LENSA
MAKAN BERADAB RUMAH THARIQ DAN RUMAH ALI
LENSA
MAKAN BERADAB RUMAH THARIQ DAN RUMAH ALI
KLANG: “Back to 90’s”. Itulah tema muktamad untuk Majlis Makan Malam Beradab yang dipilih oleh Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah Ali dan Thariq selepas banyak cadangan tema yang diajukan.
Majlis Makan Beradab ialah aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk mendedahkan kepada murid tentang etika untuk menjamu selera dengan beradab dan tertib dalam sesuatu majlis selain menyemarakkan semangat hormat-menghormati antara satu sama lain serta bersopan santun.
Majlis Makan Beradab ini telah dikelolakan oleh pelajar sendiri dengan bantuan guru rumah masing-masing.
Bermula daripada pengagihan tugas bagi persiapan dewan sehinggalah persembahan, semuanya diagihkan sendiri oleh Ketua Rumah serta Penolong Ketua Rumah yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab atas keselesaan dan keseronokan anak buah mereka.
Booth makan beradab yang telah disiapkan oleh pelajar puteri Ali dan Thariq
Persiapan menghias dewan bermula pada malam 9 Jun sehingga hari kejadian Majlis Makan Malam Beradab itu sendiri.
Semua murid lelaki dan perempuan memberi komitmen dan kerjasama padu bagi menyiapkan dewan sebagaimana yang telah dirancang sesuai dengan peribahasa, seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya yang membawa maksud perpaduan dan bersatu hatinya masyarakat.
Lebih memberangsangkan kami, murid lelaki dan perempuan menyambung persiapan untuk majlis ini di asrama masing-masing sehingga larut malam semata-mata untuk menjayakan majlis tahunan ini.
Pada 10 Jun 2023, semua anak gadis KISAS mengenakan busana kurung pesak bercorakkan songket berserta selendang yang disulam. Penampilan mereka sangat jelita bagaikan gadis Melayu zaman 90-an yang sangat sopan-santun.
Jejaka tampan pula mengenakan baju kemeja berserta seluar panjang dan digayakan seperti anak teruna zaman dahulu. Para guru juga tidak kurang cantik dan segaknya mereka.
Gambar pelajar putera dan puteri memakai pakaian bertemakan 90-an
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Tuan Pengetua dan diiringi oleh Ketua Rumah Ali dan Thariq beserta dengan guru-guru.
Bagi mendapat keberkatan sepanjang majlis dijalankan, doa pembuka majlis dibacakan oleh saudara Muhammad Harith bin Yusasmadi, jejaka daripada rumah Thariq. Semua hadirin mengaminkan doa yang dibaca dengan harapan semua doanya akan diperkenankan oleh Allah Azza Wa Jalla.
Tidak sah sesebuah majlis tanpa ucapan alu-aluan, maka Saudara Muhammad Solahuddeen bin Mohd Zaki, Ketua Rumah Thariq, telah menyampaikan ucapan yang ringkas dan padat.
Seterusnya, tibalah masa Tuan Pengetua Cemerlang, Ustaz Kamarul Ariffin bin Mohd Sharif untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Gimik perasmian yang dilakonkan oleh murid lelaki daripada Rumah Thariq dan Ali telah mencuri perhatian semua hadirin dan diteruskan dengan perasmian oleh Pengetua Cemerlang, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Tuan Haji Kamarul Ariffin bin Mohd Sharif.
Pelajar putera sedang menyaksikan persembahan sambil menikmati hidangan mereka
Usai ucapan daripada tuan pengetua, maka tibalah masa yang paling dinantikan oleh semua hadirin. Perut lapar sudah bernyanyi, maka majlis diteruskan oleh Saudara Muhammad Harith bin Yusasmadi yang sekali lagi telah membacakan doa makan.
Semua murid dan guru menjamah makanan yang disediakan dengan sopan santun. Semasa hadirin menjamah makanan, majlis dimeriahkan dengan celoteh dua jejaka yang sangat mencuit hati, iaitu Saudara Muhammad Irfan dan Saudara Ammar Wajdi.
Banyak teka-teki yang diberikan kepada murid mengikut rumah masing-masing. Tidak dilupakan juga kepada Saudara Muhammad Wafi bin Rosrizan dengan pertunjukan bakat bermain papan nada yang sangat menggagumkan.Ada juga pelajar yang tergamam melihat kehebatannya bermain alat muzik.
Seterusnya, dipersembahkan kumpulan MASDA yang menyanyikan lagu berkaitan dengan sahabat. Kelihatan murid daripada rumah Ali turut menyanyi bersama-sama dengan rakan-rakan serumah mereka.
Anda suka artikel ini ?
Kongsikan kepada rakan anda!