PERKHIDMATAN PINJAMAN PUKAL (BULK LOAN)
Perkhidmatan ini disediakan dengan kolaborasi bersama Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri. Pinjaman pukal membolehkan organisasi berdaftar meminjam antara 50 hingga 200 naskhah buku perpustakaan secara percuma setiap tiga bulan. Antara syarat perkhidmatan adalah :
Permohonan terbuka untuk warga IPGMKS sahaja dan borang boleh didapati di kaunter Perpustakaan atau melalui pautan berikut https://sites.google.com/view/unitperpustakaan/e-borang
Bahan mestilah tiada dalam koleksi Perpustakaan IPGMKS
Tempoh pinjaman adalah berdasarkan polisi perpustakaan pembekal
Sekiranya terdapat caj tertentu seperti denda kelewatan dan sebagainya, peminjam perlu membayar caj tersebut
Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan bahan yang dipinjam. Sekiranya bahan hilang / rosak, peminjam wajib untuk menggantikan bahan mengikut polisi perpustakaan pembekal tersebut.
PANDUAN UNTUK MENGUNAKAN PERKHIDMATAN :
Pemohon perlu membuat semakan di WEB OPAC Perpustakaan IPGMKS untuk memastikan bahan tiada dalam koleksi
Pemohon perlu membuat semakan di WEB OPAC Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri untuk memastikan bahan tersebut boleh dipinjam
Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan perkhidmatan. Sila dapatkan borang di kaunter Perpustakaan atau muat-turun (print) dan hantar ke kaunter Perpustakaan = : MS Word
Sila tunggu makluman daripada kakitangan Perpustakaan IPGMKS. Tuan/Puan akan dihubungi apabila bahan berjaya atau tidak berjaya diperolehi
Setelah makluman dibuat, sila ambil bahan fizikal (buku) di kaunter Perpustakaan
Sila pulangkan bahan fizikal (buku) ke kaunter Perpustakaan sebelum tamat tempoh pinjaman