ARAHAN AM PERPUSTAKAAN
DILARANG bercakap kuat serta membuat bising sehingga boleh mengganggu pelajar-pelajar lain.
DILARANG makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan.
DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana buku, majalah atau apa-apa bahan cetak kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut.
DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut.
Pelajar memastikan telefon mudah alih berada dalam mod senyap pada setiap masa.
Pelajar mestilah mematuhi semua peraturan mengenai bilangan buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Pelajar BERTANGGUNGJAWAB ke atas bahan-bahan yang dipinjam. Bagi bahan-bahan yang dihilangkan, pelajar akan dikenakan bayaran mengikut kadar semasa bahan-bahan tersebut atau menggantikan buku dengan judul yang sama. Sekiranya gagal berbuat demikian, keputusan peperiksaan / sijil / transkrip akan ditahan.
DILARANG membawa masuk beg ke dalam perpustakaan. Beg hendaklah diletakkan ditempat yang telah disediakan.
Pelajar hendaklah menunjukkan semua barang termasuk beg tangan,folder dan sebagainya kepada petugas perpustakaan untuk diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan sekiranya diminta.
Pelajar hendaklah berpakaian mengikut Peraturan Rupa Diri Pelajar sekiranya berurusan di perpustakaan.
PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN
Pelajar layak meminjam buku daripada koleksi pinjaman dan koleksi pinjaman terhad.
Kaedah peminjaman adalah dengan menyerahkan kad pelajar dan buku ke kaunter pinjaman.
Bilangan buku dan tempoh pinjaman:
KATEGORI : Koleksi Pinjaman dan Koleksi Terhad
BILANGAN BUKU : Maksimum 4 buah, Minimum 1 buah
TEMPOH PINJAMAN : 2 minggu
Walau bagaimanapun, bagi Koleksi Pinjaman dan koleksi Terhad kawalan peminjaman adalah bergantung kepada pihak pengurusan perpustakaan institusi.
Pelajar boleh menempah buku-buku yang dipinjam oleh pelajar lain dengan menempah melalui Sistem OPAC (Online Public Access Catalog) atau lain-lain kaedah tempahan yang digunapakai oleh institusi.
HAL–HAL LAIN
Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang persendirian yang diletak atau tertinggal di dalam / luar perpustakaan.
Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang melanggar sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan institusi untuk keluar dari perpustakaan.
Pihak perpustakaan berhak meminta pelajar memulangkan bahanbahan pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya.
Penggunaan ruang perpustakaan untuk tujuan lain perlu mendapat kelulusan pihak perpustakaan.
Pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh dikemukakan kepada Pegawai Perpustakaan.
Kelewatan pemulangan buku yang dipinjam akan dikenakan tindakan mengikut Hukuman Tatatertib Terus.