PERKHIDMATAN PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN (INTER-LIBRARY LOAN (ILL)
Perkhidmatan ini disediakan untuk mendapatkan bahan (bercetak atau elektronik) yang tidak terdapat di Perpustakaan IPGKS. Antara syarat perkhidmatan adalah :
Permohonan terbuka untuk warga IPGKS sahaja dan borang boleh didapati di kaunter Perpustakaan atau melalui pautan berikut https://sites.google.com/view/unitperpustakaan/e-borang
Bahan mestilah tiada dalam koleksi Perpustakaan IPGKS
Tempoh pinjaman adalah berdasarkan polisi perpustakaan pembekal
Sekiranya terdapat caj tertentu seperti caj pemprosesan, denda kelewatan, kos penghantaran dan sebagainya, peminjam perlu membayar caj tersebut. Perkara ini adalah bergantung pada polisi semasa perpustakaan pembekal. Terdapat perpustakaan yang tidak mengenakan sebarang bayaran, namun ada sebahagian perpustakaan sebaliknya.
Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan bahan yang dipinjam. Sekiranya bahan hilang / rosak, peminjam wajib untuk menggantikan bahan mengikut polisi perpustakaan pembekal tersebut.
Panduan Penggunaan Perkhidmatan :
Pemohon perlu membuat semakan di WEB OPAC Perpustakaan IPGKS untuk memastikan bahan tiada dalam koleksi
Pemohon perlu membuat semakan sumber (web OPAC agensi pembekal) yang mempunyai bahan yang diperlukan
Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan perkhidmatan :
3.1 Borang ILL (Bahan Fizikal) - sila dapatkan borang di kaunter atau muaturun (MS Word) dan hantar ke kaunter Perpustakaan
3.2 Borang ILL (Bahan Atas Talian) - sila isi borang atas talian = Google Form
Sila tunggu makluman daripada kakitangan Perpustakaan IPGKS. Tuan/Puan akan dihubungi apabila bahan berjaya atau tidak berjaya diperolehi
Setelah makluman dibuat, sila ambil bahan fizikal (buku) di kaunter Perpustakaan
Untuk bahan atas talian, pihak Perpustakaan IPGKS akan hantar melalui emel
Sila pulangkan bahan fizikal (buku) ke kaunter Perpustakaan sebelum tamat tempoh pinjaman