PERTANDINGAN VIDEO SEMARAK KUIH RAYA GAWAI 2022 : 16.04 - 17.05.2022
Terbuka kepada semua warga IPGKS, video yang memaparkan "Like" terbanyak berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang disediakan.
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT : 21.04.2022
Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah :
Pertandingan Mewarna (Pra-Sekolah IPGKS)
Word Searches
Selfie Kreatif Jom Membaca 10 minit
TAKLIMAT PERPUSTAKAAN UNTUK PELAJAR BARU : 03.08.2022
Objektif Taklimat Perpustakaan disampaikan adalah untuk :
Memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan
Menyampaikan syarat, peraturan dan panduan perpustakaan untuk melancarkan penyampaian kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan IPGKS
Mengajar pelajar bagaimana melakukan pencarian buku perpustakaan mengunakan sistem perpustakaan
Menyampaikan kaedah pencarian maklumat yang boleh dilaksanakan secara atas talian untuk kemudahan pengguna perpustakaan
PROGRAM RESENSI BUKU : 12.10.2022
Program resensi buku adalah bertujuan menyemarakkan nilai-nilai pengetahuan dan pengajaran melalui buku di samping membudayakan amalan membaca di kalangan masyarakat. Resensi buku bermaksud ulasan / kupasan / olahan terhadap buku yang dibaca. Berikut merupakan antara penyertaan warga IPGKS dalam Program Resensi Buku 2022 :
Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3 Peserta 4 Peserta 5 Peserta 6 Peserta 7 Peserta 8
BENGKEL KEMAHIRAN DIAMOND PAINTING SIRI 1 : 27.08.2021
BENGKEL KEMAHIRAN DIAMOND PAINTING SIRI 2 : 14.09.2021
Diadakan dalam 2 siri ( Siri 1 pada 27 Ogos 2021 dan Siri 2 pada 14 September 2021 ), bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Christina Suntai Anak Ugah (Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Sarawak) melalui pautan Google Meet.
BENGKEL KEMAHIRAN ASAS HARDCOVER BINDING : 28.09.2021
Dikendalikan oleh Puan Rosfatimah Binti Wasli (Pustakawan IPG Kampus Sarawak) selaku Moderator, layari video penuh di Channel Youtube Rasmi IPG Kampus Sarawak
MAJLIS LAMBAIAN KASIH, SEHARUM KENANGAN : 28.09.2021
Diadakan bersempena dengan Majlis Jamuan Perpisahan untuk Pelajar Latihan Industri Cik Jessica Nuwie Anak Jackson dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Majlis Pra Persaraan buat Pn Norsiah Omar (Pembantu Operasi N14) yang bakal bersara pilihan pada hujung bulan November 2021. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah sesi tukar-tukar hadiah, permainan online dan sesi bergambar. Semoga hubungan ukhuwah yang terjalin di antara kita semua akan kekal sampai hujung nyawa dan majlis ini akan menjadi Memori Terindah .