Pilihan raya ialah elemen penting yang menandakan wujudnya amalan demokrasi di negara kita. Pada asalnya ,pilihan raya umum diadakan dalam tempoh lima tahun. Pilihan raya diadakan sejak negara kita mencapai kemerdekaan membuktikan amalan demokrasi dilaksanakan di Malaysia sehingga hari ini.
Kebebasan Asasi Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
Kebebasan Diri
Kebebasan Beragama
Hak berkenaan dengan Pendidikan
Kebebasan Bersaudara, Berhimpun dan Berpersatuan
Parlimen ialah badan perundangan berfungsi tertinggi di Malaysia. Parlimen terdiri daripada tiga komponen, iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Parlimen merupakan lambang demokrasi dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih.
Badan eksekutif ialah badan pemerintah yang melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan. Badan eksekutif peringkat Kerajaan Persekutuan ialah Jemaah Menteri manakala badan eksekutif peringkat Kerajaan Negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Badan Kehakiman ialah badan yang bertanggugjawab mentafsirkan dan Melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.