TATATERTIB AM KAMSIS / ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN
Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam biliknya lengkap dan sempurna semasa mula menduduki bilik. Sebarang kekurangan atau kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan kamsis / asrama / kolej kediaman dengan segera.
Penghuni hendaklah berkelakuan baik dan sentiasa memelihara suasana harmoni di kamsis / asrama / kolej kediaman.
Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik kamsis / asrama / kolej kediaman. Tetamu, pelawat atau pelajar lain TIDAK dibenarkan menginap di kamsis / asrama / kolej kediaman.
Semua peralatan/perabot yang terdapat di dalam bilik TIDAK boleh diubah kedudukannya atau diubahsuai.
Semua peralatan/perabot yang terdapat di dalam bilik adalah di bawah tanggungjawab penghuni. Pelaku vandalisme akan dikenakan tindakan tatatertib.
Kebersihan bilik adalah di bawah tanggungjawab penghuninya. Penghuni mesti menggunakan cadar dan sarung bantal yang dibawa sendiri
Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab penghuni tersebut. Bilik hendaklah sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan.
Penghuni TIDAK dibenarkan menukar bilik tanpa kelulusan pihak pengurusan kamsis / asrama / kolej kediaman.
Semua penghuni bertanggungjawab ke atas bilik, aras dan blok kamsis / asrama / kolej kediaman.
Penghuni TIDAK dibenarkan membawa sebarang jenis senjata / peralatan atau bahan berbahaya ke dalam kamsis / asrama / kolej kediaman.
Sebarang bentuk aktiviti buli TIDAK dibenarkan.
Pelajar lelaki DILARANG memasuki kawasan kamsis / asrama / kolej kediaman perempuan atau sebaliknya.
Semua penghuni mestilah membenarkan mana-mana pegawai, kakitangan atau wakil institusi untuk memasuki bilik bagi menjalankan tugas-tugas yang diarahkan.
Pengarah atau Wakil Kuasanya boleh mengarah penghuni mengosongkan tempat tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa.
Selepas jam 11.00 malam, hanya penghuni sahaja yang boleh berada di dalam kawasan/bilik.
Penghuni TIDAK dibenarkan menghadiri atau mengelola sebarang perjumpaan atau perhimpunan di kawasan kamsis / asrama / kolej kediaman kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah atau Wakil Kuasanya.
Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik kediaman hendaklah dengan mendapat kebenaran pihak berkuasa kamsis / asrama / kolej kediaman terlebih dahulu.
Sebarang bentuk pendawaian elektrik secara tidak sah di dalam kamsis / asrama / kolej kediaman adalah DILARANG.
Penyalahgunaan peralatan seperti alat pemadam api di kamsis / asrama / kolej kediaman adalah DILARANG.
Penghuni DILARANG memasuki kawasan kediaman kakitangan kecuali dengan kebenaran Pengarah atau Wakil Kuasanya.
Pengarah atau Wakil Kuasanya boleh, dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan yang dikirkan perlu dan sesuai untuk memelihara ketenteraman atau tatatertib di dalam kamsis / asrama / kolej kediaman.
Kenderaan perkhidmatan penghantaran makanan dan pengangkutan awam (e-hailing) TIDAK dibenarkan masuk/berada dalam kawasan kampus.
Penghuni kamsis / asrama / kolej kediaman TIDAK dibenarkan membawa kenderaan kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan institusi