LENSA
CERAMAH IHYA' RAMADAN
LENSA
CERAMAH IHYA' RAMADAN
KLANG : Pada 20 Mac 2023 bersamaan dengan 27 Syaaban yang lalu, Kolej Islam Sultan Alam Shah telah merasmikan pembukaan Program Ihya’ Ramadan sempena bulan Ramadan yang bakal tiba. Slogan bulan Ramadan pada tahun ini ialah “Ramadan Madrasah Taqwa”.
Tuan Haji Kamarul Ariffin, Pengetua Cemerlang Kolej Islam Sultan Alam Shah sedang memberikan ucapan
alu-aluan.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al-quran yang dialunkan oleh Saudara Naqib Harith bin Mohd Halim, pelajar tingkatan 6 untuk memberkati majlis yang bakal berlangsung.
Kemudian, Pengetua Cemerlang Kolej Islam Sultan Alam Shah, Tuan Haji Kamarul Ariffin telah memberikan sepatah dua kata sebagai ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan majlis ini bersama penceramah jemputan khas, Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Dzulkifli Al-Baqri.
Tayangan multimedia oleh pihak BADAR.
Pihak Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah menyediakan tayangan multimedia yang menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh BADAR untuk mengimarahkan Ramadan pada tahun yang lepas. Antara aktiviti tersebut adalah pengisian subuh, tadarus Al-quran, dan iftar jamaie.
Tayangan berdurasi lebih kurang 3 minit ini telah memutik perasaan rindu yang mendalam terhadap pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk menyambut bulan Ramadan yang penuh berkat di bumi waqafan bersama rakan-rakan seperjuangan. Lebih-lebih lagi pelajar tingkatan 5 kerana ini merupakan Ramadan terakhir sebagai warga bumi waqafan sebelum menjadi helang.
Lensa daripada pejabat Dr. Zulkifli Al-Bakri
Seterusnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu sesi perkongsian ilmu daripada Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Zulkifli Al-Bakri. Contoh isi yang disampaikan adalah adab dan ilmu, Nuzul Al-quran dan keistimewaan Ramadan.
Ceramah ini diteruskan dengan sesi soal jawab daripada para pelajar yang ingin tahu tentang Ramadan. Soalan yang paling menarik perhatian para pelajar adalah ibadah-ibadah yang boleh diamalkan sepanjang Ramadan bagi mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda.
Penceramah jemputan telah menyenaraikan beberapa amalan yang besar pahalanya seperti bersedekah, memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dan qiamullail. Semua soalan yang diajukan telah dijawab dengan jelas dan sempurna. Kini para pelajar lebih arif tentang Ramadan setelah mendapat input yang disampaikan.
Ramadan kini telah tiba, semoga semua saudara semuslim dapat menjalankan ibadah dengan sebaik yang boleh kerana ini mungkin menjadi Ramadan terakhir kita.
Anda suka artikel ini ?
Kongsikan kepada rakan anda!