“Memastikan kadar kesalahan di bawah Akta 174 yang melibatkan perbicaraan tatatertib (prosiding) adalah kurang 1% daripada jumlah pelajar”
Semua pelajar PSAS adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak PSAS dari semasa ke semasa. Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi yang menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan dalaman yang digunapakai di PSAS diedarkan kepada semua pelajar-pelajar baharu. Pelajar yang melanggar peraturan tatatertib yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).
HUBUNGI KAMI
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Stesyen,35950 Behrang, Perak.