Pengenalan tajuk
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen berkait rapat dengan latar belakang sejarah pemerintahan beraja di negara kita . Majlis Raja-Raja yang wujud seiring dengan pemerintahan beraja menjadi sebahagian daripada institusi Raja Berperlembagaan dan mempunyai kedudukan dalam pemerintahan . Sebagai Raja Berperlembagaan , kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan raja ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri . Ciri demokrasi dan pengasingan kuasa dilaksanakan pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui sistem Demokrasi Berpalimen . Demokrasi Berparlimen di negara kita mempunyai keunikan kerana dilaksanakan berdasarkan keperluan tempatan .