LENSA
PROGRAM KAUNSELING TINGKATAN 4
LENSA
PROGRAM KAUNSELING TINGKATAN 4
KLANG: Pada 15 & 16 Februari yang lalu, Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) Kolej Islam Sultan Alam Shah telah mengadakan Program Pembimbing Rakan Sebaya bertempat di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).
Program ini diadakan untuk merapatkan ukhwah antara sesama pelajar dan juga guru. Program ini juga dapat mencungkil bakat terpendam para pelajar dengan melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
Cikgu Fairuz memberikan taklimat kepada para murid tingkatan 4
Pelbagai aktiviti yang menarik telah dianjurkan oleh pihak UBK sepanjang program berlangsung seperti lakonan tanpa suara, apungan belon, bola baling dan radio rosak.
Selain itu, terdapat juga sesi bersama guru kaunseling dan Pengetua Cemerlang KISAS. Para pelajar telah menjawab ujian inventori belajar dan juga membina arca sepanjang sesi bersama guru kaunseling.
Soalan Ujian Inventori Belajar yang dijawab semasa sesi taklimat
Hal ini dapat meningkatkan tahap intelektual diri murid dan juga prestasi diri murid dalam sudut akademik dan kokurikulum. Manakala, pelbagai nasihat dan motivasi telah diberikan sepanjang sesi bersama Pengetua Cemerlang KISAS.
Memetik slogan beliau, “bangga dengan sekolah tanpa melupakan sekolah lama”.
Pengetua berucap semasa majlis berlangsung
Para pelajar berasa sungguh gembira dan teruja sepanjang aktiviti berlangsung. Hal ini kerana mereka dapat melakukan aktiviti lasak.
Sungguhpun begitu program ini juga secara tidak langsung dapat menenangkan fikiran mereka. Tambahan pula keesokkan harinya mereka akan pulang ke kampung halaman masing-masing.
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang.
Anda suka artikel ini ?
Kongsikan kepada rakan anda!