KEUNIKAN

LEMBAH BUJANG



KUMPULAN 1

Muhammad Arif bin Mohd Rozib (59721)

Syahin Afif bin Jamin (67852)

Marilyne anak Igan (66575)


PENGENALAN

Lembah Bujang merupakan sebuah tapak peninggalan sejarah yang terletak di Seberang Prai, Kedah. Kajian terhadap tapak di Lembah Bujang adalah pertama kali dilakukan oleh Kolonel James Low yang merupakan residen di Pulau Pinang pada sekitar tahun 1840-an. Ia merupakan kajian terhadap pengaruh Hindu-Buddha pada kawasan tersebut. Penemuan Kolonel James Low ini telah mendapat sambutan serta tarikan hebat dalam kalangan penyelidik seperti ahli sejarah dan ahli arkeologi barat. Walau bagaimana pun, penyelidikan beliau tidak dapat dianggap sebagai data arkeologi yang lengkap dan ia lebih kepada catatan kerana data yang telah diperolehi lebih cenderung ke arah deskripsi. Penyelidikannya menyebut tentang runtuhan bangunan candi, arca dan inskripsi batu. Beberapa andaian James Low mengenai kedatangan Islam di Kedah telah disokong oleh catatan Hikayat Merong Mahawangsa. Awal kemasukan Islam oleh Syeikh Abdullah merupakan faktor kepada musnahan berhala yang ditemui oleh James Low. Penelitian terhadap penemuan struktur asas tapak bangunan laterit dengan kawasan sekitar 22 kaki 6 inci x 23 kaki 6 inci juga telah dilakukan di bahagian selatan puncak Gunung Jerai dan kemudiannya diteruskan oleh Quaritch-Wales. Sebelum perang dunia kedua, penyelidikan di Lembah Bujang mula menunjukkan peningkatan kemajua. Kaedah arkeologi mula digunakan dengan menggali cari dan memperlihatkan struktur binaan candi.


Kawasan Lembah Bujang yang terletak di persisiran pantai dan sungai yang menyebabkan wujudnya penempatan – penempatan awal di sekitar kawasan Lembah Bujang. Kawasan Lembah Bujang dikaitkan dengan kewujudan dan kemunculan Kedah Tua pada abad ke-4 yang merupakan kerajaan maritim antara yang terawal di Asia Tenggara. Pada masa lalu, masyarakat memerlukan keperluan asas seperti makanan dan minuman untuk terus menjalani kehidupan mereka dan kawasan Lembah Bujang merupakan kawasan yang sangat strategi bagi mereka. Lembah Bujang juga mempunyai sungai dan jalan darat yang baik untuk menghubungkan mereka dengan masyarakat lain. Kawasan Lembah bujang yang sangat strategik juga kerana mempunyai gunung ganang di sekitar kawasan penempatan mereka menyebabkan masyarakat yang mendiami kawasan tersebut dilindungi daripada angin monsun yang melanda setiap tahun. Pada masa lalu, kawasan lembah bujang merupakan kawasan perdagangan antarabangsa yang sangat terkenal di Asia Tenggara. Ia berikutan terdapat penemuan pelabuhan oleh pakar sejarah serta dikukuhkan lagi dengan penemuan kilang memproses bijih besi yang sudah pasti menjadikan ia sebagai pusat pelabuhan yang sibuk pada masa lalu. kedudukan kawasan Lembah Bujang yang menjadi penghubung antara timur dan barat menarik lebih ramai pedagang dari pelusuk dunia untuk meluaskan dagangan mereka di Asia Tenggara. Mereka menjadikan Lembah Bujang sebagai tempat Pelabuhan dan transit bagi kapal – kapal yang ingin berehat atau ingin membaiki kapal mereka (Sukri, 2012).


Pada masa lalu juga, sistem barter telah diperkenalkan di mana sistem ini merupakan sistem pertukaran barang antara satu sama lain. Pada ketika itu, manusia telah maju kehadapan berbanding zaman – zaman sebelum ini di mana apabila mereka ingin sesuatu, mereka akan bertukar barang antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan mereka seperti makanan rempah ratus, haiwan ternakan dan sebagainya. Kebiasaannya mereka akan pergi ke kawasan Lembah Bujang sebagai kawasan pertukaran kerana di sana merupakan tempat pelbagai barangan yang ada sama ada dijual oleh penduduk tempatan atau pedagang – pedagang di negara – negara lain seperti timur tengah Asia Barat. Hal ini secara tidak langsung menjadikan Lembah Bujang merupakan pusat perdagangan serantau antara yang sibuk pada masa itu. Selain itu, bagi pedagang – pedagang antarabangsa, kebiasaannya mereka akan mewujudkan tempat pertukaran barang dan kebiasaannya mereka memilih negara yang berada di tengah – tengah negara mereka. kebiasaannya antara pedagang -pedagang China dan India. Mereka memilih kawasan negara yang berada di tengah – tengah negara mereka sebagai kawasan transit untuk pertukaran barangan mereka dan memilih Lembah Bujang sebagai pusat transit pertukaran barang mereka. Hal ini dibuktikan dengan penemuan seramik China oleh penyelidikan semasa membuat cari gali di kawasan Lembah Bujang. Mereka selalunya akan berlabuh di kawasan Lembah Bujang dalam tempoh yang lama. Secara tidak langsung akan membolehkan penduduk tempatan bertukar – tukar barangan dengan mereka. Secara tidak langsung perniagaan dapat berlaku pada sekitar abad ke - 4 hingga abad ke – 11 (Khaw, 2011). Pada ketika itu, Lembah Bujang di duduki oleh penduduk orang asli dan pribumi dan mereka bergantung kepada hasil laut dan hutan seperti rotan dan damar untuk menyara kehidupan mereka. pedagang luar datang membolehkan mereka menukar barangan mereka dengan lebih banyak lagi.


Kenapa pedagang – pedagang yang datang dari pelusuk dunia memilih kawasan Lembah Bujang sebagai pusat transit mereka dan pusat pelabuhan mereka? Hal ini disebabkan beberapa faktor utama yang mendorong mereka menjadikan Lembah Bujang sebagai pusat Pelabuhan mereka. Di samping permintaan sumber keperluan yang mendorong pedagang berdagang di kawasan tersebut, faktor muka bumi juga memainkan peranan utama bagi pedagang yang menggunakan kapal -kapal laut untuk berlabuh di kawasan Lembah Bujang. Persisiran pantai yang dalam memudahkan pedagang untuk melabuhkan kapal dagangan mereka. pantai yang cetek akan menyukarkan lagi kapal laut untuk berlabuh. Selain itu, Peranan Gunung Jerai Ketika itu sangat membantu bagi pedangang -pedagang luar sebagai penunjuk arah kepada mereka yang menandakan kawasan gunung tersebut dapat dijadikan kawasan transit dan pelabuhan mereka. Setiap tahun, negara - negara asia tenggara akan menerima monsoon di mana angin sangat kuat melanda. Kawasan Lembah bujang yang terlindung dengan kawasan Gunung Jerai sedikit sebanyak menghalang angin monsun dari membadai kapal – kapal mereka. hal ini membuatkan pedagang – pedagang lebih selesa berada disitu kerana kebiasaannnya pedagang akan berlabuh untuk tempoh jangka masa yang lama (Adam, Khaw & Saidin, 2018).

Pada masa lalu, setiap orang yang belayar mempunyai tujuan – tujuan yang berbeza. Bukan sahaja untuk berdagang semata – mata tetap ada yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan agama mereka di setiap pelusuk dunia khususnya di kawasan – kawasan negara asia tenggara. Lembah Bujang juga tidak terkecuali dengan sebaran agama yang di bawa oleh pedagang – pedagang khususnya pedagang di timur tengah dan eropah. Pada Ketika itu, orang – orang yang tinggal di Lembah Bujang merupakan animisme. Oleh kerana hal yang demikian, agama Hindu-Budha di sebarkan ke kawasan asia tenggara dan tidak terkecuali kawasan Lembah Bujang kerana pada Ketika itu masyarakat di sana bersikap terbuka dan berlapang dada untuk menganutinya. Hal ini dibuktikan lagi dengan penemuan – penemuan candi yang banyak di sekitar kawasan Lembah Bujang. Candi merupakan kawasan penyembahan bagi penganut agama Hindu Budha untuk mengamalkan tradisi mereka. Pada ketikaa itu juga ada yang masih menganut fahaman anismisme sebagai kepercayaan mereka walaupun agama Hindu-Budha telah ramai yang menganutnya. Kemudian, Pedagang -pedagang khususnya dari timur tengah telah datang berniaga di kawasan Lembah Bujang dan secara tidak langsung menyebarkan agama Islam pula kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut. Disebabkan itu, bermula penapakan agama Islam di Asia Tenggara. Penganut agama Islam semakin ramai apabila ada penduduk tempatan yang berkahwin dengan pedagang timur tengah dan melahirkan zuriat yang ramai sekitar dan menetap di kawasan Lembah Bujang untuk sekian waktu yang lama (Ramli, Samsudin, Hadrawi &Duli, 2015).


Oleh hal yang demikian, Lembah Bujang boleh dikatakan sebagai satu tempat yang penuh misteri kerana sehingga kini, lebih banyak pengkajian di Lembah Bujang masih diteruskan kerana semakin lama pengkajian diteruskan, semakin banyak misteri yang terkubur disingkap oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Banyak artifak dan tinggalan sejarah yang boleh dijumpai di sini dan dipertontonkan kepada orang ramai di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Melalui artifak-artifak inilah para pengkaji dapat mengkaji dan menyimpulkan bahawa pada suatu ketika dahulu Lembah Bujang pernah menjadi sebuah tempat pelabuhan yang terkenal malahan ianya dapat dibuktikan juga dengan perubahan kepercayaan masyarakat yang tinggal disitu pada suatu masa dahulu. Hal ini dapat dilihat dengan wujudnya candi-candi yang ditemui di sekitar kawasan Lembah Bujang menunjukkan bahawasanya, sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat di sekitar kawasan Lembah Bujang telah menganuti agama Hindu-Budha.

Disamping itu, kawasan Lembah Bujang yang strategik untuk aktiviti perdagangan telah meningkatkan potensinya untuk menjadi tumpuan para pedagang pada zaman dahulu. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan seramik dari China semasa proses cari gali dilakukan. Kewujudan Lembah Bujang ini bukan sahaja menjadi bukti kepada kita tentang tamadun awal manusia di Tanah Melayu malah Lembah Bujang juga menarik para pengkaji untuk membongkar suatu misteri yang tidak pernah kita fikirkan. Justeru itu, haruslah kita sebagai rakyat Malaysia yang ingin mengetahui asal usul tempat kita sendiri untuk mendalami lagi dan mengumpul maklumat serta mengkaji akan keunikan di tempat kita sendiri.


Rajah 1 : Peta kawasan Lembah Bujang

Khaw (2011)

Rajah 2 : Salah sebuah Candi yang terdapat kawasan tapak cari gali

Adam, Khaw, dan Saidin (2018)

Rajah 3 : Tembikar China yang di jumpai di tapak cari gali

Sukri (2012)

RUJUKAN

Adam, A., Khaw, N, R. & Saidin, M. (2018). Pengkalan Bujang Sebagai Pusat Perdagangan

Kedah Tua: Analisis Berdasarkan Seramik China. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 11(2), 151 - 168

Khaw, N, R. (2011). Pensejarahan Kedah Tua: Satu analisis sosioekonomi (Unpublished

masters thesis). Universiti Sains Malaysia; Pulau Pinang.

Ramli, Z., Samsudin, Hadrawi, M., & Duli, A. (2015) Arkeologi, Sejarah dan Budaya.

Institut Alam dan Tamadun Melayu: S&T Photocopy Center.

Sukri, S, N. (2012). Lembah Bujang Misteri Yang Tersingkap. Pulau Pinang: IPG Kampus

Pulau Pinang Publishing Sdn. Bhd.