Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pengaruh yang besar bagi membina tradisi dan adat istiadat yang diwarisi oleh kesultanan Melaka yang muncul kemudiannya. Kesultanan Melayu merujuk kerajaan yang mempunyai pertalian dengan Kesultanan Melayu Melaka sama ada dari segi keturunan mahupun pernah menjadi naungan atau jajahan takluk kesultanan ini .
Secara tradisinya , Raja-raja Melayu dianggap sebagai sumber undang-undang , ketua kerajaan dan ketua agama . Bagaimana bertanggungjawab mempertahankan adat dan struktur masyarakat dalam kerajaan Melayu . Keabsahan bagi semua tindakan terletak pada kedaulatan Raja- raja Melayu .
Semasa peluasan pengaruh British , pemerintahan beraja menjadi penghalang yang meyukarkan British melakukan penjajahan di negeri Melayu . British sekadar berupaya memperkenalkan Sistem Residen di NNMB dan Sistem Penasihat di NNMTB . Raja-raja Melayu memerintah dengan campur tangan British dalam pentadbiran tempatan yang dimeterai melalui perjanjian atau surat perisytiharan dan daripada Raja-raja Melayu.
Penggubalan undang-undang tersebut berkait rapat dengan usaha raja , pembesar dan rakyat untuk menghalang peluasan pengaruh British dan mengekalkan kedaulatan negeri .
Sultan Perak ,Sultan Idris Murshidul Adzam Shah ( duduk di bawah payung ) pada tahun 1897
Sultan Pahang , Sultan Ahmad Al-Mu' adzam Shah ( duduk di bawah payung ) pada tahun 1897
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah ( duduk di tengah ) pada tahun 1897
Pengiktirafan tersebut diisytiharkan semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera dengan pemerintah tentera Jepun di Singapura pada bulan Januari 1943. Kedudukan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing diletakkan di bawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu.
Raja-raja Melayu dan tentera Jepun di Singapura
Selepas Perang Dunia Kedua
Kedaulatan Raja-raja Melayu yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka dikembalikan seperti sebelum Perang Dunia Kedua melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Undang - Undang Tubuh digubal oleh Raja-raja Melayu bagi negeri masing-masing dan diguna pakai sehingga hari ini mengangkat Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebagai Ketua Utama Negara . Kedudukan , kuasa dan tugas Yang di - Pertuan Agong termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan .
Ciri Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf raja sebagai pemerintah tertinggi negara . Sementara itu , rakyat diberi hak memilih wakil mereka melalui pilihan raya untuk membentuk kerajaan.