Mah Zhi Jian is a senior assistant in SJKC Yeang Cheng, Kedah. He obtained his B.Ed TESL (Hons) from the University of Exeter, UK and M.Ed (ELT) from UUM. He has been teaching English for 14 years. Mr Mah is a Master Trainer for the CEFR-aligned curriculum and has experience conducting workshops for pupils and professional development courses for in-service teachers. He has experience working with different divisions under the Ministry of Education such as BSTP, LP, ELTC and BPK for professional development courses.
Keywords: Professional Learning Community (PLC), non-option English teachers, continuous professional development
Dr. Asmawati binti Mohamad Ali, merupakan Pensyarah Akademik dan Subject Matter Expert (SME) Unit Pengajian Am Matrikulasi, Kolej Matrikulasi Pahang. Memiliki Ijazah Pertama dalam bidang Bimbingan & Kaunseling serta minor Bahasa Melayu (UPM) manakala Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengajian Kurikulum (UPSI). Bergiat aktif dalam bidang penulisan e-buku, artikel jurnal, makalah PLC, inovasi dan KIK serta penyelidikan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Telah memenangi pelbagai anugerah seperti International Best Paper Award (2017), Gold and Silver Medal for Innovation Competition (2019), Best Video Concept (2020) dan Best Presentation (2021). Seringkali diundang sebagai fasilitator, penceramah, panel penilai, juri, editor, pakar kesahan modul atau produk oleh pelbagai agensi dalam dan luar KPM untuk sesi perkongsian di dalam serta di luar negara.
Puan Noraihan binti Ismail, merupakan Pensyarah Kanan Unit Pengajian Am Matrikulasi, Kolej Matrikulasi Pahang. Memperoleh ijazah Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) minor Perdagangan (UPM) dan kini merupakan calon PhD dalam bidang Psikologi Pendidikan (UPSI). Mempunyai kelayakan dalam bidang Psikologi dan Kaunseling melebihi 10 tahun ketika berkhidmat sebagai Guru Kaunseling di sekolah menengah. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar dan sesi perkongsian guru. Telah banyak menghasilkan penyelidikan dalam pelbagai bidang akademik dan psikologi. Kertas kajian, inovasi dan PLC ini telah dibentang dalam pelbagai seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara pengiktirafan yang diterima ialah Google Certificate Educator (GCE Level I & Level II) dan pelbagai penganugerahan yang berkolaborasi bersama-sama Dr. Asmawati.
Kata Kunci: hasil pembelajaran, alat kolaboratif, komuniti pembelajaran profesional, pedagogi, dan kualiti penambahbaikan berterusan.