Pelajar Politeknik yang ingin membawa kenderaan ke Politeknik Sultan Azlan Shah wajib mendaftar kenderaan. Sekiranya pelajar gagal mendaftar kenderaan pelajar boleh dikenakan tindakan Hukuman Tatatertib Lalulintas.
Pelajar yang ingin membawa kenderaan di dalam kampus perlu mendaftarkan kenderaan tersebut melalui link diatasÂ
Pelajar perlu perlu menghantar melalui google form yang disediakan diatas:
Satu (1) Salinan lesen memandu yang sah
Satu (1) Salinan Cover Note Insuran
Satu (1) Salinan cukai jalan (Motosikal) dan keratan cukai jalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (Kereta).
Pelekat Khas mengikut tahun akan dikeluarkan kepada kenderaan yang berdaftar. Pelekat yang dikeluarkan mestilah ditampal di bahagian atas sebelah kanan motosikal atau di sebelah kiri bawah cermin hadapan kenderaan untuk memudahkan tugas-tugas pengawasan oleh pihak keselamatan.