PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTASÂ
Semua kenderaan persendirian yang ingin dibawa perlu membuat permohonan oleh pelajar setiap semester melalui HEP dan memenuhi syarat yang ditetapkan. (syarat di dalam web rasmi PSAS)
Pelekat kenderaan yang dikeluarkan oleh Politeknik WAJIB dipamerkan.
Kenderaan pelajar perlu diletakkan di tempat yang telah disediakan oleh Politeknik.
Pelajar DILARANG membawa / memandu kenderaan ke dalam politeknik melainkan mendapat kebenaran bertulis oleh HEP
Pelajar DILARANG meletak kenderaan di bahu jalan luar berhadapan Politeknik.
Pelajar DILARANG membawa kenderaan melebihi had yang dibenarkan dikawasan larangan. (30kmj)
Pelajar DILARANG membawa penumpang yang berbeza jantina (Bukan Mahram) dan dilarang membonceng motosikal pelajar berlain jantina.
Pelajar yang merupakan Penghuni kamsis / asrama / kolej kediaman TIDAK dibenarkan untuk membawa kenderaan kecuali dengan kebenaran
Pelajar yang mendapat kebenaran bertulis untuk memandu kenderaan dalam kampus perlu mematuhi peraturan yang berikut:
Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insurans yang sah
Mematuhi had laju (30km/jam) dan papan tanda jalan / pandu arah yang ditetapkan oleh politeknik.
Kenderaan tidak mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau yang diubahsuai.
Memakai topi keledar semasa menunggang / membongceng motosikal
Mematuhi peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Tidak melalui di kawasan hadapan pejabat asrama/parkir Felo/warden/pakir staf.