Tema 4
Pendidikan Terganggu, Pendidikan Dirangka Semula
Pendidikan Terganggu, Pendidikan Dirangka Semula
Dahiyawati binti Masri merupakan Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa di SMK Seri Sembrong, Kluang Johor. Mula berkhidmat sebagai guru pada 12 September 2005, dan baru sahaja berkhidmat 16 tahun dalam bidang pendidikan sehingga kini. Mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) dengan kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Berkhidmat hampir 11 tahun di SMK Seri Sembrong sejak pembukaan sekolah tersebut pada 16 Februari 2011. Cikgu Dahiyawati binti Masri juga adalah sebagai Guru Penyelaras Murid Orang Asli di sekolah sejak Jun 2019 hingga kini selain daripada sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa. Pada 3 hingga 5 Ogos 2021 yang lepas, Cikgu Dahiyawati berpengalaman dan merupakan percubaan kali pertama beliau sebagai salah seorang pembentang kertas penulisan daripada 170 orang peserta dengan tajuk kajian beliau ‘Keberkesanan Kaunseling Kelompok Adlerian Dalam Meningkatkan Self Esteem Murid Orang Asli Dari Berisiko Cicir Di Sekolah Menengah’ secara dalam talian di ‘5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021’ anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim (IPGKTI) Johor Bahru, Johor. Refleksi beliau terhadap diri beliau sendiri, beliau seolah-olah tiada keyakinan dan kepercayaan bahawa beliau mampu untuk mencabar diri untuk mencuba menulis penulisan ilmiah walaupun tiada pengalaman tersebut. Walaupun penulisan beliau masih banyak kelompongan yang perlu beliau buat penambahbaikan, namun sedikit sebanyak telah memberikan pengalaman untuk beliau mencuba dan merupakan proses pembelajaran bagi beliau. Menurutnya, sebelum ini beliau hanya lebih gemar membuat penulisan pendokumentasian sesuatu pelaporan hanya untuk simpanan pendokumentasian perkhidmatan beliau semata-mata sahaja. Semoga pengalaman bermakna yang ditimba ini akan menjadi langkah permulaan untuk beliau lebih berusaha membuat penambahbaikan dalam penulisan ilmiah pada sesi akan datang.
Kata Kunci: sistem warna ‘wPdPR’, pola penglibatan murid, berisiko cicir
Asmah binti Ahmad merupakan Setiausaha Kokurikulum dan Penyelaras Matematik Tambahan di SMK Sierramas. Sebelum ini memegang jawatan Setiausaha PIBG dan Penolong Setiausaha Peperiksaan di SMK Sierramas pada tahun 2020. Mempunyai kelayakan dalam bidang Sains dan Pendidikan dari Universiti Malaya (UM). Karier guru bermula di SMK Kiaramas,Kuala Lumpur dari 2005 -2018 dengan memegang jawatan Ketua Panitia Matematik dan Penyelaras APDM. Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2009. Mempunyai pengalaman dengan menyertai sebanyak lima penyertaan kajian tindakan di pelbagai peringkat seperti kebangsaan dan antarabangsa bagi tahun 2021. Anugerah yang diterima adalah Pemenang Selari Terbaik Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-28 pada tahun 2021.
Jagdave Singh a/l Avtar Singh melanjutkan pengajian di USM bermula 1988-1992 untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan). Pada tahun 2004 pula telah berjaya mendapat ijazah Sarjana Teknologi Pendidikan di Universiti Malaya. Karier guru bermula di SM Telemong, Pahang dari 1992-1997. Mulai 1998 sehinggalah 2015 berkhidmat semula di SMK Puchong Perdana, Selangor. Mendapat kenaikan pangkat sebagai PK Kokurikulum di sekolah yang sama pada 2012 dan seterusnya sebagai PK Hem di sekolah baharu, SMK Puchong Jaya B (2015-2017). Telah ditempatkan di SMK Sierramas sebagai pengetua yang keempat pada 25 September 2017 sehingga 10 September 2021. Kini berkhidmat sebagai Pengetua Cemerlang di SMK Taman Melawati. Mendapat anugerah Pengetua Cemerlang pada tahun 2020. Sepanjang berkhidmat selama 29 tahun, beliau banyak menghasilkan penyelidikan dalam bidang pengurusan sekolah pedalaman. Kajian-kajian ini telah di bentang dalam pelbagai seminar peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Anugerah yang diterima adalah Pemenang Selari Terbaik Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-28 pada tahun 2021.
Nor Azlina binti Kamrullah merupakan Penyelaras Google Classroom SMK Sierramas dan juga jawatankuasa ICT sekolah. Mempunyai kelayakan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam sepanjang tahun 1999 sehingga 2004. Kini sedang mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang Pengajian Syariah di UM. Memulakan karier sebagai pendidik bermula pada tahun 2005 dan telah ditempatkan di SMK Taman Selayang , Selangor sebagai guru Pendidikan Islam. Telah menabur bakti selama lebih kurang 16 tahun di beberapa sekolah dan berkhidmat di SMK Sierramas sejak tahun 2015 sehingga kini. Komited dengan tugas sebagai guru disiplin sejak mula berkhidmat di sekolah pertama iaitu pada tahun 2005 hingga kini. Sumbangan dalam kajian tindakan adalah mewujudkan serta memurnikan Portal SMK Sierramas.
Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR),Google Form, Google Classroom, Google Sites, Jamboard, Padlet, Canva, Ts25, e-Portal Sierra