The Famous site: Lenggong Valley

Group 2

Mohamad Alif Bin Mohamad Asli (68574)

Lizli Elvizter Liwie (68564)

Firdaus Iqbal Azwani Bin Azman (59605)

Naomi Anak Kumbong (59330)

Arkeologi Lembah Lenggong merupakan satu daerah yang sangat terkenal dengan pra-sejarahnya. Penemuan-penemuan yang dijumpai oleh para arkeologi menjadikan lembah Lenggong ini sangat terkenal. Daerah ini terletak di negeri Perak, Malaysia. Penemuan menarik ini boleh dilihat dan dilawati oleh pengunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong. Di muzium ini terdapat pelbagai koleksi sejarah yang dilihat serta dipelajari oleh pengunjung yang datang ke mari. Perak merupakan salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Di Lenggong, Perak contohnya terdapat tapak-tapak atau kawasan arkeologi yang membuktikan bahawa negeri Perak juga merupakan salah satu tempat di dunia yang turut menjadi kawasan berlakunya proses migrasi manusia pra-sejarah iaitu ribuan tahun dahulu yang menjadikan Lenggong sebuah tempat yang mempunyai tinggalan sejarah awal penempatan dan ketamadunan manusia. Antara lokasi popular di Lenggong adalah Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar, Gua Harimau, Gua Ngaum, Bukit Bunuh, Lawin, Bukit Jawa dan Kampung Temelong. Penemuan Perak Man yang terkenal di Gua Gunung Runtuh di Lembah Lenggong yang bersejarah dan turut menggemparkan dunia arkeologi ini adalah hasil penyelidikan yang dibuat Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (MARC) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Banyak bukti prasejarah hasil kajian dilakukan di Lembah Lenggong sejak 30 tahun lalu itu membolehkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mewartakan warisan arkeologi ditemui sebagai satu daripada Tapak Warisan Dunia pada 30 Jun 2012. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana juga telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).


Lenggong, Perak merupakan lokasi yang terkenal dengan penemuan-penemuan bersejarah, memiliki beberapa tempat arkeologi bersejarah yang terkenal seperti gua Gunung Runtuh, gua Teluk Kelaqar, gua Harimau, gua Ngaum, Bukit Bunuh, Lawin, bukit Jawa dan kampung Temelong. Semua tempat merupakan lokasi yang bersejarah dan strategik untuk dilakukan ekskavasi dan penemuan artifak yang menarik. Di Lenggong, Perak terdapat sebuah penemuan yang boleh dikatakan signifikan untuk diketahui iaitu penemuan Rangka Manusia yang dikatakan membentuk sejarah signifikan iaitu rangka manusia tertua yang ditemukan di Malaysia. Rangka manusia yang ditemukan itu diberi gelar sebagai Perak Man oleh ahli arkeologi yang menemukannya. Penemuan tersebut dikatakan berlaku di Gua Gunung Runtuh di daerah Lenggong Perak. Sememangnya, Lenggong Perak merupakan tapak penemuan arkeologi yang menempatkan pelbagai tapak-tapak kepada penemuan menarik bagi arkeologi.


Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang ditemui di Malaysia, rangka tersebut telah Berjaya ditemukan di Gua Gunung Runtuh disekitar Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada tahun 1991. Setelah melakukan pentarikhan Radio Karbon, usia rangka itu dapat diukur berumur dalam sekitar 10000 sehingga 11000 tahun. Justeru menjadikannya sebagai sebuah penemuan yang signifikan dan merubah dunia arkeologi negara Malaysia yang menunjukkan dan menjadi bukti bahawa terdapat pendudukan disekitar tanah melayu pada tahun 10000 sehingga 11000 tahun sebelum ini. Hal ini menunjukkan Malaysia telah mengalami zaman Neolitik akhir neolsen dimana penemuan rangka Perak Man ini menjadi bukti teori tersebut.

Arkeologist melalui kaedah pentarikhan Radio Karbon turut mendapati bahawa Perak Man tersebut merupakan manusia yang meninggal pada usia lebih kurang antara 40-50 tahun. Menariknya, untuk jangka hayat umur manusia di zaman itu dikatakan Cuma 20 hingga ke 30 tahun sahaja bagaimanapun Perak Man Berjaya mencapai jangka hayat yang melebihi umur jangka hayat manusia dizaman itu. Selain itu, melalui penemuan Perak Man itu, didapati bahawa rangka tersebut berketinggian sepanjang 154cm dan dilahirkan dengan kecacatan genetic (Brachymesophalangia). Para arkeologist turut mendapati bahawa wujudnya ritual pengebumian melalui cara Rangka Perak Man tersebut dijumpai. Dipercayai rangka Perak Man tersebut telah dikebumikan dengan satu upacara pengebumian dalam keadaan berlipat iaitu kedua-dua belah kakinya dilipatkan kebahagian badan dan tangannya pula diletakkan di atas dada dan bahu. Bersama rangka tersebut turut ditemui, cebisan tulang daripada pelbagai spesies haiwan yang telah dibakar, perkakas batu dan 2878 siput sedut yang ditaburkan di sekeliling badannya. Hal ini menunjukkan ritual pengebumian yang sudah wujud di zaman itu.

Selain daripada Perak Man juga wujudnya penemuan rangka Perak Woman di tapak arkeologi gua Teluk Kelawar, Bukit Kepala Gajah , Lenggong pada tahun 2004. Hal ini menunjukkan bahawa Lenggong merupakan tapak arkeologi yang terkenal dengan penemuan rangka-rangka manusia yang terawal yang menjadikkannya sebuah tapak arkeologi yang bagus untuk mengkaji rangka terawal manusia. Penemuan tersebut bukan sekadar penemuan rangka yang langka namun membuktikan kewujudan zaman Neolitik di Malaysia dan mempengaruhi dunia arkeologi Malaysia. Setelah menjalani proses pentarikhan karbon. Didapati rangka Perak Woman tersebut daripada 8000 tahun yang lepas dan melalui kajian terhadap rangka tersebut didapati beliau meninggal dunia pada usia sekitar 40 tahun. Turut diketahui melalui kajian yang lanjut rangka tersebut berketinggian 148 cm dan menjalani ritual pengebumian yang lebih kurang serupa.

Selain daripada penemuan rangka-rangka tertua.di Gua Runtuh dan juga Teluk Qelawar Lenggong turut tersedia dengan tapak penemuan Rangka tertua yang lain yang menunjukkan kebudayaan neolitik. Sebagai contoh di Gua Harimau , para arkeologi telah menemukan tapak pengebumian ditempat itu yang membawa kepada penemuan sebanyak 11 rangka manusia. Dan melalui pentarikhan radio karbon juga turut diketahui rangka tersebut berusia daripada 2000-5000 tahun. Selain daripada penemuan rangka tersebut, Bersama-sama rangka tersebut terdapat bekas tembikar, alat batu, kapak gangsa, perhiasan badan dan juga sisa makanan. Penemuan-penemuan tersebut segera menjadi tapak bersejarah yang membuktikan kewujudan zaman neolitik-logam dengan penemuan acuan dan kapak gangsa yang terawal sekitar 4000 tahun yang lepas. Penemuan tersebut turut menjadi counter- argument kepada pernyataan sekiranya pembuatan gangsa cuma wujud atau berlaku di Kawasan utara dan pertengahan Thailand sahaja sebaliknya turut berlaku di tanah semenanjung Melayu.

Menurut Nik Hassan (2012), asas Antropologi ialah membina kembali sejarah dan peradaban manusia berdasarkan tinggalan-tinggalan manusia seperti artifak, ekofak dan features. Ini bermaksud bidang Antropologi memerlukan beberapa kaedah yang tepat untuk menggali sejarah manusia dahulu agar kajian yang ingin diselidiki dapat diperolehi dengan tepat dan padat.

Kaedah “survey” ataupun tinjauan sangat penting untuk digunakan oleh ahli Antropologi di dalam melakukan kajian berkenaan dengan Antropologi. Tinjauan akan dilakukan dengan mencari kawasan kajian tertentu. Kaedah tinjauan di dalam Antropologi boleh mewujudkan pengetahuan yang luas tentang manusia zaman dahulu. Para pengkaji Antropologi telahpun menggali artifak di Lenggong Perak dengan menemukan 100 artifak prasejarah zaman Paleolitik yang dianggarkan berusia 17,000 tahun. Perak Man merupakan rangka manusia dari zaman batu era Paleolitik yang hampir sempurna dan tertua pernah ditemui di Malaysia, malah di Asia Tenggara pernah dianggarkan hidup kira-kira 10,000 hingga 11,000 tahun lalu. Hasil daripada kaedah tinjauan tersebut, ia telah membawa kepada pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ahli antropologi juga telah melakukan tinjauan berdasarkan strategi yang teratur di dalam merungkai penemuan manusia zaman dahulu. Sistem maklumat georgrafi mempengaruhi asas yang terbaik di dalam melakukan kajian antropologi. Misalnya, Perak Man yang telah dijumpai oleh Archaeological Research Centre dan Universiti Sains Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia pada tahun 1991 ini telah melibatkan beberapa strategi yang diambil. Lokasi yang dikaji adalah di Gunung Runtuh, gua Teluk Kelaqar, gua Harimau, gua Ngaum, Bukit Bunuh, Lawin, Bukit Jawa dan Kampung Temelong. Rangka Perak Man telah pun dipindahkan dari Gua Gunung Runtuh ke Muzium Arkeologi Lenggong dan diletakkan dalam kedudukan asalnya sebagaimana ia ditemui. Peralatan utama yang digunakan oleh ahli antropologi ketika menggali penemuan Perak Man adalah seperti peta, cangkul, dan sebaliknya.

Kaedah penggalian atau excavation Perak Man di Bukit Lengong juga telah dilakukan oleh ahli Antropologi dengan cara lebih mendalam dena berbeza-beza untuk menguatkan lagi bukti yang Perak Man ini sememangnya wujud di zaman dahulu. Ekskavasi pertama dijalankan oleh Collings dalam tahun 1938 diikuti oleh Ann Sieveking tahun 1954 dan Zuraina pada tahun 1987. Collings telah melakukan penggalian atau ekskavasi di Kota Tampan pada tahun 1983 berkenaan dengan zaman palelotik di tempat tersebut. Namun tiada rekod atau peta yang jelas terhadap zaman paleolitik di Kota Tampan. Zuraina pula menggangap bahawa Lenggong adalah Permata Mahkota Arkeologi Manusia dan bahagian peta atau site map yang tidak terganggu selama beberapa generasi. Daripada penggalian yang dijalankan oleh ahli antropologi ini jelas menunjukkan penemuan Perak Man ini dilakukan dengan berhemah dan tersusun mengikut kaedah antropologi.


Rujukan

Nik Hassan, 2012, Kaedah Pentarikhan Relatif dan Pentarikhan Mutlak dalam Penyelidikan Antropologi. M/s 9.

Sinar Harian, 2020. 22. Penemuan Artifak Baharu Imbau Sejarah Perak Man, https://www.sinarharian.com.my/article/66945/BERITA/Nasional/Penemuan-artifak-baharu-imbau-sejarah-Perak-Man.

P.Jingga, 2008. 31. Manusia Perak Man.

http://kecubungjingga.blogspot.com/2008/01/manusia-perak-perak-man.html