History Of Different Places

GROUP 12

Group Member :

  1. Khairul Anwar bin Zainal Abidin (68556)

  2. Nik Muhammad Syukri bin Nik Zaini (68633)

  3. Zarith Nazuha Binti Sampian (68161)

  4. Nur Fajrina Binti Zunnasri (67116)


Lembah Mansuli

Jeffrey (2013)

Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah

Penemuan tapak-tapak Paleolitik di Sabah menjadi bukti kepada kehadiran masyarakat awal Paleolitik di Kepulauan Borneo. Penemuan tapak-tapak itu juga menjadikan terdapat beberapa tempat di negeri Sabah terkenal dengan tapak arkeologi. Sebagai contoh Lembah Mansuli terkenal dengan tapak Paleolitik yang terletak di timur Sabah, dalam daerah Lahad Datu. Lembah Mansuli merupakan salah satu tapak arkeologi yang terdapat di Malaysia di mana ia dikenali dan dikaitkan dengan kehidupan masyarakat zaman prasejarah terdahulu iaitu zaman Paleolitik. Ianya berada di jalan raya utama yang menghubungkan antara Kinabatangan dan Lahad Datu, iaitu kira-kira 30km daripada Lahad Datu. Jauhnya pula daripada jalan raya utama adalah sekitar 5 km. Lembah Mansuli mempunyai dua tapak iaitu tapak gua Gua Samang dan tapak ekskavasi Mansuli. Tapak terbuka Mansuli telah mula diduduki sekitar 235,000 tahun dahulu seterusnya pada 92,600, 52,600, 24,600 dan 15,400 tahun dahulu berdasarkan kepada pentarikhan dengan kaedah pandar kilauan rangsangan optik (Jeffrey 2013; Jeffrey et al. 2014; Jeffrey 2015). Kajian arkeologi di Mansuli dimulai dan diketuai oleh Tom Harrisson dan Barbara Harrisson (1971) di mana kajian mereka bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal prasejarah Sabah dan urutan prasejarahnya secara umum dengan menggunakan pentarikhan secara relatif. Kajian arkeologi membuktikan manusia awal 253,000 tahun dahulu telah menggunakan batu sungai sebagai alat perindustrian mereka. Batu sungai tersebut dijadikan sebagai pisau, parang, kapak dan sebagainya dan alatan ini membantu memudahkan kerja-kerja masyarakat pada zaman Paleolitik untuk mencari binatang buruan dan memungut hasil hutan.

Tapak terbuka Mansuli iaitu juga dikenali sebagai tapak ekskavasi Mansuli di mana berlakunya aktiviti ekskavasi di kawasan tersebut. Dengan aktiviti ekskavasi tersebut, ahli arkeologi telah mendedahkan bahawa tapak tersebut dijadikan sebagai bengkel untuk pembuatan alatan batu pada zaman Paleolitik. Peralatan batu juga terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Antara jumpaan yang diperoleh ialah batu pelandas, batu pemukul, alat-alat siap dan separuh siap dan sebagainya. Bengkel pembuatan itu wujud dalam semua lapisan kebudayaan, sebagai contoh, untuk lapisan budaya pertama dan kedua, didapati bahawa bahan asasnya dibawa dari tempat yang lain. Kebanyakkan artifaknya bersaiz kecil dan sederhana. Lapisan budaya ketiga ialah kelikir yang in situ juga dan kebanyakkan saiz lapisan budaya ketiga adalah bersaiz sederhana sahaja. Pada lapisan keempat ialah batuan kelikir yang in situ juga dimana ia tidak terganggu oleh masyarakat Paleolitik yang telah menduduki dan membuat alat batu di kawasan tersebut dan saiz ia juga pelbagai tetapi peralatan yang digunakan adalah besar. Bukan itu sahaja, penghasilan batu juga dihasilkan di tapak tersebut iaitu batu jenis tirus. Ia juga mempunyai persamaan dengan alat batu tirus Tingkayu tetapi penghasilannya agak kasar dan sedikit perapian sahaja.


Gambar 1 : Alat Batu Paleolitik

Mokhtar Saidin (n.d.)

Gambar 2 : Alat Batu Paleolitik

Jeffrey (2013)

Peta : Rekonstruksi tasik kuno dan tapak terbuka di Lembah Mansuli semasa kewujudan tasik kuno tersebut. (Sumber: Jeffrey 2013)


Struktur dan rekonstruksi tapak terbuka Mansuli menunjukkan ia berada di persisir tasik kuno yang telah lama wujud (Peta 1). Rekonstruksi ini telah menjurus kepada perubahan tingkah laku masyarakat paleolitik yang menduduki tapak terbuka di mana mereka telah beradaptasi dengan persisir tasik dan kawasan bengkel pembuatan alat batu merupakan endapan kelikir di persisirnya.

Masyarakat yang beradaptasi dengan kawasan endapan kelikir seperti di Lembah Mansuli, mereka menghasilkan alatan batu dari pelbagai saiz iaitu dari saiz kecil kepada saiz yang besar. Berbanding dengan masyarakat yang tidak tinggal di kawasan enapan kelikir, hasil alatan batu yang dihasilkan adalah lebih kecil dan tidak pelbagai. Antara alatan batu yang dihasilkan terdiri daripada alat pebel, alat ketul, dan alat repeh adalah sama di kesemua fasa penghuniannya (Jeffrey 2013, 2015).

Di sini kita dapat mengetahui bahawa msyarakat pada zaman Paleolitik sedikit sebanyak pandai mengadaptasikan diri dengan persekitaran untuk kelangsungan hidup. Kawasan tasik menjadi kawasan utama bagi mereka untuk mencari sumber dari segi makanan dan tempat yang aktif seperti tempat pembuatan alat batu. Selari dengan perubahan persekitaran, alatan untuk kegunaan seharian turut berkembang dan sesuai dengan arus masa.

Peta : Tapak Arkeologi di Sekitar Sungai Perak Kuno

Majid, Z., & H.D.Tjia (1988)

Kota Tampan, Perak

Sungai Perak Kuno memainkan peranan terpenting terhadap zaman dan masyarakat prasejarah di Malaysia. Mokhtar (2006) menyatakan bahawa kawasan berhampiran Sungai Perak Kuno telah didiami sejak dari 100,000-200,000 tahun dahulu sehingga sekarang dan ia merupakan bukti teruta negara. Hal ini kerana masyarakat terdahulu bermula dari masyarakat zaman paleolitik menjadikan kawasan berhampiran sungai sebagai kawasan yang strategik untuk dihuni di samping mudah untuk mendapatkan sumber makanan.

Kota Tampan merupakan kampung yang jauh daripada bandar yang terletak diantara daerah Grik dan Kuala Kangsar Perak dan ia merupakan salah satu tapak kajian terbuka. Di Semenanjung Malaysia, penempatan terawal ditemui di Kota Tampan dimana ia juga merupakan satu tempat yang dikategorikan sebagai tempat wujudnya zaman Paleolitik ataupun dikenali sebagai tempat manusia pada zaman Batu. Hal ini kerana adanya kajian sejak 1938 di mana kajian dimulakan oleh Collings menyebabkan Kota Tampan dimasukkan dalam peta arkeologi dunia dan kemudian dikaji oleh Sieveking pada tahun 1958. Kajian di Kota Tampan turut dilanjutkan oleh arkeologi lain iaitu Zuraina (1989) telah memberikan tarikh 74,000 tahun terhadap zaman paleolitik di Kota Tampan kerana terdapatnya kehadiran debu Toba yang berhubung kait dengan artifak. Kelikir dan batuan sungai di Kota Tampan Zaman menunjukkan ketebalan di antara 30 cm sehingga 70 cm merupakan salah satu spesifikasi untuk masyarakat zaman paleolitik di Kota Tampan untuk membuat alat batuan mereka.

Kota Tampan Perak merupakan salah satu kawasan yang terkenal dengan bengkel alatan batu ketika zaman Paleolitik. Ekskavasi yang telah dijalankan dan diketuai oleh Dato’ Profesor Emiritus Dr. Zuraina Majid telah menemukan bengkel pembuatan alatan batu zaman paleolitik merupakan in situ. Antara batu yang ditemui untuk membuat alat batu terdiri daripada alat penetak, paleo-beliung, alat unifas, alat repehan, alat pelbagai dan alat ketulan, manakala puingan terdiri daripada ketulan, serpihan dan repehan (Zuraina 1989).

Alat repehan merupakan salah satu alat batu yang digunakan oleh masyarakat paleolitik di mana ia digunakan untuk memotong, mengikis dan sebagainya yang dihasilkan daripada ketukan menggunakan batu pemukul. Alat repehan pada zaman paleolitik adalah berbeza mengikut tempat dan geografi masyarakat misalnya di Kota Tampan, alat repehan lebih menjurus kepada bergerigi.


Tapak pencarian artifak di Kota Tampan

Ciri penempatan bagi masyarakat zaman Paleolitik di sekitar Kota Tampan ialah sistem bermasyarakat kerana mereka tinggal dalam kelompok dan melakukan aktiviti harian secara berkumpulan akan tetapi masih lagi hidup berpindah randah dan nomad di samping masih mengamalkan kepercayaan animisme. Sebagai contoh aktiviti yang memerlukan kelompok ialah seperti berburu binatang liar. Mereka juga sudah tahu untuk menggunakan api pada ketika itu untuk bertujuan memanaskan badan dan melindungi diri daripada haiwan ataupun binatang buas yang berada di kawasan hutan. Masyarakat zaman Batu juga akan tinggal berhampiran gua dan sungai kerana berdekatan dengan sumber protein. Selain itu, pada tahun 2005, kajian paleolam telah menunjukkan perbezaan ketinggian pada tahun 1987 dan 2005, kejadian ini telah menyebabkan berlakunya perpisahan oleh paras tasik dan pada tahun 2006. Kota Tampan merupakan sebuah pulau yang besar serta memiliki sumber batu kelikir dan sumber protein yang baik.

Kesimpulannya, Malaysia merupakan salah satu tapak kajian para ahli arkeologi dari seluruh dunia kerana di Malaysia terdapat beberapa kawasan peninggalan penempatan awal untuk dikaji dan mendapatkan keputusan yang tepat untuk memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan tentang kewujudan masyarakat yang terdahulu. Ini juga membuktikan masyarakat Paleolitik merupakan satu komuniti yang hidup secara berkumpulan dan berpindah randah untuk mendapatkan sumber protein yang baik demi meneruskan kelangsungan hidup mereka dan keluarga mereka. Tapak peninggalan sejarah ini haruslah dipelihara dengan baik kerana ia suatu peninggalan yang berguna pada masa akan datang.

Rujukan

Bernama. (November 23, 2018). Lembah Masuli, tapak arkeologi kuno yang berusia ratusan ribu tahun. Diambil daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/23/lembah-masuli-tapak-arkeologi-kuno-yang-berusia-ratusan-ribu-tahun/

Harrisson, T. dan B. Harrisson 1971. The Prehistory of Sabah, Sabah Society Journal Monograph IV.

Jeffrey Abdullah. (2013). Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah dalam Prasejarah Asia Tenggara. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Jeffrey Abdullah. 2013. Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah: Dalam Prasejarah Asia Tenggara. Siri Arkeologi Perdana. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Jeffrey Abdullah. 2014. Pulau Balambangan: Bukti Kebudayaan Paleolitik 17,000-8,000 Tahun Dahulu. Dlm. Mokhtar Saidin dan Jeffrey Abdullah (ed.). Sumbangan Sabah kepada Arkeologi Asia Tenggara: Hasil penyelidikan 20 Tahun (1993-2013). Monograf Muzium Sabah 12: 111-125.

Jeffrey Abdullah. 2015. Kebudayaan Paleolitik di Lembah Mansuli semasa Pleistosen Tengah Hingga Pleistosen Akhir (235,000 -11,000 tahun dahulu). Tesis Doktor Falsafah USM.

Majid, Z., & H.D.Tjia. (1988). Kota Tampan, Perak: The Geological and Archaeological Evidence For A Late Pleistocene Site. Retrieved from JSTOR: https://sci-hub.tw/https://www.jstor.org/stable/41493105?seq=1

Mokhtar Saidin, 2006. 'Kebudayaan Paleolitik Malaysia', PURBA, 25: 38-53.

Mokhtar Saidin. (n.d.). Dari Zaman Batu ke Tamadun Awal di Malaysia. Diambil daripada https://books.google.com.my/booksid=VRatCQAAQBAJ&pg=PA12&dq=tapak+arkeologi+mansuli&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjo36y05orqAhVDjuYKHek2BC0Q6AEINjAB#v=onepage&q&f=false

Zuraina Majid, 1989. Tampanian problem resolved: archaeological evidence of a Late Pleistocene workshop', Modern Quarternary Research in Southeast Asia, ll: 71-96.