Gabungan Unsur Tradisional dan Moden dalam Pentadbiran
Kombinasi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen merupakan kaedah terbaik untuk mengimbangi amalan demokrasi dalam persekitaran sosiopolitik di negara kita yang mempunyai kepelbagaian bangsa , agama dan budaya.
Mekanisme Semak dan Imbang dalam Pentadbiran
Mekanisme semak dan imbang juga berlaku melalui pengasingan kuasa, iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman
Kuasa Budi Bicara raja
Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak memperkanankan permintaan pembubaran Parlimen.
Kerjasama Politik
Kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip tolak ansur, perundingan dan pengorbanan bagi memastikan suara setiap kaum diwakili.