Ucaptama 1: Pendidikan terganggu, pendidikan dirangka semula
YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin merupakan mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Seorang tokoh pendidikan yang tiada tolok bandingannya. Beliau telah memberikan sumbangan yang jitu kepada pendidikan negara sebagai pemimpin, peneraju inisiatif-inisiatif transformasi pendidikan dan pelibatan yang aktif sebagai ahli pemikir pendidikan. Sepanjang 35 tahun perkhidmatan dalam bidang pendidikan, beliau telah memegang berbagai portfolio bermula dengan jawatan guru, Pengetua, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Ketua Sektor di Jabatan Pendidikan, Timbalan Pengarah di beberapa bahagian di Kementerian Pendidikan, Timbalan Rektor Institut Pendidkan Guru Malaysia, Pengarah Institut Aminuddin Baki , Ketua Project Management Office (PMO) yang kini dikenali sebagai PADU, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran di Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, dan Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, sebelum diberi kepercayaan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 19 Oktober 2017. Ketokohan beliau amat terserlah dalam membentuk dan menggerakkan transformasi di setiap organisasi yang beliau terajui. Datuk Dr. Amin bin Senin juga merupakan seorang pemikir yang sentiasa mencetuskan idea-idea konstruktif dalam mencorak arus pendidikan negara terutama apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau telah memulakan gerak kerja KPPM dengan pendekatan Melangkah Kehadapan dan Naratif Baharu Pendidikan dengan memberi fokus kepada connecting the dots (merungkai titik-titik) dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Datuk Dr. Amin Senin telah memberi petunjuk yang jelas dengan mengubah lanskap pendidikan negara melalui Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PSSR) yang mengubah minda pendidik dalam membangunkan potensi dan pencapaian murid.
Kecemerlangan beliau semakin terserlah apabila beliau terlibat aktif dalam pelbagai platform pendidikan dalam dan luar negara. Beliau sering terlibat dalam forum dan persidangan antarabangsa dalam membincangkan isu-isu pendidikan kontemporari serta kompleksiti pendidikan masa kini. Ketokohan Datuk Dr. Amin telah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila beliau dianugerahkan Global Awards for Excellence in Education Leadership and Teaching di World Education Congress di India pada 4 Julai 2019. Seterusnya, beliau dipilih sebagai Ikon Tokoh Membaca 2019 apabila beliau telah membaca beratus buku pendidikan selain beliau juga merupakan seorang pencinta sejarah dan sentiasa meneroka ilmu ketamadunan dunia. Beliau turut terlibat secara luas dalam penulisan dan mencetus idea-idea yang kreatif dan inovatif. Antara penulisan beliau adalah Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Best Practices in Educational Management and Leadership: Identifying High Impact Competencies for Malaysian School Principals dalam Academia.edu. Selain daripada bidang penulisan beliau juga menerajui satu pasukan penyelidik di Institut Aminuddin Baki dalam mengkaji kompetensi pemimpin sekolah Malaysia. Kajian ini akhirnya telah menghasilkan KOMPAS ©, satu aplikasi atas talian yang dapat mengenal pasti tahap kompetensi pemimpin sekolah yang dapat dijadikan asas kepada program pembangunan kompetensi mereka. Banyak sumbangan dan pengorbanan Datuk Dr. Amin bin Senin yang tidak boleh diukur dengan nilai ringgit dalam memastikan kelangsungan agenda pembangunan pendidikan negara. Kewibawaan beliau terbukti melalui ungkapan yang beliau perkenalkan sebelum bersara iaitu Miskin Tegar Pendidikan dan Education is in my blood, kata-kata ini membuktikan kesungguhan dan komitmen beliau sepanjang berkhidmat sebagai pendidik.
Ucaptama 2: Guru sarjana
Nurahimah Mohd. Yusoff is a Professor of Curriculum and Instruction at the School of Education and Modern Languages, College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia (UUM). Her research interests include curriculum design and development, learning and teaching in higher education, educational evaluation, and qualitative research. She is very passionate about teaching and was a recipient of the UUM Distinguished Teacher Award in 2010. She has engaged in many research projects, receiving grants from various agencies, including the Canterbury Christ Church University, UK; the Malaysian Ministry of Higher Education (MoHE), Higher Education Leadership Academy of MoHE (AKEPT) and UUM. She has published many refereed papers and presented papers at local and international conferences. Over the last 31 years at UUM, she had served as the Director of the University Teaching and Learning Centre (UTLC) and was the Head of Taskforce for the UUM Teach for Malaysia (PGDE) and the Doctor of Education programmes. Since 2010, she has been involved in the training of Master Trainers in the areas of Scholarship of Teaching and Learning (SoTL), Curriculum Development, Management and Development (CDMD), Student Supervision (SSV) and Instructional Design and Strategies (IDS) for higher education academic leaders. In these Training of Trainers (ToT) programs at AKEPT, she and her colleagues integrate theory, research, and practice to empower academic leaders to improve their teaching-learning and supervision skills. Professor Dr. Nurahimah is currently the Director of Academic Excellence Development Unit at the Department of Academic Affairs, UUM.