Exploring Lembah Bujang Heritage

Pengenalan

Salah satu tempat yang bersejarah dan terkenal di Malaysia ialah Lembah Bujang. Kawasan seluas 144 batu persegi mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman.Kawasan Lembah Bujang ini dianggap mempunyai kedudukan yang strategik kerana berada pembatasan Bukit Choras (bahagian Utara), Sungai Muda (bahagiam Selatan), Selat Melaka (bahagian Timur) dan Lebuhraya Utara-Selatan (bahagian Barat) amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah.

Selain itu, kawasan ini juga merupakan salah satu lokasi tapak kajian arkeologi yang menarik yang terdapat di dalam Malaysia. Penemuan artifak-artifak yang menarik menyebabkan kawasan Lembah Bujang menjadi tarikan bukan sahaja para arkeologi di Malaysia malah menarik ramai pengkaji dari luar negara. Pada tahun 1936, tapak ini ditemui oleh pengkaji Barat dan kajian di tapak ini masih diteruskan sehingga hari ini.


*Ilustrasi keluasan kawasan Lembah Bujang (Di bawah)

Sejarah

Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman yang lalu. Kedudukan ini dianggap strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat tersebut . Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di tempat tersebut. Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha. Lembah bujang berkembang sebagai sebuah petempatan dan pelabuhan kerana mempunyai ciri-ciri yang istimewa. Kebiasaannya, sesebuah tempat atau kawasan dipilih sebagai petempatan adalah berdasarkan beberapa ciri yang menarik .Antaranya ialah mudah dikunjungi kerana kemudahan jalan pengangkutan yang baik, contohnya sungai dan jalan darat kawasan tersebut terlindung daripada bencana semulajadi dan serangan lanun serta keadaan muka bumi Lembah Bujang sangat sesuai sebagai pusat bekalan makanan yang mudah didapati dan diperolehi.

Kemudahan jalan air ini dikatakan menarik minat para pedagang untuk singgah di Lembah Bujang. Para pedagang terutamanya dari China akan menggunakan jalan air ini sebagai jalan pintas untuk pergi ke pelabuhan kerajaan-kerajaan lain. Pedagang daripada China dan India, kedua-dua negara ini memerlukan tempat yang seseuai untuk mereka bertukar-tukar barang dagangan. Selalunya, tempat yang terletak di pertengahan jalan perdagangan kedua-dua negara akan dipilih sebagai pelaburan pertukaran barang. Lembah Bujang dilihat sebagai tempat yang sesuai di kalangan para pedagang untuk dijadikan pelabuhan untuk bertukar dan menyimpan barang yang mereka bawa ketika belayar. Para pedagang memerlukan tempat untuk berlindung daripada angin monsun, Lembah Bujang berfungsi sebagai tempat menunggu pertukaran angin monsun di Selat Melaka dan Laut China Selatan.Perkara ini memaksa para pedagang mencari tempat untuk berlindung dan Lembah Bujang merupakan tempat yang sesuai untuk pedagang-pedagang berlindung.


Para pedagang juga turut berdagang dengan penduduk-penduduk tempatan di sekitar Lembah Bujang.Kawasan Lembah Bujang memang didiami oleh masyarakat pribumi yang terdiri daripada Orang Asli dan mengamalkan sistem ekonomi sara diri bergantung kepada pertanian dan hasil hutan .Barang-barang ini sangat diperlukan oleh para pedagang untuk perdagangan mereka, manakala masyarakat tempatan memerlukan barangan seperti kain, rempah, pinggan mangkuk, tembikar, barang pertukangan untuk keperluan kegunaan harian mereka .Masyarakat Asli ini mengamalkan fahaman animisme dan mudah menerima nilai-nilai baru. Ini memudahkan para pedagang yang membawa bersama para mubaligh bagi mengembangkan ajaran agama mereka . Pedagang India telah berjaya mengembangkan agama Hindu dan Buddha pada abad ke-5 di Lembah Bujang ,dan penduduknya dan tiada langsung memberi penentangan daripada masyarakat tempatan untuk mengikut agama baru . Lembah Bujang kerana mempunyai banyak air terjun dan subur untuk pertanian. Menurut ajaran agama Hindu, tempat tinggi seperti Kaki Gunung Jerai adalah tempat yang suci. Oleh itu, mereka memilih Lembah Bujang untuk mengembangkan Agama Hindu kerana mempunyai kelebihian tersebut .Abad ke-4 hingga abad ke-11 merupakan zaman kegemilangan Lembah Bujang kerana Lembah Bujang telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting di antara Laut Mediteranean dan China. Hasil daripada berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya telah banyak membantu Lembah Bujang menjadi sebuah pelabuhan yang pesat dan penting .Ramai pedagang yang singgah di sini untuk berdagang dan bertukar barang. Para pedagang China memberi nama Lembah Bujang sebagai "Yeh-po-ti" dan "Chieh Cha", manakala pedagang India pula menggelarkan Lembah Bujang sebagai "Kataha", Dan pedagang dari Arab mengenalinya sebagai "Kalah" atau "Qalha".

Peninggalan Agama Hindu - Buddha yang ditemui di Lembah Bujang merupakan kesan daripada sejarah lama dan proses kemasukan agama Hindu - Buddha melalui perdagangan. Ia juga menunjukkan bahawa "Proses Penghinduan" atau "Indianisasi" berlaku dengan ketaranya di utara Tanah Melayu. Kerajaan Melayu merupakan satu kerajaan yang hebat di mana ketamadunannya telah bermula sejak berkurun lamanya tanpa kita sedar. Walaupun teknologi pada masa tersebut belum canggih pada masa itu, namun, orang Melayu mampu berdiri sendiri untuk membina sebuah pusat perdagangan terpenting di antara Laut Mediteranean dan China. Dalam pada masa yang sama dapat menjadi pusat keagamaan yang hebat.


(Di bawah) Artifak yang ditemui oleh para pengkaji.

Kawasan laluan perdagangan zaman Kedah Tua

Ilustrasi kawasan Lembah Bujang

Artifak yang ditemui di sekitar kawasan Lembah Bujang.

Tapak Candi Lembah Bujang

References

Lembah Bujang Archeological Musuem (2020). Retrieved from: http://www.jmm.gov.my/en/museum/lembah-bujang-archaeological-museum

Affifuddin Omar. 2009. 'Pembangunan warisan kerajaan Melayu Lembah Bujang'. Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang, 31 March-1 April, Kedah.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2009. Penemuan Arkeologi dan Cabaran untuk Memperkasakan Penyelidikan Warisan Lembah Bujang. Prosiding Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang. 31 March-1 April, Kedah.

Prepared by:

Mohd Adip Harith Ong Bin Muhammad Danial Ong

Mohd Sofyan Bin Kamaruddin

Siful Zaireen Bin Zainodin

Muhammad Ridzuan Bin Sihussein