PENGENALAN

Turnitin merupakan perkhidmatan pencegahan plagiarisme dalam talian yang diperkenalkan oleh iParadigms, LLC. Perisian berasaskan web ini menyediakan perkhidmatan (bagi kegunaan pengajar dan pelajar) memeriksa bahan bertulis bagi tujuan mengelakkan kes plagiat daripada berlaku. Melalui Turnitin, dokumen yang dihantar akan disemak untuk mengetahui kandungan yang tidak asli. Keputusan yang diperoleh boleh digunakan untuk mengenal pasti persamaan dengan sumber-sumber yang sedia ada atau boleh digunakan dalam penilaian formatif untuk membantu pelajar belajar bagaimana untuk mengelakkan plagiarisme dan memperbaiki penulisan mereka.


FUNGSI

Turnitin menyemak kandungan tidak asli dengan membandingkan hasil kerja yang dihantar dengan beberapa pangkalan data dengan menggunakan algoritma proprietari. Turnitin akan mengimbas pangkalan datanya sendiri dan mempunyai perjanjian berlesen dengan beberapa pangkalan data akademik yang lain.


LAMAN SESAWANG

https://www.turnitin.com


SYARAT PENGGUNAAN 🆕 ✔️

a) Ketua Unit Pusat Sumber

b) Ketua Unit Peperiksaan 

Nota : Panduan dan syarat di atas adalah tertakluk kepada perubahan / polisi semasa yang disarankan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia.