrama pun memberi surat dan kiriman akan raja Perlak. diarak oranglah ke perahu, maka Tun Perpatih Pandak pun belayarlah kembali ke Perlak. <br>
<br>
Setelah ia sampai ke Perlak, maka surat pun diaraklah oleh raja Perlak bergajah; dikepilkan di balai. Maka surat itu disambut, disuruh baca oleh baginda, setelah didengar baginda maka terlalulah sukacitanya raja Perlak mendengar bunyi surat itu. Maka baginda bertanya pada Tun Perpatih Pandak, "Oleh apa maka tiada jadi diadu Benderang dengan Badang?" Maka oleh Tun Perpatih Pandak segala perihaI Benderang dengan Badang tatkala minum itu, semuanya dipersembahkannya. Maka raja Perlak pun diam mendengar sembah Tun Perpatih Pandak itu. Hatta berapa lamanya Badang pun matilah, ditanamkan orang di Buru. Setelah kedengaranlah ke benua Keling Badang sudah mati, maka dikirim oleh raja benua Keling nisan batu, inilah nisannya yang ada sekarang di Buru itu.<br>
<br>
Setelah berapa lamanya Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, maka baginda beranak dua orang lelaki dan seorang perempuan; yang lelaki itu Damia Raja namanya, terlalu baik parasnya dan sikapnya tiada berbagai pada zaman itu. Setelah sudah besar didudukkan baginda dengan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar, Damia Puteri namanya; dan anakanda baginda yang perempuan didudukkan baginda dengan Tun Perpatih Tulus, anak Tun Perpatih Permuka Berjajar juga, terlalu berkasih-kasihan laki-isteri keempat anakanda baginda itu. <br>
<br>
Hatta berapa lamanya baginda Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, datanglah peredaran dunia, maka baginda pun mangkatlah; maka anakanda baginda Damia Rajalah naik raja menggantikan kerajaan ayahanda baginda. Adalah gelar baginda di atas kerajaan Paduka Seri Maharaja. Maka isteri baginda Damia Puteri pun Hamillah; telah genap bulannya maka baginda pun berpu teralah lelaki. Tatkala anak raja itu keluar, ditumpu oleh bidannya akan ulu baginda menjadi lembang sama Terigah, tinggi kiri kanan. Maka dinamai baginda Raja Iskandar Syah. Wallhu a'lamu bis-sauiab wa ilaihilmarji'u wal-ma 'ab <br>
Alkisah maka tersebutlah perkataan raja Pasai, demikian hikayatnya: diceriterakan oleh yang empunya ceritera ada Merah dua bersaudara, diam Hampir Pasangan. Adapun akan asal Merah itu dari Gunung Serigkuang; yang tua Merah Caga namanya, dan yang muda Merah Silu namanya. Maka adalah Merah Silu itu menahan lukah kerjanya, kena gelang-gelang itu maka dibuangkannya, ditahannya pula lukahnya kena pula gelang-gelang itu. Setelah berapa ditahannya lukahnya itu demikian juga, maka oleh Merah Silu gelang-gelang itu direbusnya, maka gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Maka oleh Merah Silu ditahannya pula lukahnya kena gelang-gelang itu direbusnya, jadi emas seperti dahulu itu juga; maka banyaklah Merah Silu beroleh emas. Maka terdengarlah kepada Merah Caga bahawa adindanya, Merah Silu santap gelang-gelang; maka Merah Caga pun marahkan adindanya itu hendak dibunuhnya. Setelah terdengar kepada Merah Silu, kakanda baginda hendak membunuhnya itu, maka Merah Silu pun lari ke Rimba Jurun. Maka orang yang di Rimba Jurun itu diemasinya, maka sekalian orang itu pun menurut katanya. <br>
<br>
Adalah pada suatu riwayat Merah Silu pergi berburu, maka anjingnya bernama Si Pasai itu pun menyalak. Dilihat Merah Silu Si Pasai menyalak itu di atas tanah tinggi, seperti ditimbun orang rupanya. Maka Merah Silu naik di atas tanah tinggi itu, maka dilihatnya seekor semut besar seperti kucing; maka oleh Merah Silu semut itu diambil dan dimakannya. Maka tanah tinggi itu diperbuatnya akan tempat, dinamainya Semundra ertinya semut merah<br>
<br>
Sebermula maka tersebutlah pada zaman Rasul Allah salla'llahu 'alaihi wa salam, baginda bersabda pada segala sahabat: "Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Semundra namanya; maka apabila kamu dengar khabamya negeri Semundra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Semundra itu masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi; tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mutabari namanya, ialah kamu bawa serta kamu, setelah berapa lamanya kemudian daripada sabda nabi salla'llahu 'alaihi wa salam, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Semundra itu, Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu'tabari; adapun nama nakhoda kapal itu Sheikh Ismail. <br>
<br>
Maka kapal itu pun belayarlah, lalu ia singgah di negeri Mu'tabari. Adapun raja dalam negeri itu Sultan Muhammad namanya; maka baginda bertanya, "Kapal dari mana ini?" Maka sahut orang dalam kapal itu; "Adalah kami ini kapal dari Mekah, hendak pergi ke negeri Semundra." Adapun Sultan Muhammad itu daripada anak cucu hadrat Abu Bakar Al Siddik radhi Allah anhu. Maka ujar orang kapal itu, "Kerana kami pergi ini dengan sabda nabi Rasul Allah." <br>
<br>
Setelah didengar oleh Sultan Muhammad sahda Rasul Allah salla'llahu 'alaihi wa salam itu maka dirajakannya anaknya yang tua di negeri Mu'tabari akan ganti kerajaannya; maka baginda dengan anakanda baginda yang muda memakai pakaian fakir, meninggalkan kerajaan turun dari istana lalu naik kapal itu; katanya, "Kamu bawa Hamba ke negeri Semundra." Maka pada hati orang isi kapal itu, bahawa inilah mudah-mudahan fakir yang seperti sabda Rasul Allah itu. Maka fakir itu pun dibawanyalah naik kapal lalu belayar. <br>
<br>
Berapa lamanya di jalan maka sampailah kepada sebuah negeri, Fansuri namanya; maka segala orang isi negeri itu pun masuk agama Islamlah. Keesokan harinya maka fakir itu pun naik ke darat membawa Quran, maka disuruhnya baca pada orang isi negeri Fansuri itu, seorang pun tiada dapat membaca dia. Maka dalam hati fakir itu bukan negeri ini yang seperti sabda nabi kita Muhammad Rasul Allah salla 'llahu 'alaihi wa salam itu. Maka turunlah ia ke kapal kepada nakhoda Sheikh Ismail, belayar pula berapa lamanya, maka sampailah kepada sebuah negeri Lamiri namanya, maka orang Lamiri itu pun masuk Islam. Maka Fakir itu pun naik ke darat membawa Quran; maka disuruhnya baca pada orang dalam negeri itu, dan seorang pun tiada dapat membaca dia. Maka fakir itu pun kembali ke kapal lalu belayar. Berapa lamanya maka sampailah ke negeri Haru namanya maka segala orang dalam negeri Haru itu pun semuanya masuk Islam. Maka fakir pun naiklah ke darat membawa Quran, maka disuruhnya baca pada orang negeri itu, dan seorang pun tiada tahu membaca dia. Maka fakir itu pun bertanya kepada orang dalam negeri itu, "Di mana negeri yang bernama Semundra itu?" Maka kata orang itu, "Sudah lalu." <br>
<br>
Maka fakir itu pun turunlah ke kapal, lalu belayar berbalik pula; maka jatuh ke negeri Perlak, maka sekalian mereka itu pun diislamkannya. Maka kapal itu pun belayarlah ke Semundra. Maka fakir pun naik ke darat, maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang di pantai. Maka fakir itu pun bertanya katanya, "Apa negeri ini?" Maka sahut Merah Silu, "Adapun nama negeri ini Semundra. “Maka kata fakir itu, "Siapa nama pengetuanya dalam negeri ini?" Sahut Merah Silu, "Hambalah pengetua sekalian mereka itu." Maka oleh fakir itu Merah Silu diislamkannya dan diajarinya kalimatul syahadat. Setelah Merah Silu Islam maka Merah Silu pun kembali ke rumahnya, fakir itu pun kembalike kapal. <br>
<br>
Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya berpandangan dengan Rasulullah salla'llahu 'alaibi wa salam. Maka sabda Rasulullah kepada Merah Silu, "Ngangakan mulutmu!" Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya; diludahi oleh Rasulullah mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun terjaga dari tidumya. Diciumnya bau tubuhnya seperti bau narawastu. Telah hari siang, maka fakir pun naik ke darat membawa Quran disuruhnya baca pada Merah Silu. Maka oleh Merah Silu dibacanya Quran itu; maka kata fakir itu kepada Sheikh Ismail, nakhoda kapal, “Inilah ‘alaihi wasalam itu.” Maka oleh Sheikh Ismail segala perkakasan kerajaan yang dibawanya itu semuanya diturunkannya dari dalam kapal itu. Maka Merah Silu dirajakannya dan dinamainya Sultan Maliku’s Salleh.<br>
<br>
Adapun yang besar dalam negeri itu dua orang, Seri Kaya seorang namanya, Bawa Kaya seorang namanya; keduanya masuk Islam. Seri Kaya bernama Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Bawa Kaya bernama Sidi Asma Yaumi'd-Din, Maka Sheikh Ismail pun belayarlah kembali ke Mekah, dan fakir itu tinggallah di negeri Semundra akan menetapi Islam isi negeri Semundra itu, <br>
<br>
Kemudian dari itu maka Sultan Maliku's-Salleh menyuruhkan Sidi Ali Ghiathu'd-Din ke negeri Perlak, meminang anak raja Perlak. Adapun raja Perlak itu beranak tiga orang perempuan, dua orang anak gahara, seorang anak gundik, Ganggang namanya. Setelah Sidi Ali Ghiathu'd-Oin datang ke Perlak, ketiga anak baginda itu ditunjukkannya kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din. Puteri yang dua bersaudara itu duduk di bawah mengupas pinang, anaknya Puteri Ganggang itu disuruhnya duduk di atas, pada tempat yang tinggi; berkain wama air mawar, berbaju wama jambu, bersubang lontar muda, memegang bunga jengkalan; terlalu baik parasnya. <br>
<br>
Maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun datang mengadap. Maka titah raja Perlak, "Itulah anak Hamba dua orang duduk di bawah, seorang yang di at as itu." Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din kepada raja Perlak," Anakanda yang duduk di atas itulah dipohonkan oleh paduka anakanda;" tetapi Sidi Ali Ghiathu d-Din tiada tau akan puteri Ganggang itu anak gundik raja Perlak. Maka raja Perlak pun menyuruh berlengkap seratus buah perahu, Tun Perpatih Pandak disuruh menghantar Puteri Ganggang itu ke negeri Semundra. Maka Malikus Salleh pun keluarlah mengalu-alukan Puteri Ganggang hingga Jambu Air, dibawanya masuk ke negeri Semundra dengan seribu kemuliaan dan kebesaran. Setelah datang ke Semundra maka baginda pun memulai pekerjaan berjaga-jaga beberapa hari, berapa malaman lamanya. Setelah itu maka baginda pun kahwinlah dengan Puteri Ganggang. Telah sudah kahwin itu maka memberi kumia akan segala hulubalang dan memberi derma akan fakir dan miskin dalam negeri Semundra itu daripada emas dan perak, dan akan Tun Pcrpatih Pandak. Setelah selesailah daripada itu, berapa antaranya maka Tun Perpatih Pandak pun bermohonlah kembali ke Perlak. <br>
<br>
Hatta maka Suktan Maliku's-Salleh denganPuteriGanggang pun beranak dua orang lelaki, yang tua dinamai baginda Sultan Maliku't- Tahir dan yang muda dinamai baginda Sultan Maliku'l-Mansur; akan Sultan Maliku't-Tahir diserahkan baginda kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sultan Maliku'l-Mansur diserahkan kepada Sidi Asma Yaumi'd-Din. <br>
<br>
Setelah berapa lamanya Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur pun besarlah, dan negeri Perlak pun alah oleh musuh dari scberang, dan orang Perlak pun pindahlah ke negeri Semundra. Maka Sultan Maliku's-Salleh pun berfikir dalam hatinya hendak berbuat negeri akan tempat anakanda baginda; maka titah Sultan Maliku's-Salleh pada segala Orang Besar-besar, "Esok hari kita pergi berburu." Setelah pagi-pagi hari maka Sultan Maliku's-Salleh pun naiklah gajah yang bernama Permadewan itu, lalu berangkat ke seberang. Datang ke pantai, maka anjing yang bernama Si Pasai itu pun menyalak; maka Sultan Maliku's-Salleh pun segera mendapatkan anjingnya itu menyalak tanah tinggi, sckira-kira luas tempat istana, dengan kelengkapannya terlalu amat baik, seperti diterupa rupanya. Maka oleh Sultan Maliku's-Salleh disuruhnya tebas. Setelah sudah maka diperbuatnya negeri; pada tempat tanah tinggi itu dibuatnya istana, lalu dinamainya negeri itu"Pasai", menurut nama anjingnya itu, Maka anakanda baginda, Sultan Maliku't-Tahir pun dirajakan baginda di Pasai itu, Sidi Ali Ghiathu'd-Din dijadikan baginda Mangkubumi akan anakanda baginda itu. Maka segala rakyat dan gajah kuda, segala perkakas kerajaan semuanya dibahagi dua, sebahagi diberikan baginda akan Sultan Maliku't-Tahir, dan sebahagi diberikan baginda akan Sultan Maliku1-Mansur. <br>
<br>
Setelah berapa lama antaranya, maka Sultan Maliku's- Salleh pun geringlah. Baginda menyuruh menghlmpunkan Orang Besar-besar dalam negeri Semundra itu, kedua anakanda baginda pun dipanggil. Setelah sekaliannya datang, maka Sultan Maliku's-Salleh pun bersabda kepada anakanda baginda kedua serta menteri dan segala Orang Besar-besar, "Hei anakku kedua dan segala taulanku, dan sekalian kamu pegawaiku, aku ini Hampirlah ajalku akan mati. Baik-baiklah kamu sekalian sepeninggalan aku ini; hei anakku, jangan engkau berbanyak tamak akan harta orang, dan jangan kamu inginkan isteri Hamba kamu; kedua anakku ini hendaklah muafakat, jangan kamu bersalahan dua bersaudara." <br>
<br>
Maka sabda baginda kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Hei saudaraku kedua, baikbaik engkau memeliharakan anakku kedua ini, dan jangan kamu bertuan raja yang lain daripada anakku kedua ini." Maka kedua mereka itu pun sujud serta dengan tangisnya. Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Ya tuan kami, demi Allah Taala, Tuhan yang menjadikan semesta sekalian alam, bahawa kami kedua ini yang diperHamba, sekali-kali tiada kami kedua ini mengubahkan waad dan setia kami akan bertuan raja yang lain daripada paduka anakanda kedua ini." <br>
<br>
Maka oleh Sultan Maliku's-Salleh akan anakanda baginda Sultan Maliku’l-Mansur dirajakan baginda di Semundra itu; antara selang tiga hari maka Sultan Maliku's-Salleh pun mangkatlah, ditanamkan di sisi baginda juga, maka disebut orang sekarang Marhum di Semundra. Maka Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'I-Mansur, kemudian daripada ayahanda baginda mangkat, baginda di kedua buah negeri itu menyuruh menghlmpunkan segala rakyat, gajah, kuda dan segala alat kerajaan; maka negeri kedua buah itu terlalu besar dengan ramainya. <br>
Alkisah maka tersebutlah perkataan. raja Syahru'n-Nuwi; terlalu besar kerajaannya, dan terlalu banyak hulubalang dan rakyatnya tiada terpemanai lagi. Maka dikhabarkan orang kepada raja Syahru'n Nuwi, negeri Pasai terlalu ramai, segala dagang dan saudagar banyak dalam negeri Pasai, dan rajanya terlalu besar kerajaannya. Maka raja Syahru'n-Nuwi pun bersabda kepada segala hulubalangnya, "Siapa dapat menangkap raja Pasai?" Maka ada seorang hulubalangnya, terlalu gagah berani, Awi Dicu namanya; maka sembahnya, "Ya tuanku, jikalau ada kumia duli tuanku, empat ribu hulubalang diberi akan Hamba, Hambalah menangkap raja Pasai itu, dan membawa dia dengan hidupnya ke bawah duli tuanku." <br>
<br>
Maka oleh raja Syahru'n Nuwi diberinya hulubalang empat ribu dan seratus buah sum, diserahkannya kepada hulubalang itu, maka berlengkaplah ia. Setelah mustaed maka Awi Dieu pun belayarlah ke Pasai pura-pura bemiaga sum yang banyak itu; akan dirinya dikatakannya utusan Raja Syahru'n Nuwi. Setelah didengar oleh Sultan Maliku't-Tahir bahawa utusan raja Syahru'n-Nuwi datang, maka disuruh baginda alu-alukan, serta suratnya disuruh sambut pada segala hulubalang baginda. <br>
<br>
Setelah sampai ke darat maka suruhan itu pun dibawa oranglah. Maka oleh Awi Dicu diisinya peti empat buah dengan empat orang hulubalang yang gagah. Maka dipesaninya, "Apabila kamu kelak sampai ke hadapan raja Pasai, bukalah peti ini; kamu keluar tangkap raja Pasai," maka peti itu diberikannya kunci dari dalam, maka diarak oranglah peti yang dikatakan "bingkisan kepada raja Pasai itu." Setelah datanglah ke hadapan raja Pasai, maka surat itu pun dibaea oranglah di hadapan raja Pasai. Maka hulubalang Syahru'n Nuwi yang di dalam peti itu pun keluar menangkap raja Pasai itu. Maka segala hulubalang Pasai pun geruparlah, masing-masing menghunus Senjata hendak memerangi hulubalang Syahru'n-Nuwi. Maka kata hulubalang itu, "Jikalau kamu memerangi kami, raja kami sahaja kami bunuh." <br>
<br>
Setelah segala hulubalang Pasai mendengar kata sekalian mereka itu, maka hulubalang Pasai pun berhentilah, masing-masing berdiam diri. Maka Awi Dicu dengan segala hulubalang Syahru'n Nuwi pun turunlah ke perahunya membawa raja Pasai, lalu belayar kembali ke negeri Syahru'n Nuwi. Setelah datang, maka raja Pasai pun dipersembahkan oleh Awi Dieu kepada raja Syahru'n Nuwi. Maka raja Syahru'n Nuwi pun terlalulah sukaeitanya, Awi Dicu dengan segala yang pergi itu semuanya dipersalini oleh raja Syahru 'n Nuwi. Adapun akan raja Pasai itu disuruhnya menggembala ayam. <br>
<br>
Sebermula maka tersebutlah perkataan Sidi Ali Ghiathu'd-Din muafakat di negeri Pasai dengan segala menteri yang tua-tua, akan berbuat sebuah kapal dan dibelinya segala dagangan Arab, kerana segala orang Pasai pada zaman itu semuanya tahu bahasa Arab. Maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun naiklah ke kapal lalu belayar. Hatta berapa lamanya di jalan, sampailah ke negeri Syahru'n-Nuwi; maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun naiklah ke darat mengadap raja Syahru'n- Nuwi, segala lasykamya semuanya memakai pakaian Arab, membawa persembahan diperbuatnya sepohon kayu emas dan buahnya daripada sekalian permata, kira-kira sebahara emas harganya. <br>
<br>
Setelah raja Syahru'n-Nuwi melihat persembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din itu terlalulah sukacita rasa hatinya, maka kata raja Syahru'-Nuwi, "Apa juga kehendakmu kepada aku?" Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din, "Tiada apa kehendak kami," maka raja Syahru'n-Nuwi pun hairan dalam hatinya, memandang persembahan mereka itu amat banyak beberapa bahara itu. Maka Sidi Ghiathu'd-Din pun bermohonlah, sekaliannya turun ke kapal. Beberapa hari antaranya, maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun naik pula mengadap raja Syahru'n-Nuwi, membawa persembahan papan catur emas, buahnya pennata, sebelah hijau dan sebelah merah; itu pun kira-kira sebahara emas harganya. Maka kata raja Syahru'n-Nuwi, "Apa juga kehendak kamu kepada aku, supaya aku beri akan kamu." Maka sembah mereka itu, "Tiada apa kehendak kami, tuanku," sekaliannya pun bermohon turun ke kapal. <br>
<br>
Setelah berapa hari pula antaranya, musim kembali pun datanglah; maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun membaiki alat kapalnya akan belayar. Setelah hadir, maka sekalian mereka itu pun naiklah mengadap raja Syahru 'n-Nuwi, membawa persembahan itik emas, scekor jantan dan seekor betina, kirakira sebahara emas harganya; dan satu pasu emas diisinya dengan air penuh. Maka itik itu pun dilepaskannya dalam pasu itu, lalu itik itu berenang berambat-ambat dua laki bini serta menyelam. Maka raja Syahru'n-Nuwi pun terlalu amat hairan melihat perbuatan hikmat mereka itu. Maka sabda raja Syahru'n-Nuwi, "Berkata benarlah kamu sekalian, apa juga kehendakmu; demi Tuhan yang kusembah ini, barang yang kamu kehendaki, dada kutahani." <br>
<br>
Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din, "Ya tuanku, jikalau ada kumia raja akan kami sekalian, orang yang menggembala ayam raja itulah kami pohonkan ke bawah duli raja." Maka titah raja Syahru n-Nuwi, "Adapun ia itu raja Pasai; oleh kamu kehcndaki maka aku anugerahi akan kamu." Maka sembah mereka itu, "Oleh ia sama Islam maka kami pohonkan ke bawah duli raja." Maka oleh raja Syahru'n-Nuwi, Sultan Muliku't-Tahir dianugerahkannya kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din, lalu dibawanya turun ke kapal. Setelah dimandikan dan dipcrsalinnya dengan pakaian kcrajaan, maka angin pun turunlah; maka sauh pun dibongkar orang maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun belayarlah. Berapa hari di laut, Hampirlah ke Pasai.
Sebermula maka tersebutlah perkataan Sultan Maliku'lMansur di negeri Semundra; pada suatu hari maka baginda memberi titah pada Sidi Asma Yaumi'd-Din. "Hendak melihat abang Hamba, betapa halnya gerangan?" Maka sembah Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Jangan tuanku berangkat, paduka kekanda belum berketahuan khabamya, kalau fitnah." Beberapa kali Sid. Asma Yaumi'd-Din menegah Sultan Maliku'l-Mansur, tiada juga didengar oleh baginda. Maka Sidi Asma Yaumi'd-Din menyuruh orang memalu mong-mong melarangi; demikian bunyinya, "Bahawa Sultan Maliku'lMansur hendak berangkat melihat negeri saudaranya, Sidi· Asma Yaumi'd-Din tiada berkenan, kerana ia menteri yang tua, lagi tahu pada segala pekerjaan; tak dapat tiada fitnah juga." <br>
<br>
Maka oleh Sultan Maliku'I-Mansur digagahinya juga dirinya berangkat mengelilingi negeri Pasai itu, Ialu masuk istana Sultan Maliku't-Tahir. Maka baginda pun berahi akan seorang perempuan dayang-dayang kakanda baginda, lalu diambilnya" dibawa kembali ke Semundra. Maka baginda bersabda kepada Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Hei bapaku, bahawa aku kedatangan suatu pekerjaan yang musykil dan hilanglah budi-bicaraku, kerana aku terkena oleh hawa nafsuku, maka binasalah aku oleh pekerjaan aku, sebab tiada terkuasai hawa nafsuku." Maka sembah Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Telah berlakulah hukum Allah atas segala makhluknya. " <br>
<br>
Setelah itu maka kedengaranlah khabar Sultan Maliku't-Tahir sudah ada di Jambu Air, dan akan khabar Sultan Maliku'l-Mansur pun telah kedengaranlah. Maka Sultan Maliku'tTahir pun menaruh dendamlah kepada hatinya akan adinda baginda, hingga tiada dikeluarkannya. Baginda menyuruh Sultan Maliku'l-Mansur minta dialu-alukan apa bicaranya juga; maka Sultan Maliku'l-Mansur keluarlah dari negeri Semundra hilir ke Kuala. Adapun akan Sultan Maliku't-Tahir naik dari Sungai Katari, lalu berjalan ke istana baginda. Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun kembalilah ke Semundra, baginda fikirkan akan pekerjaan yang telah lalu, sebab tiada ia menurut bicara Sidi Asma Yaumi'd-Din itu; tiadalah berguna sesalnya, tetapi Sultan Maliku't-Tahir sudah tergerak hatinya akan Sultan Maliku'l -Mansur. <br>
<br>
Bermula akan Sultan Maliku't-Tahir ada seorang anak, Sultan Ahmad namanya; tatkala baginda tertangkap, anakanda baginda itu lagi kecil. Pada masa baginda kembali dari negeri Syahru 'n-Nuwi, anakanda baginda itu besarlah; akan Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun telah masyghul akan dirinya. Ada seorang menteri Tun Perpatih Tulus Tukang Segara namanya; dijadikan Mangkubumi oleh Sultan Maliku't-Tahir, akan ganti mertuanya. Pada suatu hari Sultan Maliku't-Tahir bersabda pada Tun Perpatih Tulus Tukang Segara, "Apa bicara tuan Hamba akan pekerjaan Sultan Maliku'I-Mansur supaya datang ke mari?" Maka sembah Tun Perpatih Tulus Tukang Segara, "Ada satu muslihat kita." Maka titah Sultan Maliku 't- Tahir, "Adalah kehendak Hamba, Sultan Maliku'l-Mansur jangan mati." Maka sembah Tun Perpatih Tulus Tukang Segara, ''Jikalau paduka adinda mati, bukanlah tukang namanya; mari paduka anakanda Sultan Ahmad kita khatankan. Sultan' Maliku'lMansur kita jempu t, pada ketika itulah kita kerjakan. " <br>
<br>
Maka Sultan Maliku't- Tahir pun menyuruh menghiasi negeri dan balairung; maka baginda pun memulai pekerjaan berjaga-jaga. Sultan Maliku'l-Mansur pun dijemput oleh baginda; maka Sultan Maliku'l-Mansur pun datanglah; oleh Sultan Maliku't-Tahir Sultan Maliku'l-Mansur dengan Sidi Asma Yaumi'd-Din juga disuruhnya masuk, segala hulubalang Semundra semuanya tinggal di luar. Setelah masuk, Sultan Maliku'l-Mansur dan Sidi Asma Yaumi'd-Din disuruh baginda tangkap. Sultan Maliku'l-Mansur disuruh bawa ke Manjung pada scorang hulubalang. Maka titah baginda pada Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Engkau tinggal di sini, jangan serta pergi dengan tuanmu. Jika engkau hendak pergi, kusuruh penggal lehermu." Maka sahut Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Baiklah kcpala berccrai dengan badan, daripada Hamba bercerai dengan tuannya." Maka oleh baginda disuruhnya kerat Sidi Asma Yaumi'd-Din, kepalanya dibuangkan ke laut, badannya disulakan di kapal Pasai. <br>
<br>
Adapun Sultan Maliku'l-Mansur dibawa oranglah ke Manjung berperahu, setelah datang ke sebelah Jambu Air arah ke timur, dilihat oleh puawang kepala manusia lekat pada kemudi. Maka diberi orang tahu kepada Sultan Maliku'l-Mansur, lalu disuruh baginda ambit, dilihat baginda kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din. Baginda memandang ke darat, maka titah baginda, "Padang maya ini?" Sekarang pun Padang Maya juga disebut orang. Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun naiklah ke darat berjalan ke Padang Maya itu membawa kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din serta dengan tangisnya menyuruh memohonkan badannya kepada Sultan Maliku't-Tahir, maka oleh baginda diberikannya. Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun menanamkan mayat Sidi Asma Yaumi'd-Din dengan kepalanya di Padang Maya itulah. Setelah sudah maka baginda pun pergilah ke Manjung. <br>
<br>
Peninggalan Sultan Maliku'l-Mansur itu, maka Sultan Ahmad dikhatankan oleh ayahandanya. Selang tiga tahun antaranya, maka Sultan Maliku't- Tahir pun tersedarlah akan saudaranya; seraya katanya, "Wahai! Terlalu sekali ahmak budiku! Kerana perempuan seorang, saudaraku kuturunkan dari atas kerajaannya, dan menterinya pun aku bunuh!" Baginda menyesal akan diri, lalu baginda menyuruh hulubalang dengan beberapa buah perahu pergi menjempu t adinda baginda ke Manjung. Maka Sultan Maliku'I-Mansur pun dibawa oranglah dengan tertib kerajaan. Telah datanglah ke Padang Maya, baginda pun naik ke darat, mendapatkan kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din. <br>
<br>
Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun memberi salam, katanya, "As-sallamu 'alaikum hei bapaku! Tinggallah bapaku di sini, kerana Hamba hendak pergi dijemput oleh abang Hamba." Maka sahut Sidi Asma Yaumi'd-Din dari dalam kubumya, demikian bunyinya, "Ke mana pula baginda pergi? Baiklah kita di sini!" Telah didengar SuI tan Maliku'l-Mansur, baginda pun mengambil air sembahyang, lalu sembahyang dua rakaat serta salam. Telah sudah sembahyang, maka baginda pun berbaring-baring di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din, lalu baginda putus nyawa. <br>
<br>
Maka dipersembahkan orang kepada Sultan Maliku't-Tahir bahawa paduka adinda telah mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din. Baginda terkejut, lalu segera mendapatkan adinda baginda ke Padang Maya. Mayat adinda baginda itu ditanamkan di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din seperti diadatkan raja yang besar-besar. Setelah itu baginda pun kembalilah ke negeri Pasai dengan percintaannya. Maka oleh baginda, anakanda baginda Sultan Ahmad dirajakan; baginda turun dari atas kerajaan. <br>
<br>
Telah berapa lamanya, maka Sultan Maliku't-Tahir pun geringlah. Baginda berwasiatlah kepada anakanda baginda, Sultan Ahmad, katanya, "Hei anakku, cahaya mataku, dan buah hatiku! Hendaklah jangan engkau melalui sembah segala Hambamu yang tua-tua. Pada barang sesuatu pekerjaan hendaklah engkau mesyuarat dengan segala menterimu, dan jangan engkau segera menggerakkan hati Hambamu, dan hendaklah engkau perbanyak sabarmu pada segala pekerjaan yang keji, jangan engkau peringankan ibadatmu akan Allah subha nahu wa taala; dan jangan engkau mengambil hak segala manusia. <br>
<br>
dengan tiada sebenarnya. Maka Sultan Ahmad pun menangi mendengar wasiat ayahanda baginda itu, Telah berapa hari antaranya maka Sultan Maliku't-Tahir pun mangkatlah. Maka ditanamkan oleh baginda Hampir masjid. Beberapa lamanya Sultan Ahmad di atas kerajaan, terlalulah adil perintah baginda pada barang hukumnya. <br>
ALKISAH diceriterakan orang yang empunya ceritera - alamat akan binasa negeri Singapura. Maka ada seorang Hamba Allah, orang Pasai, turun dari atas angin ke Pasai tiga bersahabat, Tuan Jana Khatib namanya; memahirkan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas alam. Oleh itu pergi dua bersahabat ke singapura, seorang pergi ke Samarlanga, itulah yang disebut orang tuan di Samarlanga, yang seorang tuan itu di Bunguran. Maka suatu hari Tuan Jana Khatib berjalan di Pekan Singapura bertudung; maka ia lalu Hampir pagar istana raja. Maka dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung oleh pohon pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua. <br>
<br>
Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka; titah baginda, "Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya. "Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, Hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di sanalah ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan tudung bikangnya. Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah dari harga bikangnya; tutup bikang pun menjadi batu. ada sekarang di Singapura. Ada diceriterakan orang, badan Tuan Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang di sana. Inilah dibuat orang pantun: <br>
<br>
Telur itik dari Singgora,<br>
Pandan tersandar di batang tui;<br>
Darahnya titik di Singapura, <br>
Badan terhantar di Lengkawi.<br>
Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlorupatan lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilorupati todak itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu lagi. Maka geruparlah orang berlari-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan, "Todak datang menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya." Maka paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilorupatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu. Maka baginda pun menitahkan orang berkotakan betis, maka dilorupati oleh todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati.
Syahadan pada antara itu, datanglah seorang budak berkata, "Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?" Setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, "Benar seperti kata budak itu," maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota, Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang melorupat itu lekatlah jongomya, tercacak kepada batang pisang itu; dibunuh oranglah bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat. Maka todak itu pun tiadalah melorupat lagi. Pada suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka: <br>
<br>
Carek baju dilompati todak, <br>
Baharu menurut kata budak. <br>
<br>
Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka sembah Orang Besar-besar, "Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya,jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku." Maka titah raja, "Benarlah bagai kata tuan Hamba sekalian itu, bunuhlah ia!" Maka adalah budak itu, tatkala ia akan dibunuh, maka ia menanggungkan haknya atas negeri itu; lalu ia pun dibunuh oranglah. <br>
<br>
Hatta, setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Anakanda baginda Raja Iskandar Syah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, beristerikan anak Tun Perpatih Tulus, beranak seorang lelaki bernama Raja Ahmad, timang-timangannya Raja Besar Muda, terlalu baik rupa dan slkapnya, tiada berbagai pada zaman itu. Setelah baginda besar, maka oleh ayahanda baginda didudukkan dengan anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai, bernama Tuan Puteri Kamaru'l Ajaib, terlalu baik parasnya, tiada sebagainya pada zaman itu, <br>
Sebermula ada seorang bendahari Raja Iskandar Syah, Sang Rajuna Tapa namanya; asalnya orang Singapura, ada dengan pedayangan Palembang beranak seorang perempuan, terlalu baik rupanya; dipakai oleh Raja Iskandar Syah, terlalu kasih baginda. Maka oleh gundik-gundik yang lain difitnahkan berbuat jahat. Maka Raja Iskandar Syah pun terlalu sangat murka, lalu disuruh baginda percanggaikan di hujung pasar. Maka Sang Rajuna Tapa pun terlalu amat malu melihat anaknya itu. Maka katanya, "Jika sungguh sekalipun anak Hamba berbuat jahat, bunuhlah ia; mengapakah diberi malu demikian?"<br>
<br>
Hatta, maka Sang Rajuna Tapa pun berkirim surat ke Majapahit, demikian bunyinya, "Sang Rajuna Tapa. bendahari Raja Singapura empunya sembah kepada Betara Majapahit, jikalau Betara hendak mengalahkan Singapura, segeralah datang; Hamba ada belot dalam negeri." Setelah Betara Majapahit mendengar bunyi surat bendahari Singapura itu, maka baginda pun segera menyuruhkan berlengkap tiga ratus jong, lain daripada banting dan jongkong, kelulos, tiada berbilang lagi; dua keti rakyat Jawa yang pergi itu. <br>
<br>
Setelah angin musim bertiup, maka Demang Mangku Negara pun belayarlah sekaliannya menyeberang, dialah panglimanya. Berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Singapura. Tiada sempat orang Singapura mengeluari lagi, segala rakyat Jawa sudah pun naik mengepung kota Singapura itu. Diceriterakan oleh yang empunya ceritera ini, ada sepohon jambu laut tempat rakyat Jawa menyandarkan tombaknya itu condong. Zaman Acheh mengalahkan negeri raja itu ditebangnya. <br>
<br>
Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu sabur berperang; tetak-menetak, parang-memarang, tikam-menikam, serta dengan tempik-soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi lagi. Maka darah di Terigah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam kota kira-kira sebulan lamanya. Maka oleh Sang Rajuna Tapa, beras dikatakannya tiada lagi. Maka titah Raja Iskandar Syah, "Cari barang siapa yang ada berjual, jangan ditawar lagi." Maka dicari secupak pun hendak dibeli tiada orang berjual; dengan demikian orang Singapura pun letihlah, tiada terangkatkan Senjatanya lagi. Setelah dilihat oleh Sang Rajuna Tapa telah letihlah isi negeri Singapura itu, pada waktu malam dibukanyalah pintu kota; maka masuklah rakyat Jawa. <br>
Maka raja dengan segala para menteri hulubalang, sida-sida bentara sekalian pun berlepaslah dibawa rakyat ke Seletar, lalu berjalan ke darat mengiringkan baginda. Maka Jawa pun kembalilah dengan kemenangannya. Adapun akan Sang Rajuna Tapa, dengan takdir Allah Taala menunjukkan kuasa-Nya, baharu hendak mengambil beras, tiba-tiba rengkiang beras itu pun berbalik, jatuh ke parit, kaki tiangnya ke atas dan bumbungnya ke bawah; Sang Rajuna Tapa pun jatuh tersungkur di Terigah parit itu, laki bini menjadi batu; ada datang sekarang dengan beras itu. <br>
<br>
Sebermula Raja Iskandar Syah berjalan itu datang Hampir hulu Muar, bertemu suatu tempat yang baik. Maka baginda berhenti berbuat tempat dengan pagamya, akan berbuat negeri. Apabila malam hari, datanglah biawak terlalu banyak beribu-ribu. Setelah hari siang dibawa orang ke air, apabila malam datang pula berlaksa-laksa, serta siang hari di pandang orang banyak pula, maka dibunuh orang dibuangkan ke air, dan apabila malam datang pula berganda, dibunuhi orang menjadi busuklah temp at itu tiadalah terhidu bau busuknya; maka itulah tempat itu dipanggil orang "Biawak Busuk", datanglah sekarang. <br>
<br>
Maka Raja Iskandar Syah pun berjalanlah dari sana. Adapun baginda berjalan itu mendarat, berapa hari antaranya terus hampir ke Sirupang Ujong, maka dilihat baginda temp at itu baik, lalu disuruh tebas, dibuat kota di sana, apabila malam menjadi buruk, maka dinamai "Kota Buruk ", datang sekarang disebut orang tempat itu Kota Buruk. Baginda berjalan dari sana terus ke Seriing Ujong, dipandang baginda tempat itu terlalu baik; maka ditinggalkan baginda seorang menteri di sana. Itulah sebabnya, datang sekarang Seriing Ujong itu bermenteri. <br>
Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh, lalu terus kepada sebuah sungai, Bertam namanya; dan kualanya berbukit. Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di bawah sepohon kayu, terlalu rarupak, maka baginda menyuruh berburu; sekonyong-konyong terjun anjing dihambat pelanduk. Titah baginda "Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?" Maka sembah segala Orang Besar-besar, "Benarlah seperti titah duli tuanku itu." Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka titah baginda, "Apa nama kayu itu?" Maka sembah orang, "Kayu Melaka namanya, tuanku," Maka titah Raja Iskandar Syah, "Jika demikian, Melakalah nama negeri ini."<br>
<br>
Maka kota negeri Melaka sudahlah diperbuat orang sekalian, diamlah baginda di Melaka. Adapun baginda di Singapura tiga dua tahun, Singapura pun alah oleh Jawa; baginda semayam di Melaka tiga tahun, maka datanglah peredaran dunia, baginda pun mangkat. Anakanda baginda Raja Mudalah kerajaan menggantikan ayahanda baginda, terlalu adil perintah baginda itu. Maka Raja Mudalah memerintahkan istiadat takh ta kerajaan baginda. Bagindalah yang pertama berbuat menteri empat orang di balai mengajari orang; mengadakan bentara empat puluh berdiri diketapakan akan menjunjungkan titah raja, dan menyampaikan barang sesuatu sembah orang ke bawah duli raja, dan bagindalah yang menjadikan Anak Tuan-tuan biduanda kecil, dijadikan suruh-suruhan raja dan membawa segala alat raja barang sebagainya. <br>
<br>
Hatta, berapa lamanya maka baginda beranak tiga orang lelaki, seorang bernama Raden Bagus, seorang bernama Raja Terigah, dan seorang bernama Raden Anum; ketiga-tiganya beristerikan anak Bendahara Tun Perpatih Tulus. Setelah Tun Perpatih Tulus hilang, maka Raden Baguslah jadi Bendahara, gelamya Tun Perpatih Permuka Berjajar. Maka datanglah pada peredaran dunia, Raja Besar Muda pun mangkatlah; maka anakanda baginda Raja Tengahlah kerajaan menggantikan ayahanda baginda. Baginda beranak seorang lelaki bernama Raja Kecil Besar. Setelah datanglah pada peredaran dunia, maka Raja Tengah pun mangkatlah. Maka anakanda baginda, Raja Kecil Besarlah kerajaan, menggantikan ayahanda baginda. Terlalulah adil saksama baginda pada memeliharakan segala rakyat, seorang pun tiada raja-raja dalam alam ini sepertinya pada zaman itu, lagi dengan murahnya. Maka negeri Melaka pun besarlah, lagi dengan makmumya; segala dagang pun berkampung. Baginda beristerikan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar, beranak dua orang lelaki, seorang bernama Raja Kecil Lambang, dan seorang bernama Raja Mahkota. <br>
<br>
Setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan hadrat nabi mustaffa Rasulullah salla'llahu' 'alaihi wa salam. Maka sabda Rasulullah pada Raja Kecil Besar, "Ucap olehmu: Asyhadu alla ilaha i'l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah." Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah salla'llahu 'alaihi wa salam itu diturutnya. Maka sabda Rasulullah kepada Raja Kecil Besar, “Adapun namamu Sultan Muhammad Syah. Esok hari apabila asar matahari, datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya sembahyang di pantai Melaka ini, hendaklah engkau ikut barang katanya." Maka sembah Raja Kecil Besar, "Baiklah tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada Hamba lalui." Maka nabi salla 'llahu 'alaihi wa salam pun ghaiblah. <br>
<br>
Setelah hari siang, maka Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu, maka dicium baginda tubuhnya bau narawastu, dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan. Pada hati Raja Kecil Besar, "Bahawa mimpi aku ini. Asyhadu alia ilaha i'l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah." Maka segala orang pun datanglah ke dalam istana baginda; sekaliannya pun hairan mendengar yang disebut raja itu, Maka kata raja perempuan, "Entah kena syaitankah raja ini, atau gilakah raja ini gerangan? Baik segera memberitahu Bendahara." <br>
Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka Bendahara pun segera datang, lalu masuk ke dalam istana. Maka dilihat Bendahara raja tiada berhenti-henti daripada menyebut "La ilaha i'l Allah. Muhammad-ar-rasulullah." Maka kata Bendahara, "Bahasa mana yang disebut raja ini?" Titah raja, "Semalam beta mimpi berpandangan dengan keelokan hadrat junjungan, Rasulullah salla 'llahu 'alaihi wa salam. Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pada Bendahara. Maka kata Bendahara, "Jikalau benar mimpi raja itu apa alamatnya?" Maka titah Raja Kecil Besar, "Alamatnya kalam beta seperti dikhatankan orang, itulah tanda sah Hamba bertemu dengan Rasulullah salla 'llahu 'alaihi wa salam: dan sabda Rasulullah pada Hamba, Asar sekarang datang sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya di pantai Melaka itu sembahyang; hendaklah turut olehmu barang katanya." Maka Bendahara pun hairanlah melihat kalam baginda seperti dikhatankan orang. Maka kata Bendahara, ''Jikalau sungguh datang kapal asar ini, benarlah mimpi raja itu; jikalau tiada, bahawa syaitanlah mengharu raja ini." Maka titah baginda, "Benar seperti kata bapa Hamba, Bendahara itu." Maka Bendahara pun kembalilah ke rumahnya. <br>
<br>
Setelah hari pun asarlah, maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah, serta ia datang berlabuhlah; maka turunlah makhdum dari dalam kapal itu, Syed Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu, "Mengapa orang itu tunggang-tunggik?" Maka berebutlah orang. yang melihat itu; sesak, penuh tiada bersela lagi, dan haru-birulah bunyinya sampai ke dalam. Maka raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-besar. Maka dilihat raja kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, "Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita itu,” <br>
<br>
Setelah sudah makhdum itu sembahyang, maka raja pun menderumkan gajahnya. Makhdum dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa baginda masuk ke dalam negeri. Maka segala Orang Besar-besar semuanya masuk Islam; sekalian isi negeri lelaki perempuan, tua muda, kecil besar sekaliannya masuk Islam dititahkan baginda. Maka raja pun bergurulah pada Makhdum akan tertib sembahyang, baginda digelamya seperti sabda nabi salla 'llahu 'alaihi wa salam - Sultan Muhammad Syah. Adapun Bendahara bergelar Seri Wak Raja, yakni bapa tua raja, kerana Bendahara itu ayah - yang salah tak menjadikan - kepada baginda; itulah pertama-tama bergelar Bendahara. Raden Anum menjadi Perdana Menteri, bergelar Seri Amar Diraja; Tun Perpatih Besar, anak Tun Perpatih Permuka Berjajar,* yang pertama jadi Bendahara; anak Seri Teri Buana, yang bernama Raja Kecil Muda, jadi Penghulu Bendahari, bergelar Seri Nara Diraja, maka ia beristerikan anak Bendahara, beranak seorang perempuan bernama Tun Rana Sandari. Maka Sultan Muhammad pun mengatur takhta kerajaan baginda.
Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan "kekuningan larangan" ; tidak dapat dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal besar dan tilam, dan bungkus barang apa-apa, dan akan karang-karangan benda; dan tiada dapat diambil akan perhiasan rumah; dan lain daripada itu pun tiada juga dapat, melainkan kain, baju, dan destar, tiga perkara itu jua yang dapat dipakai. Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung, tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; danjikalau perahu, bertingkap berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris; sebesar-besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroneong emas berkepala perak tiada boleh. <br>
<br>
Bermula segala orang yang beremas, bagaimana sekalipun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai, apabila sudah dianugerahi barang sekali jua pun, dapatlah dipakai selama-lamanya. Dan jikalau orang masuk ke dalam jika tiada kain berpancung, dan berkeris di hadapan, dan bersebai, tiada dapat masuk, barang siapa pun baik; dan apabila berkeris di belakang masuk ke dalam, dirampas oleh penunggu pintu. <br>
<br>
Maka inilah dahulu kala larangan raja Melayu, barang siapa melalui dia salah ke bawah duli, hukumnya didenda pati, yakni sekati lima. Bermula payung putih itu tarupak dari jauh, sebab itulah maka payung putih lebih daripada kuning; dan pakaian raja payung putih, dan pakaian anak raja payung kuning. <br>
Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kapala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara. <br>
<br>
Syahadan jika menjunjung duli, dahulu kepala bentara yang empat lima orang itu daripada sida-sida yang duduk di Seri balai itu, melainkan segala menteri yang besar-besar. Adapun nakhoda Cempa yang pilihan duduk di seri balai; maka segala anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja duduk di selasar balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang sebagainya diselang-selang duduknya; melainkan puan dan pedang dikelek-kelekan kiri dan kanan; pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija Diraja memikul pedang itu. <br>
<br>
Dan apabila utusan datang atau pergi, ceper dan kerikal dibawa hamba raja dari dalam, maka disambut oleh kepala bentara yang di kanan, kerikal itu diletakkan had Bendahara. Maka ceper dan tetarupan diberikan pada orang yang membawa surat. Jika surat dari Pasai atau dari Haru, dijemput dengan selengkap alat kerajaan: gendang, serunai, nafiri, nagara, payung putih dua berapit; melainkan mendeli juga yang tiada pergi menjemput itu; dan menteri mengepalakan gajah, dan bentara di buntut gajah; sida-sida membawa surat dengan penghulu biduanda kecil; dan gajah dikepilkan di hujung balai, kerana raja dua buah negeri itu sama besamya dengan raja Melaka, tua muda sekaliannya berkirim salam jua. <br>
<br>
Telah datang ke balai, maka surat disambut oleh hulubalang asal, yakni kepala bentara yang dari kanan; kepala bentara yang dari kiri menyampaikan titah raja kepada utusan, kepala bentara yang di kanan menyampaikan sembah. Dan jika surat dari negeri lain, dikurangkan hormatnya daripada itu, sekadar gendang serunai sahaja, dan payung kuning juga; dan jikalau patut bergajah, bergajah; dan jikalau patut berkuda, berkuda; maka diturunkan di luar pintu yang di luar sekali. Jika raja itu terbesar sedikit, diberi bemafiri dan payung, satu putih, satu kuning; Gajah diderumkan di dalam pintu yang di luar, kerana dahulukala pintu itu tujuh lapis. Bermula utusan itu, jika akan pulang, dipersalini adatnya, dan jika utusan Rekan sekalipun, dipersalin juga; dan jika utusan kita akan pergi pun dipersalin juga adatnya. <br>
<br>
Jika baginda menggelar orang, maka raja dihadap orang di balairung, orang beradat. Maka dijemput orang itu: jika "Perserian ", Orang Besar-besar menjemput dia; jika "Persangan", orang kecil menjemput dia; jika "Pertuanan" orang sedang menjemput dia; dan jika orang bergelar itu patut bergajah, dibawakan gajah; yang patut berkuda, dibawakan kuda; dan jikalau tiada patu t bergajah dan berkuda, dibawa berjalan dengan bingkisan, dengan payung dan gendang serunai, tetapi payung itu, ada hijau, ada yang biru, ada yang merah, dan sebesar-besamya payung kuning; dan payung putih dengan nagara itu mahal adanya, sebaik-baiknya nafiri. Dan payung kuning itu payung anak raja-raja dan orang besar-besar; dan payung ungu dan merah dan hijau itu payung sida-sida dan ben tara hulubalang sekalian. Adapun payung biru dan hitam itu akan payung barang orang bergelar juga. <br>
<br>
Telah orang bergelar itu datang ke dalam, maka dihentikan di luar, maka ciri yang amat indah-indah bunyinya dibacakan orang di hadapan raja.* Daripada anak cucu Batala itulah yang membaca ciri itu. Telah sudah ciri itu dibaca, maka dibawa orang keluar; adapun yang menyambut ciri itu daripada kaum keluarga orang bergelar itu juga, maka dibawalah masuk; maka dibentangkan tikar barang di mana dikehendaki raja, supaya kemudian pun di sanalah dia duduk. <br>
<br>
Maka datanglah persalin; jika akan jadi Bendahara, lima ceper persalinannya; baju seceper, kain seceper, destar seceper, sebai seceper, ikat pinggang seceper; jikalau anak raja-raja dan para menteri cateria empat ceper juga, ikat pinggang tiada; jikalau bentara sida-sida hulubalang tiga ceper; kain seceper, baju seceper, destar seceper, ada yang semuanya sekali seceper, ada yang tiada berceper, kain, baju, destar di biru-biru sahaja, maka diampu oleh Hamba raja, datang pada orang bergelar itu disampaikandi lehemya. Maka dipeluk oleh orang itu lalu dibawanya keluar. Dan jika persalin utusan, demikian juga adatnya, masing-masing pada patutnya. <br>
<br>
Setelah datang persalinan, maka orang bergelar itu keluar bersalin, sudah bersalin masuk pula, maka dikenakan orang patam dan pontoh, kerana orang bergelar itu semuanya berpontoh, tetapi masing-masing pada patutnya; ada yang berpontoh bemaga dengan penangkal dan azimat, ada yang berpontoh Permata, ada yang berpenyangga sahaja, ada yang berpontoh perbuatan khalkah biru, ada yang berpontoh perak; dan yang bertimbalan, ada yang sebelah. Setelah sudah, maka ia menjunjung duli lalu pulang, disuruh hantar pada siapa patut, atau orang yang menjemput itu juga menghantari, diarak; ada yang bergendang serunai sahaja, ada yang bemafiri, ada yang bemagara, ada yang berpayung putih, tetapi mahal adanya payung pu tih dan nagara itu; sedang payung kuning dan nafiri lagi susah diperoleh pada zaman itu. <br>
<br>
Syahadan apabila raja berangkat hari raya berusung, Penghulu Bendahari memegang kepala usungan yang di kanan, dan yang di kiri Laksamana, dan di belakang itu Menteri keduanya memegang dia, dan pada rantai dekat kaki raja. Seri Bija Diraja memegang dia; dan bentara, hulubalang berjalan dahulu di hadapan raja, masing-masing dengan jawatannya. Segala alat kerajaan dibawa orang berjalan di hadapan raja, tombak kerajaan sebatang dari kiri dan sebatang dari kanan; di hadapan raja segala bentara memikul pedang, dan di hadapan sekali segala orang yang berlembing. Adapun jogan di hadapan raja, dan di hadapannya gong gendang dan segala bunyi-bunyian, negara dari kanan, nafiri dari kiri; jikalau berjalan, lebih kanan daripada kiri; dan pada kedudukan, lebih kiri daripada kanan. Demikian lagi ketika mengadap nobat pun demikian juga; orang yang berjalan di hadapan raja itu, barang yang kecil dahulu. Adapun tombak berjajar dan segala pawai dahulu sekali, dan pelbagai bunyi-bunyian serba jenis sekaliannya dahulu. Adapun Bendahara berjalan di belakang raja dengan kadi dan pakeh, segala Orang Besar-besar dan segala menteri yang tua-tua. <br>
<br>
Bermula jika raja bergajah, Temenggung di kepala gajah, Laksamana atau Seri Bija Diraja di buntut, bentara memikul pedang kerajaan. Adapun jika mengadap nobat, barang Orang Besar-besar dari kiri gendang; barang orang keci1 dari kanan gendang. Adapun yang kena sirih nobat pertama Bendahara dan anak raja-raja, dan Penghulu Bendahari, dan Temenggung, dan Menteri keempat, dan kadi, dan pakeh, dan Laksamana, Seri Bija Diraja, dan sida-sida yang tua-tua, dan barang siapa yang dikehendaki raja, dan cateria, itu pun jikalau ada Bendahara mengadap nobat; jikalau tiada Bendahara, tiadalah bersirih puan itu, jika ada anak raja-raja sekalipun. <br>
<br>
Sebermula apabila raja bekerja, Penghulu Bendaharilah yang memerintahkan dalam, dan menyuruhkan penghulu balai menghiasi balai dan membentang tikar, dan menggantung tabir dan langit-langit, dan melihati makanan orang, dan mengunjung orang, memanggil orang, kerana hamba raja, dan segala bendahari raja, dan segala yang memegang hasil negeri raja, dan syahbandar sekalian dalam kira-kira Penghulu Bendahari belaka. Maka Penghulu Bendaharilah menyuruh memanggil orang, dan akan Temenggung mengatur orang makan di balai. Maka orang makan itu berhad, hanya empat sehidangan, terus lalu ke bawah; demikian juga jika temannya makan itu tiada seorang, tinggal tiga; jika tiada dua, tinggal dua; jika tiada tiga, tinggal seorang, makan juga ia; tiada dapat yang di bawah itu naik menggenapi di tempat yang di atas. Adapun Bendahara makan seorangnya sehidangan dengan anak raja. Demikianlah istiadat pada zaman Melaka; banyak lagi lain dari itu, jikalau dikatakan semuanya nescaya bimbang hati orang yang mendengar dia. <br>
<br>
Syahadan jika malam dua puluh tujuh, tatkala pada siangnya mengarak sejadah ke masjid, Temenggung mengepalakan gajah; maka puan dan segala alat kerajaan dan gendang, semuanya diarak dahulu ke masjid. Setelah malam maka raja berangkat seperti adat hari sembahyang terawih, sudah itu berangkat kembali. Setelah esok. harinya maka Laksamana mengarak serban, adat raja-raja Melayu berangkat ke masjid berTerigkolok berbaju sarong, itulah yang jadi larangan pada orang kahwin; barang siapa yang dikumiai maka beroleh memakai dia; dan memakai cara Keling itu pun larangan lagi, melainkan barang siapa sedia pakaian, dapatlah dipakainya sembahyang dan kahwin. <br>
<br>
Tatkala hari raya kecil atau besar, maka Bendahara dan segala Orang Besar-besar sekaliannya masuk berkampung ke dalam; usungan pun diarak oleh Penghulu Bendahari masuk. Setelah melihat usungan, maka segala orang yang duduk di balai habis turun berdiri, beratur bersaf-saf, maka "gendang adi-mula" pun dipalu oranglah tujuh ragam; pada seragam nafiri berbunyi. Setelah genaplah tujuh kali, maka raja pun berangkatlah keluar bergajah diarak ke istana. Setelah mereka melihat raja, sekaliannya duduk di tanah, maka usungan pun terkepillah di astaka, maka Bendahara naik ke astaka menyambut raja naik ke atas usungan, lalu berangkat ke masjid seperti yang tersebut dahulu itu. <br>
<br>
Adapun tatkala orang mengadap nobat ada hari bulan Ramadan atau Syawal, setelah rata beratur sekalian hulubalang di kiri kanan gendang, jikalau ada Raja Muda mengadap nobat, maka dipersilakan oleh bentara Raja Muda itu berdiri di atas permaidani. Setelah itu nafiri pun berbunyi tiga kali, maka sida-sida keluar di dalam, disambut bentara. Itulah istiadat raja-raja Melayu dahulukala, barang yang pendengaran sinda itulah sinda katakan.<br>
<br>
Kata rawi, bahawa Sultan Muhammad Syah selama di atas kerajaan, terlalu sekali adil baginda pada memeliharakan segala manusia. Maka negeri Melaka pun besarlah, dan jajahannya pun makin banyaklah; yang arah ke barat hingga Bemas Ujung Karang, arah ke timur hingga Terengganu. Maka masyhurlah pada segala negeri dari bawah angin datang ke atas angin bahawa negeri Melaka terlalu besar, lagi dengan makmumya; dan rajanya daripada bangsa Raja Iskandar Zul Karnain; dan pihak Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik maghrib; pancaran Nabi Sulaiman 'alaihi s-salam. Maka segala raja-raja sekaliannya datang ke Melaka mengadap baginda. Segala raja-raja itu dihormati baginda, dan dipersalin baginda dengan pakaian yang mulia-mulia. Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya datang ke Melaka, terlalulah ramainya bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya Malakat, yakni perhlmpunan segala dagang, dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan segala Orang Besar-besamya punsangat saksama, Wallahu a'lamu bis-sawab wa ilaihilmarji'u wal-ma 'ab. <br>
Alkisah maka tersebutlah perkataan ada sebuah negeri di benua Keling, Pahili namanya; Nizamu'l Muluk Akhbar Syah nama rajanya. Adapun raja itu Islam dalam agama Nabi Muhammad Rasulullah salla 'llahu 'alaihi wa-sallam, maka baginda beranak tidak orang, dua lelaki dan seorang perempuan; yang tua Mani Purindan namanya, dan yang Terigah Raja Akbar Muluk Kud Syah namanya, yang perempuan, Damia Seri Wandi namanya. Maka Raja Nizamu'l Muluk Akbar Syah pun sudah hilang, maka anakanda baginda Raja Akbar Muluk Kud Syahlah kerajaan, menggantikan ayahanda baginda. Maka baginda berbahagi pusaka tiga bersaudara, seperti dalam hukum Allah demikianlah diturutnya. <br>
<br>
Datanglah kepada papan cuki emas bertatahkan permata, buahnya permata merah sebelah, permata hijau sebelah, Maka kata baginda Mani Purindan pada adiknya, Raja Akbar Muluk Kud Syah, "Cuki ini berikanlah kepada saudara kita yang perempuan, kerana bukan layak kita memakai dia," Maka kata Raja Akbar Muluk Kud Syah, "Tiada Hamba mau memberikan, yang kehendak Hamba kita nilaikan cuki ini; jika saudara kita itu hendakkan dia, diberikannya harganya pada kita." Maka baginda Mani Purindan pun malu rasanya, oleh katanya tiada diturut oleh saudaranya itu, Maka kata dalam hatinya, "Sedang pekerjaan ini lagi tiada diturutnya kata aku, jikalau pekerjaan yang lain betapa lagi? Jikademikian baiklah aku membuangkan diriku barang ke mana.Jika di sini pun bukan aku kerajaan dalam negeri ini. Ke mana baik aku pergi, melainkan ke Melakalah aku pergi, kerana raja Melaka zaman ini raja besar, patutlah aku menyembah, kerana baginda daripada anak cucu Raja Iskandar ZulKarnain." <br>
<br>
Setelah demikian fikir baginda Mani Purindan, maka baginda pun berangkatlah dengan beberapa buah kapal, lalu belayar hendak ke Melaka. Setelah datang ke Tanjung Jambu Air, maka angin pun turunlah terlalu kencang; maka kapal baginda Mani Purindan pun Teriggelam. Baginda Mani Purindan pun terjun ke air, terselirupang di belakang ikan alu-alu, maka lalu dilarikannya ke darat. Baginda Mani Purindan pun hendak naik mencapai segala anak kayu yang tumbang itu, semuanya merebahkan dirinya. Maka baginda berpaut pada pohon gandasuli, lalu naik ke darat berjalan dengan letihnya dan lapar serta dahaganya. Maka didengamya bunyi burung tekukur itu dilihatnya ada. Setelah dekat maka burung tekukur itu terbang, diikutnya pula; apabila baginda Mani Purindan berhenti, tekukur itu pun ikut berhenti. Diceriterakan yang empunya ceritera, ada dua hari dua malam baginda Mani Purindan mengikut tekukur itu, apabila ia berhenti tekukur itu pun berhenti, dengan demikian maka teruslah ke bendang orang. Sebab itulah dipersurupahkan oleh baginda Mani Purindan - segala anak cucunya tiada boleh makan ikan alu-alu; tiada boleh bermain burung tekukur dan memakai bunga gandasuli. <br>
<br>
Hatta beberapa lama maka sampailah baginda Mani Purindan ke negeri Pasai. Setelah didengar oleh Raja Pasai ia anak raja benua Keling, maka didudukkannya dengan anaknya. Daripada anak cucunyalah pancar raja dan bendahara Pasai itu. Setelah berapa lamanya ia di Pasai, maka baginda Mani Purindan pun kembali ke benua Keling, berlengkap kapal. Apabila musim telah datang maka ia pun belayar pula ke Melaka dengan alat dan lasykamya; penghulu lasykamya bernama Khoja Ali Tandil Muhammad, dengan tujuh buah kapal sertanya. <br>
<br>
Setelah datang ke Melaka lalu mengadap Sultan Muhammad Syah; maka didudukkan baginda setara menteri. Setelah itu maka diambil oleh Seri Nara Diraja akan menantu, didudukkannya dengan Ratna Sandari. Baginda Mani Purindan beranak dua orang lelaki, yang tua bernama Tun Ali, yang perempuan bernama Tun Ratna Wati, terlalu baik parasnya. Setelah besar maka diperisteri oleh Sultan Muhammad Syah, beranak seorang lelaki bernama Raja Kassim. Kemudian baginda beristeri akan anak raja Rekan, beranak pula seorang lelaki bernama Raja Ibrahlm, maka dialah dirajakan baginda menurutkan kehendakRaja Perempuan; akan tetapi Sultan Muhammad Syah kasih juga akan anakanda baginda Raja Kassim, daripada malu baginda akan Raja Perempuan diturutkan bagindalah kehendaknya; maka barang laku Raja Ibrahlm itu dibenarkan oleh baginda. Adapun Raja Kassim, jika terambil sirih orang secarik pun dimurkai baginda, akan Raja Kassim terlalu baik budinya, maka segala Orang Besar-besar dan rakyat pun sekaliannya kasih akan Raja Kassim dan benci akan Raja Ibrahim. <br>
<br>
Hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, maka sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad Syah, kerana Raja Perempuan itu saudara sepupu kepada Raja Rekan. Adapun Raja Rekan itu anak Sultan Sidi, saudara Sultan Sujak. Apabila Raja Rekan akan masuk mengadap, orang menitir gendang ria, sekalian orang berkampung. Itulah maka diperbuat orang pantun: <br>
Gendang ria dapat berbunyi, <br>
Raja Rekan masuk mengadap<br>
Orang kaya apa disembunyi<br>
Dendam sahaya dapat berdapat. <br>
<br>
Maka Raja Rekan itu didudukkan baginda tara Bendahara; apabila makan ke bawah. Maka sembah segala hulubalang Rekan kepada rajanya, "Mengapakah kita seperti ayam? Tidur di bumbungan, makan ke bawah rumah; baiklah bermohon sekali-sekali." Maka Raja Rekan itu bermohonlah duduk di bawah Bendahara. Maka titah Sultan Muhammad Syah, "Baiklah." Maka jadinya Raja Rekan duduk di bawah Bendahara. <br>
<br>
Hatta berapa lamanya Bendahara Seri Wak Raja pun kembalilah ke rahmat Allah. Maka Seri Amar Diraja pula jadi Bendahara. Adapun Bendahara Seri Amar Diraja itu daripada anak cucu Raja Muda Singapura asalnya; jadi Bendahara itu anak saudara sepupu juga pada Seri Nara Diraja, ada ia beranak seorang perempuan. Akan baginda Mani Purindan pun sudah hilang; anaknya yang bernama Tun Ali itu diambil oleh Bendahara Seri Amar Diraja akan menantu. Seri Nara Diraja pun sudah hilang, cucunya yang bernama Tun Ali, anak baginda Mani Purindan pula jadi Penghulu Bendahari menggantikan nindanya bergelar Seri Nara Diraja juga. <br>
<br>
Setelah enam puluh tujuh tahun lamanya Sultan Muhammad Syah di atas kerajaan, datanglah pada peredaran dunia, maka baginda pun kembalilah ke rahmat Allah Taala, kalu inna li'llahi wa inna ilaihi raji'un. Maka dikerjakan oleh segala Orang Besar-besar seperti adat kerajaan, diperbuatnya raja-diraja berulas kekuningan. Maka segala alat dinaikkan ke atas raja-diraja; orang menyelarupai enam belas buah raja diraja; dan perasapan enam belas raja-diraja; empat orang pada satu raja-diraja dan diannya enam belas raja-diraja; orang yang menyelarupai tetarupan enam belas raja-diraja; derma emas perak di ceper dengan beras-kunyit empat raja-diraja; derma kain berkudi-kudi empat raja-diraja. <br>
Jenazah Sultan Muhammad Syah dinaikkan ke atas perarakan lalu ditabalkan; sudah itu maka Raja Ibrahlm pula ditabalkan. Setelah sudah maka jenazah diarak ke masjid dengan alat pawai dan bunyi-bunyian. Pertama berjalan dahulu dian; sudah itu orang menyelarupai kain; sudah itu perasapan; sudah itu orang menyelarupai tetarupan; sudah itu maka perarakan keranda. Setelah datang ke masjid, disembahyangkan di sana. Setelah itu maka anakanda baginda, Raja Ibrahlm kerajaan menggantikan ayahanda baginda, gelar baginda Sultan Abu Syahid. Tetapi baginda Raja Ibrahlm itu budak, tiada ia hiraukan kerajaan; tiada lain pekerjaan baginda melainkan bermain bantak sama-sama dengan budak-budak banyak; itulah dibuat orang nyanyi: <br>
Mana Sultan Abu Syahid,<br>
Budak-budak bermain bantak; <br>
Tuan seorang dip an dang baik,<br>
Bagai cincin kena pennata. <br>
<br>
Maka Raja Rekanlah memangku Sultan Abu Syahid memerintahkan negeri Melaka. Maka negeri Melaka seperti terhukumlah oleh Raja Rekan. Akan Raja Kasim dinyahkan oleh Raja Rekan. Maka baginda diam pada si pengail, Sentiasa mengail ke laut. Adapun Raja Rekan seolah-olah ialah kerajaan dalam negeri Melaka, kerana bonda Sultan Abu Syahid itu sepupunya, menjadi kuatlah ia. Maka segala Orang Besarbesar, para menteri, hulubalang semuanya datang pada Bendahara, berkampung mesyuarat. Maka kata segala Orang Besar-besar itu kepada Bendahara, "Apahal kita ini? Kerana sekarang Raja Rekanlah tuan kita, bukannya duli Yang Dipertuan." Maka sahut Bendahara, "Apatah daya kita! Kerana Raja Rekan tiada pernah bercerai dengan Duli Yang Dipertuan." Setelah mendengar kata Bendahara itu, sekaliannya pun berdiam diri, lalu masing-masing kembali ke rumah. Adapun Seri Nara Diraja bicara dalam hatinya akan pekerjaan itu. Raja Kassim dipersilakannya ke rumahnya; diberinya santap, kerana bonda Raja Kasim itu saudaranya.
<br>
<br>
Hatta berapa lamanya, datanglah sebuah kapal dari at as angin. Setelah kapal itu berlabuh, maka segala nelayan pun datanglah berjual ikan kepada orang dalam kapal itu; maka Raja Kasim pun datang berjual ikan, melakukan dirinya seperti laku si pengail yang banyak itu. Adapun dalam kapal itu ada seorang maulana, namanya Maulana Jalalu'd-Din.
Setelah ia melihat Raja Kasim, maka segera disuruhnya naik dan diberinya hormat dengan sepertinya. Maka kata Raja Kasim "Mengapa maka tuan Hamba menghormatkan Hamba? Kerana Hamba ini si polan berjual ikan." Maka kata Maulana Jalalu'd-Din, "Bahawa engkau ini anak raja Melaka, engkaulah kelak kerajaan dalam negeri ini." Maka kata Raja Kasim "Apa daya Hamba akan menjadi raja? Jika dengan tuah Maulana mahu menolong Hamba maka dapat Hamba akan jadi raja." Maka kata Maulana itu, "Pergilah tuan Hamba ke darat, cari orang yang dapat mengerjakan pekerjaan tuan Hamba. Insya-Allah Taala, hasillah pekerjaan tuan Hamba; tetapi suatu janji saya pinta pada tuan Hamba, Puteri Rekan, bonda Sultan Abu Syahid itu berikan Hamba." Maka kata Raja Kasim, "Baiklah, jikalau Hamba menjadi raja." Maka kata Maulana segeralah tuan Hamba naik ke darat, kerjakanlah oleh tuan Hamba malam ini; bahawa Allah subha nahu wa taala ada menyertai tuan Hamba. "<br>
Maka Raja Kassim pun naiklah ke darat serta fikir dalam hatinya, "Kepada siapa aku minta tolong ini? Jika demikian baik aku pergi kepada Seri Nara Diraja, kerana ia kasih akan aku, kalau-kalau mau ia menolong aku." Setelah demikian fikimya maka Raja Kasim pun pergilah kepada Seri Nara Diraja. Maka segala kata Maulana itu semuanya dikatakannya kepada Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja, "Baiklah, Hambalah menyertai tuanku." <br>
<br>
Setelah sudah berteguh-teguhan kata, maka Seri Nara Diraja pun berlengkap menghlmpunkan orangnya. Setelah hari malam, maka Raja Kasim pun naik gajah yang bernama Juru Demang; maka Seri Nara Diraja mengepalakan gajah Raja Kasim itu, dan Maulana Jalalu'd-Din pun ada bersama-sama. Maka segala orang kapal semuanya dibawanya naik dengan Senjatanya. Maka kata Raja Kasim pada Seri Nara Diraja, "Apa bicara tuan Hamba, jika Bendahara tiada serta dengan kita? Tiada akan hasil pekerjaan kita. Jikalau kita ajak pun masakan ia mahu." Maka kata Seri Nara Diraja, "Mudah juga pekerjaan itu pada Hamba, mari kita pergi pada . Bendahara." Maka kata Raja Kasim, Baiklah, mana kata tuan Hambalah Hamba ikut." Maka pergilah keduanya kepada Bendahara. <br>
<br>
Setelah sampai di luar pagar Bendahara, maka kata Seri Nara Diraja, "Segera beritahu Bendahara, Yang Dipertuan menanti di luar." Maka segera diberi orang tahu pada Bendahara mengatakan Yang Dipertuan ada berdiri di luar. Maka Bendahara pun segera keluar, berkeris pun tiada, berdestar pun di jalan, Adapun pada malam itu sangat kelam. Setelah datang Bendahara ke bawah gajah, maka gajah pun diderumkan oleh Seri Nara Diraja seraya katanya kepada Bendahara, "Titah suruh naik." Maka Bendahara segera naik ke atas gajah; maka gajah itu pun berdiri, lalu berjalan. Maka dilihat oleh Bendahara, raja itu Raja Kasim, bukannya Sultan Abu Syahid; dan kilat Senjata pun terlalu banyak. Bendahara pun hairanlah melihat perihal itu. Maka kata Seri Nara Diraja pada Bendahara, "Apa bicara tuan Hamba? Bahawa Raja Kasim hendak membunuh Raja Rekan." Maka Bendahara tiada berdaya lagi, lalu disahutnya, "Sukalah Hamba, kerana Raja Kasim pun teraula tuan kepada Hamba; selamanya pun Hamba hendak mengerjakan Raja Rekan itu." Maka Raja Kasim pun terlalu sukacita mendengar kata Bendahara itu.<br>
<br>
Maka baginda pun masuklah melanggar ke dalam. Orang pun geruparlah mengatakan Raja Kasim melanggar ke dalam; segala Orang Besar-besar dan hulubang sekalian pun datang mengusir Bendahara, sekalian mereka itu bertanya "Mana Bendahara?" sahut orang itu, "Bendahara pergi bersama-sama dengan Raja Kasim." Maka pada hati segala Orang Besar-besar itu. Bendaharalah yang empunya pekerjaan ini. Maka sekalian mereka itu pun mendapatkan Bendahara dan bersertalah dengan Raja Kasim. Maka dalam pun alahlah. Akan Raja Rekan tiada bercerai dengan Sultan Abu Syahid. Maka kata Seri Nara Diraja, "Bahawa titah menyuruh merebut Sultan Abu Syahid, takut dibunuh oleh Raja Rekan." Maka orang berseru-seru melarang jangan menikam Raja Rekan dahulu. Maka tiada didengarkan oleh sekalian, kerana sangat sabur. Maka ditikam oranglah Raja Rekan terus-menerus. Setelah Raja Rekan merasai luka itu, maka ditikamnya Sultan Abu Syahid. Maka baginda pun syahidlah. Adapun umur baginda di atas kerajaan setahun lima bulan. Setelah Sultan Abu Syahid sudah mangkat, maka Raja Kasim pun masyghul akan adinda baginda itu, maka ditanamkanlah seperti adatnya. <br>
<br>
Syahadan maka Raja Kasimlah menggantikan kerajaan adinda baginda. Maka baginda pun ditabalkan oranglah; adapun gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Muzaffar Syah, Maka Maulana Jalalu'd-Din pun menuntut janjinya kepada baginda. Maka disuruh hiasi oleh baginda seorang dayangdayang yang baik rupanya dengan selengkap pakaian, lalu diberikan kepada Maulana itu dikatakan Puteri Rekan. Maka pada hati Maulana itu ialah Puteri Rekan, segera diambil nya lalu dibawanya ke atas angin.<br>
<br>
Sebermula adalah Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan itu, terlalu baik budi pekerti baginda dengan adilnya dan murah serta ampun periksa dengan saksama pada mengasihani rakyat baginda; dan bagindalah menyuruhkan membuat kitab undang-undang supaya jangan bersalahan lagi segala hukum menteri. Bermula akan Seri Nara Diraja terlalu sangat dikasihi baginda, barang suatu katanya dan sembahnya tiada dilalui baginda. Arakian, maka Sultan Muzaffar Syah beristerikan anak Bendahara Seri Amar Diraja, baginda beranak seorang lelaki terlalu baik parasnya, dinamai baginda Raja Abdullah. Hatta maka Bendahara Seri Amar Diraja pun hilanglah, maka Tun Perpatih Sedang, anak Bendaharalah pula jadi Bendahara bergelar Bendahara Seri Wak Raja juga, tetapi sungguhpun jadi Bendahara sekadar nama sahaja, yang orang besamya Seri Nara Diraja juga; barang suatu katanya tiada dilalui raja. <br>
<br>
Ada pada suatu hari Sultan Muzaffar Syah dihadap orang di balairung; sete1ah lamalah sudah baginda dihadap orang, maka Bendahara pun hendak masuk mengadap. Setelah datang di luar pintu maka Sultan Muzaffar Syah pun berangkat masuk, sebab lama sudah baginda duduk, tiada baginda tahu akan Bendahara datang itu, maka pintu pun tertutup ditiup oleh angin. Pada hati Bendahara, "Yang Dipertuan murka akan aku serta aku datang baginda berangkat masuk dan pintu pun ditutup orang." Maka Bendahara pun terlalu malu rasanya lalu kembali ke rumahnya makan racun,lalulah hilang. <br>
<br>
Maka dipersembahkan oranglah kepada Sultan Muzaffar Syah, mengatakan Bendahara mati; maka baginda pun terkejut mendengamya. Maka titah baginda, "Apa sebabnya maka Bendahara mati?" Maka dipersembahkan oleh Tun Indera Segara, sebab makan racun; Maka segala perihal ehwalnya semuanya dipersembahkan kepada baginda. Maka Sultan Muzaffar Syah terlalulah dukacita, lalu berangkat pergi menanamkan Bendahara seperti istiadatnya. Tujuh hari baginda tiada nobat oleh bercintakan Bendahara Seri Wak Raja. Setelah itu maka Seri Nara Dirajalah jadi Bendahara. Maka ada anak Bendahara Seri Wak Raja tiga orang, yang tua sekali perempuan Tun Kudu namanya; terlalu baik parasnya, maka diperisteri oleh Sultan Muzaffar Syah. Adapun yang dua orang itu le1aki, yang Terigah bernama Tun Perak, yang bongsu bernama Tun Perpatih Putih. Adapun Tun Perak tiada kena kerja raja, ia pergi duduk di Kelang beristeri di sana. Hatta berapa lamanya, maka orang Ke1ang pun menolak penghulunya, maka sekaliannya mengadap ke Melaka, hendak mohonkan penghulu yang lain. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Siapa pula kamu kehendaki akan jadi penghulu kamu itu?" Maka sembah orang Kelang, "Tuanku, jika ada ampuni duli Yang Maha Mulia, Tun Peraklah patik sekalian pohonkan akan jadi penghulu patik sekalian." Maka titah baginda, "Baiklah." Maka Tun Peraklah jadi penghulu orang Kelang itu. Wallahu a'lamu bissawab wa ilaihil-marji'u uial-ma'ab. <br>
ALKISAH, maka tersebut perkataan raja benua Siam. daripada zaman dahulukala, negeri Siam itu Syahru 'n Nuwi namanya disebut orang. Syahadan segala raja-raja di bawah angin ini, semuanya takluk kepadanya; Bubunnya nama rajanya. Setelah didengar oleh benua Siam bahawa Melaka negeri besar, tiada takluk ke Siam, maka Paduka Bubunnya pun menyuruhlah ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka raja benua Siam pun terlalu marah, serta menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya membawa rakyat terlalu banyak, tiada terpemanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah duli Sultan Muzaffar Syah, bahawa raja benua Siam menyuruhkan hulubalangnya, Awi Cakri namanya, mcmbawa rakyat terlalu banyak tiada terpemanai, berjalan darat serta terus ke hulu Pahang. <br>
<br>
Maka setelah baginda mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh mengumpulkan segala rakyat di teluk rantau mudik ke Melaka. Maka berkampunglah sekaliannya ke Melaka; maka Tun Perak mudik ke Melaka orang Kelang dengan segala anak bininya sekali. Maka orang Kelang pun masuk mengadap raja, persembahkan segala perihal; demikian sembahnya: "Tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya mengadap dengan lelaki juga, akan patik sekaliannya dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan." <br>
<br>
Setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar sembah orang Kelang itu, maka titah baginda pada seorang bentara, Seri Amerta gelamya, "Jikalau datang Tun Perak kelak ke balairung mengadap, katakan oleh Seri Amerta sembah orang Kelang itu; jangan kamu katakan dengan titah kita." <br>
<br>
Adapun akan Seri Amerta itu asalnya daripada orang Pasai, Tun Semendera namanya; sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar Seri Amerta. Maka diperbuatkan baginda suatu bangku betul di bawah lutut baginda; di sanalah ia memikul pedang. Ialah yang menyampaikan barang titah raja. <br>
<br>
Pada suatu hari, maka Tun Perak datang mengadap raja, duduk di tanah sama orang yang banyak. Maka kata Seri Amerta pada Tun Perak, "Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, adapun orang teluk rantau yang lain semuanya mengadap lelaki juga, akan orang Kelang mengapa maka Tun Perak bawa dengan perempuannya sekali? Mengapa demikian fiil tuan?" <br>
<br>
Maka tidak disahuti oleh Tun Perak tanya Seri Amerta itu. Maka sekali lagi Seri Amerta berkata-kata, tiada juga disahuti oleh Tun Perak. Setelah genap tiga kali Seri Amerta berkata, maka baharulah disahut oleh Tun Perak. Katanya: "Rei Seri Amerta, tuan Hamba dengan pedang tuan Hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik peliharakan, jangan diberi berkarat; akan pekerjaan kami, orang bekerja ini, di mana tuan Hamba tahu? Akan sekarang, Duli Yang Dipertuan dalam negeri ini dengan anak isteri baginda, dan dengan segala alat takhta kerajaan; maka benarkah pada pendapat tuan Hamba, kami sekalian datang- dengan berlelaki juga, dengan jauh tempat Selat Kelang? Jikalau barang sesuatu hal negeri ini, apa disebutkannya akan kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini Hamba bawa dengan segala anak perempuannya sekali. Jikalau dia berperang dengan musuh pun bersungguh-sungguh hati; kurang-kurang ia melawankan Duli Yang Dipertuan, lebih-lebih ia melawankan anak perempuannya." <br>
<br>
Maka oleh Seri Amerta segala kata-kata Tun Perak semuanya disuruhnya persembahkan ke bawah duli Sultan Muzaffar Syah, Setelah baginda mendengar kata Tun Perak itu, maka baginda pun tersenyum; maka titah baginda, "Benarlah seperti kata Tun Perak itu." Maka diambil baginda sirih daripada puan, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda pula kepada Tun Perak, bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi, baiklah Tun Perak duduk di negeri. <br>
<br>
Hatta maka orang Siam pun datanglah, lalu berperang dengan orang Melaka terlalu ramai.Ada berapa lamanya berperang, maka rakyat Siam pun banyak mati, hal Melaka pun tiada alah; maka Siam pun kembalilah. Maka seraya ia pulang itu, segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicarupakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu tumbuh, maka itulah dinamai orang "rotan Siam"; dan pasungan kayu ara itu pun tumbuh, ada sekarang di hulu Muar; jeluk dan tumang Siam tempatnya bertanak itu pun tumbuh juga, ada sekarang. <br>
<br>
Setelah Siam sudah pulang, maka segala orang teluk rantau masing-masing kembalilah ke tempatnya. Maka hanya Tun Perak tiada ia diberi raja pulang lagi ke Kelang, dijadikan baginda bentara, Maka ada seorang Keling diam di Kelang, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak; maka Keling itu persembahkan ke bawah duli Sultan Muzaffar Syah. Maka baginda memberi titah kepada Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka pada masa itu Tun Perak pun datang mengadap; maka Bentara Seri Amerta berkata kepada Tun Perak; "Tuan Tun Perak, bahawa orang ini mengadap, mengadukan halnya ke bawah duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak, mengapatah maka demikian pekerti tuan?" <br>
<br>
Maka Tun Perak diam, tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata, baharu disahuti oleh Tun Perak: "Akan tuan-Hamba dijadikan duli Yang Dipertuan bentara, dianugerahi pedang sebilah itu juga tuan Hamba peliharakan; baik-baik asami jangan diberi makan karat; akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan Hamba tahu. Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga pada kami maka kami kerjakan, kerana duli Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga pada kami, tiada tahu akan jahatnya; tetapi jikalau duli Yang Dipertuan akan membicarakan Hamba dengan dia, pecatlah Hamba dahulu, maka bicarakanlah Hamba dengan dia. Jikalau Hamba belum dipecat, bagaimana Hamba dibicarakan dengan sakai Hamba?" <br>
<br>
Maka berkenan pada hati Sultan Muzaffar Syah kata Tun Perak itu; maka titah baginda, "Adapun Tun Perak itu tiadalah patut menjadi bentara lagi, patut menjadi menteri. Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai; maka Seri Nara Diraja berkisar ke Terigah. <br>
<br>
Hatta maka Seri Nara pun berpindah ke sebelah kanan, maka jadi Paduka Raja duduk tempat Bendahara. Adapun akan Seri Nara Diraja pun telah tualah, tiada beranak lelaki; beranak dengan isterinya, anak Bendahara Seri Amar Diraja itu, seorang perempuan Tun Putih namanya, diperisteri, oleh Raja Abdullah. Ada beranak dengan gundik seorang lelaki Tun Nina Madi namanya, tiada diakui oleh Seri Nara Diraja, sebab takut akan isterinya. Maka Tun Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara Diraja pun telah hilang.<br>
Sekali persetua, Seri Nara Diraja duduk di balai diadap orang banyak, maka Tun Nina Madi pun lalu; maka kata Seri Nara, seraya katanya pada segala orang yang mengadap itu, "Tahukah tuan Hamba ia ini anak Hamba?" Maka sembah orang itu, "Sahaya semua pun tahu juga; oleh tunku tiada mengaku, sahaya semua pun takutlah mengatakan anak tunku. "Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum; maka Tun Nina Madi pun digelar oleh Sultan Muzaffar Syah "Tun Bijaya Maha Menteri". <br>
<br>
Setelah Paduka Raja jadi Orang Besar, maka segala anak Melayu pun berbelahlah, seTerigah pada Paduka Raja dan seTerigah pada Seri Nara Diraja, kerana keduanya sama Orang Besar berasal. Maka Seri Nara Diraja tiada muafakat dengan Paduka Raja, Sentiasa bersinggit juga. Berapa kali lelayan Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. <br>
<br>
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu, maka terlalu dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana Orang Besar tiada muafakat sama orang besar." Maka baginda berbicara hendak dimuafakatkan antara kedua Orang Besar itu; maka Sultan Muzaffar Syah menyuruh memanggil Seri Nara Diraja. Maka Seri Nara Diraja pun datanglah mengadap. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Maukah Seri Nara Diraja beristeri?" Maka sembah SeriNara Diraja, "Jikalau dengan nugerahi duli Yang
Dipertuan, baiklah tuanku." <br>
<br>
Maka titah baginda, "Maukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?" Maka sembah Seri Nara Diraja, "Mohon tuanku." Maka baginda bertitah pula, "Maukah akan Tun Ratna Sandari, saudara sepupu kepada Paduka Raja?" Maka sembah Seri Nara Diraja, "Mohon tuanku." Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Maukah akan Tun Gemala, saudara Bendahara Seri Wak Raja?" Maka sembah Seri Nara Diraja, "Mohon patik tuanku." Maka berapa orang anak Orang Besar-besar ditawarkan oleh Sultan Muzaffar Syah, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah baginda, "Maukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu?" Maka sembah Seri Nara Diraja, "Daulat tuanku." <br>
<br>
Bermula akan Tun Kudu itu anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja, diperisteri oleh Sultan Muzaffar Syah, terlalu baik rupanya; tetapi matanya juling sedikit. Setelah didengar oleh Sultan Muzaffar Syah, Seri Nara Diraja mau akan Tun Kudu itu, sesaat itu juga ditalak oleh baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Maka kata anak buah Seri Nara Diraja, "Bagaimana maka datuk hendak beristeri, kerana datuk telah sudah tua,bulu mata dan bulu kening pun telah putih?" Maka kata Seri Nara Diraja, "Di mana kamu sekalian tahu, jikalau demikian sia-sialah yang dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu." <br>
<br>
Setelah sudah lepas idah maka Seri Nara Diraja pun duduklah dengan Tun Kudu; maka menjadi fakatlah Seri NaraDiraja dengan Paduka Raja; jadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan Bendahara, kerana menteri sedia anak Bendahara." <br>
<br>
Adapun Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besamya, pertama-tama Majapahit; kedua Pasai; ketiga Melaka. Dalam negeri yang tiga buah itu, tiga orang yang bijaksana. Pertama di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan Pasai, Orang Kaya Raja Kenayan; dan Melaka Paduka Raja, iaitu Bendahara; maka Seri Nara Diraja menjadi penghulu Bendahari.<br>
Hatta berapa lamanya, maka datanglah pula musuh Siam menyerang Melaka dari laut. Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaranlah ke Melaka khabamya, maka dipersembahkan orang kepada Sultan Muzaffar Syah. Maka baginda menitahkan Beridahara Paduka Raja berlengkap mengeluari musuh Siam itu, dengan Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja dan hulubalang sekalian dititahkan mengiringkan Bendahara Paduka Raja. Akan Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya; asalnya konon daripada muntah lembu, ialah yang dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila ia berjalan atau duduk bongkok, serta mendengar khabar musuh, jadi betul; daripada sangat gagah dan beraninya, Maka digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Seri Bija Diraja hulubalang Besar, duduk di atas segala hulubalang. <br>
<br>
Maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam, bersama-sama Seri Bija Diraja dan segala hulubalang banyak; maka Siam pun Hampirlah ke Batu Pahat. <br>
<br>
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Omar namanya, terlalu berani; kelakuannya gila-gila bahasa. Maka Tun Omar disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja Sulu. Maka Tun Omar pun pergilah dengan seorang dirinya; perahunya olang-oleng. Setelah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggamya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu terus perahunya ke sebelah. Maka ia berbalik pula, dilanggamya yang lain pula, dua tiga buah alah perahu Siam itu; maka Tun Omar pun kembalilah. Maka orang Siam pun terlalu hairan melihat kelakuan Tun Omar itu. <br>
<br>
Setelah hari malam maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja, segala pohon bakau, dan nyireh, dan tumu, api-api itu sekaliannya, disuruhnya tambati putung api; gemerlapan rupanya dipandang orang. Setelah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya itu, maka kata hulubalang Siam, "Terlalu amat banyak Melayu itu tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa jadinya kita? Sedang akan sebuah perahunya tadi lagi, tiada terlawan oleh kita." Maka kata Awi Dicu, "Benar seperti kata kamu itu, marilah kita kembali." Maka segala perahu Siam pun kembalilah. Adapun perigi Batu Pahat itu, orang Siamlah memahat dia. Maka diperikut oleh Bendahara Paduka Raja had Singapura. Maka banyak perahu Siam dilanggar oleh kelengkapan Bendahara Paduka Raja; maka orang Siam pun belayar larilah pulang ke benua Siam. Maka Bendahara Paduka Raja pun kembalilah ke Melaka, mengadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal itu semuanya dipersembahkan ke bawah duli baginda. Maka baginda pun terlalu sukacita; baginda memberi anugerah persalinakan Bendahara Paduka Raja pakaian yang mulia-mulia, danakan segala hulubalang yang pergi itu semuanya dianugerahi persalin masing-masing pada kadarnya. <br>
<br>
Adapun segala Siam yang pulang itu sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk mengadap Paduka Bubunnya. Maka segala perihalnya semua dipersembahkannya kepada Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka baginda Sendiri hendak berangkat menyerang Melaka. Maka ada seorang anak Bubunnya lelaki, bernama Cau Panden; maka ia bereakap ke bawah duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya: "Duli Pra Cau, lengkapi patik; patiklah mengalahkan Melaka itu." Maka Paduka Bubunnya pun terlalu sukacita mendengar sembah anaknya Cau Panden itu. Maka baginda menyuruh berlengkap kepada Pra Kelung delapan ratus sum sahaja; lain perahu kecil-kecil, tiada terbilang lagi, menantikan musim juga. <br>
<br>
Maka kedengaranlah ke Melaka bahawa Cau Panden, anak Bubunnya, akan dititahkan baginda itu menyerang Melaka. Ada seorang Hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab; namanya Saidi Arab disebut orang. Maka tuan itu Sentiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berdikir itu. Barang ke mana tuan itu pergi panah itu dibawanya. Tatkala orang membawa khabar itu, maka tuan itu ada mengadap Sultan Muzaffar Syah. Setelah ia mendengar khabar Cau Panden akan datang itu, maka Tuan Saidi Arab itu berdiri di hadapan Sultan Muzaffar Syah. Maka panahnya itu dihalakannya ke benua Siam; maka katanya serta menarik panahnya itu: "Mati Cau Panden." Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda, "Jikalau sungguh mati Cau Panden, sungguhlah tuan keramat ." <br>
<br>
Adapun Cau Panden lagi di benua Siam, maka berasa pada dada Cau Panden seperti rasa kena panah; maka Cau Panden pun sakit muntahkan darah, lalu mati. Maka tiadalah Siam jadi menyerang Melaka, sebab Cau Panden mati. Itulah dibuatkan orang nyanyi:
Cau Panden anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung air mata.
Maka kedengaranlah ke Melaka bahawa Cau Panden telah mati, sakit muntahkan darah, dadanya bagai rasa kena panah. Setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, hairanlah baginda; maka baginda bertitah: "Sungguhlah Tuan Saidi Arab ini Hamba Allah." Maka beberapa puji baginda akan Tuan Saidi Arab itu, maka ia pun dianugerahi baginda dengan sepertinya.
Hatta setelah empat puluh dua tahun umur Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda Raja Abdullah kerajaan, menggantikan ayahanda baginda. Gelar baginda di atas kerajaan Sultan Mansur Syah, adalah umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun, sudah beristeri akan anak Seri Nara Diraja yang bernama Tun Putih; ada beranak dengan gundik seorang, bernama Puteri Bakal. <br>
<br>
Adapun ini suatu riwayat diceriterakan oleh yang empunya ceritera: ada sebuah negeri, Indera Pura namanya; air sungainya tohor, lagi dengan rantau pasir sepanjangnya, dalam sungai itu terlalu banyak pulau, dalamnya aimya tawar sampai ke kuala. Musim utara gelora muaranya; kelian emas di hulunya, banyak padang luas-luas di sana. Isi hutannya gajah, badak, harimau, seladang dan sekalian perburuan. Adalah diceriterakan orang, daging seladang itu kurang sepemanggangan daripada daging gajah. Dahulukalanya Indera Pura itu takluk ke benua Siam, nama rajanya Maharaja Dewa Sura, keluarga juga pada Paduka Bubunnya. <br>
<br>
Setelah Sultan Mansur Syah mendengar khabar negeri itu, maka terlalu rasanya baginda ingin; maka baginda menitahkan Bendahara Paduka Raja menyerang Indera Pura, ia membawa kelengkapan dua ratus. Adalah dititahkan baginda yang pergi bersama-sama: pertama Tun Pikrama, dan Tun Wijaya Maha Menteri, dan Seri Bija Diraja, dan Seri Bija Pikrama, dan Tun Sura Diraja, dan Tun Amar Diraja, dan Tun Bija Diraja, dan Seri Bija Pikrama, dan Tun Bija Setia, dan Sang Bija Rana, dan Tun Rakna, dan Seri Setia, dan Sang Naya, dan Sang Guna, dan Sang Jaya Pikrama, dan Sang Aria, dan Sang Rakna Sura, dan Sang Sura Pahlawan, dan Tun Bija Pikrama, Sekalian hulubalang itu pergi mengiringkan Bendahara Paduka Raja; maka Bendahara dengan segala hulubalang itu menjunjung duli Sultan Mansur Syah, lalu turun pergi. <br>
<br>
Beberapa lamanya dijalan maka sampailah ke negeri Indera Pura, maka orang Melaka pun berperanglah dengan orang Indera Pura, terlalu ramai. Maka dengan takdir Allah Taala, Tuhan yang maha kuasa melakukan kudrat-Nya atas HambaNya, maka dengan mudahnya juga Indera Pura pun alahlah. Maka orang Indera Pura pun larilah, ada yang seTerigah tertawan, Maka Maharaja Dewa Sura pun berlepas lari ke hulu, dan anaknya perempuan seorang tinggal, Puteri Onang Sari namanya; baik rupanya, dapat oleh Bendahara dibawanya turun ke perahunya, dipeliharakannya dengan sepertinya. <br>
<br>
Maka Bendahara Paduka Raja menyuruhkan Tun Pikrama dengan segala hulubalang sekalian pergi mencari Maharaja Dewa Sura ikut ke hulu. Maka sekalian hulubalang itu pun pergi berdahulu-dahuluan, hendak berolehjasa pada Bendahara Paduka Raja. Adapun akan Seri Bija Diraja pergi mengikut Maharaja Sura itu seraya berburu kerbau jalang dan menikam seladang, dan memikat berkik; dan di mana pasir yang baik di sana ia singgah bermain. Maka kata anak buahnya, "Bagaimana tunku, ini bukan pekerjaan kita disuruh Datuk Bendahara bermain; disuruhkan mengikut Maharaja Sura. Orang lain sungguh-sungguh ia mengikut; kita raga-raga dengan bermain. Jika orang kelak bertemu dengan dia, oranglah yang beroleh jasa; kita satu pun tiada perolehan. " <br>
<br>
Maka kata Seri Bija Diraja, "Di mana kamu semua orang muda-muda tahu, kerana Maharaja Sura itu kukirakan namanya di bawah namaku, harinya di bawah hariku, ketikanya di bawah ketikaku; di mana ia akan Iepas daripada tanganku?"
Adapun Maharaja Dewa Sura Ian itu berperahu digalahkan orang-orangnya, hingga ke kaki jeram. "Pada hatiku," katanya, "jauhIah sudah aku; tiada akan sampai lagi orang Melaka mengikut ke mari." Maka kata Maharaja Dewa Sura pada orang yang bergalah itu, "Kwai! Kwai!" Ertinya perlahanlahan. Maka datang sekarang disebut orang jeram itu "Jeram Kwai". <br>
<br>
Maka segala orang Melaka pun datang, maka Maharaja Dewa Sura pun terjun ke darat, tiada sempat berperahu lagi; berjalan mengilir, tiga hari tiga malam dalam hutan, tiada makan dan tiada minum air. Maka baginda terus pada sebuah rumah seorang perempuan tua. Maka Maharaja Dewa Sura menyuruh minta nasi pada perempuan itu; maka kata perempuan tua itu, "Tuanku, di manakah Hambamu beroleh nasi, kerana Hambamu orang miskin, nantilah Hambamu randaukan dahulu dengan daun-daun kayu sayur-mayur, Iagi menangkap anak-anak ikan." Maka diambilnya periuk dijerangnya di dapur, lalu ia turun ke pantai membawa tangguk. <br>
Adapun segala hulubalang yang ikut itu berdahulu-dahuluan menurut Maharaja Dewa Sura, semuanya terlalu ke hulu; akan Seri Bija Diraja mudik perlahan-lahan, maka ia bertemu dengan perempuan tua itu, Terigah menangkap anak ikan. Maka disuruhnya tangkap; maka dapat, dipisitnya - "Di mana Maharaja Dewa Sura? Jikalau tidak kamu katakan, sekarang aku suruh apit." Maka kata si tua itu, "Jangan Hamba diapit, akan Maharaja Dewa Sura duduk di rumah Hambamu." Maka oleh Seri Bija Diraja disuruhnya segala orangnya naik mengepung Maharaja Dewa Sura; maka Maharaja Dewa Sura pun ditangkap oranglah. <br>
<br>
Adapun rumah perempuan tua itu dekat sebuah anak sungai kecil, ada sepohon kayu mahang, maka dinamai anak sungai itu Pahang, sungai Batang Pahang. Maka disebut oranglah negeri Indera Pura itu negeri Pahang. <br>
<br>
Maka Maharaja Dewa Sura pun dibawa oranglah pada Seri Bija Diraja, maka lalu dibawanya hilir, dipersembahkannya kepada Bendahara Paduka Raja. Adapun Maharaja Dewa Sura ditangkap oleh Seri Bija Diraja tiada dipasungnya, dan tiada diikatnya, ditaruhnya seperti adat raja juga. Setelah datang kepada Bendahara Paduka Raja demikian juga, ditaruhnya seperti adat raja juga. Maka gajah kenaikan Maharaja Dewa Sura yang bernama Kurancak itu disuruh bawa oleh Bendahara ke Melaka dahulu. <br>
<br>
Setelah berkampunglah segala hulubalang dan orang Melaka sekalian, maka Bendahara Paduka Raja pun kembalilah ke Melaka. Berapa lama di jalan maka sampai ke Melaka, lalu naik mengadap Sultan Mansur Syah, membawa Maharaja Dewa Sura dan Puteri Onang Sari, dipersembahkan kepada baginda; maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita. Maka Bendahara Paduka Raja pun dianugerahi baginda persalin dengan segala hulubalang yang pergi itu dengan sepertinya. <br>
<br>
Maka Seri Bija Diraja dititahkan baginda diam di Pahang, dianugerahi gendang nobat dengan selengkapnya, melainkan nagara juga yang tiada, dan dianugerahi payung iram-iram berapit oleh jasanya menangkap Maharaja Dewa Sura itu. Syahadan apabila Seri Bija Diraja keluar dari Melaka, lepas Pulau Melaka juga nobatlah ia. Maka Seri Bija Diraja pun duduklah di Pahang. Sementara belum diberi raja, Seri Bija Dirajalah memerintahkan Pahang; setahun sekali ia mengadap ke Melaka, persembahkan ufti Pahang. Kepada zaman itu ufti Pahang setahun tujuh kati, lain hasil bandar dan anak sungai. <br>
<br>
Adapun akan Maharaja Dewa Sura itu diserahkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Bendahara Paduka Raja juga. Maka oleh Bendahara tiada dipasungnya, sangat dipeliharanya. Setelah berapa lamanya, maka oleh Bendahara diserahkannya kepada Seri Nara Diraja. Maka oleh Seri Nara Diraja akan Maharaja Dewa Sura dipenjarakannya di hujung balai, tempatnya duduk diadap orang banyak; tetapi sungguhpun dipenjarakannya, seperti adat kerajaan Maharaja Dewa Sura itu tiada diubahnya; diberinya bertilam dan bantal besar. Jikalau makan disuruhnya hadap dan disampaikan tetarupan. <br>
<br>
Ada pada suatu hari Seri Nara Diraja duduk diadap orang banyak maka kata Maharaja Dewa Sura, "Tatkala Hamba di negeri Hamba ditangkap oleh Seri Bija Diraja, kepada perasaan Hamba seperti dalam kerajaan Hamba juga; setelah Hamba datang kepada Bendahara Paduka Raja, .itu pun demikian juga; lebih pula peliharanya daripada Seri Bija Diraja. Setelah datang kepada Keling tua ini baharulah Hamba merasai penjara." <br>
<br>
Maka kata Seri Nara Diraja, "Hei Maharaja Dewa Sura, bagaimana tiada demikian? Akan Seri Bija Diraja hulubalang gagah. Negeri tuan Hamba lagi dapat dialahkannya; ini pula tuan Hamba seorang, apa bahayanya kepadanya? Akan Bendahara Paduka Raja Orang Besar, segala orang dalam negeri ini semuanya orangnya belaka. Jika tuan Hamba terjun lari, di mana akan lepas daripadanya; akan Hamba seorang fakir, jika tuan Hamba lari, siapa akan Hamba suruh menangkap tuan Hamba. Jika tuan Hamba lepas, duli Yang Dipertuan murka akan Hamba, orang sekalian pun mentaksirkan Hamba." Maka kata Maharaja Dewa Sura, "Benarlah kata tuan Hamba; tuan Hambalah yang sempuma Hamba ke bawah duli Yang Maha Mulia. " <br>
<br>
Sebermula akan Puteri Onang Sari" pun diperisteri oleh Sultan Mansur Syah, beranak dua orang lelaki, seorang bernama Raja Muhammad dan seorang bernama Raja Ahmad. Maka Sultan Mansur Syah terlalu kasih akan anakanda baginda Raja Muhammad itu; titah baginda ialah akan kerajaan di Melaka ini. <br>
Sebermula adalah pada suatu hari, Sultan Mansur Syah fikir hendak mengutus ke Mengkasar, maka memanggil Bendahara Paduka Raja. Setelah Bendahara Paduka Raja datang mengadap, maka titah baginda, "Hamba hendak mengutus ke Mengkasar. Bagaimana kepada Bendahara, baiknya atau jahatnya?" Maka sembah Bendahara, "Sebaik-baik pekerjaan tuanku, berbanyak-banyak sahabat daripada seteru." <br>
<br>
Maka titah baginda, "Karanglah surat Hamba kepada raja Mengkasar." Maka Bendahara pun bermohonlah kepada baginda, lalu kembali mengarang surat Sultan Mansur Syah kepada raja Mengkasar. Setelah sudah, lalu dipersembahkan Bendahara; maka disuruh baginda baca. <br>
<br>
Setelah didengar Sultan Mansur Syah bunyi surat itu, terlalulah baginda berkenan. Adalah yang disuruhkan pergi utusan itu, Seri Bija Pikrama dengan Tun Sura Diraja. Maka keduanya pun menjunjung duli; surat pun diarak oranglah dengan gendang serunainya, nafiri, dan payung putih satu dan payung kuning satu. Maka sampailah kejambatan, maka kedua utusan itu pun tumnlah ke perahunya menyambut surat itu, dan yang menghantar surat itu pegawai empat orang. Setelah surat sudah turun maka sekalian yang menghantar itu pun kembalilah, maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun belayarlah. <br>
<br>
Hatta berapa lamanya di jalan maka sampailah ke Mengkasar, pelabuhannya. Maka dipersembahkan oranglah kepada raja Goa, mengatakan utusan dari Melaka datang. Maka raja Goa pun keluarlah dihadap oleh keraeng-keraeng dan hulubalang dengan segala juak-juaknya, penuh dari balai datang ke tanah, orang yang mengadap. Maka surat pun disuruhnya sambut dengan sepertinya, betapa adat menyambut surat raja-raja yang besar-besar itu, demikianlah dibuatnya dengan hormat mulianya; delapan orang hulubalangnya, diarak dengan bunyi-bunyian, Setelah datang, disambut oleh penghulu bentaranya, dipersembahkannya kepada raja di Goa. Maka disuruhnya baca, setelah sudah dibaca, maka raja di Goa pun terlalu sukacita mendengar bunyi surat raja Melaka mengatakan daripada jalan muafakat itu. Setelah itu Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun naiklah menyembah raja di Goa, lalu duduk bersama-sama dengan hulubalangnya. Maka segala bingkisan pun dibawa oranglah masuk. <br>
<br>
Maka titah raja di Goa, "Hei Orang Kaya, apa khabar saudaraku di Melaka, tiada ia sakit-sakit? Dan apa kehendaknya menyuruhkan Orang Kaya kedua ini, apa hendak dicari?" <br>
<br>
Maka sahut Seri Bija Pikrama, "Khabar baik keraeng. Tidak apa kehendak paduka adinda menyuruh mengadap tuanku, sekadar hendak muafakat juga, keraeng." Maka raja di Goa pun terlalu suka, seraya katanya, "Aku pun demikian lagi Orang Kaya, hendak muafakat dengan saudaraku raja Melaka." <br>
<br>
Maka sirih berkelurupang berceper pun datanglah, diberikan kepada Seri Pikrama dan Tun Sura Diraja. Maka kedua tempat sirih itu diberikannya kepada budak-budaknya, Seketika duduk, maka raja di Goa pun masuk; maka segala yang mengadap itu masing-masing kembalilah, maka Seri Bija Pikrama, dan Tun Sura Diraja pun turunlah ke perahu. Maka raja Mengkasar pun menyuruh menghantar pada kedua utusan itu, daripada sirih-pinang dan buah-buah serta dengan juadahnya.<br>
<br>
Adapun akan Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja, beberapa kali diperjamu oleh raja di Goa, Sentiasa ia mengadap dan berkata-kata dengan baginda. <br>
<br>
Hatta angin musim pun telah bertiuplah; pada suatu hari datanglah Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja mengadap raja di Goa hendak bermohon kembali. Maka sembahnya, "Keraeng, patik hendak bermohon, kerana musim sudah ada." <br>
<br>
Maka titah raja di Goa, "Baiklah Orang Kaya; apa yang kegemaran saudaraku raja Melaka, supaya aku carikan."<br>
<blank>
Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Tuanku, yang kegemaran paduka adinda itu, jikalau ada budak laki-laki yang baik rupanya dan sikap serta dengan beraninya, itulah yang kegemaran paduka adinda." <br>
<br>
Maka titah raja di Goa, "Budak-budak bagaimana itu? Anak orang baikkah? Atau sebarang orangkah?" <br>
<br>
Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Jikalau boleh, anak orang baiklah, keraeng." <br>
<br>
Setelah baginda mendengar kata Seri Bija Pikrama itu, maka titah raja di Goa kepada juak-juaknya, "Pergi engkau semua carikanaku, anak daeng baik, anak hulubalang baik; barang yang baik rupanya dan sikapnya engkau ambil." <br>
<br>
Maka segala juak-juaknya pun pergilah mencari anak orang, daripada segala kampung dan dusun dicarinyatiada dapat olehnya. Maka didengamya ada anak raja Bajung yang terlalu baik rupanya dan sikapnya, bapanya sudah mati. Maka segala juak-juak itu pun pergilah ke Bajung. Setelah sampai, dilihatnya sungguh seperti khabar orang itu, lalu diambilnya, dibawanya kembali mengadap raja di Goa dipersembahkannya. <br>
<br>
Maka oleh raja di Goa, ditunjukkannya pada utusan itu. Maka titah baginda, "Budak ini berkenankah saudaraku di Melaka, orang kaya?" <br>
<br>
Maka dipandang oleh utusan kedua itu, terlalulah ia berkenan dengan gemamya. Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Demikianlah tuanku, yang dikehendaki paduka adinda." <br>
<br>
Maka titah baginda, ''Jika demikian budak inilah Orang Kaya, aku kirimkan kepada saudaraku raja Melaka, ia ini anak raja Bajung, daripada tanda muafakat, serta dengan kasihku akan saudaraku raja Melaka, maka aku berikan." <br>
<br>
Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Sebenarnyalah titah tuanku itu; yang titah paduka adinda pun demikian juga, tuanku. "<br>
<br>
Adapun anak raja Bajung itu Daeng Merupawah namanya; umumya baru dua belas tahun. Diceriterakan orang yang empunya ceritera, sudah dua ia membunuh, mengembari orang mengamuk di negeri. <br>
<br>
Setelah keesokan hari, maka utusan kedua itu pun naiklah mengadap raja Mengkasar, didapatinya raja di Goa telah pepak diadap orang. Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun duduk menyembah. Maka oleh raja di Goa utusan kedua itu dipersalini dengan sepertinya. Maka keduanya menyembah. Maka titah raja di Goa, "Katakan kepada saudaraku, Orang Kaya, akan Daeng Merupawah ini petaruhku Orang Kaya kedua kepada saudaraku, raja Melaka. PerHamba ia baik-baik, dan kalau ada sesuatu yang dikehendaki oleh saudaraku, raja Melaka, dalam Mengkasar ini mcnyuruh ia kepada aku." Maka sembah utusan kedua itu, "Baiklah tuanku." <br>
<br>
Setelah itu maka kedua utusan itu pun bermohonlah, lalu turun. Maka surat dan bingkisan pun diarak oranglah dengan selengkap alatnya, dengan segala bunyi-bunyian. Setelah datang ke perahu maka surat serta bingkisan itu disambut oranglah, disirupan. Maka segala yang menghantar itu pun kembalilah; maka Daeng Merupawah serta dengan Seri Bija Pikrama, maka kedua buahnya itupun belayarlah kembali.?* <br>
<br>
Hatta berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke Melaka. Maka dipersembahkan orang kepada Sultan Mansur Syah, mengatakan Seri Bija Pikrama telah datang. Maka baginda pun keluarlah, semayam diadap segala Orang Besar-besar dan hulubalang sida-sida, bentara, biduanda, Hamba raja sekalian. Maka surat itu disuruh baginda sam but dengan istiadatnya. Maka Sed Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun bersamasama baginda, serta membawa Daeng Merupawah. <br>
<br>
Setelah sampai ke balai, maka surat disambut bentara dipersembahkan ke bawah duli baginda; maka disuruh baca kepada khatib. Setelah sudah dibaca, maka Sultan Mansur Syah pun terlalu sukacita mendengar bunyi surat raja Mengkasar itu. Maka Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja pun naik menjunjung duli, lalu duduk mengadap kepada tempatnya sedia itu; maka Daeng Merupawah pun dipersembahkan ke bawah duli dengan segala pesan raja Mengkasar itu semuanya dipindahkannya. <br>
<br>
Maka Sultan Mansur Syah pun terlalu suka, serta berkenan baginda memandang rupa dan sikapnya Daeng Merupawah itu. Maka titah baginda, "Bagaimana maka raja Mengkasar berkirimkan anak raja Bajung ini? Dilanggarkah raja Bajung maka anaknya tertawan ini?" <br>
<br>
Maka sembah Seri Bija Pikrama, "Tiada tuanku, raja Mengkasar bertanya kepada patik akan kegemaran duli tuanku maka patik katakan gemar akan budak yang baik rupa." Mala semuanya perihal ehwalnya habis dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mansur Syah. Maka baginda pun suka, serta Seri Bija Pikrama dipuji baginda. Maka Daeng Merupawah itu dinamai baginda Hang Tuah, itulah asal Hang Tuah; maka dipeliharakan oleh baginda dengan sepertinya, terlalu kasih baginda akan Hang Tuah, maka dianugerahi akan dia sebilah keris terupa Melaka dengan selengkap perhiasannya. <br>
<br>
Adapun Hang Tuah selama ia di Melaka, tiada lain kerjanya, hanya berguru akan ilmu hulubalang. Barang siapa yang lebih tahunya dimasukinya; adalah kepada zaman itu tiadalah dua orang-orang muda sebagainya. <br>
<br>
Adapun "Perhangan" ke bawah duli Sultan Mansur Syah yang setelah sudah pilihan delapan orang, iaitu Hang Jebat, dan Hang Kasturi, dan Hang Lekir, dan Hang Lekiu, dan Hang Ali dan Hang Iskandar, dan Hang Hassan, dan Hang Hussin; dan tua-tuanya Tun Bija Sura, menjadi sembilan dengan Hang Tuah. Sekaliannya berkasih-kasihan, muafakat, sama berilmu, tetapi kepada barang main tewas semuanya oleh Hang Tuah. Demikianlah diceriterakan oleh yang empunya ceritera.
<blank>
Pada suatu hari, gajah Maharaja Dewa Sura yang bernama Kurancak itu dibawa oleh gembalanya mandi, lalu dari hadapan penjara Maharaja Dewa Sura, maka dipanggil oleh Maharaja Dewa Sura, maka gajah itu datang; ditatapnya, diA-128 lihatnya kukunya kurang satu. Maka kata Maharaja Dewa Sura, "Selamanya tiada aku periksai akan gajahku ini harusiah maka negeri aku alah, inilah sebabnya." <br>
<br>
Bermuia maka gajah kenaikan Sultan Mansur Syah yang bernama Kemanci itu pun lepas ke hutan, maka beberapa disuruh cari oleh Seri Rama, kerana ia panglima gajah, tiada bertemu; dan jika orang yang bertemu dengan gajah itu pun, jika dalam paya yang dalam, atau duri yang semak, tiadalah dapat terambil oleh orang. Maka kata Seri Rama, "Ada juga orang yang tahu dalam negeri ini maka demikian halnya."
Maka segala hal itu dipersembahkannya kepada Sultan Mansur Syah, bahawa Maharaja Dewa Sura terlalu tahu kepada gajah; maka baginda menyuruh kepada Maharaja Dewa Sura, baginda minta ambilkan gajah kenaikan itu. Maka kata Maharaja Dewa Sura kepada orang yang membawa titah, "Persembahkan ke bawah duli Yang Dipertuan jikalau patik itu dilepaskan, dapat patik itu mengembalikan gajah itu." <br>
<br>
Maka orang yang dititahkan itu pun datanglah mengadap baginda, persembahkan segala kata Maharaja Dewa Sura itu ke bawah duli; maka oleh Sultan Mansur Syah akan Maharaja Dewa Sura disuruh baginda lepaskan. Maka gajah itu pun dapatlah diambil oleh orang. Maka oleh Sultan Mansur Syah akan Maharaja Dewa Sura dianugerahi baginda persalin dengan sepertinya, serta dititahkan baginda segala Anak Tuan-tuan berguru kepada Maharaja Dewa Sura itu akan ilmu gajah, kerana adat Sultan Mansur Syah apabila orang tahu pada ilmu gajah atau kuda, atau tahu bermain pelbagai Senjata, istimewa tahu akan ilmu hulubalang, maka segala Anak Tuan-tuan sekalian disuruh baginda belajar atau mencari, akan belanjanya baginda menganugerahi mereka itu. <br>
<br>
Sebermula akan Seri Rama itu panglima segala gajah, ialah asal cateria, duduknya dikelek-kelekan kanan, sirihnya bertetarupan. Apabila Seri Rama datang mengadap Sultan Mansur Syah, maka titah baginda, "Bawa persantapan Orang Kaya Seri Rama." Maka dibawa orang arak pada batil tembaga suasa, disampaikan tetarupan, diberikan kepada Seri Rama, kerana ia peminum, maka diminumnyalah, demikianlah adatnya. <br>
<br>
Bermula akan Seri Nara Diraja pun beranak dengan Tun Kudu tiga orang, yang tua lelaki bernama Tun Tahir, yang tengah perempuan bernama Tun sengaja, yang bongsu lelaki bernama Tun Mutahir, terlalu baik rupanya.<br>
<br>
Hatta maka Tun Kudu pun kembali ke rahmat Allah, tinggal anaknya ketika itu lagi keciI. Maka Seri Nara Diraja beristeri pula, beranak dua orang, lelaki seorang, perempuan seorang; lelaki ini bernama Tun Bongsu, dan yang perempuan bernama Tun Sadah.<br>
<br>
Adapun selama Sultan Mansur Syah di atas kerajaan itu, tiada Siam datang ke Melaka, dan orang Melaka tiada ke Siam. Maka fikir Sultan Mansur Syah, "Apa sudahnya kita beralangan dengan Siam ini?" Setelah demikian fikir baginda, maka Sultan Mansur Syah pun menyuruh memanggil Bendahara Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dan segala menteri dan Orang Kaya-kaya cateria, sida-sida, bentara, hulubalang sekalian; maka semuanya masuk duduk di balai. <br>
<br>
Maka Sultan Mansur Syah pun keluarlah, maka segala yang duduk di balai itu semuanya turun, berdiri di tanah, rata menyembah baginda; maka baginda pun semayamlah di atas singgahsana kerajaan peterana emas bepermata. Maka bentara menyuruhkan segala Orang Besar-besar dan hulubalang sekalian naik mengadap, Maka Bendahara Paduka Raja dengan sekalian menteri, hulubalang cateria, sida-sida, bentara semuanya naik, duduk masing-masing pada temp at tarafnya menyembah baginda, dan segala bentara berdiri di ketapakan memikul pedang berikat ghuri. Maka segala nakhoda yang mulia-mulia dansegala Hamba raja yang tua-tua, duduk di balai kecil; maka tombak kerajaan dua batang berdiri di selasar balai, disampaikan tetarupan; maka Sultan Mansur Syah memandang ke kanan, bertarap sujud yang di kanan; baginda memandang pula ke kiri, berderam khidmat yang di kiri; maka baginda memandang ke hadapan, bersaf-saf menyembah dari hadapan.
Setelah itu maka titah Sultan Mansur Syah kepada Bendahara Paduka Raja dan segala menteri hulubalang, "Apa bicara tuan Hamba sekalian, baiklah kita menyuruh ke benua Siam; apa sudahnya kita beralangan selama ini, kita berkelahi dengan dia pun tiada, dan berdamai pun tiada; orang Siam tiada datang ke Melaka, dan orang Melaka pun tiada pergi ke Siam." Maka sembah segala menteri dan Orang Besar-besar, "Benar titah duli Yang Maha Mulia itu, kerana daripada banyak seteru sebaik-baiknya berbanyak sahabat." <br>
<br>
Maka titah Sultan Mansur Syah, "Jika demikian Bendahara, siapa baik kita suruh utusan ke benua Siam?" Maka sembah Bendahara Paduka Raja, "Tun Telanailah baik dititahkan, dan Menteri Jana Putera akan pengapitnya." Maka titah baginda kepada Tun Telanai, "Berlengkaplah Tun Telanai segera." Maka sembah Tun Telanai, "Baiklah tuanku." <br>
<br>
Adapun akan Tun Telanai itu anak Bendahara Paduka Raja, pegangannya Rupat dengan Suir. Maka Tun Telanai pun bermohonlah ke bawah duli Sultan Mansur Syah pergi berlengkap; pada ketika itu kelengkapan Suir dua puluh lancaran bertiang tiga. Setelah sudah lengkap, pungutan Rupat tinggal lagi di Tanjung J ati. Maka Tun Telanai pun datanglah ke Melaka; masa itulah Tun Telanai dibuatkan orang nyanyi: <br>
Lalai-Ialai mana bubutan? <br>
Bubutan lagi di kelati; <br>
Kakak Tun Telanai, di mana pungutan? <br>
Pungutan lagi di Tanjung jati, <br>
<br>
Maka titah Sultan Mansur Syah kepada Bendahara Paduka Raja, "Hendaklah tuan Hamba karang surat kita ke benua Siam. Kehendak kita, surat itu sembah jangan, salam pun jangan, kasih sayang pun jangan." <br>
<br>
Setelah Bendahara Paduka Raja mendengar titah baginda itu, maka kata Bendahara pada segala pegawai, "Hendaklah tuan-tuan sekalian karang sur at yang seperti titah itu. Maka seorang pun tiada bercakap; maka ratalah orang ditanya oleh Bendahara Paduka Raja, datang kepada orang pembawa tepak dan pembawa kendi, habis ditanya Bendahara Paduka Raja, seorang pun tiada tahu; maka Bendaharalah mengarang dia, demikian bunyinya: <br>
<br>
"Hendak tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; sungguhpun dilawani, terlalu takut akan Paduka Bubunnya. Daripada sangat harap akan ampun dan kumia, maka menyuruhkan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera." Kemudian maka kata-kata yang lain pula. Maka Sultan Mansur Syah pun berkenanlah mendengar bunyi surat itu. <br>
<br>
Setelah sudah surat itu, maka diaraklah di atas gajah dikepilkan di balairung; yang membawa surat itu, anak cateria; yang mengepalakan gajah, bentara; yang menghantar surat itu, menteri. Maka diarak oranglah berpayung putih, dengan gendang serunai, nafiri, nagara; medeli juga tiada. Maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun menjunjung duli; keduanya dipersalini baginda. Setelah itu maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun belayarlah. <br>
<br>
Hatta berapa lamanya di jalan, maka sampailah ke benua Siam. Maka diwartakan oranglah kepada Paduka Bubunnya, "Ada utusan dari Melaka datang," Maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu pada Pra Kelung. Disuruhnya arak dengan sepertinya. Setelah datang ke balairung maka surat itu dibaca oleh jurubahasa. Setelah diketahui ertinya, maka terlalu sukanya mendengar bunyi .surat itu. Maka titah baginda Paduka Bubunnya kepada Tun Telanai, "Siapa mengarang surat ini?" Maka sembah Tun Telanai, "Mangkubumi raja Melaka, tuanku." Maka titah Paduka Bubunnya, "Bukan layak Mangkubumi Melaka, layaknya Mangkubumi aku; dan siapa nama raja Melaka?" Maka sembah Tun Telanai, "Sultan Mansur Syah." Maka titah Paduka Bubunnya, "Apa erti Mansur Syah?" Tun Telanai diam. Maka sembah Menteri Jana Putera, "Erti Mansur Syah, raja yang dimenang akan Allah Taala daripada segala seterunya."
Maka titah raja Siam, "Apa sebab Melaka diserang Siam, tiada alah?" Maka Tun Telanai pun menyuruh memanggil orang Suir, seorang tua, lagi untut kedua kakinya. Maka di suruh oleh Tun Telanai bennain lembing di hadapan Paduka Bubunnya. Maka orang tua itu dilambung-lambungnya lembing itu, maka ditahankannya belakangnya; maka lembing itu jatuh ke atas belakangnya, mengantul jatuh ke tanah, sedikit pun tiada garis belakangnya. <br>
<br>
Maka sembah Tun Telanai, "Inilah sebabnya maka Melaka diserang tiada alah, kerana semuanya orang Melaka demikian belaka." Maka pada hati Paduka Bubunnya, "Sungguh juga; sedang orang tua untut amat jahat lagi demikian." Setelah itu maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun turunlah ke perahu.
Selang berapa hari, maka Paduka Bubunnya pun pergi menyerang sebuah negeri, Hampir negeri Siam juga. Maka Tun Telanai dan Tun Jana Putera pun pergi dengan segala orangnya, maka oleh raja Siam segala orang Melaka diberinya ketumbukan pada tempat yang keras, kotanya teguh, dan Senjatanya pun banyak; tetapi tempat itu mengadap ke matahari mati.
Maka Tun Telanai pun mesyuarat dengan Menteri Jana Putera; maka kata Tun Telanai, "Apa bicara kita disuruhnya melanggar pada tempat yang keras, orang kita hanya sedikit. " Maka sahut Menteri Jana Putera, "Marilah kita mengadap Paduka Bubunnya, bicara itu betalah berdatang sembah pada Paduka Bubunnya." Maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun pergilah mengadap Paduka Bubunnya. Maka sembah Menteri Jana Putera, "Tuanku, akan adat kami, segala Islam, apabila sembahyang, mengadap ke matahari mati; jikalau ada kumia duli Pra Cau, biarlah patik-patik kepada ketumbukan yang lain. Perang mengadap ke matahari mati pemali. "
Maka titah Paduka Bubunnya, "Jika kamu tidak boleh perang mengadap matahari mati, ke matahari hiduplah pindah."
Adapun tempat itu adalah nipis sedikit, lagi kurang alatnya; maka dilanggarlah oleh orang Melaka. Dengan takdir Allah Taala, negeri itupun alahlah; orang Melakalah yang pertama menempuh dahulu. Setelah negeri itu sudah alah, maka Paduka Bubunnya pun memberi anugerah akan Tun Telanai dan Menteri Jana Putera dengan segala orang Melaka. Maka Tun Telanai dianugerahi oleh Paduka Bubunnya seorang pu teri, Onang Minaling Lang namanya; maka diperisteri oleh Tun Telanai, itulah beranakkan Tun Ali Haru; maka Tun Ali Haru beranakkan Laksamana Datuk Panjang; akan Laksamana beranakkan Tun .Cendera Panjang, dan Tun Cendera Panjang berlakikan Tun Perak, beranakkan Tun Kiayi, yang Lergelar Seri Akar Raja, yang mati di Aceh.
Bermula maka Tun Telanai pun bermohonlah kepada Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun membalas surat dan memberi kiriman diarak ke perahu, maka utusan kedua pun belayarlah kembali. Berapa lama di jalan, maka sampailah ke Melaka. Maka oleh Sultan Mansur Syah, surat itu diarak bergajah seperti adat pergi itu juga. Setelah datang ke dalam maka gajah ditolakkan di balairung; maka disambut oleh Bentara diberikan pada khatib, disuruh baca serta bertetarupan, demikian bunyinya: "Surat daripada Pra Cau Wadi datang kepada Awi Melaka;" sudah itu maka kata-kata lain. <br>
<br>
Setelah Sultan Mansur Syah mendengar bunyi sur at itu terlalulah sukacita baginda, maka baginda pun memberi nugerahi persalin kepada Tun Telanai dan akan Menteri Jana Putera dan segala utusan Siam. Setelah datang musim yang baik, maka utusan yang menghantar itu pun bermohonlah. Maka Sultan Mansur Syah memberi persalin serta membalas surat kiriman akan raja Siam; maka utusan Siam pun kembalilah mengadap Pra Cau, wallahu a'lamu bis-sawab wa ilaihil-marji'u uial-ma'ab.