Noor Izwan bin Nasir, merupakan guru akademik biasa di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Mempunyai kelayakan dalam bidang Rekabentuk dan Teknologi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Kedoktoran Falsafah Teknik dan Vokasional. Berpengalaman dalam bidang teknik dan vokasional khususnya dalam meningkatkan pengalaman robotik dan aplikasi gajet pendidikan. Pernah menjawat sebagai guru akademik, ketua panitia, Penolong Setiausaha Sukan dan warden asrama di SM Sains Teluk Intan, SM Sains Batu Pahat, dan terkini di SM Sains Johor. Menjadi mentor robotik peringkat kebangsaan dan pentaksir peringkat daerah di Batu Pahat. Sepanjang berkhidmat selama 13 tahun, beliau banyak menghasilkan penyelidikan dalam bidang pembelajaran dan pengajaran dan inovasi rekabentuk dan teknologi. Kajian-kajian beliau telah dibentang dalam seminar peringkat negeri, kebangsaan, ASEAN dan antarabangsa.
Dr. Marina binti Mukhtar Ibrahim merupakan Ketua Jabatan di Jabatan Ikhtisas Pendidikan dan Siswazah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Mempunyai kelayakan dalam bidang Kedoktoran Falsafah Pengukuran dan Penilaian. Berpengalaman bidang pendidikan Teknik dan Vokasional, pengukuran dan penilaian di samping pengajaran dan pembelajaran. Berpengalaman menghasilkan inovasi dalam analisis data dan produk dalam PLTV. Pernah memegang jawatan Ketua Makmal, Ketua Panel, Ketua Jabatan, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan dan sekarang merupakan Ketua Jabatan di Fakulti Teknik dan Vokasional di UTHM. Sepanjang berkhidmat 16 tahun berkhidmat, beliau banyak menghasilkan penyelidikan dalam bidang pengukuran dan penilaian, pengajaran dan pembelajaran serta menjadi Technologis Profesional di Malaysia Board of Technologist (MBOT). Kajian-kajian yang telah beliau bentang dalam pelbagai seminar peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Kata kunci: Aplikasi permainan, Rekabentuk dan Teknologi, model Air Terjun, keseronokkan, guru pakar
Dr Kamarul Azman Abd Salam merupakan pegawai di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan. Mempunyai kelayakan PhD dalam bidang Pedagogi dan Kurikulum (UKM), Ijazah Sarjana, Pendidikan Prasekolah (UKM) dan Ijazah Sarjana Muda, Psikologi (UKM). 27 tahun dalam bidang pendidikan dan berpengalaman menggubal kurikulum, membina modul sokongan kurikulum, penceramah pendidikan awal kanak-kanak di KPM dan agensi-agensi yang berkaitan. Penyelidikan berkaitan dengan teknologi telah dilaksanakan sejak 2013 dan di era pandemik mula menghasilkan beberapa penulisan serta menjadi panel dalam webinar berkaitan broadcasting dan webcasting di peringkat kebangsaan dan antararabangsa.
Kata Kunci: TV Pendidikan (TVP); Saluran TV Okey; ASTRO Tutor; DidikTV KPM; pendidikan maya; Model Kerja Pembangunan Video Pendidikan; Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), skrip; slaid grafik; broadcasting dan webcasting.
Mardiana Syarita binti Mohd Razmin, merupakan Guru Biologi di SM Sains Machang, Kelantan. Mempunyai kelayakan dalam bidang Biologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Berpengalaman dalam bidang pendidikan khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah terutamanya dalam subjek Biologi sehingga subjek Biologi SM Sains Machang berjaya mencapai No 1 Terbaik Subjek Biologi SPM Peringkat SBP Malaysia (Kebangsaan) bagi SPM Tahun 2020. Memegang jawatan sebagai Setiausaha Kokurikulum dan Setiausaha Panitia. Sepanjang berkhidmat selama 12 tahun, beliau banyak menghasilkan penyelidikan dalam bidang Biologi dan banyak membimbing murid menghasilkan penyelidikan dan inovasi dalam bidang STEM. Kajian-kajian ini telah di bentangkan dalam pelbagai seminar dan pertandingan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa antaranya di Jerman, India, Thailand dan Indonesia.
Kata kunci: 4S, PdPR, KBAT
Mohd Shamil bin Mohd Noor dilahirkan di Perak pada tahun 1982. Melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran). Merupakan graduan dari Universiti Utara Malaysia. Telah memegang jawatan sebagai Setiausaha Kurikulum PPKI.
Jagdave Singh a/l Avtar Singh dilahirkan di Kelang, Selangor pada 1968. Telah ditempatkan di SMK Sierramas sebagai Pengetua yang keempat pada 25 September 2017 sehingga 10 September 2021. Atas perkhidmatan yang cemerlang, kini ditempatkan di SMK Taman Malawati. Mendapat anugerah Pengetua Cemerlang pada tahun 2020.
Ahmad Rashidul Amin bin Ruslan dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1996. Memulakan karier guru pada tahun 2020 di SMK Sierramas, Sungai Buloh sebagai Guru Pendidikan Khas. Melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dari Universiti Sains Malaysia. Telah memegang jawatan sebagai Penyelaras Pentaksiran Bilik Darjah (PPKI).
Nurul Annisa binti Mohamad dilahirkan di Temerloh, Pahang pada tahun 1994. Memulakan karier guru pada tahun 2020 di SMK Sierramas, Sungai Buloh sebagai Guru Pendidikan Khas. Melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dari Universiti Sains Malaysia. Telah memegang jawatan sebagai Penyelaras Panitia PPKI dan Setiausaha Pentaksiran Dalaman PPKI.
Feethi Masayu binti Mat Salleh dilahirkan di Bachok, Kelantan pada tahun 1994. Memulakan karier guru pada tahun 2021 di SMK Sierramas, Sungai Buloh sebagai Guru Pendidikan Khas. Melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dari Universiti Sains Malaysia. Telah memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Seni Kraf Batik (PPKI).
Kata Kunci: Kaedah Monosierrapolish, Operasi Tambah, Kemahiran Membilang, Murid Pendidikan Khas Diskalkulia.
Mohd Nur Hifzhan bin Noordan, antara pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021, merupakan seorang guru akademik Biasa di Sekolah Kebangsaan Kuala Kenyana, Mukah. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perguruan pengkhususan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) Pendidikan Rendah dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman dalam mengajar Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Bahasa Melayu, Dan Matematik. Sepanjang pengajian di peringkat sarjana muda dan sarjana, beliau banyak menceburi dalam bidang Inovasi Pendidikan mahupun Kajian Tindakan. Kajian-Kajian ini telah dibentang di peringkat IPGK, Zon, daerah, negeri, Kebangsaan, Dan juga antarabangsa.
Melor Md Yunus is an associate professor in the Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, and is currently Deputy Dean (Research and Innovation) at the Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). She holds a B.A. in English (Linguistics) from the University of Nevada-Reno, USA, and an M.A. in TESL from Arizona State University, USA. She then earned her Ph.D. in Education (TESL) from the University of Bristol, UK. Her areas of concentration are TESL, language pedagogy, and the use of technology in TESL. Her expertise is in the area of technology-enhanced language learning (TELL).
Keywords: digital comprehension, Bloom’s Taxonomy, Courselab 2.0
Hemarani A/P Munisamy, Guru Cemerlang di SMPK Vokasional Indahpura, Kulai, Johor. Mempunyai kelayakan dalam Kursus Dandanan Rambut Tahap 2 Sijil Kemahiran Malaysia. Sepanjang berkhidmat selama hampir 7 tahun, beliau banyak menghasilkan kajian tindakan dalam kursus Danandan Rambut dan di bentang dalam pelbagai seminar peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Kata kunci: Norma baharu, kemaniran komunikasi, Canva
Nik Yusanida binti Nik Daud merupakan seorang guru Pendidikan khas integrasi pembelajaran yang sedang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Paka III, Paka Terengganu. Mempunyai pengalaman mengajar murid berkeperluan khas selama 12 tahun. Kini merupakan penyelaras di Program Pendidikan Khas Integrasi SK Paka III yang baru sahaja dibuka pada bulan Mac 2021. Sedang menyiapkan kajian pengajian PhD Pendidikan di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin, UniSZA, Terengganu dibawah penyeliaan Nik Yusanida binti Nik Daud Prof. Madya DR Rahimah binti Embong, Prof. Mustafa bin Mamat dan Ts. Dr Hasiah binti Mohamed @ Omar. Mula berjinak-jinak menyertai beberapa seminar kajian tindakan peringkat negeri terengganu dan kebangsaan.
Kata Kunci: Pendidikan Khas, Kaedah Pengajaran, Gaya Pembelajaran, Perkembangan Murid Berkeperluan Khas, Kebiasaan Baharu (New Normal)
YBrs. Dr. Shariffah Sebran Jamila Bt Syed Imam dilahirkan di Kuala Lumpur dan berkhidmat di Bahagian Profesionalisme Guru dengan menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah pada tahun 2014 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah, Sektor Pematuhan Standard dan Sokongan Profesional pada Jun 2019. Sebelum ni beliau pernah berkhidmatan di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands dari tahun 2003 hingga 2014 dengan portfolio sebagai Pensyarah, Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan di IAB. Pada awal perkhidmatan pernah berkhidmat di beberapa sekolah dari tahun 1994 hingga 2003. Beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Latihan) daripada UKM pada tahun 2008 -2011.
Kata Kekunci: Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP), potensi dan karakter murid.
Nordiana binti Jusoh, merupakan Guru Cemerlang Biologi di Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mempunyai pengalaman mengajar selama 21 tahun. Pernah berkhidmat di SMK Seri Serdang, Selangor; SMK Tengku Indera Petra Gua Musang, Kelantan dan SMK Dato' Perdana, Bachok, Kelantan; sebelum bertukar ke SMKA Naim Lilbanat. Beliau banyak terlibat sebagai pembina modul dan fasilitator program-program peningkatan akademik peringkat SPM di negeri Kelantan. Beliau juga merupakan salah seorang panel penulis Modul Bio~Skor KSSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang digunakan hampir di seluruh Malaysia. Beliau mula berjinak-jinak menjalankan kajian tindakan semenjak tahun 2018, namun hanya membentang di peringkat sekolah sahaja. Pembentangan Kajian tindakan sempena SKPKII 2021 ini merupakan medan pertama untuk beliau mengembangkan dan membudayakan kajian tindakan dan penulisan pada masa hadapan.
Kata kunci: pembelajaran teradun, pembelajaran berasaskan modul,norma baharu, kebiasaan baharu, defisit pengetahuan.
Norlaila binti Che Murat merupakan guru akademik tingkatan enam di SMK Jalan Tasek, Ipoh Perak. Memegang Ijazah Sarjana Sumber dan Teknologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Diploma Pendidikan KPLI Teknologi Maklumat dari Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Bertugas sebagai guru akademik tingkatan enam sejak 2002 hingga kini. Mengajar subjek Pengajian Am selama 19 tahun. Sepanjang berkhidmat sebagai guru, beliau membina aplikasi mudah alih MyPA (Pengajian Am) untuk kegunaan pelajar tingkatan enam sebagai pembelajaran dalam talian secara akses kendiri.
Mohammed Huzaimi bin Alias merupakan Penolong Pengarah di Unit Pengurusan Bakat (Naik Pangkat), Sektor Sumber Manusia Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Akademik tertinggi Ijazah Sarjana Sumber dan Teknologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia dan Diploma Pendidikan KPLI Teknologi Maklumat dari Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Bertugas sebagai guru sejak 2002. Bertukar ke bidang pentadbiran sejak tahun 2013. Sepanjang perkhidmatan telah membangunkan beberapa sistem ringkas yang berkaitan dengan pengurusan data. Berpengalaman membangunkan modul bagi pengurusan data (eMped) yang sehingga sekarang masih digunakan bagi tujuan pendedahan latihan bengkel-bengkel kemahiran pengurusan data yang boleh dicapai melalui Blog https://huzaimialias.com.
Kata Kunci: Pembangunan Modul, Model ASIE, PLC
Nurul Nadia binti Ismail merupakan guru matematik di SK Methodist Parit Buntar, Perak. Pemegang Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik di UPSI, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Matematik Pengurusan UiTM. Dianugerahkan Guru Ikon Stem Daerah Kerian Perak 2021 dan Top 3 Guru Ikon Stem Negeri Perak 2021. Bermula 2019 aktif dalam penghasilan inovasi dan penulisan kajian Tindakan.Beliau telah memenangi Emas dalam pertandingan inovasi peringkat Negeri bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 serta mempunyai inovasi dan kajian – kajian yang telah dibentangkan dalam pelbagai seminar peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga aktif menerima jemputan perkongsian dari pelbagai pihak berkaitan inovasi dari peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Kata Kunci: Inovasi Sifir, Inovasi PdPc, Inovasi PdPr
Roy bin Eduardo merupakan Guru Akademik Tingkatan Enam yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Sabah. Beliau kini merupakan Ketua Unit Pengajian Am dan berpengalaman sebagai guru mata pelajaran Pengajian Am selama 18 tahun. Beliau juga pernah menjadi pemeriksa kertas STPM Pengajian Am dan Setiausaha Peperiksaan STPM.
Kata Kunci: Online Broadcast Streaming (OBS), Teknologi Pendidikan, Kemahiran Menulis Esei Pengajian Am
Mohd Loqmanul Hakim bin Kamaruldzaman, merupakan Guru Cemerlang Sains di SMK Pendeta Za’ba Seremban. Mempunyai kelayakan dalam Master of Agricultural Science And Environmental Technology dari The University of Sydney Australia. Berpengalaman dalam bidang Pendidikan Sains dengan memberi fokus kepada program pembudayaan STEM menengah rendah. Merupakan Peserta Program Duta Guru STEM KPM-Yayasan PETRONAS Kohort 2. Antara pencapaian beliau yang terkini ialah memenangi Pingat Emas Pertandingan Inovasi PdP peringkat Antarabangsa dan cerpen beliau bertemakan Sains Fiksyen bertajuk “Malaysia Pada Tahun 2049” telah diterbitkan dalam buku Antologi Kisah Future. Sepanjang berkhidmat selama 6 tahun, beliau aktif dalam penghasilan inovasi PdP STEM dan pembentangan Kajian Tindakan.
Kata kunci: Nearpod, PdPR, Model Inkuiri 5E
Azrul bin Mohamad Hassim, merupakan guru akademik di Sekolah Kebangsaan Pos Poi iaitu Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) di Pedalaman 1, Sungai Siput (U) Perak. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang Pengajian Sosial dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. Berkhidmat hampir 7 tahun di SMOA dan berpengalaman dalam meningkatkan pencapaian murid Orang Asli khususnya mengatasi literasi tegar. Sepanjang perkhidmatan dalam bidang pendidikan, beliau telah dipilih sebagai Guru Ikon Inovatif dan Ikon Guru Muda di daerah Kuala Kangsar. Beliau juga merupakan Guru Rujukan Sekolah (GRS) di Daerah Kuala Kangsar dan dilantik sebagai Jurulatih Utama (JU) Pembelajaran dan Program Intevensi Khas Murid Orang Asli Peribumi (PIKAP) di peringkat negeri Perak. Mula berjinak-jinak dengan penghasilan inovasi dan sedang bergiat aktif dalam pasukan penyelidikan kajian tindakan di peringkat daerah Kuala Kangsar dan negeri Perak. Kini, beliau sedang merancang pelbagai program membabitkan perkembangan profesionalisme guru di SMOA daerah serta menjayakan pelbagai program di peringkat sekolah.
Kata Kunci: Asas Membaca Bahasa Melayu, Murid Orang Asli, Masalah Literasi, Mencantum Bunyi Suku Kata, Menyebut Perkataan KVKV
Normah binti Dali bertugas sebagai Guru Kanan Bidang Kemanusiaan di SMK Tun Abdul Razak Selekoh, Perak. Menyandang jawatan Guru Cemerlang Geografi pada tahun 2008 hingga 2016 dan berpengalaman mengajar mata pelajaran Geografi bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Panitia, Pentaksir Kawasan Geografi PT3, Juru latih Utama peringkat negeri Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Geografi Tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan dalam bidang Geografi dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1999 dan memiliki Ijazah Sarjana Reka bentuk Instruksional dan Teknologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2012. Penerima Anugerah Guru Inovasi Geografi Pingat Emas Peringkat Antarabangsa dalam Sintok International Games and Gamifications pada tahun 2018 dan Anugerah Guru Adiwira Peringkat Daerah pada tahun 2019.
Khairuddin bin Nisa mula bertugas sebagai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) di Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk pada tahun 2018. Menyandang jawatan Guru Cemerlang Geografi pada tahun 2016 hingga 2018 dan berpengalaman mengajar mata pelajaran Geografi bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Panitia, Jurulatih Utama peringkat negeri Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Geografi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan dalam bidang Geografi dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1999. Memiliki Ijazah Sarjana Reka bentuk Instruksional dan Teknologi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2012 dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Multimedia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2018. Menerima Anugerah Guru Inovasi Geografi dan mendapat Best Award di Peringkat Antarabangsa dalam Sintok International Games and Gamifications pada tahun 2018 dan 2019. Pernah menerima Anugerah Johan Guru Inovasi Keseluruhan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2012. Aktif dalam membangunkan pembelajaran berasaskan permainan e-sukan pendidikan melalui laman sesawang www.geoplay.my yang menggunakan pendekatan pendidikan 4.0.
Kata Kunci: pembelajaran berasaskan permainan, e-sukan, kriteria e-sukan pendidikan, pembelajaran 4.0, pembelajaran teradun
Nor Hasilah binti Mohamed Ali, merupakan Guru Cemerlang Pendidikan Seni Visual di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu Kelantan. Mempunyai kelayakan Master dan Ijazah dalam bidang Pendidikan Seni Visual dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan pada masa sekarang sedang penyambung pengajian dalam bidang Pengurusan Pendidikan Edd Phd di OUM negeri Kelantan. Berpengalaman dalam bidang pendidikan khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah di Negeri Kelantan. Memegang jawatan sebagai Guru Cemerlang, Penceramah Awan Ilmu MGCK Negeri Kelantan dan KPKW Daerah Kota Bharu Kelantan. Memegang Jawatan sebagai Ketua Biru Kebajikan MGCK negeri Kelantan dan juga bendahari PELUKIS (Persatuan Pengiat Pelukis Negeri Kelantan). Sepanjang berkhidmat selama hampir 20 tahun, beliau banyak menghabiskan penulisan kajian dan melukis. kajian-kajian ini telah dibentang dalam pelbagai seminar di peringkat negeri dan kebangsaan, dan seterusnya keperingkat antarabangsa.
Kata Kunci : Penguasaan Kognatif dan Kemahiran, Gabungan KmR dan Murid