Durbar dibentuk pada tahun 1897 seiring dengan penubuhan NNMB . Durbar dalam negeri-negeri ini berperanan sebagai sebuah majlis persidangan bagi Raja-raja Melayu negeri Perak , Selangor , Pahang dan Negeri Sembilan untuk membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British .
Antara fungsi Majlis Sultan-Sultan termasuklah membincangkan undang-undang berkaitan dengan agama Islam dan menasihati Gabenor tentang perkara yang dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu.
Raja-raja Melayu bergambar semasa majlis menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan , namun keanggotaannya mengalami perubahan
Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah turut menjadi ahli Majlis Raja-Raja
Yang di-Pertua Negeri tidak turut serta dalam mesyuarat khas melibatkan institusi beraja seperti permilihan Yang di - Pertuan Agong dan Timbalan Yang di - Pertuan Agong
Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
Fungsi Majlis Raja-Raja
Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
Bersetuju atau tidak bersetuju sebarang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja
Memberikan nasihat berkaitan dengan pelantikan jawatan tertentu
Menjadi rujukan dalam perubahan dasar berhubung dengan kedudukan istemewa orang Melayu , bumiputera di Sarawak dan Sabah dan kepentingan sah kaum lain
Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu
Memperkenankan perubahan persempadaan negeri setelah mendapat perkenan raja negeri berkenaan
Memperkenankan pindaan perlembagaan bagi perkara-perkara tertentu