Forum 1
Pendidikan berkualiti untuk generasi milenial meneroka masa hadapan
Moderator
YBrs. Prof. Dr. Asmawati binti Suhid
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
Profesor Dr. Asmawati Suhid memulakan karier sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998. Sebelum ini, beliau merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia sejak 1990 hingga 1998. Kini, beliau merupakan Profesor di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Profesor Dr. Asmawati Suhid memegang ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti Putra Malaysia dalam bidang Pendidikan Islam (Pedagogi), Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Islam) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Diploma Lanjutan dalam Pendidikan (Pendidikan Islam) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (Kepujian Kelas Pertama) daripada Universiti Malaya. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Pendidikan Islam. Beliau banyak memegang jawatan di fakulti seperti sebagai Ketua Jabatan di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan (2009 hingga 2016), Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah (2016 hingga 2017), Penyelaras Unit Pendidikan Islam, Penyelaras Unit Pendidikan Moral dan jawatan kuasa lain di peringkat Universiti dan Fakulti. Beliau merupakan mantan Presiden Persatuan Wanita UPM (PERMATA) bagi sesi 2018-2020. Profesor Dr. Asmawati Suhid banyak berkolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, JAKIM, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Politeknik. Sepanjang perkhidmatannya, beliau banyak terlibat sebagai pakar rujuk dan pakar perunding bagi pelbagai agensi. Beliau juga merupakan panel penasihat pakar dan akademik di dalam dan luar negara seperti Sekolah Islam Terpadu Hidayah, Bogor, Indonesia, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Kolej Profesional Baitul Mal, Kuala Lumpur, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, LEPAI, dan Univerisiti-universiti Awam. Profesor Dr. Asmawati Suhid terlibat secara aktif dalam penulisan artikel, bab buku dan buku. Beliau juga banyak menjalankan penyelidikan dalam dan luar negara bersama pelbagai agensi. Dapatan penyelidikan beliau telah dibentangkan di konferens/seminar kebangsaan dan antarabangsa serta telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal samada dalam dan luar negara. Profesor Dr. Asmawati Suhid telah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang daripada Universiti Putra Malaysia setiap tahun dan Anugerah Pengajar Cemerlang daripada Fakulti. Beliau juga telah memenangi beberapa pingat dalam Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi.
Ahli Panel
Norhailmi bin Abdul Mutalib
SMK Jerlun, Ayer Hitam, Kedah
Norhailmi Abdul Mutalib merupakan Guru Cemerlang Sains di SMK Jerlun, Kedah. Menguasai pelbagai kepakaran dalam amalan bilik darjah; dan pengajaran kreatif bagi STEM and Pembelajaran Abad ke-21. Menerusi pelbagai siri latihan pembangunan professional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pendidikan STEM, beliau juga merupakan salah seorang Tenaga Pengajar Utama bagi pendekatan Inquiry-Based Science Education (IBSE) untuk guru Malaysia. Norhailmi memulakan kerjaya sebagai guru di Sarawak, sebelum berkhidmat di sekolah semasa beliau di Kedah sekarang. Membina kepakaran menerusi pengalaman secara hands-on dalam bengkel secara bersemuka dan atas talian, beliau mengembangkan amalan berkongsi pengetahuan dengan seluruh guru di Malaysia. Penyertaan dalam bengkel latihan guru di dalam dan luar Malaysia membantu beliau menguasai kemahiran pedagogi STEM. Ini termasuk penyertaan dalam Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme 2015, Honeywell Educators at Space Academy (USA) 2018, dan International High School Teacher Programme (Geneva) 2019. Kemahiran mengintegrasikan teknologi digital dalam bilik darjah juga, membolehkan perkongsian pengetahuan merentas lokasi sehingga ke negara ASEAN.
Ang Pei Sun
SJK (C) Phui Choi, Kamunting Taiping, Perak
Ang Pei Sun merupakan guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di SJK(C) Phui Choi dari tahun 2017 sehingga kini. mendapat Ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2020 dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah di Institut Pendidikan Guru Cawangan Perlis pada tahun 2010. Sebelum dilantik sebagai Guru Penolong Kanan, beliau adalah guru akademik di SJK (C) Siu Siu dari tahun 2010 - 2017. Kepakaran dan pengalaman beliau telah menjadikan beliau salah seorang Top 100 guru PAK-21 serta penerima Anugerah Edufluencer kpm pada tahun 2019. Manakala tahun 2021, beliau dianugerahkan juga sebagai Ambassador Classdojo dan Advanced Advanced Nearpod Certified Educator. Falsafah hidup yang tinggi menjadikan beliau sangat komited dalam profesion pendidikan ini dan telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2014.
Kalaichelvi a/p Jayamohan
SJKT Jalan Fletcher, Kuala Lumpur
Kalaichelvi A/P Jayamohan bertugas sebagai Guru Pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Fletcher, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Pendidikan – Pemulihan Khas dari IPG Kampus Bahasa Melayu. Semasa dalam perkhidmatan, beliau berjaya menamatkan Ijazah Sarjana dalam Pendidikan Sekolah Rendah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2015. Beliau sangat aktif dalam bidang pemulihan dan antara penglibatan beliau ialah sebagai Jurulatih Utama selama 4 tahun dan terpilih sebagai AJK Persatuan Guru Pemulihan Kuala Lumpur. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2012, Edufluencer KPM, Naib Johan Guru Inovatif Peringkat Negeri serta 100 Peserta Terbaik Kempen PAK21. Dalam tahun 2021, penerima Gold Award dalam International Digital Innovation & Invention Challenge, Anugerah Perak dalam Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah dan Pingat Perak dalam Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa IPG Kampus Dato’ Razali Ismail (SeRai).
Muhammad Nazmi bin Rosli
SK Luagan, Lawas, Sarawak
Muhammad Nazmi bin Rosli, merupakan guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Luagan, Lawas, Sarawak. Berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri tahun 2016. Beliau memulakan profesion sebagai guru di SK Long Sukang selama 4 tahun sebelum berpindah ke SK Luagan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pada tahun 2017 beliau mencipta satu inovasi ‘The Danger Room’ dan mendapat pengikhtirafan pada tahun 2019 sebagai salah satu Amalan Terbaik Abad Ke-21 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kejayaan ini telah memartabatkan beliau sebagai Guru Adiwira PAK21. Pada tahun yang sama, beliau merupakan salah seorang Top 100 Malaysia Edufluencers oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s dan Duta Gamifikasi Pembudayaan Kreatif oleh Universiti Malaysia Sarawak. Pada tahun 2021 beliau telah memenangi SEAMEO Innovative Teaching Video Award, Taylor’s College RISE Educator Award dan RISE Educator of the Year Award.
Forum 2
Pendidikan Digital: Mengurangkan jurang bandar-luar bandar
Moderator
YBhg. Datin Rosliza binti Rosli
Datin Rosliza Binti Rosli, merupakan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar/ Pudu. Beliau berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia hampir 29 tahun. Berpengalaman luas dalam pembangunan dan perkembangan kurikulum (pernah berkhidmat di Bahagian Pembangunan Kurikulum) serta bidang dasar dan perhubungan antarabangsa sewaktu berkhidmat di Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa. Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengalaman yang ada pada beliau, menyebabkan beliau telah dipinjamkan ke PADU Corporation dan memegang jawatan sebagai Pengarah, Sektor Pembelajaran Murid pada tahun 2015. Semasa di PADU, beliau merangka dan menyelaras Inisiatif Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Selain daripada itu, idea-idea inisiatif PAK21 seperti Adiwira PAK21, Pembudayaan Flipped Classroom, The Big Project (PBD), dan The New Education Model (NEM) post MEB2025 dihasilkan bawah kelolaan beliau.
Ahli Panel
YBhg. Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad
Pengarah, Bahagian Profesionalisme Guru (BPG)
YBhg. Datu Dr. Hj. Azhar bin Hj. Ahmad merupakan Pengarah di Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1990 sebagai guru di beberapa buah sekolah di Sarawak sebelum menyambung perkhidmatan di pelbagai organisasi di Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau di KPM termasuk Timbalan Pengarah dan Pengarah di Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Datu Dr. Hj. Azhar mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian) Usuluddin dan Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1988. Beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Pembangunan Sains Manusia di UNIMAS pada tahun 1998, disamping memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Islam dari UKM pada tahun 2006. Kredibiliti dan komitmen beliau dalam setiap tanggung jawab yang digalas, telah mengangkat beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah Kementerian Pendidikan Malaysia (Pengurusan) pada tahun 2012, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (EMAS) serta Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S) dari Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2020 dan 2021 serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1996 dan 2007.
YBrs. Prof. Dr. Ahmad Zamzuri bin Mohamad Ali
Ahli Senat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Prof. Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali merupakan Profesor dalam bidang Multimedia Instruksi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau memiliki PhD dalam bidang Multimedia Instruksi dari USM, Sarjana Pendidikan dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari UTM. Berpengalaman mengajar secara bersemuka dan dalam talian selama hampir 22 tahun. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Politeknik Seberang Perai (PSP) pada tahun 2000 sebelum berhijrah ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, sebagai Pensyarah Kanan pada tahun 2009. Minat penyelidikan, penerbitan dan penyeliaan beliau adalah dalam bidang teknologi pendidikan, khususnya reka bentuk multimedia dan pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan. Sepanjang 12 tahun perkhidmatan di UPSI, Prof. Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali telah menghasilkan lima buah buku karya asli dengan salah satu daripadanya berjaya memenangi Anugerah Buku Negara 2018 dan Sijil Penghargaan Buku Ilmiah Terbaik, Kategori Sains, Teknologi dan Perubatan, Anugerah MAPIM-KPM 2018. Keduanya bagi buku Multimedia dan Perisian Pendidikan: Panduan Praktikal Reka Bentuk dan Penyeldikan. Beliau juga telah menghasilkan hampir 150 penulisan dalam bentuk jurnal, prosiding seminar kebangsaan dan antarabangsa, bab dalam buku serta rencana surat khabar. Dari sudut penyelidikan, beliau telah mengetuai dan menamatkan sembilan penyelidikan. Dari penyelidikan tersebut, beliau telah berjaya memperolehi satu paten (granted) dan empat copyright. Dari sudut penyeliaan pula, Prof. Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali telah berjaya mengraduatkan 11 orang pelajar PhD dan empat orang pelajar Sarjana mod penyelidikan. Prof. Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali juga merupakan Ahli Senat UPSI sejak tahun 2019. Dari aspek pentadbiran, beliau pernah menjadi Ketua Jabatan pada tahun 2011 sehingga 2013. Juga pernah dilantik sebagai Fellow UPSI Education Research Lab (UERL) pada tahun 2014 sehingga 2017. Diatas kesarjanaan yang dimilki, Prof. Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali juga sering dijemput untuk memberi syarahan dan ucapan dalam pelbagai program anjuran pelbagai agensi dan organisasi.
Kamaruddin Kassim joined Petrosains in 1998 and is currently the Director of Programs at Petrosains, in which he manages a department responsible for planning, developing, and implementing in reach and outreach STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) related programmes and content for key target audiences. His area of responsibility includes leading the operations of all Petrosains’ satellite centers nationwide (Petrosains PlaySmart) including PlaySmart Kuching. Prior to working in Petrosains, he had served as a teacher for ten years and was also involved in the training of teachers in Mathematics and Science under the Ministry of Education (MOE). In Petrosains, he has made significant contributions in coming up with programmes to popularize STEM amongst students and introduced alternative approaches in teaching and learning of STEM for teachers in the science center in Suria KLCC as well as at Petrosains PlaySmarts throughout Malaysia. He is also involved in the development and operations of Petrosains’ traveling exhibition – PETRONAS StreetSmart which focuses on the science behind road safety and awareness. He has always been very invested in the teaching profession and is passionate about inspiring the younger generation to be interested in STEM. He is proud to be part of Petrosains, the team entrusted by PETRONAS in fulfilling their corporate social responsibility mission in STEM education, to provide a rich and stimulating environment aimed to enhance STEM literacy and help produce STEM literate citizens and critical thinkers in the nation.
YBrs. Dr. Sumitra Nair
Chief Digital Skills & Jobs Officer,
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Dr. Sumitra is Chief Digital Skills & Jobs Officer at Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). She leads MDEC’s digital talent development and inclusion initiatives. To date, her work has impacted more than 2 million Malaysians via digital skills and income opportunities. She also serves as Faculty at the Monash University School of Business and Economics. Her past roles include leadership and advisory positions in corporate responsibility and sustainability portfolios at DiGi Telecommunications and Telenor ASA (Norway). Dr. Sumitra holds a Ph.D. in Business & Economics from Monash University Malaysia, a Graduate Diploma in Accounting and Finance from the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), an Executive Management Certificate in International Marketing from INSEAD University, as well as a Bachelor of Economics with Honours from University Malaya. Her most important role is being a mother to two digital natives.