Faizah binti Elias merupakan seorang pelajar sarjana dalam Teknologi Pendidikan dan kini bertugas sebagai guru di SK Kampong Melayu Kluang Johor. Merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Portal e-Jauhar Negeri Johor dan kerap memberikan kursus kepada rakan - rakan guru di dalam Malaysia berkaitan dengan pengurusan digital sekolah. Pernah mendapat tempat ketiga sebagai guru innovatif dalam pertandingan innovasi peringkat Negeri Johor 2020 dan telah menyertai pertandingan pengurusan digital sekolah di peringkat antarabangsa IIMOS pada tahun 2020 dengan mendapat GOLD AWARD FIRST PLACE. Walaupun merupakan seorang guru biasa, namun sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam bidang Bahasa Arab ini
Raihani binti Esa, merupakan seorang guru pemulihan yang banyak memberi bimbingan tentang murid lemah di sekitar Daerah Kluang. Beliau telah berpengalaman dalam bidang pemulihan sekitar 15 tahun dan kini berkhidmat di SK Kampong Melayu Kluang Johor. Beliau menjadi Jurulatih Utama pemulihan khas di Daerah Kluang. Telah memenangi anugerah kajian dan penulisan terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2019 dan 2020.
Nur Saadah Binti Johri. Berkhidmat di SK Kampong Melayu. Berpengalaman mengajar Bahasa Arab Sekolah Rendah selama 15 tahun. Merupakan Jurulatih Utama Bahasa Arab Daerah Kluang dan Negeri Johor. Selaku Jawatankuasa Penilaian Bahan Bahasa Arab dalam Aplikasi pembelajaran bahasa Arab 'e-jauhar'. Sentiasa terlibat dengan aktiviti-aktiviti pembangunan bahasa Arab sama ada diperingkat sekolah, daerah mahupun negeri.
Norzaidi bin Jamiluddin merupakan Guru Besar yang berkhidmat di SK Kampong Melayu Kluang. Pernah berkhidmat di PPD Kluang selama 4 tahun. Menjadi pembentang amalan - amalan baik pendidikan di seluruh negeri kepada semua guru besar dan pengetua. Kerap memenangi pembentang terbaik dalam simposium pendidikan. Menjadi pembimbing kepada peserta - peserta NPQEL di bawah IAB. Membawa SK Kampong Melayu sebagai pemenang pengurusan kaunseling dan disiplin saban tahun.
Kata Kunci: Kosa Kata, Gamifikasi, Augmented Reality, Bahasa Arab
Noor Hidayah binti Halal merupakan pelajar di Fakulti Pendidikan, UKM dalam bidang Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pedagogi) tajaan KPM. Berpengalaman selama 14 tahun dalam bidang Pendidikan Sains dimana 7 tahun sebagai seorang guru dan 5 tahun sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, KPM. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Sains) daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2007. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pendidikan melibatkan pengurusan kewangan, Sekolah Berprestasi Tingggi (SBT) dan pengurusan dasar SBP. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menerima 2 kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2013 dan 2017. Beliau juga merupakan panel penulis Buku Naratif Kelestarian Kecemerlangan Sekolah. Kini beliau sedang menjalankan kajian berkaitan Kompetensi Guru Sains Terhadap Pedagogi Responsif Budaya.
Kata Kunci: Pembangunan Modul, Model ASIE, PLC
Dr Dewani binti Goloi mempunyai kelayakan Sarjana Muda Sains serta Sarjana dan PhD dalam bidang Pengukuran dan Penilaian. Berpengalaman sebagai guru matematik dan sains sekolah menengah selama 10 tahun dan guru Tingkatan 6 bagi mata pelajaran biologi. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pembina instrumen pentaksiran di Lembaga Peperiksaan Malaysia selama 5 tahun sebelum berhijrah ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia. Sepanjang berkhidmat di BPPDP beliau pernah bertugas sebagai National Research Coordinator TIMSS 2009 dan Program Manager PISA 2012. Beliau merupakan Pengurus Program bagi Inisiatif Pengukuhan STEM PPPM 2013-2025 bagi Gelombang 1 dan terlibat secara langsung dalam penggubalan pelan strategik pendidikan STEM dalam Rancangan Malaysia ke-11. Beliau mempunyai tauliah sebagai Ketua Juruaudit MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM QAS International. Kini beliau berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah di Sektor Penyelidikan dan Penilaian BPPDP dan terlibat secara aktif dalam aktiviti pembudayaan kajian tindakan dan juga sebagai Ketua Unit Kebolehlaksanaan Program Pendidikan.
Keywords: action research, catalyst, COVID-19 pandemic, future education, observation, reflection, planning, action