Pelajar TIDAK dibenarkan menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi.
Pelajar TIDAK boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi.
Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan di luar kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah.
Pelajar/Kelab Persatuan TIDAK boleh melainkan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah untuk:
Menerbit dan mengedarkan sebarang dokumen atau risalah di dalam ataupun di luar kampus; menganjur atau mengatur perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-panji dan pelekat; dan memungut atau cuba memungut wang, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa-apa pemungutan wang.
Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau mengedar atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah, dadah, racun, cecair nikotin, air ketum atau minuman keras.
Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam atau di luar kampus.
Pelajar TIDAK dibenarkan mengedar atau mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk sebarang tujuan.
Pelajar TIDAK dibenarkan mengguna, memberi, membekal, mengadakan, mengedarkan atau menawarkan atau bercadang hendak memberi, membekal, mengadakan, mengedarkan atau menawarkan, atau terlibat dengan sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya atau terlibat dengan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan/atau racun.
Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau cuba memiliki peralatan, yang berkait dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan/atau racun.
Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau luar kampus.
Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, menjalankan, atau menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar kampus.
Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, menjalankan, atau menyertai apa-apa aktiviti songsang dan tidak bermoral di dalam atau di luar kampus.
Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik, melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan semasa di dalam kampus dan di luar kampus termaktub kepada peraturan semasa lokaliti.
Pelajar TIDAK dibenar menimbulkan suasana kacau-bilau, huru-hara, menghasut atau cubaan menghasut pelajar-pelajar institusi sama ada secara fizikal atau secara dalam talian (online) yang memudarat nama baik institusi
Pelajar boleh menyuarakan sebarang cadangan dan aduan melalui saluran tertentu seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)/Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atau peti cadangan
Pelajar atau kelab persatuan mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput pihak luar untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar di dalam atau di luar institusi. Kebenaran ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Pelajar atau kelab persatuan mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah berkaitan topik dan kandungan ceramah kepada pelajar di dalam atau di luar institusi. Institusi berhak menolak mana-mana permohonan pelajar atas budi bicara Pengarah.
Institusi berhak untuk membatalkan program yang sedang berlangsung andai berlaku pelanggaran pada perkara
Pelajar DILARANG merokok atau menggunakan bahan tembakau atau rokok elektronik / vape di mana-mana kawasan kampus. Larangan ini turut terpakai bagi aktiviti mengedar atau memiliki atau memberi barangan tersebut atau yang seumpama dengannya selaras dengan PeraturanPeraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U.(A)324/2004].
Senarai Kawasan Larangan Merokok yang telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi