KANDUNGAN SEGMEN LENSA
KANDUNGAN SEGMEN LENSA
KLANG - Pada hari Khamis bersamaan dengan 28 September, Majlis Penyerahan Anak Angkat ALKIS tahun 2023 telah dijalankan di Dewan Ulul Albab, Kolej Islam Sultan Alam Shah. Beberapa murid KISAS telah terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan ditapis melalui sesi temuduga yang dijalankan sendiri oleh panel ALKIS pada 17 Jun 2023 yang lalu.
Oleh : Siti Ayeesha
KLANG - Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia diwajibkan untuk melaksanakan Program Gotong-royong MADANI. Sehubungan dengan itu, Kolej Islam Sultan Alam Shah telah menyahut panggilan ini dan telah mengadakan Program Gotong-royong MADANI peringkat sekolah pada 9 September 2023
Oleh : Siti Ayeesha
KLANG - Bulan Ogos simbolik sebagai bulan kemerdekaan buat negara Malaysia. Tarikh yang sangat bermakna iaitu 31 Ogos pada tahun 1957 telah menjadi hari berakhirnya pertumpahan darah dan belenggu pemerintahan penjajah di tanah air kita
Oleh : Nur Khadeeja Safia
KLANG - Pada hari Isnin bersamaan 26 Jun 2023, Kolej Islam Sultan Alam Shah telah kehilangan seorang ustazah yang amat berjasa menabur bakti mendidik anak bangsa. Nama diberi Zaidah Binti Kadir, merupakan seorang ustazah yang mengajarkan subjek Bahasa Arab.
Oleh : Wardatul Shifa
KLANG - Pada 17 Jun yang lalu telah diadakan Majlis Makan Beradab bagi rumah Omar dan Khalid. Kedua-dua Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah sebulat suara mengambil Batik Airlines sebagai tema mereka.
Oleh : Nur Izza Aliya
KLANG - “Back to 90’s”. Itulah tema muktamad untuk Majlis Makan Malam Beradab yang dipilih oleh Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah Ali dan Thariq selepas banyak cadangan tema yang diajukan.
Oleh : Afifa Shamsul
KLANG - Sabtu, 8 April 2023 bersamaan dengan 17 Ramadan 1444, merupakan hari yang sangat bermakna buat seluruh umat Islam di seluruh dunia, iaitu hari nuzul Al-Quran. Bersempena dengan hari yang bersejarah ini, Masjid Diraja Sultan Suleiman telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran dan Ceramah Perdana.
Oleh : Afifa Shamsul
KLANG - Pada 3 Februari 2023, Lembaga Ketua Murid (LKM) telah menganjurkan Majlis Pentauliahan Ketua Murid bagi sesi 2023/2024 selepas menjalani latihan selama lima bulan sebagai Pra Ketua Murid.
Oleh : Izzah Insyirah
KLANG - Bumi Waqafan telah kehilangan sebutir mutiara yang sangat berharga pada hari ini iaitu Puan Rashidahnor Binti Shamsuddin yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai penjawat awam bermula 1 Mac tahun ini.
Oleh : Afifa Shamsul
KLANG - Pada 9 Februari 2023, Unit Hal Ehwal Murid Kolej Islam Sultan Alam Shah telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras dan Perbincangan Berkaitan Hasil Gerak Kerja Kepimpinan Hal Ehwal Murid oleh Maahad Integrasi Tahfiz Sains Alam Impian (MITS Alam Impian).
Oleh : Izzah Insyirah
KLANG - Majlis ini telah diadakan bertempat di Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kota Raja Klang bermula seawal 6 petang hingga 10 malam.
Oleh : Yusri Aiman
SHAH ALAM - Pada hari Sabtu, 14 Januari 2023 yang lalu, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) telah mengadakan satu majlis iaitu Majlis Graduasi Tingkatan 5 2022 yang bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam.
Oleh : Muhammad Nur Iman
KLANG - Pada hari Jumaat, 13 Januari yang lalu, Badan Dakwah & Rohani (BADAR) Kolej Islam Sultan Alam Shah telah mengadakan Muktamar Sanawi bertempat di Dewan Al Muttaqin Al Muthaqqafin.
Oleh : Afifa Shamsul