LENSA
MAKAN BERADAB RUMAH OMAR DAN RUMAH KHALID
LENSA
MAKAN BERADAB RUMAH OMAR DAN RUMAH KHALID
KLANG: Majlis Makan Beradab merupakan tradisi yang sering dilakukan di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk melatih para murid tentang protokol dan etika yang perlu dilakukan oleh murid-murid sepanjang majlis berlangsung.
Pada 17 Jun yang lalu telah diadakan Majlis Makan Beradab bagi rumah Omar dan Khalid. Kedua-dua Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah sebulat suara mengambil Batik Airlines sebagai tema mereka.
Semua ahli rumah Khalid dan Omar membanting tulang dan sanggup mengorbankan masa tidur mereka bagi menjayakan majlis tersebut.
Majlis tersebut berlangsung pada pukul 8 malam dan semua murid tampak segak bergaya serta anggun jelita dengan berbusanakan batik.
Majlis dibuka dengan praktikal makan beradab yang ditunjukkan oleh Encik Faizal. Pelbagai ilmu yang dicurahkan oleh beliau tentang cara-cara makan beradab yang betul.
Pelajar puteri sedang menikmati hidangan yang disediakan
Seterusnya, majlis mempersilakan para pentadbir dan guru yang turut diiringi oleh Ketua Rumah Omar dan Khalid.
Bagi memberkati majlis, majlis bersambung lagi dengan bacaan doa pembuka. Seterusnya, alunan ayat suci al-quran yang dibaca oleh saudara Muhammad Darwisy Naufal.
Majlis turut disempurnakan dengan ucapan daripada Ketua Rumah Omar, saudara Muhammad Baihaqi. "Bersama-sama kita merapatkan ukhuwah pada malam ini" itulah sedikit harapan dan nasihat yang diselitkan di dalam ucapannya pada malam tersebut.
Seterusnya, tiba sudah masanya buat para pelajar mendengar kata-kata aluan dan sedikit nasihat daripada Pengetua Cemerlang Kisas, Tuan Haji Kamarul Ariffin bin Mohd Sharif.
Pelajar putera tampil segak dan bergaya dengan berpakaian baju batik
Murid-murid disajikan dengan gimik perasmian dan seterusnya persembahan para pelajar seperti persembahan nasyid, tiupan seruling dan alunan syair.
Sepanjang persembahan berlangsung para murid lain turut menikmati juadah yang disediakan. Majlis turut dimeriahkan dengan agenda seterusnya iaitu segmen bermain seperti teka-teki peribahasa, teka-teki pantun dan akhir sekali cabutan bertuah.
Juadah sudah habis dinikmati, persembahan para murid juga sudah selesai, tirai majlis kini berada di penghujung.
Sebelum mengakhiri malam yang mengasyikkan ini, para murid diberikan kebenaran untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Persembahan dari perlajar tingkatan lima yang memeriahkan lagi suasana
Berakhir sudah Majlis Makan Beradab buat rumah Omar dan Khalid dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-asr.
Diharapkan agar obektif majlis ini diadakan tercapai dan murid mengambil ilmu yang disampaikan oleh Encik Faizal tentang etika ketika berada di Majlis Makan Beradab supaya murid-murid tidak kekok pada masa hadapan kelak.
Anda suka artikel ini ?
Kongsikan kepada rakan anda!