LENSA
PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI
LENSA
PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI
KLANG: Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia diwajibkan untuk melaksanakan Program Gotong-royong MADANI.
Sehubungan dengan itu, Kolej Islam Sultan Alam Shah telah menyahut panggilan ini dan telah mengadakan Program Gotong-royong MADANI peringkat sekolah pada 9 September 2023.
Program ini telah diadakan bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pihak sekolah, murid-murid serta ibu bapa.
Pada jam 7.10 pagi, semua murid tiba di Dewan Besar Al Mutaqqin Al Muthaqqafin untuk bacaan Al-Mathurat dan perhimpunan harian.Selepas pengagihan kawasan yang perlu dibersihkan, aktiviti senamrobik yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 telah dijalankan.
Seterusnya, semua murid mula bergerak ke kawasan yang diagihkan pada jam 9 pagi. Ibu bapa turut serta pada hari ini untuk membersihkan kelas anak masing-masing.
Suasana di kelas semasa program gotong-royong berlangsung
Antara kawasan persekitaran sekolah yang dibersihkan ialah bilik-bilik khas seperti bilik SAC, bilik mesyuarat dan sebagainya.
Para guru amat menghargai jasa murid-murid yang bantu membersihkan bilik-bilik khas sehingga bilik-bilik tersebut bersih dan kemas. Hal in selaras dengan konsep ABC KPM iaitu Anak yang Baik Lagi Cerdik.
Kesemua murid juga kelihatan gembira dan ceria sepanjang program berlangsung. Hal ini kerana mereka dapat membersihkan serta menceriakan kelas mereka bersama para ibu bapa.
Para pelajar juga dapat menikmati juadah yang disediakan oleh pihak sekolah bersama guru kelas dan ibu bapa.
Cikgu dan beberapa murid puteri mengemas PERKISAS
Kira-kira jam 11 pagi, kawasan persekitaran Kolej Islam Sultan Alam Shah kelihatan begitu bersih, kemas dan ceria. Pihak sekolah amat gembira melihat perubahan ini.
Selain itu, kelas-kelas juga kelihatan lebih ceria dengan hasil kerja murid-murid bersama ibu bapa dan guru.
Dengan ini, murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa dan kondusif. Program Gotong-royong MADANI 2023 pun berakhir pada jam 11.30 pagi. Selepas itu, murid-murid pulang ke asrama pada jam 12.30 hari.
Murid dan guru sedang mengemas dan menhias kelas
Sesungguhnya, program ini secara tidak langsung telah berjaya menjadikan kawasan persekitaran Kolej Islam Sultan Alam Shah lebih bersih, kemas dan ceria sekaligus merapatkan hubungan silaturahim antara para guru, murid-murid dan ibu bapa. Diharapkan program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
Anda suka artikel ini ?
Kongsikan kepada rakan anda!