PERKHIDMATAN KESEDARAN SEMASA

Fungsi utama perkhidmatan ini adalah untuk memastikan KESEDARAN dikalangan pengguna mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan IPGMKS, termasuk koleksi terkini. Selain itu, perkhidmatan ini juga membantu menyebarkan maklumat berkaitan untuk mendukung pembangunan, kesejahteraan dan kemampanan warga institusi IPGMKS secara keseluruhan. Objektif utama perkhidmatan ini adalah untuk :

                    i.         Menarik minat membaca warga IPGMKS dengan menggunakan kemudahan / bahan bacaan terkini yang disediakan

 

                   ii.         Memastikan warga IPGMKS sentiasa peka terhadap kemudahan / koleksi buku yang terbaru di Perpustakaan

 

                  iii.         Menanam budaya membaca ke arah melahirkan warga berpengetahuan, pemikir dan kreatif

 

                  iv.         Meningkatkan kemahiran pencarian maklumat warga IPGMKS 

 

                   v.         Mempertingkatkan penglibatan warga IPGMKS dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pembacaan  dan keilmuan

 

                  vi.         Mempromosi Perpustakaan IPGMKS sebagai tempat riadah yang produktif & seronok


Antara tanggungjawab perkhidmatan ini adalah untuk malaksanakan : 


1) BENGKEL/KELAS PENDIDIKAN PENGGUNA

Bengkel atau Kelas Pendidikan Pengguna Perpustakaan bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kemahiran maklumat dalam memaksimumkan penggunaan sumber koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan IPGMKS. Pengguna akan didedahkan kepada :

Permohonan kelas boleh dibuat melalui e-mel, surat rasmi atau memo kepada Ketua Unit Pusat Sumber / Pustakawan.



2) KESEDARAN SEMASA : KOLEKSI TERKINI

Perpustakaan IPGMKS berperanan untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai koleksi / judul terkini koleksi perpustakaan. Pelaksanaan boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti :



3) PROMOSI PERPUSTAKAAN

Aktiviti promosi dilaksanakan untuk menggalakkan warga IPGMKS datang atau menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.  Promosi ini dilakukan melalui pelbagai cara seperti :



4) PROMOSI BUDAYA MEMBACA / LITERASI MAKLUMAT ATAU MENGIKUT TEMA KEPERLUAN SEMASA

Selaras dengan Dasar Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan IPGMKS juga berperanan memastikan program galakan membaca yang terancang dan berterusan dilaksanakan. Ini adalah bagi memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu. Aktiviti ini dilakukan melalui pelbagai cara seperti :